Monday, December 5, 2011

Timun Laut Masak Tauchu - Zuraidah


Bahan-bahan :
  • Timun Laut (direbus dan dipotong dadu)
  • 6 batang Kacang Edamame
  • 1 biji Cili Benggala (Merah/Hijau)
  • 1 biji Bawang Merah Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 sudu besar Tauchu
  • 5 biji Buah Keras
  • 2cm Halia
  • 1 sudu kecil Perasa Sos Ayam
  • 1 sudu kecil Minyak Bijan
  • 3 tangkai Cili Padi
  • 1 sudu Stok Ayam
  • Garam
  • Gula

Cara-cara :
  • Kisarkan buah keras, bawang putih, hal, bawang merah, cili padi dengan sedikit air sehingga halus.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan sedikit tauchu, stok ayam, lada benggala dan kacang edamame. Gaul sehingga rata.
  • Akhir sekali, masukkan timun laut dan sedikit minyak bijan.
  • Perasakan bersama garam dan gula.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Susunan Hidangan :
  • Susun timun laut masak tauchu di atas pinggan hidangan.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment