Tuesday, December 20, 2011

Lidah Tauco Berlado Cin-Don - Ary Malik


Bahan-bahan Nasi Berherba :

  • ½ cawan Beras
  • 2 batang Daun Sup (dipotong kasar)
  • Air



Bahan-bahan Lidah :

  • Cili Merah (dikisar)
  • Bawang Holland (dikisar)
  • Bawang Putih (dikisar)
  • Halia
  • 10 hirissan Lidah Lembu
  • ½ kuib Stok Ayam Kiub Maggi
  • 1 sudu teh Cuka
  • 2 sudu teh Jus Lemon
  • 1 sudu besar Gula
  • Garam dan Serbuk Lada Hitam



Bahan-bahan Sayuran Timun Laut Segar :

  • ½ biji Bawang Holland
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 1 inci Halia
  • 10 tangkai Cili Merah
  • 1 susu besar Stok Ayam
  • Garam dan Serbuk Lada Hitam
  • Timun Jepun (dipotong memanjang)



Cara-cara Penyediaan Nasi Berherba :

  • Cuci beras dan masukkan air ke dalam periuk.
  • Masak dengan menggunakan suhu yang tinggi pada lima minit yang pertama.
  • Kemudian rendahkan api dan masakkan sehingga menjasdi nasi.
  • Ketepikan nasi dan campurkan bersama daun sup.
  • Ketepikan untuk hidangan



Cara-cara Penyediaan Lidah :

  • Rebus lidah hingga masak dan buangkan lapisan luar lidah dan hiris lidah lembu tersebut dengan ukuran sederhana tebal.
  • Kemudian, perapkan lidah lembu dengan garam dan lada hitam.
  • Panaskan kuali dan masak lidah lembu pada kedua belah sehingga keperangan.
  • Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumiskan selama 5 minit.
  • Selepas itu, masukkan stok ayam dan biarkan semua bahan masak selama 5 minit.
  • Setelah 5 minit, apabila kuah telah pekat, masukkan cuka dan jus lemon. Perisakan bersama garam, lada hitam kisar dan 1 sudu gula, biar semua sebati.
  • Ketepikan untuk hidangan.



Cara-cara Penyediaan Sayuran Timun Laut Segar :

  • Panaskan kuali dan masukkan sayuran dan bawang putih sehingga naik bau wangi.
  • Kemudian, masukkan stok ayam dan perisakan bersama garam dan lada hitam.

No comments:

Post a Comment