Showing posts with label Masakan Ayam. Show all posts
Showing posts with label Masakan Ayam. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Tomyam Santan


bahan2

udang
ayam
2 btg serai
1 inci lengkuas
2 cwn air rebusan ayam- xltk pn xpe,ganti air biase je
4 helai daun limau purut
1 biji tomato
cendawan
batang saderi
cili padi

1 cawan santan segar (kalau nk kuah byk bole lbhkn santan)
4 sudu jus limau nipis
3 sudu sos ikan
bwg besar (belah 4)
garam & gula

STEPS:
rebus semua bahan -udang/ayam,serai,lengkuas,daun limau,cili padi.
masukkan santan segar dan jus limau
garam & gula secukupnye serta sos ikan.(masak dng api perlahan).masuk cndwan,saleri dan tomato akhir skali.

selamat mencuba :D

Saturday, March 10, 2012

Puff Kari Ayam


utk intinya:
2 biji kentang- potong dadu kecil2
1 mangkuk kecil ayam cincang kecil2
1 biji bwg besar- cincang dadu
3 ulas bwg putih- tumbuk
1 sudu besar (membumbung) serbuk kari ayam

cara:

tumis dua2 bwg sampai naik bau
masukkan serbuk kari yg di bancuh ngan air
biar sampai rempah agak garing
masukkan ayam dan kentang
tambah air dlm 1 cawan
biar sampai kentang empuk dan kering airnya
kalo kentang lom empuk, tambah air skit
perasakan ngan garam (dan gula kalo suka)


* bentangkan pastry, letak inti tg2..lipat dua..
kelim kemas dgn hujung garfu...

sapu sedikit kuning telur atas pastry sblm bakar..tp dlm gambor tu x sapu sbb kelupaan..

bakar lebih kurang 15 mnt api atas bwh suhu 180..
atau sampai atasnya nampak kegaringan (pastikan bontotnya pun garing)

Chicken Cream Soup


Bahan
1 paket puff pastry - ready  made
(Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan lembut pada suhu bilik)

Bahan Sup
200gm isi ayam di cincang
6 biji cendawan butang segar / dalam tin - di dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 labu bawang besar - di dadu
250ml air
150ml susu cair
1/2 kiub pati ayam 
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar minyak zaitun / mentega
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh lada putih / lada hitam

Sapuan
1 biji kuning telur
1/2 sudu besar susu sejat
parsley kering



 


Cara-cara :
1.  Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.  Masukkan tepung gandum, kacau hingga rata.  Masukkan air dan kiub pati ayam, kacau rata.
2.  Masukkan bahan-bahan yang lain dan masak hingga sup agak pekat.  Tuang ke dalam acuan remekin 3/4 penuh.  Ketepikan.
3.  Tabur tepung di atas papan canai, canai dan potong puff lebih besar dari saiz acuan.  Tutup acuan dengan pastry puff.  Simpan sebentar di dalam peti sejuk.
4.  Keluarkan dan sapu permukaannya dengan kuning telur dan tabur dengan parsley kering.
5.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 190C selama 20-25 minit.
6.  Enak di hidang panas.

*** kiub pati ayam biasanya masin, perasakan dengan sedikit garam sahaja.

Ayam Szechuan


Bahan-bahan:
120gm isi ayam - dihiris dan direbus sekejap
280gm nasi putih kukus
5gm bawang besar
10gm bawang putih
5gm halia
15gm pes cili
15gm pes hot bean
10gm serbuk stok ayam
30gm lada benggala - kuning, merah, hijau
10gm daun bawang
10ml sos tiram
3 titik minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Panaskan minyak bijan dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia cincang sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan lada benggala pelbagai warna dan ditumis sehingga sedikit layu.
3. Seterusnya masukkan pes cili, sos tiram dan pes hot bean. Kacau rata dan sebati.
4. Setelah itu masukkan pula garam, gula dan serbuk stok ayam secukup rasa.
5. Akhir sekali, masukkan hirisan ayam dan sebatikan. Didihkan seketika. Taburkan hirisan daun bawang, bijan putih dan gajus bakar

Nasi Ayam Madu Ipoh Mali


Sebelum nak prepare Nasi Ayam kita kena prepare Sup Ayam dahulu. Nanti air sup akan kita gunakan untuk tanak nasi. Kalau setakat pakai kiub ayam ajer tak power laaa nanti nasi ayam kita. Biar yang Original baru Uummphh .... !!!

SUP AYAM
1/2 ekor ayam di potong dan dicuci bersih
air secukupnya
1/4 bawang besar atau 3 ulas bawang merah - di hiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inc halia - dititik
2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sup bunjut atau kalau tak de boleh guna rempah tumis 4 sekawan
2 sudu mentega
Sampingan ;- kentang, carrot, chicken ball

Cara penyediaan Sup Ayam :-
1- Panaskan mentega,
2- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
3- Masukkan halia dan air, biar hingga air didih.
4- Masukkan kiub ayam dan sup bunjut & sos tiram. Kacau rata
5- Kemudian masukkan ayam, kentang, carrot dan tambahkan garam secukup rasa.
6- Masak hingga ayam dan yang lain-lain empuk.
7- Bila dah masak, Keluarkan ayam dan ambil 2 1/2 cawan sup asingkan untuk menanak nasi.
8- Sup yg telah siap tadi bolehlah di taburkan daun sup daun bawang dan bawang goreng untuk di makan bersama nasi.

Ok ... dah siap sup ayam, kita prepare ayam nyer pula. Setelah ditoskan, perap ayam bersama bahan-bahan dibawah seketika. Nanti goreng dengan api sederhana dengan menggunakan minyak yang banyak. Ala-ala deep fried gitu ...

AYAM MADU
Ayam yg telah di rebus tadi.
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih

Cara penyediaan Ayam Madu :-
1- Gaulkan semua bahan dan lumurkan atau ratakan pada ayam tadi.
2- Perap sekejap. (sementara tunggu nasi dah siap masak baru goreng >> makan panas-panas sedapppp)
3- Kemudian goreng ayam ni dengan minyak yg banyak.

NASI AYAM IPOH MALI
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Cara penyediaan Nasi Ayam Ipoh Mali :-
1- Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
2- Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau.
3- Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
4- Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
5- Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
6- Tutup periuk nasi. Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.

SOS CILI MERAH
10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
sedikit air dari air rebusan ayam
sedikit sos cili dan sos tomato
garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan Cili Merah ;-
1- Masukkan semua bahan didalam blender
2- Kisar ala kadar, jangan halus sangat
3- Masak hingga mendidih dan pekat
4- Masukkan cili sos & tomato sos sedikit + garam dan gula secukup rasa
5- Kalau terbuat terlebih boleh simpan dalam peti ais buat cecah keropok atau cucur. Sedappp ....

SOS KICAP
2 ulas bawang putih - dihiris
kicap manis atau kicap masin secukupnya
sedikit sup ayam
garam atau gula. (jika kicap masin buh gula aje. kalau kicap manis boh garam sikit)
cili api di hiris - ikut kepedasan kalau suka pedas boh lah lebih2

Cara penyediaan Sos Kicap :-
1- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, pas tu masukkan kicap dan sedikit air sup masak hingga didih.
2- Pas tu masukkan cili dan garam atau gula.
3- Siap di nikmati bersama Nasi Ayam Madu tadi.

Bahan Hiasan
Daun salad
Tomato
Timun
Dah siap !! Selamat bersantapan .....

Ayam Limau Purut


BAHAN-BAHANNYA- untuk 3-4 orang:

1 /2 ekor ayam dipotong sederhana/ kecil-kecil
4-5 ulas bawang merah ditumbuk
4-5 ulas bawang putih ditumbuk
2 inci kunyit hidup ditumbuk
2 inci halia ditumbuk
2 helai daun limau purut- dihiris halus
sedikit daun kucai - optional
Cili padi /cili besar secukupnya ditumbuk- optional. tak suka pedas takyah letak
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
minyak untuk menggoreng dan menumis


CARA-CARA MEMBUATNYA:

panaskan minyak. gorengkan ayam sehingga garing. ketepikan.
buang sedikit minyak dan tinggalkan lebihan untuk menumis
tumiskan bawang merah, putih, halia, kunyit dan cili yang dah ditumbuk sehingga garing. ***gunakan minyak yang lebih sket, biarkan bebetul garing bahan tumisan tu
masukkan hirisan daun limau purut, sos cili dan sos tiram. kacau sebati.
masukkan ayam, kacau seketika. masukkan air, garam dan gula. biarkan seketika.
kecilkan api dan biarkan dalam 5 minit. masukkan daun kucai dan lagi sekeping daun limau purut. kacau sebati.
hidangkan.


TIPS/ INFO :

Sesuai juga ayam tu digantikan dengan udang atau ikan yang digoreng garing terlebih dahulu. Daging pun. Tapi daging tak perlu goreng lagi best. Kalau daging, lebihkan air lah untuk mengempukkannya.

Friday, March 9, 2012

Ayam Masak Sambal Kerisik


Bahan2
1 ekor ayam - dipotong kecil – QH guna chicken wing
6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai* (*dikisar)
2 ulas bawang besar - dipotong bulat
1 paket kecil kerisik
8 sudu makan cili kisar (kalau xnk pedas sila kurangkan)
1/2 paket kecil serbuk kari Baba's
1 batang lobak merah – dipotong dadu
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya

Caranya
-Panaskan minyak. Goreng ayam terlebih dahulu sehingga 1/2 masak. Angkat dan ketepikan.
-Kemudian tumiskan bahan2 kisar tadi sehingga naik bau.
-Masukkan cili kisar, kacau rata dan tumis sehingga pecah minyak.
-Masukkan bawang besar, serbuk kari dan kerisik. Kacau rata.
-Masukkan lobak merah dan tambahkan sedikit air. Kacau sehingga rata dan biarkan lobak empuk sedikit.
-Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
-Masukkan ayam dan kacau sehingga rata. Perasakan lagi sekali jika ok, matikan api.
-Siap dan hidingkan dengan nasi panas.

Ayam Kicap Bersantan


Ayam Kicap Bersantan
sumber : Majalah SAJI - Februari 2008

Bahan-bahan
1 ekor ayam (Nina guna isi dada ayam dipotong kecil2)
1 batang daun selasih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap masin (Nina guna yang lemak manis ajerrr)
1 cawan santan
Sedikit rempah empat sekawan
Minyak masak
Garam (Nina tak letak punn)

Bahan mayang
3cm halia
3 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-caranya
1- Ayam dibersihkan, kemudian gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam.
2- Pijarkan minyak dan goreng sehingga masak. Angkat dan toskan.
*** Cara Nina : Setelah dibersihkan, Nina perap ayam bersama sos tiram sebentar. Kemudian Nina gaulkan bersama tepung jagung+tepung kastard. Goreng dengan minyak yang banyak. Angkat dan toskan.***
3- Selepas itu, tumiskan bahan mayang bersama rempah empat sekawan sehingga wangi. Angkat sebahagian tumisan ini dan ketepikan.
4- Kemudian tuangkan kicap dan masukkan santan, serbuk lada hitam dan batang daun selasih. Masak hingga pekat.
5- Setelah mendidih dan pekat, tuangkan kuah ke atas ayam yang telah digoreng tadi bersama sebahagian rempah tumisan yang telah diasingkan tadi.
6- Sedia dihidangkan ....

Selamat mencuba ... !!

Begedil Rangup


Begedil

Bahan2
3 biji kentang
3 keping daging atau ayam buger atau boleh guna daging cincang
daun sup ~ di racik halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu rencah soto yang telah ditumis atau rencah Bihun sup  
garam secukup rasa

Caranya
Kentang dikupas kulitnya di hiris bulat nipis dan di goreng terendam.
Angkat kentang, toskan minyaknya dan lecek halus.
Satukan kentang yang telah di lecek bersama daging, bawang putih, bawang goreng, daun sup, garam secukup rasa dan sedikit perencah soto yang telah kita tumis (perencah soto ni ambil dari soto yang kita tumis untuk jadikan kuah soto).
Gaul rata hingga dapat bentuk berbola kecil.
Jika terlembik tambahkan sedikit tepung gandum.



Menyalut begedil

Bahan2
1 butir telur ayam ~ dikocok
sedikit lada hitam
serbuk roti ~ untuk menyalut – bleh guna cornflake
minyak ~ untuk mengoreng

Ambil adunan dan bentukkan bebola kecil.
Salutkan bebola daging tadi dengan bread crumbs atau serbuk roti.
Kemudian celupkan ke dalam telur.
Salut sekali lagi dengan serbuk roti .
Goreng dalam minyak yang sederhana panas secara terendam.
Angkat dan toskan.
Siap di hidangkan bersama soto nasi atau mi.
Enak juga di makan bersama sos cili.

TomYam Ayam (2 org mkn)


Bahan-bahan :
isi ayam potong kcik²,kalo yg bhgian tulang lg sedap..
3 sudu Perencah tom yam (ayu guna yg Mae Pranom Brand- Thai Chili Paste)
bunga kobis
lobak merah(nk letak sayur lain pn xpe)
1 btg serai titik
halia
6 biji cili api diketuk (nk lebih pedas tmbh lg)
daun limau purut
1 biji limau kasturi (amik air)
1 biji bwg besar di belah 4
1sudu sos ikan
garam perasa secukupnya
1 sudu susu pekat (xletak pon xpe,tp lebih sedap)

Cara-cara :
mula² rebus isi ayam td dgn semangkuk air(agk² la bnyk mna nk mkn kuah nti) msuk hirisan halia dlm 2 keping,biar sampai isi ayam td naik minyak skit..msuk perencah tom yam,sayur yg dipotong,sos ikan,air limau kasturi,serai,bawang besar,cili api, daun limau purut..da mendidih msuk kn susu ,garam dan perasa..biar kejap pastu bole la hidang..

SELAMAT MENCUBA..

Tuesday, February 28, 2012

Asam Pedas Ayam Bersantan


Bahan2
1 ekor ayam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 pokok daun kesum – boleh tambah ikut suka
1/2 biji kelapa – ambil santannya
5 sudu lada boh
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai

Caranya
Ayam dibuang kulit, cuci bersih. Rendamkan ayam seketika dengan limau kasturi dan sedikit tepung untuk buang hanyir ayam. Kemudian toskan.

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum.
Tambah cili kisar dan tumis hingga garing.
Masukkan ayam dan gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
Masukkan santan dan kacau.
Masak hingga ayam empuk.
Masukkan daun kesum, perasakan dengan garam secukupnya.
Masukkan gula dan serbuk perasa (jika guna).
Masak sehingga kuah pekat.   
Rasa dan jika ok, matikan api.

Ayam Sos Siam


Bahan2
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian ~ ita guna dada ayam

Sedikit garam

Sedikit serbuk kunyit

 
Bahan kisar

15 tangkai cili padi thai

4 ulas bawang putih

~ ita tambah daun limau purut dan daun kunyit dan ita kisar sekali

1 labu bawang besar ~ dihiris

1/3 cawan sos cili

1 - 2 helai daun kunyit ~ dihiris halus

2 - 3 helai daun limau purut ~ ita tambah

1 batang serai ~ dititik ita tambah

sedikit gula

1 kiub ayam ~ ita tambah

minyak masak secukupnya

Garam secukup rasa

Caranya
Bersihkan ayam dan toskan.

Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.

Perap 20 minit.

Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak.

Angkat dan toskan.

Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata.

Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)

Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar.

Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

Ayam Madu Lada Hitam


Bahan2:
* 1ekor ayam -dibersihkan
* 1sudu besar serbok jintan manis
* 1 sudu besar serbok jintan putih
* 2 sudu besaouu madu
* 2biji bwg merah ( blender)
* 6ulas bwg putih ( blender )
* 1" halia ( blender )
* 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
* sedikit garam ( agak2 )

1 biji lobak merah (diptg2)
2 biji kentang (diptg2)
sedikit butter
sedikit oregani
sedikit rosmary (dpt yg fresh lagi bagus yg kering tu mcm x de rasa je)

Cara :
1) Perapkan bhn2 yg bertanda * selama 1@2 jam lagi lama lagi sedap.
torek2 kan sikit isi aym k dlm tu ..pastu masukkan rempah2 k celah2 isi ayam.
2) Bila dah diperap masuk dlm loyang letak kentang + lobang merah.
3) Letakkan butter sedikit diatas ayam.
4) Taburkan oregano + rosmary
5) Bakar selama 1 jam suhu 200'c mengikut oven masing2.

Selamat mencuba !!


Ayam Halia Black Pepper


bahan-bahan
250gm ayam - dipotong kecil
4sm halia - dihiris halus
4 biji cili kering - dipotong 2cm
minyak menumis
1 biji bawang besar di potong semi bulat untuk hiasan

bahan perap
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kicap cair
1/2 sudu kecil minyak bijan
4sm halia (Nina letak lebih)
1 sudu besar serbuk lada hitam (Nina tumbuk-tumbuk sendiri lada hitam)

Cara-cara
  • Perap bahan ayam bersama bahan perap selama 20minit
  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Tumis halia dan cili kering hingga garing keemasan
  • Masak kesemua bahan yang diperap tadi sehingga ayam empuk. Kacau rata
  • Masukkan bawang besar yang dipotong semi bulat untuk hiasan. Biarkan seketika
  • Tutup api.
  • Sedia dihidangkan.

Mudahkan .... Selamat mencuba !!

Tuesday, February 14, 2012

Ayam Kremes


Bahan-Bahan
1 ekor ayam kampung (anggaran berat dalam 1 kg, 2.2 lbs), dipotong 6-8 keping
dan dicuci bersih - bleh gunakan ayam muda bahagian peha.
2 atau 1 biji limau nipis - ambil airnya
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang kecil
6 biji buah keras
2 sudu makan ketumbar yang disanger dan dikisar halus - gunakan 3 sudumakan ketumbar serbuk pun bleh
1/2 sudu makan garam
400 ml air kepala asli - gunakan air biasa saja jika tiada
200 ml air
10 daun salam (Indonesian bay) leaves
3 helai daun limau purut - tambahan

Bahan Kremes

4 sudu makan bawang putih yang telah digoreng
250 ml air rebusan ayam yang telah rebus tadi.
250 ml air
1 biji telur dikocok sedikit
1/4 cawan tepung beras organic atau tepung beras biasa
1/2 – 1 sudu teh garam garam
1 sudu teh lada putih
Minyak untuk mengoreng


Bahan Sambal Pencicah
Cili merah
cili padi
buah tomato
belacan
bawang kecil
Air Asam / lemon
Sedikit Gula
Sedikit Minyak untuk menumis

Cara-Cara

1. Kisar buah keras, bawang putih dan bawang kecil. Boleh juga ditumbuk mengunakan
batu lesung secara tradisional.

2. Dalam sebuah periuk satukan ayam bersama bahan rempah yang telah dikisar.
Perahkan air limau nipis, masukkan ketumbar, air kelapa, air, daun limau dan daun salam.

3. Masak dengan api yang sederhana dalam masa 20-30 minit atau sehingga air rebusan
menjadi 250ml.

4. Angkat dan ketepikan ayam. Biarkan sejuk sebentar dan akhir sekali goreng ayam tadi
hingga keperangan. (buleh juga sebelum ayam digoreng, celupkan ayam didalam
bancuhan tepung). Angkat ayam dan toskan diatas kitchen paper towel. Kaedah lain jika anda
tidak suka ayam itu digoreng boleh juga dipanggang ayam itu.

Cara Membuat Kremes

1. Kisar bawang putih yang telah digoreng, satukan bersama tepung beras, lada putih
dan juga garam. Dalam mangkuk besar, masukan air rebusan ayam, air dan juga telur
yang telah dikocok. Kacau rata kesemua bahan.

2. Goreng bancuhan tepung dalam 1 senduk hingga menjadi kremes dengan api yang besar.
Apabila kremes dah menjadi angkat dan toskan di kitchen paper towel.Goreng sehingga
habis bancuhan tepung.

Cara menghidangkan nya: Ayam goreng bersama kremes boleh dimakan bersama ulaman atau
dipanggil lalapan dan disesuaikan bersama sambal terasi (sambal belacan) atau sambal
bajak cara orang Indonesia.

Cara Membuat Sambal Pencicah

Cili merah, cili padi, buah tomato, belacan, bawang kecil dikisar dan ditumis bersama sedikit minyak
hingga naik bau dan pastinya mesti sampai bersin....hehe...tambahkan dengan sedikit air asam / lemon dan sedikit gula jika suka

Tuesday, January 31, 2012

Honey Garlic Chicken Wings


Bahan2
1/2 cwn tepung gandum
Sedkt black pepper
Sedkt garlic powder
1/4 sd kecil paprika
1/4 sd kecil cayenne pepper(serbuk lada)
1/4 sd kecil garam
Gaul sebati, coat the chicken wings. Letak dlm peti sejuk at least 1 jam, kalau tdk tepung x lekat kat chicken wings.
Then ready to deep fry. Goreng sampai garing.

Sos:
1 cwn "Diana" Honey garlic sauce (blh guna jenama lain)
Saya modified dgn adding 2 sd bsr gula & 1 sd bsr kicap cair. Masak atas api kecil sampai gula larut.
Finally tuangkan sos ke chicken wings & gaul sampai rata.
Siap blh ratah!

Ayam Ros Pandan


Bahan-bahan:

  • 7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
  • 1 cawan air
  • 1 camca besar gula melaka
  • 2 camca besar bawang goreng
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang kayu manis
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan.
Bahan kisar halus:
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato merah
  • 7 biji cili merah
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci halia
  • 1/3 inci lengkuas
  • 1 camca besar sos tomato
Cara-cara:
  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
  3. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..

'Rainbow' Stir Fry Chicken with Mixed Vegetables & Cashew Nuts - 'Pelangi' Ayam bersama sayur2an & gajus goreng.


Bahan2nya
400gm Dada ayam di potong dadu2.
1 biji bawang besar - dipotong kasar
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inch halia - dihiris
2 batang lobak merah - dipotong serong
1 paket baby corn - dipotong serong
1 kuntum sayur broccoli - dipotong kasar2
1 biji cili kapsikum - di potong dadu
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos ikan
1 sudu besar kicap manis pekat
Segenggam gajus goreng
Air sedikit (1/2 cawan) sebagai kuahnya.
Minyak untuk menumis
Bawang merah goreng - hiasan

Cara2nya
Panaskan minyak dikuali, masukan bawang besar, halia dan bawang puih. Bila bawang mula lembut masukan ayam, gaulkan dan biarkan sebentar. Kemudian letakan sos tiram, kicap & sos ikan dan air. Gaulkan supaya sebati. Masukan sayuran2nya. Rasa kuah nya, leakan garam secukup rasa.Tutup kuali sementara supaya sayuran nya stim di kuali. Buka tutup kuali dan letakan gajus goreng. Taburkan bawang goreng. Sajikan bersama nasi panas.

Ayam Panggang Tandori


Bahan2nya
1 kg Peha Ayam - dibuangkan kulit dan dibersihkan dari lemak2nya.
2 sudu besar cili serbuk/kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan halus
1 sudu besar serbuk garam masalah
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk fenugreek - halba
1 paket tairu biasa
1 tangkai daun ketumbar bersama akarnya - ditumbuk halus/kisar
4 ulas bawang puih - ditumbuk halus/kisar
1 inch halia - ditumbuk halus/kisar
1 sudu teh pewarna merah
Garam secukup rasa
2 biji lemon - perahan jusnya dan hiasan
2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar - dihiris tipis (optional - dipanggang bersama ayam dikuali grill)

Cara2nya
Peha ayam pada mula mesti di kelar. Supaya rempah dapat di resap pada ayam nya. Gaulkan cili, jus lemon & garam secukup pada peha ayam yang dikelar. Di mangkuk yang lain, siapkan tairu dengan serbuk2 kunyit, ketumbar, jintan halus, garam masalah, gaulkan supaya sebati. Daun ketumbar & akarnya ditumbuk bersama serbuk fenugreek, bawang putih & halia hingga lumat. Gaulkan pada peha2 ayam. Letakan pewarna merah pada yohgurt rempah dan gaulkan pada peha ayam. Biarkan diperap dipeti ais selama 4 - 6jam sebaik2nya. Kalau nak ringkas - 1 jam. Bila hendak memasak, panaskan oven pada 180C - 200C. Keluarkan ayam dan gaulkan bersama minyak masak sedikit. Panggang ayam dioven dan bakar selama 25mins pada suhu 140C - 160C. Bila ayam kelihatan kering, keluarkan dan panggang di kuali grill, panggang supaya mendapatkan tanda2 bakar hitam. Bakar pada api yang sederhana. Taburkan serbuk garam masalah sedikit & hirisan bawang besar di atas ayam semasa dipanggang (optional). Masak ikut cita rasa. Sajikan panas bersama nasi & kari ikan atau kari sayur2an

Ayam Panggang Madu III - Kayu Manis, Rosemary & Ketumbar


Spicy Honey Grilled/Roasted Chicken with Cinnamon, Rosemary & Coriander Spices.

Bahan2nya
1 ekor Ayam Segar - dibersihkan dan gosokan dengan garam sedikit
30gm madu
Serbuk Kayu Manis
Serbuk Ketumbar
Rempah Duan 'Rosemary'
Minyak Zaitun/Canola/Sayuran untuk sapu pada ayam

Bahan untuk rebusan
1 batang kayu manis
1 biji rempah bunga lawang
Sayur campuran - lobak merah & sayur seleri

Cara2nya
Rebuskan sekor ayam di dalam periok yang sederhana, letakan rempah ratus
kayu manis and bunga lawan dan sayur2an campuran. Rebuskan ayam 3/4 masak dan dikeluarkan. Biarkan is sejuk dan sapukan dengan rempah serbuk
kayu manis, ketumbar, madu & dedaun Rosemary. Masukan ayam didalam oven dan panggang selama 20mins. Air rebusan boleh dijadikan sup ayam.
Letakan ayam atas dulang pembakar setiap 10mins di pusing supaya rata dipanggang. Suhu oven 140C 'Grilled setting. Sajikan bersama cili kisar, jus limau & bawang putih ditumbuk