Tuesday, December 13, 2011

Ayam Kari Tairu - Ary Malik


Bahan-bahan :
  • Air Mawar
  • 1 biji Bawang Holland (didadu)
  • 3 ulas Bawang Putih (didadu)
  • 1cm Halia (didadu/hiris)
  • ¼ Lada Benggala Merah (hiris)
  • 2 sudu besar Serbuk Kari Daging Ayam
  • Tomato Puri
  • Yogurt Asli (tairu asli)
  • Daun Kari
  • Ayam (bahagian dada)
  • Rempah Kering (kayu manis/cengkih/bunga lawang)
  • 1 kiub Stok Ayam
  • 1 cawan Beras
  • Garam
  • Lada Sulah /Lada hitam

Bahan-bahan Tumisan :
  • 2 sudu besar serbuk Kari Daging
  • 1½ sudu besar Tomato Puri
  • 1 ulas Bawang Putih (cincang)
  • ¼ Bawang Holland (dipotong dadu)
  • 1 biji Bunga Lawang
  • 2 Bunga Cengkih
  • ½ batang Kayu Manis
  • 5 keping Daun Kari

Cara-cara :
  • Season bahagian ayam dengan garam dan lada hitam.
  • Biar rehat seketika 'pan-fry' atau 'sear' kedua belah bahagian dada ayam sehingga perang dan letak ketepi.

Cara-cara Penyediaan Tumisan :
  • Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan campuran tumisan sehingga wangi.
  • Biar seketika dan masukkan ayam tambahkan air sehingga lebih sedikit di atas paras ayam.
  • Biarkan ayam masak dan tambah hirisan lada benggala serta stock ayam 1/2 kiub.
  • Kemudian masukkan 3/4 cawan tairu dan biar sebati.
  • Tambahkan perisa garam dan lada hitam kisar.

No comments:

Post a Comment