Showing posts with label Pastri. Show all posts
Showing posts with label Pastri. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

Puff Kari Ayam


utk intinya:
2 biji kentang- potong dadu kecil2
1 mangkuk kecil ayam cincang kecil2
1 biji bwg besar- cincang dadu
3 ulas bwg putih- tumbuk
1 sudu besar (membumbung) serbuk kari ayam

cara:

tumis dua2 bwg sampai naik bau
masukkan serbuk kari yg di bancuh ngan air
biar sampai rempah agak garing
masukkan ayam dan kentang
tambah air dlm 1 cawan
biar sampai kentang empuk dan kering airnya
kalo kentang lom empuk, tambah air skit
perasakan ngan garam (dan gula kalo suka)


* bentangkan pastry, letak inti tg2..lipat dua..
kelim kemas dgn hujung garfu...

sapu sedikit kuning telur atas pastry sblm bakar..tp dlm gambor tu x sapu sbb kelupaan..

bakar lebih kurang 15 mnt api atas bwh suhu 180..
atau sampai atasnya nampak kegaringan (pastikan bontotnya pun garing)

Chicken Cream Soup


Bahan
1 paket puff pastry - ready  made
(Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan lembut pada suhu bilik)

Bahan Sup
200gm isi ayam di cincang
6 biji cendawan butang segar / dalam tin - di dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 labu bawang besar - di dadu
250ml air
150ml susu cair
1/2 kiub pati ayam 
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar minyak zaitun / mentega
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh lada putih / lada hitam

Sapuan
1 biji kuning telur
1/2 sudu besar susu sejat
parsley kering



 


Cara-cara :
1.  Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.  Masukkan tepung gandum, kacau hingga rata.  Masukkan air dan kiub pati ayam, kacau rata.
2.  Masukkan bahan-bahan yang lain dan masak hingga sup agak pekat.  Tuang ke dalam acuan remekin 3/4 penuh.  Ketepikan.
3.  Tabur tepung di atas papan canai, canai dan potong puff lebih besar dari saiz acuan.  Tutup acuan dengan pastry puff.  Simpan sebentar di dalam peti sejuk.
4.  Keluarkan dan sapu permukaannya dengan kuning telur dan tabur dengan parsley kering.
5.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 190C selama 20-25 minit.
6.  Enak di hidang panas.

*** kiub pati ayam biasanya masin, perasakan dengan sedikit garam sahaja.

Sardine Puff


BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine cap ayam, asingkan ikan dan sosnya
1/2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan halia, cincang halus
1 camca besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack puff pastry jenama "Kawan" bersaiz 4 inci x 4 inci
1 kuning telur, dikacau sedikit
Keju mozarella secukupnya (atau guna keju chesdale)
Serbuk lada hitam, secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar, sos tomato dan tumis hingga garing. Masukkan ikan sardine dan hancurkan. Kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK PUFF PASTRY :- Ambil 1 keping puff pastry tadi. Potong huruf "L" pada penjuru pastry, buat potongan sama juga untuk penjuru satu lagi, tapi pastikan ianya tidak putus pada 2 penjuru lain. Kemudian sapu kuning telur pada keliling bahagian luar garisan (seperti dalam gambar). Lepas tu lipat satu bahagian ke dalam, pastikan ianya berada didalam garisan (seperti dalam gambar), kemudian bahagian satu lagi dilipat ke arah berlawanan, tekan2 sedikit biar lekat. Alih ke dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Sapu kuning telur atas pastry tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit.
  3. UNTUK SARDINE PUFF :- Keluarkan pastry tadi. Buat lubang pada bahagian tengah pastry (seperti dalam gambar), sudukan inti sardine hingga penuh dan letakkan beberapa cebisan keju mozarella. Buat hingga siap dan bakar kembali dalam oven selama 5 - 6 minit sehingga keju mencair dan kelihatan keemasan. Alih kan sardine puff tadi atas jaringan. Boleh juga ditebur serbuk lada hitam jika suka..

Tuesday, January 31, 2012

Cream Puff


CREAM PUFF
100ml air

45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

-Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
-Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
-Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
-Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
-Tepung gandum di ayak
-Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

  1. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
  2. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
  3. Masukkan telur, kacau cepat-cepat  
  4. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur. 
-Masukkan adunan ke dalam piping bag.
-Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
-Pipe kan ke atas dulang
-Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
-Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
-Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

CREAM CUSTARD

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning

-Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk.
-Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
-Masukkan telur dan kacau lagi. 
-Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
-Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
-Masak sehingga pekat. 
-Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
-Ulang sehingga pekat.
-Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

-Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
-Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

Saturday, January 28, 2012

Cheese Tart


BAHAN KULIT

BAHAN (A)
200 GM MENTEGA
100 GM GULA AISING
1 SUDU TEH ESEN VANILLA

BAHAN (B)
1 BIJI TELUR

BAHAN (C)
420 GM TEPUNG
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG


CARA
- PUTAR BAHAN (A) HINGGA LEMBUT
- MASUKKAN BAHAN (B) TELUR, PUTAR LAGI HINGGA GEBU
- MASUKKAN BAHAN (C) GAUL SEBATI HINGGA MNJADI DOH
- TEKAN DOH PASTRY KEDLM ACUAN TART & BUANGKN DOH YG LEBIH DARI BIBIR ACUAN
- TUSUKKAN LUBANG DI KULIT PASTRY (GUNA GARFU/LIDI)
- BAKAR 150'C SELAMA 15 MINIT/SEHINGGA KUNING KEPARANGAN


FILLING

BAHAN (A)
250 GM KRIM CHEESE
50 GM GULA ISING
25 GM BUTTER

BAHAN (B)
1 BIJI TELUR

BAHAN (C)
1 SUDU TEH JUS LEMON/SUNQUICK

BLUEBERRY FILLING


CARA
- PUKUL BAHAN (A) SEHINGGA LICIN DAN GEBU
- MASUKKAN BAHAN (B) TELUR DAN PUKUL LGI SEHINGGA SEBATI
- MASUKKAN BAHAN (C) GAUL RATA
- MASUKKAN FILLING KEDLM KULIT PASTRY YG TLH DIBAKAR TADI
- PENUHKAN PERMUKAAN DGN CREAM CHEESE
- BENTUKKAN CORAK ATS PERMUKAAN
- BAKAR 150'C SELAMA 10 MINIT

Thursday, January 12, 2012

Fruit Tart


BHN PASTRY

370 TPNG GANDM
200 GM BUTTER
100GM GULA AISING
1 BIJI TELUR+1 BIJI TELUR KUNING
1SDK ESEN VANILA

CARA2

BUTTER DN GULA DIPUKUL KEMBANG
MASKKN TELUR 1-1
DN MASKKN ESEN VANILA...KEMUDIAN MSKKN TEPUNGKEDLM ADUNN YG TDDN GAUL SEHGGA MENJD DOH..


BHN KASTARD

1 1/2 CWN AIR
1/2 CWN SUSU CAIR
1/2 CWN TEPUNG KASTRD
GULA 5 SDB...

CMPURKN SUMER BHN NI...MSKKN DIATAS API PERLAHAN SEHGGA PEKAT..DN TUTUP API...JGN MSK LAMA TAKUT KERAS

DECO IKUT SUKE....SELAMAT MENCUBA

Monday, January 9, 2012

Fillo Kastard Krim Bersama Buahan Beri - Wahidan


Bahan-bahan Fillo :
  • 100gm Kacang Tanah
  • 100gm Pastri Fillo
  • 80gm Mentega
  • 350gm Gula Hiasan

Bahan-bahan Krim Kastard :
  • 6 biji Kuning Telur
  • 500ml Susu Segar
  • 3 sudu besar Tepung Jagung
  • 2 sudu besar Tepung Gandum
  • 300gm Gula
  • 1 sudu besar Krim Putar
  • 1 sudu besar Esen Vanilla

Bahan-bahan Sirah Buahan Beri :
  • Gula
  • Air
  • Kulit Kayu Manis
  • Buah Pelaga
  • Buah Cerike
  • Beri Hitam

Cara-cara Penyediaan Fillo :
  • Panggang kacang tanah selama 15-20 minit dengan kepanasan 180-200C.
  • Kemudian kisarkan kacang tanah.
  • Potong pastry fillo berbentuk bulatan. Kemudian sapukan pastri dengan mentega, taburkan kacang disusuli dengan taburan gula aising.
  • Buat berulang sebanyak 3 kali.
  • Susun diatas dulang dan ditutup dengan dulang di sebelah atas agar pastri tidak mengembang.
  • Bakar selama 5 minit sehingga nampak keperangan.

Cara-cara Penyediaan Krim Kastard :
  • Panaskan susu sehingga agak suam.
  • Pukul kuning telur sehingga kembang, masukkan gula sedikit demi sedikit.
  • Kemudian masukkan tepung dan pukul sehingga sebati.
  • Apabila susu tadi sudah suam masukkan separuh ke dalam adunan dan pukul lagi sehingga sebati.
  • Masukkan adunan kedalam susu yang direneh tadi kemudian kacau hingga pekat.
  • Selepas itu, angkat dan ketepikan untuk seketika dan sejukkan di dalam peti sejuk.

Cara-cara Penyediaan Sirah Buahan Beri :
  • Panaskan air bersama gula, kulit kayu manis dan buah pelaga.
  • Biarkan hingga mendidih dan agak pekat.
  • Angkat dan sejukkan.
  • Bahagikan kepada dua bahagian ke dalam mangkuk.
  • Masukkan buah cerike dalam mangkuk bersama buah beri hitam.
  • Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.

Pastri Berkrim - Chef Johari


Bahan-bahan Pastri :
  • 200gm Susu
  • 8gm Mentega (dipotong kepada ukuran kecil)
  • 140gm Tepung (diayak)
  • 5 biji Telur
  • 2 sudu teh Gula
  • ½ sudu teh Garam

Bahan-bahan Krim :
  • 500gm Susu
  • 30gm Mentega
  • 100gm Gula
  • 100gm Kuning Telur
  • 40gm Tepung
  • ½ sudu teh Estrak Vanilla

Cara-cara Penyediaan Pastri :
  • Dengan menggunakan mangkuk, pukul telur sehingga kembang.
  • Selepas itu, masukkan susu, mentega, gula dan garam ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Pastikan mendidih dengan cepat supaya mentega akan sebati bersama susu dan bukan hanya berada dipermukaan atas sahaja.
  • Apabila susu mula mendidih dan mentega cair sepenuhnya, campurkan ke semua tepung dan kacau adunan tersebut dengan cepat.
  • Kacau sehingga dasar periuk diliputi dengan lapisan putih. Apabila adunan pati akan menggeluap akan mudah terasing dari bahagian sisi periuk.
  • Kemudian, masukkan doh yang panas itu kedalam mangkuk dan masukkan pula telur sikit demi sedikit. Pastikan telur tersebut dipukul sehingga sebati sebelum memasukkan telur yang lain.
  • Doh tersebut akan siap apabila kelihatan adunan tersebut nampak licin.
  • Selepas itu, masukkan adunan tersebut ke dalam beg pastri (piping bag) dan paipkan keluar kepada bentuk bulat dengan ukuran 4cm dalam diameter di atas kertas pembakar (baking paper).
  • Setelah selesai, panaskan ketuhar kepada 200C dan bakar selama 30 minit.
  • Apabila pastri tersebut bertukar kepada keperangan, perlahankan suhu ketuhar kepada 170C dan tambahkan masa masakkan selama 20 minit. Pastikan pintu ketuhar tidak dibuka semasa proses tersebut supaya pastri tidak jatuh.
  • Pastri yang baik adalah apabila keperangan dan rangup di luar manakala lembut di bahagian dalam.

Cara-cara Penyediaan Krim :
  • Adunkan kuning telur bersama ¾ daripda gula kedalam mangkuk sehingga kembang. Dengan perlahan-perlahan, tambahkan tepung dan gaulkan sehingga rata.
  • Di dalam periuk, masukkan ¼ gula bersama mentega dan susu. Gaul sehingga mendidih.
  • Tuangkan setengah daripada susu kedalam campuran telur dan gaul sehingga rata dan masukkan campuran tersebut ke dalam periuk.
  • Biarkan masak dan gaulkan bahan tersebut sehingga mendidih dan pekat.
  • Apabila krim kastard telah menggeledak, tutupkan api dan masukkan estrak vanilla.
  • Kemudian, tuangkan krim pastri kedalam kuali pembakar supaya sejuk dengan cepat. Krim pastri sepatutnya pekat dan berkilat. Sebelum menggunakan krim pastri tersebut, gaulkan supaya lembut.

Wednesday, January 4, 2012

Filo Berkristal - Kumpulan Biru Merah


Bahan-bahan Beri Hitam :
  • 2 bakul Beri Hitam
  • 200gm Gula Kastor
  • 200ml Air
  • 3 hiris Lemon
  • ½ sudu kecil Estrak Vanila

Bahan-bahan Pastri Krim :
  • 600ml Susu Segar
  • 1 sudu kecil Estrak Vanila
  • 8 biji Telur Kuning
  • ½ cawan Gula
  • 6 sudu besar Tepung Jagung

Cara-cara Penyediaan Beri Hitam :
  • Masukkan gula, air dan strak vanilla ke dalam kuali. Masak kesemua bahan tersebut sehingga gula cair dan angkat dan ketepikan.
  • Kemudian masukkan hirisan lemon.
  • Kemudian tuangkan keatas beri hitam dan gaul dengan perlahan-perlahan.
  • Selepas itu, biarkan sejuk pada suhu bilik.

Cara-cara Penyediaan Pastri Krim :
  • Panaskan kuali dan masukkan susu segar dan estrak vanila. Biarkan mereneh dan masak seketika dan angkat dan ketepikan.
  • Sementara itu, pukul telur dan gula menggunakan 'mixer' elektrik sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung jagung dan pukul gaul semula menggunakan 'mixer' elektrik tersebut.
  • Kemudian masukkan sedikit susu yang dimasak tadi ke dalam adunan telur tadi. Gaul sehingga sebati menggunakan sudip. Sambil menggaul, masukkan sedikit demi sedikit baki susu yang telah dimasak tadi.
  • Setelah itu, masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk 'mixer' elektrik dan pukul pada kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi tebal/pekat.
  • Angkat dan biarkan seketika.

Monday, January 2, 2012

Krim Puff - Imelda


Bahan-bahan Choux Pastri :

  • 120gm Susu
  • 120gm Air
  • 114gm Mentega
  • 170gm Tepung
  • Secubit Garam
  • 4 biji Telur



Bahan-bahan Krim Pastri :

  • 3 kuning Telur
  • 4 sudu makan Gula
  • 300ml Susu
  • 4 sudu Tepung Gandum
  • 3 sudu Tepung Jagung



Bahan-bahan Gula Strawberry :

  • 1 cawan Gula
  • 3 biji Strawberry (dicincang)
  • 2 sudu Air



Cara-cara Penyediaan Choux Pastri :

  • Panaskan ketuhar dengan suhu 180C.
  • Sementara itu, panaskan susu, air dan mentega. Apabila mentega mencair, masukkan tepung dan kacau sehingga sebati.
  • Apabila sudah sebati, padamkan api dan masukkan telur satu demi satu dan kacau hingga sebati. Pastikan apabila bahan sudah masak, alihkan.
  • Masukkan krim yang sudah siap tadi ke dalam 'piping beg' dan paipkan ke atas dulang yang di alas dengan kertas pembakar.
  • Kemudian, sapukan air di atas choux pastri yang dipicit tadi.
  • Sesudah siap, masukkan ke dalam ketuhar dan masak selama 20 minit.
  • Apabila masak keluarkan dari ketuhar dan sejukkan seketika.



Cara-cara Penyediaan Krim Pastri :

  • Gaulkan, kuning telur, gula, tepung gandum dan tepung jagung sehingga sebati.
  • Kemudian, panaskan susu dan kemudian campurkan sedikit-sediki campuran tadi ke dalam periuk.
  • Pastikan tidak berketul dan masakkan di atas api yang kecil dan pastikan krim masak sekata.
  • Apabila sudah masak sejukkan di dalam peti sejuk.



Cara-cara Penyediaan Gula Strawberry :

  • Panaskan semua bahan hingga pekat dan tempatkan di atas kertas pembakar.
  • Biar sejuk dan hiaskan bersama krim pastry

Krim Puff Dengan Coulis Blackberry, Praline Badam & Mascarpone Putar - Felix


Bahan-bahan Choux Pastri :

  • 6 sudu besar Air
  • 6 sudu besar Susu
  • 85gm Tepung Gandum
  • 40gm Mentega
  • 3 biji Telur



Bahan-bahan Krim Pastri :

  • 125ml Susu
  • 125ml Krim
  • 3 biji Kuning Telur
  • 3 sudu besar Gula Halus
  • 1 ½ sudu besar Tepung Gandum
  • Secubit Garam
  • 1 sudu teh Estrak Vanilla



Bahan-bahan 'Coulis Blackberry' :

  • ½ cawan Blackberry
  • ½ cawan Gula Kasar
  • ½ cawan Air



Bahan-bahan 'Praline' Badam :

  • ½ cawan Badam
  • ½ cawan Gula
  • Secubit Garam



Bahan-bahan 'Mascarpone' Putar :

  • ½ cawan 'Mascarpone'
  • Secukup Rasa Gula



Cara-cara Penyediaan Choux Pastri :

  • Campurkan mentega, air dan susu ke dalam dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  • Apabila mentega sudah cair, masukkan tepung gandum.
  • Perlahankan api dan kacau choux pastri sehingga tidak melekat di bahagian tepi periuk dan mula masukkan telur satu per satu. Pastikan setiap telur dipukul sebelum memasukkan teur yang lain.
  • Gaul bahan-bahan sehingga sebati dan masak selama 5 minit.
  • Kemudian, masukkan ke dalam ‘piping bag’ dan paipkan ke atas dulang pembakar.
  • Selepas siap, masak di dalam ketuhar selama 15-20 minit atau sampai permukaannya berwarna perang keemasan.



Cara-cara Penyediaan Krim Pastri :

  • Campurkan susu dan krim ke dalam periuk dan panaskan sehingga sebelum takat didih.
  • Pada masa yang sama, pukul telur kuning bersama gula, garam, vanilla essence dan tepung hingga sebati.
  • Sambil mengacau, masukkan semua campuran krim sedikit demi sedikit ke dalam susu supaya telur tidak termasak.
  • Masuk balik campuran ini ke dalam periuk dan kacau diatas api yang perlahan sehingga masak dan pekat.



Cara-cara Penyediaan 'Coulis Blackberry' :

  • Kisarkan semua bahan dalam dengan menggunakan pengisar dan masukkan bahan kisaran ke dalam periuk.
  • Masak selama 10 minit dan selepas itu, tapis keluar biji dan 'fibre' dalam blackberry.
  • Kuah yang terhasil akan dijadikan sos coulis.



Cara-cara Penyediaan 'Praline' Badam :

  • Bakar badam dalam ketuhar pada suhu 180C sehingga ranggup.
  • Kemudian, cairkan gula dan garam di atas kuali dan masukkan badam.
  • Kacaukan hingga gula mencair dan salutkan setiap biji badam dengan gula.
  • Letakkan diatas kertas pembakar dan biarkan menyejuk dan mengeras.
  • Akhir sekali, hancurkan badam dengan menggunakan lesung batu.



Cara-cara Penyediaan 'Mascarpone' Putar :

  • Pukul mascarpone dengan gula sehingga sebati.
  • Hidangkan bersama elemen krim puff yang lain.

Krim Puff - Ezani


Bahan-bahan Choux Pastri :

  • 1 cawan Air
  • 75gm Mentega
  • 1 cawan Tepung
  • ½ sudu kecil Garam
  • 3 biji Telur



Bahan-bahan Krim Pastri :

  • 1½ cawan Susu
  • 1 sudu kecil Estrak Vanilla
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu besar Mentega



Cara-cara Penyediaan Choux Pastri :

  • Panaskan air bersama mentega dan apabila mentega mencair, masukkan campuran tepung dan garam dan kacau dengan air yang perlahan sehingga menjadi doh. Teruskan memasak dan gaulkan sehinngga menjadi doh selama 3 minit lagi.
  • Kemudian, keluarkan doh dan masukkan ke dalam mangkuk. Pukul doh dengan pemutar elektrik supaya dapat menyejukkan doh sedikit.
  • Selepas itu, masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
  • Selepas siap, masukkan adunan tadi ke dalam ‘piping bag’ dan paipkan di atas kertas pembakar.
  • Akhir sekali bakar di dalam ketuhar dengan suhu 200C selama 10 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150C dan bakar lagi selama 20 minit.



Cara-cara Penyediaan Krim Pastri :

  • Panaskan susu dengan esen vanilla dan pada masa yang sama, pukul telur dengan tepung dan gula.
  • Kemudian, tuangkan susu panas ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati. Selepas itu, tuangkan semula ke dalam periuk dan kacaukan dengan api perlahan sehingga pekat.
  • Apabila sudah pekat, padamkan api dan masukkan mentega ke dalam krim pastry.
  • Akhir sekali, masukkan krim pastry ke dalam ‘piping bag’ dan paipkan ke dalam krim puff.