Tuesday, December 13, 2011

Udang Getak Muara Kasih - Shahriah


Bahan-bahan Nasi Mentega :
  • Mentega
  • Bunga Cengkih
  • Daun Salam
  • Bawang Kuning (didadu)
  • Bawang Putih (dipecahkan)
  • Sedikit Minyak, Garam dan Gula
  • Beras

Bahan-bahan Udang Getak dan Sos Lemak Cili Api :
  • Udang Getak
  • Limau Nipis (jusnya)
  • Udang Getak (telah siap dipanggang)
  • Cili Padi (ditumbuk lumat)
  • Kunyit (ditumbuk lumat)
  • Serai (dititik)
  • Tomato Ceri
  • Santan

Cara-cara Penyediaan Nasi Mentega :
  • Panaskan periuk dengan sedikit minyak masukkan mentega.
  • Tumiskan bawang kuning, bawang putih, cengkih dan daun salam sehingga naik bau.
  • Masukkan beras, kacau dan masukkan air dan stok ayam.
  • Masak dan hidangkan.

Cara-cara Penyediaan Udang Getak dan Sos Lemak Cili Api :
  • Rebus udang getak sehingga kulit kemerahan. Rendam di dalam air sejuk buat seketika.
  • Kemudiaan, belah kulitnya dan ambil isinya perapkan bersama serbuk lada hitam, garam dan mentega.
  • Campurkan santan dan bahan yang di tumbuk lumat berserta serai.
  • Renehkan dan sesuaikan rasa. Masukkan tomato ceri. Angkat dan hidangkan bersama udang getak, nasi mentega dan sos lemak cili api.

No comments:

Post a Comment