Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

Nasi Ayam Madu Ipoh Mali


Sebelum nak prepare Nasi Ayam kita kena prepare Sup Ayam dahulu. Nanti air sup akan kita gunakan untuk tanak nasi. Kalau setakat pakai kiub ayam ajer tak power laaa nanti nasi ayam kita. Biar yang Original baru Uummphh .... !!!

SUP AYAM
1/2 ekor ayam di potong dan dicuci bersih
air secukupnya
1/4 bawang besar atau 3 ulas bawang merah - di hiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inc halia - dititik
2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sup bunjut atau kalau tak de boleh guna rempah tumis 4 sekawan
2 sudu mentega
Sampingan ;- kentang, carrot, chicken ball

Cara penyediaan Sup Ayam :-
1- Panaskan mentega,
2- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
3- Masukkan halia dan air, biar hingga air didih.
4- Masukkan kiub ayam dan sup bunjut & sos tiram. Kacau rata
5- Kemudian masukkan ayam, kentang, carrot dan tambahkan garam secukup rasa.
6- Masak hingga ayam dan yang lain-lain empuk.
7- Bila dah masak, Keluarkan ayam dan ambil 2 1/2 cawan sup asingkan untuk menanak nasi.
8- Sup yg telah siap tadi bolehlah di taburkan daun sup daun bawang dan bawang goreng untuk di makan bersama nasi.

Ok ... dah siap sup ayam, kita prepare ayam nyer pula. Setelah ditoskan, perap ayam bersama bahan-bahan dibawah seketika. Nanti goreng dengan api sederhana dengan menggunakan minyak yang banyak. Ala-ala deep fried gitu ...

AYAM MADU
Ayam yg telah di rebus tadi.
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih

Cara penyediaan Ayam Madu :-
1- Gaulkan semua bahan dan lumurkan atau ratakan pada ayam tadi.
2- Perap sekejap. (sementara tunggu nasi dah siap masak baru goreng >> makan panas-panas sedapppp)
3- Kemudian goreng ayam ni dengan minyak yg banyak.

NASI AYAM IPOH MALI
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Cara penyediaan Nasi Ayam Ipoh Mali :-
1- Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
2- Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau.
3- Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
4- Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
5- Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
6- Tutup periuk nasi. Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.

SOS CILI MERAH
10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
sedikit air dari air rebusan ayam
sedikit sos cili dan sos tomato
garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan Cili Merah ;-
1- Masukkan semua bahan didalam blender
2- Kisar ala kadar, jangan halus sangat
3- Masak hingga mendidih dan pekat
4- Masukkan cili sos & tomato sos sedikit + garam dan gula secukup rasa
5- Kalau terbuat terlebih boleh simpan dalam peti ais buat cecah keropok atau cucur. Sedappp ....

SOS KICAP
2 ulas bawang putih - dihiris
kicap manis atau kicap masin secukupnya
sedikit sup ayam
garam atau gula. (jika kicap masin buh gula aje. kalau kicap manis boh garam sikit)
cili api di hiris - ikut kepedasan kalau suka pedas boh lah lebih2

Cara penyediaan Sos Kicap :-
1- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, pas tu masukkan kicap dan sedikit air sup masak hingga didih.
2- Pas tu masukkan cili dan garam atau gula.
3- Siap di nikmati bersama Nasi Ayam Madu tadi.

Bahan Hiasan
Daun salad
Tomato
Timun
Dah siap !! Selamat bersantapan .....

Tuesday, February 28, 2012

Nasi Goreng Daging Yunan


Bahan-bahan
1 mangkuk besar nasi
1 sudu besar bawang putih - dicincang
300g daging lembu - dihiris (Nina perap dulu bersama sos tiram dalam 20 minit)
1 sudu besar udang kering
2 biji telur
100g mix vege
7 ketul chicken ball - dibelah 4 (Nina tambah sendiri)
2 batang sayur kacang panjang - dipotong 1cm (Nina tambah sendiri)
1 biji bawang besar - dipotong kecil
50g lada merah - dipotong kecil (Nina tak letak pun)
sedikit biji gajus - digoreng tanpa minyak hingga garing (Nina tak letak punn, tak der stok)
sedikit bijan - digoreng tanpa minyak (Nina tak letak)
Marjerin Planta secukupnya

Bahan Perasa
sedikit serbuk lada
sedikit kicap cair
sedikit minyak bijan
1 sudu besar serbuk pati ayam

Cara-caranya
1- Pijarkan marjerin Planta dan tumiskan bawang putih, daging lembu dan udang kering hingga naik bau.
2- Masukkan telur dan goreng hingga masak. Potong telur itu dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil.
3- Masukkan mix vege, bawang besar dan lada merah. Goreng selama 1-2 minit.
4- Kemudian masukkan nasi dan balik-balikkan masakan itu untuk seketika.
5- Masukkan bahan perasa dan kecilkan api. Masak selama 5minit.
6- Taburkan biji gajus dan bijan di atas nasi goreng sebelum dihidangkan. (Nina tak letak punn)

Selamat mencuba !!

Nasi Carrot


Bahan-Bahan
6 cawan beras basmathi....basuh dan toskan
2 cawan carrot [potong dadu kecil] - Nur parut saja.
1/2 cawan susu cair
8 cawan air
1 kiub ayam knorr
1 s/k gula - Nur tak letak
garam

Bahan Tumis
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia ]
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan

Cara -Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.

Tuesday, February 14, 2012

Nasi Beriani Udang


Bahan2nya
500gm beras basmati, di rendam 20mins
750gm Udang segar. Di bersihkan, buangkan hujung kepala & ekor
3 sudu besar kacang gajus
3 sudu besar bawang merah goreng
2 biji bawang besar
2 biji tomato
2 puchok daun ketumbar, bersama akar nya
1 inch halia
4 ulas bawang putih
Semua bahan diatas dikisar
4 sudu besar rempah Biryani
1 batang kayu manis
5 biji pelaga
5 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
4 helai daun pandan
Garam seukup rasa
Air secukupnya untuk memasak nasi
Mentega/Minyak sapi/Minyak Masak
Sedikit daun ketumbar dan bawang goreng untuk hiasannya

Cara2nya
Panaskan kuali, cairkan/panaskan minyak/mentega.Tuangkan bahan yang dikisar, letakan rempah biryani dan rempah 4 sekawan, daun pandan dan garam secukup rasa letakan air 1/2 cawan. Bila rempah aroma bangkit, bahagikan dua.Tuangkan beras kedalam periok letrik, masakan rempah biryani dan udang kedalam. Tuangkan air melebihi paras beras dalam 1/2 inch. Bahan rempah yang setengah lagi, campurkan 3 sudu besar untuk memasak kuah kari. Ikut cita rasalah, untuk memasak kari sayur atau kari lain2. Sajilah Biryaninya bersama kuah kari sayur, rojak nenas timun bersama bawang cili hiris. Letakan keropok pampadam dan air teh berempah / kopi 'O' bersusu atau sebarang minuman yang sesuai ikut citarasa.

Tuesday, January 31, 2012

Nasi Tomato


Bahan2nya
1/2 kg Beras Basmati (Biryani) - direndamkan beras selama 20mins
2 biji bawang besar - dihiris2
10 biji bawang merah - hiris
1 botol kechil - Tairu biasa /Yogurt plain
2 tin tomato buah (sederhana)
2 biji tomato dipotong dadu kasar2
1 tin kechil tomato puree
3 helai ketumbar - dipotong kasar
1 genggam duan pudina (petik duan2nya)
3 akar duan ketumbar - ditumbuk lumat dengan bawang putih
4 ulas bawang putih - ditumbuk dengan akar ketumbar
2 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
8 biji buah pelaga
8 biji bunga cengkih
2 sudu teh jintan halus
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk kari
5 sudu bawang goreng
3 ikat daun pandan
2 cawan stok daging / ayam
Garam secuckup rasa
1 tin sederhana Minyak sapi atau Mentega & 3 sudu besar minyak masak

Cara2nya
Panaskan minyak diperiok yang, masukan bahan2 bawang hiris, bawang putih, akar ketumbar, rempah (4 kawan) daun pandan, tomato buah, tin & puree dan yogurt. Goreng bahan2 nya hingga bau harum, letakan garam secukup rasa. Masukan beras dan gaulkan pelahan supaya sebati. Bubuhkan daud ketumbar & daun pudina. Tuangkan air stok daging/ayam cukup untuk menanak nasinya.
Tutup periok biarkan nasi nya masak. Gaulkan nasinya semasa separoh masak.
Bila sudah masak, taburkan bawang goreng dan daun ketumbar diatasnya. Sajikan dengan lauk pauknya

Nasi Goreng Ramadhan


Bahan2nya
4 manggkuk Nasi putih
15 ekor udang segar - dibuangkan kulit dan uratnya
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 cili hijau - dihiris serong
1 cili merah - dihiris serong
2 ulas bawang putih - dicinchang halus
2 biji telur
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar - Sayur2 campuran - peas,carrot,jagung
Garam secukup rasa
Daun sup-dipotong halus
Bawang merah goreng
Minyak masak (canola/sayur)

Bahan Taburan-nya (Topping)
Ikan bilis goreng
1 cili hijau - dipotong serong
1 cili merah - dipotong serong
Daun Sup & Timun hiris

Cara2nya.
Panaskan minyak, masukan bawang2 dan cili hiris, bila ia mula lembut, letakan sos tiram dan nasi putih, sayur campuran dan udang segar. Gaulkan hingga sebati. Buhuhkan bawang goreng dan daun sup. Sedikit Kicap manis(optional).
Siapkan 2 biji telur, dipukul dalam mangkuk, tepikan nasi ketepi dan letakan sedikit minyak. Tuangkan telur dan biarkan ia goreng sebentar. Kemudian gaulkan telur kenasi goreng anda. Beraikan nasi supaya tidak melekat kepada telur. Sajikan panas2, bersama ikan bilis goreng,cili daun sup, timun hiris dan bawang goreng.

Anda pun boleh meletak bahan2 lain macam sotong, bebola ikan dan daging hiris tipis atau daging cinchang. Kalau hendak meletak daging letak halia hiris dan sos lada hitam.

Friday, January 6, 2012

Ayam Bersalut Kelapa Bersama Nasi Serai - Wahidan


Bahan-bahan Ayam :

  • 300gm Peha Ayam
  • 2 biji Limau Nipis
  • Secukup Rasa Lada Hitam
  • Secukup Rasa Gula
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Jus Limau
  • Secukup Rasa Serbuk Kari
  • Bahan-bahan Kisar:
  • 1 labu Bawang Besar Kuning
  • 3 labu Bawang Merah Kecil
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 batang Serai
  • 3 inci Halia
  • 2 inci Lengkuas
  • 3 helai Daun Limau Purut
  • 1 tangkai Daun Ketumbar


  • 5 biji Cili Padi
  • 5 biji Cili Hijau
  • 1 inci Kunyit
  • 2 inci Belacan



Bahan-bahan Nasi :

  • 150gm Beras
  • 1 batang Serai
  • Secukup Rasa Garam



Bahan-bahan Salad Mangga :

  • Secukup Rasa Jus Limau
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada Hitam
  • Dipotong Dadu:
  • 1 biji Buah Mangga
  • 1 labu Bawang Merah Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 batang Timun
  • 2 biji Tomato
  • Dimayang:
  • 5 helai Daun Pudina
  • 3 helai Daun Limau
  • 1 tangkai Daun Ketumbar
  • 2 biji Limau nipis



Cara-cara Penyediaan Ayam :

  • Asingkan tulang dengan isi ayam terlebih dahulu dan bersihkannya. Kemudian keringkan paha ayam dan perapkan dengan garam dan lada hitam, masukkan ke dalam peti sejuk selam 30 minit.
  • Letakkan isi kelapa parut di atas dulang untuk dibakar dalam ketuhar selama 10 minit.
  • Panaskan minyak untuk menumis bahan kisar hingga naik minyak dan menerbitkan aroma. Untuk perasa masukkan gula, garam, jus limau dan lada hitam.
  • Panaskan minyak untuk mengoreng paha ayam. Sebelum mengoreng paha ayam, terlebih dahulu salutkan paha ayam dengan telur dan tepung jagung yang bersama garam, gula dan serbuk kari.
  • Apabila minyak dah cukup panas gorengkan paha ayam tadi selama 8 minit hingga nampak kuning keemasan. Angkat dan letak di atas kertas tisu.
  • Kemudian salutkan paha ayam tadi dengan kelapa sangai.



Cara-cara Penyediaan Nasi :

  • Didihkan air bersama serai sehingga menaikkan aroma serai tadi.
  • Kemudian masukkan beras dan garam. Biarkan selama 15 minit sehingga air hampir kering, kecilkan api sehingga nasi cukup masak.



Cara-cara Penyediaan Salad Mangga :

  • Gaulkan kesemua bahan-bahan untuk perasa masukkan garam, lada hitam dan jus limau.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Monday, January 2, 2012

Ju Panggilan Di Kuching - Imelda


Bahan-bahan Kambing Masak Tomato Berempah :

  • Daging kambing (dipotong nipis)

  • 1 sudu makan Serbuk Kari Daging

  • 1 biji Tomato Segar (dipotong kiub)

  • 1 cawan Air panas

  • Bahan-bahan Kisar:

  • 12 ketul Tomato Puri

  • 2 sudu Bawang Besar

  • 2 biji Bawang Putih

  • 5 ulas Halia

  • 2 inci Bawang Merah

  • 5 ulas Jintan Manis

  • 1 sudu teh Bunga Lawang

  • Bahan-bahan Perapan:

  • 2 batang Kayu Manis

  • 2 sudu makan Sos Cili

  • 2 sudu makan Sos Tiram



  • Bahan-bahan Acar :

    • ½ biji Timun (dipotong bulan sabit)
    • ½ biji Avocado (dipotong dadu)
    • ½ biji Mangga (dipotong dadu)
    • 2 biji Jus Lemon
    • 3 sudu makan Minyak Neuvida
    • Secukup Rasa Garam
    • Secukup Rasa Gula
    • Cili Padi (dicincang)
    • Cili Merah (dicincang)



    Bahan-bahan Nasi Samin :

    • 2 cawan Beras
    • 2 bantang Kulit kayu manis (bahan tumis)
    • 2 biji Bunga Lawang
    • 5 sudu Minyak Neuvida
    • Cengkih
    • Garam
    • Bahan-bahan Kisar:
    • 2 inci Halia
    • 5 ulas Bawang Putih
    • 1 biji Bawang Besar
    • *Dikisar halus



    Cara-cara Penyediaan Kambing Masak Tomato Berempah :

    • Tumis bahan kisar dengan minyak Neuvida dan masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, jintan manis dan tumiskan sehingga garing.
    • Kemudian masukkan tomato puri dan kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
    • Apabila mula mereneh masukkan daging yang sudah diperap dengan bahan perapan.
    • Kemudian, masukkan air panas dan reneh daging sehingga empuk dengan api yang perlahan.
    • Akhir sekali, masukkan tomato segar apabila daging sudah masak.
    • Ketepikan untuk hidangan.



    Cara-cara Penyediaan Acar :

    • Pukul jus lemon dan minyak neuvida sehingga sebati.
    • Kemudian masukkan timun, avokado dan mangg. Kacau sehingga rata dan masukkan cili cincang. Gaul bahan-bahan tersebit hingga sebati.
    • Selepas itu, perisakan bersama garam dan gula.
    • Pastikan acar di perap sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dihidang.



    Cara-cara Penyediaan Nasi Samin :

    • Tumis bahan kisar dan bahan tumis dengan minyak neuvida hingga perang.
    • Apabila sudah keperangan, masukkan beras dan goreng hingga garing.
    • Kemudian masukkan air dan masak nasi minyak sehingga masak dan gaul selalu supaya tidak hangit.
    • Perisakan bersama garam dan sedia untuk hidangan.