Saturday, December 31, 2011

Belut Berlada Hijau - Ary Malik


Bahan-bahan Belut Berlada Hijau :
  • Belut (dibuang tulang dan potong 2 inci panjang)
  • 10 tangkai Cili Hijau (dibuang bijinya)
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1/3 biji Bawang Holland
  • 1/3 inci Belacan
  • ½ sudu besar Perahan Jus
  • Secukup rasa Garam
  • Secukup rasa Gula
  • Secukup rasa Lada Hitam
  • Tepung Gandum

Bahan-bahan Nasi Wangi Serai Bebawang :
  • 1 cawan Beras
  • 1 cawan Air
  • Secukup rasa Garam
  • 1 batang Serai (dititik)
  • ½ biji Bawang Holland (dihiris)
  • ½ helai kecil Daun Kunyit (dihiris)

Bahan-bahan Sayur Tumis Kicap :
  • 3 batang Kacang Buncis (dipotong sepanjang 1 inci)
  • ½ batang Daun Leek (dihiris)
  • 3 biji Tomato Ceri (dibelah dua)
  • 1 ½ sudu besar Kecap Manis
  • 2 sudu besar Jus Perahan Lemon
  • 1/3 biji Bawang Holland (dipotong dadu)
  • 1 ulas Bawang Putih (dipotong dadu kecil)
  • Secukup rasa Garam
  • Secukup rasa Gula
  • Secukup rasa Lada Sulah

Cara-cara Penyediaan Belut Berlada Hijau :
  • Cuci belut sehingga bersih, kemudian gaulkan di dalam tepung untuk membuang bau dan lendir. Biarkan selama 5-10 minit.
  • Kemudian, cuci belut dan perapkan selama 5 minit menggunakan garam dan lada hitam.
  • Panaskan minyak dalam kuali leper, masukkan belut dan masak sehingga perang kedua-dua belah.
  • Kisarkan cili hijau, bawang putih, bawang holland, belacan dan tambahkan 1/3 cawan air.
  • Kemudian, masukkan bahan kisar dan masak bersama belut sehingga sebati dan naik bau wangi.
  • Apabila bahan kisar sudah masak tambahkam perisa garam dan lada hitam, serta gula.
  • Gaulkannya sehingga sebati dan masukkan jus perahan lemon dan tutupkan api.
  • Siap untuk dihidang bersama dengan nasi dan sayur.

Cara-cara Penyediaan Nasi Wangi Serai Bebawang :
  • Cucikan beras dan masukkan kesemua bahan kedalam periuk berisi beras dan masakkan ia sehingga menjadi nasi.
  • Apabila ia sudah menjadi nasi, ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Sayur Tumis Kicap :
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang, bawang putih, kacang buncis, daun ‘leek’ untuk beberapa minit (sebelum layur).
  • Kemudian, masukkan kicap manis, garam, gula, lada sulah dan tomato ceri.
  • Gaul sehingga rata dan tutupkan api. Selepas itu, masukkan jus lemon dan gaulkan sehingga sebati.
  • Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment