Showing posts with label Masakan Itik. Show all posts
Showing posts with label Masakan Itik. Show all posts

Monday, November 14, 2011

Gulungan Itik Bersoskan Oren Kayu Manis - Amita


Bahan-bahan :
  • 1 bahagian dada itik
  • 1 sudu besar hoisin sos
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar kicap hitam manis
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil kayu manis
  • 1 biji kulit oren
  • Lobak merah
  • Daun bawang besar
  • Cili benggala
  • Daun salad
  • 1 biji keledek
  • 1 biji kentang
  • 1 cawan tepung
  • Air secukupnya supaya campuran tidak melekit
  • Sos hoisin
  • Jus 1 biji oren
  • 1 batang kayu manis
Cara-cara :
  • Perap dada itik dengan bahan-bahan 2-7 minit.
  • Panaskan pan dan masukkan sedikit minyak. Apabila sudah panas, masukkan itik.
  • Masak bahagian luar itik.
  • Panaskan ketuhar.
  • Masukkan itik dalam ketuhar yang bersuhu 190 darjah celcius.
  • Masak selama 5-10 minit dan keluarkan dari ketuhar.
  • Rebus keledek dan kentang berasingan sehingga lembut.
  • Lenyekkan secara berasingan dan masukkan sedikit garam.
  • Campurkan tepung dan air sehingga menjadi adunan.
  • Gulung adunan menjadi lempeng.
  • Panaskan pan dengan sedikit minyak dan balikkan kedua-dua bahagian lempeng sehingga masak
  • Masukkan semua bahan-bahan untuk sos. Masukkan jus dari dada itik.
  • Hiriskan dada itik dan gulungkan hirisan dada itik bersama sedikit sos dan sayur-sayuran.

Itik Bersos Soya Lada Hitam Bersama Kentang dan Tomato - Ary Malik


Bahan-bahan Itik Bersos Soya Lada Hitam (A) :
  • 2 bahagian paha itik
  • Sedikit garam
  • Lada hitam
  • 2 sudu teh halia (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar minyak
Bahan-bahan (B) :
  • 2 sudu teh halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 sudu teh lada hitam (dihancurkan)
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar kicap pekat (Lemak Manis)
  • 1 ½ sudu besar gula perang
Bahan-bahan (C) :

Kentang

Bahan-bahan Tomato Yang Ditumis (Saute Tomatoes) (D) :
  • 4-5 baby tomato
  • Halia (dicincang)
  • Bawang putih (dicincang)
  • Garam secukup rasa
  • Lada secukup rasa
Bahan-bahan Sos :
  • ½ Jus Grapefruit
  • Halia/Bawang putih (dicincang)
Cara-cara :
  • Itik di ‘saute’ dan ditumis dengan sedikit minyak hingga kulitnya garing.
  • Renehkan itik bersama kesemua bahan-bahan (B) selama 10 minit dan kemudian masukkan kedalam ketuhar sehingga masak.
  • 3 kentang kecil direbus bersama sedikit garam.
  • Tumis bahan-bahan (D) untuk membuat Tomato yang Ditumis (Saute Tomatoes).
Cara-cara :
  • Potong bawang, saderi, lobak merah dan leek. Rebus.
  • Ambil itik bahagian dada dan letakkan di dalam rebusan.
  • Keluarkan itik dari rebusan kemudian perap dengan madu, garam dan thyme.
  • Bakar selama 10 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
  • Potong salad sehingga halus.
  • Gaulkan madu, garam, minyak dan lada sulah sehingga sebati.
  • Letakkan salad atas pinggan dan curahkan sos madu tadi.
  • Potong itik yang dah masak tadi dan letak di atas salad itu.
Cara-cara Menyediakan Sos :
  • Sedikit halia/bawang putih (dicincang) dan ditumis sehingga naik bau.
  • Campurkan bersama jus grapefruit, letakkan sedikit garam dan lada sulah berserta herba dan ½ sudu besar kicap cair.

Oriental Duck Rice (Nasi Itik Oriental) - Azilah


Bahan-bahan :
  • 2 bahagian paha itik
  • 1 biji buah pic
  • 1 biji oren – diperap jus
  • Cili benggala merah dipotong dadu
  • Zucchini dipotong dadu
  • Bawang besar
  • Secubit garam
  • Sedikit serbuk cukup rasa
  • 30gm mentega
  • 2cm halia
  • 5 ulas bawang putih
  • Semangkuk beras dan semangkuk air
  • Sebiji kobis – dicelur
Cara-cara :
  • Beras ditanak, disejukkan.
  • Perapkan paha itik dengan pes pic dan halia.
  • Goreng seketika di atas dapur hingga sedikit kecoklatan.
  • Masukkan dalam ketuhar yang dipanaskan 190 darjah celcius selama 30 minit.
  • Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan zucchini, cili benggala dan bawang besar.
  • Kacau hingga separa layu, masukkan nasi yang disejukkan tadi.
  • Perasakan dengan garam dan sedikit Maggi cukup rasa. Hidangkan dalam kobis yang dicelur.
  • Tumis bawang putih, halia sehingga naik bau.
  • Masukkan air perahan oren.
  • Tambahkan mentega, lada hitam sehingga naik minyak.
  • Sediakan untuk dihidangkan apabila semua elemen sudah disediakan.

Itik Bermadu - Azizah


Bahan-bahan :
  • Lobak merah
  • Saderi
  • Bawang Holland
  • Leek
  • Kubis bunga
  • 4 helai daun salai
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • Serbuk Thyme
  • Itik (bahagian dada)
  • 2 sudu besar minyak
Cara-cara :
  • Potong bawang, saderi, lobak merah dan leek. Rebus.
  • Ambil itik bahagian dada dan letakkan di dalam rebusan.
  • Keluarkan itik dari rebusan kemudian perap dengan madu, garam dan thyme.
  • Bakar selama 10 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
  • Potong salad sehingga halus.
  • Gaulkan madu, garam, minyak dan lada sulah sehingga sebati.
  • Letakkan salad atas pinggan dan curahkan sos madu tadi.
  • Potong itik yang dah masak tadi dan letak di atas salad itu.

Barci Itik Panggang - Azlina


Bahan-bahan Itik Panggang :
  • 2 bahagian dada itik
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar jus oren
  • 2 keping kecil kulit oren
  • Garam, gula dan lada
Bahan-bahan Salad Oren fdan Fennel :
  • ½ biji fennel
  • 1 biji jus oren
  • ½ biji oren
  • 3 sudu besar minyak
  • Garam dan gula
Bahan-bahan Kentang Lenyek Bawang Putih :
  • 5 biji kecil kentang
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar air
  • Secubit garam dan lada
Cara-cara Menyediakan Itik Panggang :
  • Perapkan dada itik dengan kicap cair, jus oren, kulit oren, garam, gula dan lada selama 15 minit.
  • Masakkan di atas pan bahagian kulit dahulu sehingga lemak pecah sedikit dalam masa 7-8 minit.
  • Terbalikkan dan masak selama 5 minit.
  • Masukkan ke dalam oven di dalam pan dan biar masak selama 20 minit pada suhu 150 darjah Celsius.
  • Dari masa ke semasa terbalikkan dada itik dan jiruskan minyak di dalam pan ke atas dada itik tersebut.
Cara-cara Menyediakan Salad Oren dan Fennel :
  • Hiriskan fennel dan celurkan selama 1 minit di dalam air mendidih.
  • Angkat, tapis dan masukkan ke dalam air sejuk lalu ketepikan.
  • Potong oren dalam bentuk dadu kecil lalu ketepikan.
  • Campurkan minyak dan jus oren. Kacaukan dengan whisk sehingga sebati.
  • Masukkan garam dan gula sehingga secukup rasa.
Cara-cara Menyediakan Kentang Lenyek Bawang Putih :
  • Masukkan bawang putih di dalam kulitnya di oven pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
  • Rebuskan kentang sehingga lembut.
  • Lenyekkan kentang dan gunakan ayak untuk menapiskannya bagi memberi tekstur yang halus.
  • Masukkan bawang putih panggang dan lenyekkan bersama kentang di dalam pan, cairkan mentega.
  • Masukkan air dan whisk sehingga sebati.
  • Masukkan kentang dan bawang putih, dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan garam dan lada secukup rasa.

Canard A L'Orange Cinta Alam - Brian


Bahan-bahan :
  • Dada itik dan kulit itik
  • 3 biji oren besar, 1 biji dihiris dan 2 biji diperah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 5-6 batang asparagus
  • 2 ulas bawang kuning besar
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil biji lada hitam
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak bijian
  • Sedikit tepung
  • 4 sudu kicap cair
  • 2-3 halia muda
  • Daun kuchai halus
Cara-cara :
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius. Letakkan oren yang dihiris ke dalam ketuhar selama 30 minit.
  • Tumbuk atau kisarkan kayu manis, jintan putih dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan 2 sudu sos tiram, 1 sudu minyak bijian dan 1 sudu kicap cair. Perapkan dada itik dalam campuran ini selama 15 minit.
  • ‘Blanch’ atau celur asparagus dan terus diletakkan dalam air sejuk.
  • Gulungkan asparagus ke dalam dada itik yang telah diperap. Gunakan serpihan kayu manis untuk mengekalkan gulungan. Masakkan gulungan itik di atas kuali panas selama 2-3 minit untuk setiap permukaan dan masukkan ke dalam ketuhar selama 8-10 minit.
  • Gunakan kuali yang sama untuk langkah 4 dan tambahkan campuran halia, bawang putih dan bawang merah yang dihiris. Tambahkan campuran jus oren, sos tiram, kicap cair dan minyak bijian. Masak sehingga mendapat sos yang dingini.
  • Keluarkan oren yang dibakar dalam ketuhar dan masakkan dalam kuali dan tambahkan gula sedikit. Masakkan sehingga ‘caramelized’.
  • Potong gulungan itik yang telah dimasak dan direhatkan. Letakkan atas kepingan oren caramelized dan taburkan dengan daun kuchai halus dan kulit itik yang digoreng garing. Curahkan sos dan sedia untuk dihidangkan.

Itik Panggang Sos Mandarin Bersama Bayam Keju Fatal - Danial


Bahan-bahan :
  • Bawang kuning
  • Bawang putih
  • Keju fatal
  • Bayam
  • Ubi keledek
  • Itik bahagian paha
  • Whipped krim
  • Limau mandarin
  • Daun rosmery
Cara-cara :
  • Taburkan secubit garam, lada putih, paprika ke atas paha itik.
  • Kemudian, gorengkan dengan sedikit minyak sehingga warna keemasan di bahagian kulit.
  • Masakkan itik itu ke dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 25 minit.
  • Untuk menyediakan bayam keju fatal, bersihkan bayam.
  • Cabutkan bahagian daun sahaja. Selepas itu panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  • Masukkan bawang kuning yang dipotong dadu, tumis sebentar.
  • Masukkan bayam bersama sedikit whipped krim.
  • Goreng sebentar dan masukkan keju fatal.
  • Untuk menyediakan sos mandarin untuk itik, panaskan kuali dengan sedikit minyak. Kemudian, tumiskan sedikit bawang putih dan pecahkan jus limau mandarin ke dalamnya. Masukkan secubit garam dan siap dihidangkan bersama itik.

Braised Itik Dengan Salad Frisse Arrie - Deena


Bahan-bahan :
  • Dada itik
  • Buah oren
  • Kulit kayu manis
  • Salad frisse
  • Epal
  • Garam
  • Lada hitam
  • Mentega
Cara-cara Menyediakan Braised Itik :
  • Perapkan itik dengan garam dan lada.
  • Perapkan jus oren dan letakkan di dalam kuali bersama kulit kayu manis.
  • Pan-fry itik dan masukkan dalam jus orangen tadi. ‘Braise’ selama 10 minit.
Cara-cara Menyediakan Salad Frissie :
  • Lebihan jus oren daripada braise itik tadi dipanaskan sehingga kurang daripada kuantiti asal.
  • Blend jus oren dengan minyak sehingga menjadi vinaigrette.
  • Toskan salad frisse, epal dan oren dengan vinaigrette tadi.

Saturday, November 12, 2011

Salad Itik Keemasan - Ezani


Bahan-bahan :
  • Dada itik
  • garam
  • gula
  • serbuk cili
  • jus oren
  • halia
  • bawang putih
  • kulit kayu manis
  • biji lada hitam
  • kulit oren
  • sos tiram garam
  • buah laici
  • Lobak putih
Cara-cara Memasak Dada Itik :
  • Buang kulit
  • kemudian lumur dengan garam dan serbuk cili
  • letakkan dalam kuali sejuk dan hidupkan api, masak sehingga lemak keluar
  • terbalikkannya dan masak dalam oven 5 minit
Cara-cara Memasak Sos :
  • masak gula untuk dibuat caramel
  • Kemudian tuang jus oren ke dalam caramel
  • masukkan halia, bawang putih, kulit kayu manis, biji lada hitam, kulit oren, sos tiram, garam.
Cara-cara Menyediakan Salad :
  • Buah laici dan oren digaulkan bersama jus oren.
  • campurkan sedikit minyak dan garam.
  • Potong nipis lobak putih dan celupkan dengan sos caramel.

Dada Itik Slow-Roast, Emulsi Oren & Salad - Felix


Bahan-bahan Dada Itik Slow-Roast :
  • Dada itik x 2
  • Lada dan garam secukup rasa
  • Daun thyme
  • Panaskan ketuhar ke suhu 100 darjah celcius.
  • Panaskan non-stick pan dengan api yang paling kuat.
  • Sementara itu, taburkan lada hitam dan garam ke atas dada itik dan salutkan dada itik tersebutdengan minyak.
  • Dengan pantasnya, sear kedua-dua belah dada itik atas kuali panas sehingga warna perang keemasan.
  • Masukkan dada itik ke dalam ketuhar yang telah dipra-panaskan selama 50-60 minit untuk ‘med-well’.
Bahan-bahan & Penyediaan Salad :
  • Arugula ataupun ‘rocket leaves’ – 1 tangkai (dikoyak)
  • Fennels – 1 biji ( dihiris halus-halus)
  • Lobak merah 3 (dihiris ‘juliene’)
  • Tuang 2 cawan minyak ke dalam sancepot dan buka api yang kecil.
  • Dengan segeranya letakkan fennel ke dalam sancepot itu dan biarkan selama ½ jam. Inilah ‘fennel confit’.
  • Selepas siap, campurkan confit fennel’ lobak merah dan arugula ke dalam satu mangkuk salad dan biarkan.
Bahan-bahan & Penyediaan Kentang Lenyek (Hidangan Tambahan) :
  • Kentang ‘russet’ x 2 or 3 (dikupes kulit dan dipotong kuib)
  • Fennel fronds (daun dari atas fennel)- 1 sudu kecil.
  • Lada dan garam secukup rasa
  • Emulsi oren (sila rujuk 4)
  • Masuk kentang dalam air garam selama 20 minit atau sehingga lembut.
  • Lenyekkan kentang dalam mangkuk dan tambahkan fennel fronds, lada, garam dan emulsi oren sehingga secukup rasa.
Bahan-bahan Emulsi Oren :
  • Jintan Manis
  • Jintan Putih
  • Kulit Kayu Manis (1 sudu bagi setiap satu rempah yang disebut)
  • ½ biji bawang merah besar dipotong dadu
  • Jus oren-2 cawan
  • Minyak zaitun ½ cawan
  • Garam secukup rasa
Cara-cara Penyediaan Emulsi Oren :
  • Sediakan reduksi oren dahulu – tumiskan rempah sehingga wangi, lepas itu tuangkan jus oren ke dalam kuali yang sedang menumis rempah.
  • Biarkan jus reneh sehingga tinggal ½ cawan. Tapiskan dan simpan jus. Inilah reduksi oren.
  • Tambahkan garam ke dalam reduksi oren hingga secukup rasa.
  • Kisarkan reduksi dan minyak zaitun dalam blender. Inilah emulsi oren.
Cara-cara Hiasan :
  • Toskan salad dengan emulsi oren. Letakkan di atas pinggan yang leper.
  • Buat 2 quennelle kentang dan letakkan di tepi salad.
  • Susunkan dada itik yang telah dipanggang, di tepi quenelle kentang lenyek.
  • Curahkan emulsi oren secara perlahan disekeliling pinggan yang hidangkan.

Orange Spiced Twice Cooked Duck - Hui Ting


Bahan-bahan :
  • 2 paha itik
  • 2 oren
  • ¼ fennel
  • ¼ epal
  • 5 bawang putih
  • 3 kayu manis
  • 1 sudu lada hitam
  • 2 biji tomato
  • Tepung
  • Gula perang
Cara-cara :
  • Masukkan kayu manis dan lada hitam dalam air masak, masakkan paha itik dalam periuk dan masak hingga separuh masak.
  • Keringkan paha dengan kertas dapur.
  • Gunakan api kecil, masak dalam lemak itik dan goring hingga perang dan garing.
  • Gunakan stok memasak itik, masukkan kulit oren, jus oren, bwang putih, tomato dan gula untuk rasa, reneh sehingga berasa masam manis.
  • Masakkan fennel selama 2 minit.
  • Gunakan jus daripada 1 oren, minyak 100ml, masukkan dalam blender untuk membuat orange vinaigrette.
  • Masukkan epal, fennel yang dimasak dan buah oren, sirahkan vinaigrette.
  • Masukkan tepung untuk memekatkan sos.
  • Sirahkan sos atas paha itik yang telah dimasak, hidangkan dengan fennel, epal, oren dan salad.

Palok Itik dan Medley Sayuran - Imelda


Bahan-bahan :
  • 2 paha itik
  • 3 ulas bawang merah
  • ½ ulas bawang putih
  • 1 inci halia muda
  • 5 biji cili kering
  • 1 batang kayu manis
  • 3 sudu makan kicap
  • ½ sudu makan sos tiram maggi
  • Sedikit daun selaseh
  • 2 biji tomato
  • 3 biji cendawan
  • 2 batang kacang buneis
  • Sebiji kentang
  • Sedikit minyak
Cara-cara :
  • Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kering, kayu manis, halia dikisar halus bersama minyak hingga naik bau.
  • Bila bahan yang ditumis masak itik dan tambah air sedikit (perlahankan api dan renehkan hingga itik menjadi separuh masak)
  • Masukkan sedikit tomato cincang dan daun selaseh dan reneh hingga masak.
  • Parut kentang dan gaul dengan garam dan lada. Pan fry kentang.
  • Tumis sayur dengan sedikit minyak dan bawang putih lalu reneh hingga masak.
  • Susun cantik-cantik.

Dada Itik Grill Diperap Kicap Halia - Kamaruzzaman


Bahan-bahan :
  • Dada itik
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu kecil maggi seasoning
  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • Bahan-bahan 2-6 dikisar halus
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • 1 biji ubi kentang
  • 2 sudu besar santan
  • Zuchinni, lobak merah, brucholi untuk hiasan
  • Sos cili maggi
Cara-cara :
  • Dada itik diperap terlebih dahulu dengan bahan kisar selama 20 minit.
  • Selepas itu dipanggang mengguna kuali panggang sehingga masak.
Cara-cara Menghias :
  • Tumiskan sedikit bawang besar, bawang putih dan lada hitam.
  • Selepas itu, masukkan sos cili ½ sudu.
  • Setelah naik bau masukkan 2 sudu santan.

Pan-Fry Itik Bersama Sos Oren - Mastura


Bahan-bahan :
  • Dada itik (diperap dengan sedikit minyak dan garam)
  • Oren (diambil jusnya dan isinya untuk sos)
  • Bayam (dicelur daun sahaja)
  • Kayu manis
  • Chives (buat hiasan)
  • Tepung
  • Garam
  • Gula
Cara-cara :
  • Jus oren dimasak dengan api pelahan bersama kayu manis dan sedikit gula hingga mendidih.
  • Bayam dicelur dengan sedikit garam kemudian diangkat dan goring sebentar dengan butter.
  • Kemudian diletakkan di atas pinggan bahagian tengah.
  • Sedikit butter dan tepung digoreng sebentar dan masukkan jus oren untuk memekatkan sos tersebut.
  • Pan-fry dada itik selama 8 minit angkat dan rehatkan sebentar sebelum dipotong.
  • Letakkan hirisan itik tadi diatas bayam dan tuangkan sos oren dan chives buat hiasan.

Salad Itik Hoisin dan Oden - Nik Michael


Bahan-bahan :
  • Bawang putih
  • Bawang kuning
  • Itik
  • Cili kering
  • Oren
  • Hoisin
  • Salad rocket
  • Salad hijau
  • Salad unggu
Cara-cara Memasak Itik :
  • Perapkan itik dengan garam, lada hitam, sedikit sos hoisin dan bawang putih.
  • ‘scour’ kulit itik.
  • Pan-fry itik dengan api yang perlahan.
  • Jiruskan minyak/lemak panas ke atas itik supaya dagingnya tidak kering.
Cara-cara Penyediaan Vinaigrette Oren & Hoisin :
  • Campurkan jus oren dan bawang kuning serta cili kering dan sos hoisin.
  • Kacau campuran sambil menambah minyak secara perlahan.
Cara-cara Hiasan :
  • Koyakkan daun-daun salad dan aturkan di atas pinggan.
  • Hiriskan itik dan letakkan di tengah pinggan.
  • Titiskan vinaigrette di serata hidangan.
  • Letakkan segmen oren secara rambang.

Itik Tangy - Raymond


Bahan-bahan :
  • 25gm mentega
  • Rosemary
  • 2 oren
  • ½ bawang Holland
  • 3 ulas bawang putih
  • Kayu manis
  • Gula
  • ½ labu
Cara-cara :
  • Itik bahagian dada, dipan goring.
  • Masukkan jus oren setelah kedua belah diseir.
  • Selepas kulit keemasan masukkan kedalam ketuhar 180 darjah celcius selama 25 minit.
  • Bawang Holland dimasukkan kedalam minyak panas, diikuti dengan bawang putih dan selepas keemasan masukkan labu dipotong dadu.
  • Labu ditumis sehingga masak.
  • Sos oren – tanpa minyak, tumis kayu manis bila bau naik masukkan jus oren diikuti dengan zest oren dan segmen oren.
  • Rosemary dicucuk di tengah itik.

Itik Berkembar Dengan Ceram Kentang - Saiful


Bahan-bahan :
  • Bahagian dada itik
  • Kentang dipotong dadu
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kubis unggu
  • Rosemary
  • Ceram
  • Garam
  • Lada putih – serbuk
  • Paraprika
  • Cendawan dipotong dadu
Cara-cara :

  • Ambil isi itik, perap dengan garam, lada putih, paprika (perap selama 15 minit)
  • Ambil kentang, cendawan, bawang putih ,bawang besar dipotong dadu.
  • Masak air sampai mendidih, kemudian masukkan kentang tadi masak sampai lembut.
  • Setelah kentang lembut asingkan kentang dengan penapis lalu sejukkan.
  • Panaskan pan, tuang minyak dan tunggu sampai panas kemudian masukan bawang putih , rosemary dan sedikit garam. Tumiskan sampai naik bau dan sejukkan.
  • Ambil 3 helai daun kubis unggu masukkan ke dalam mangkuk kecil dan masukkan kentang yang lembut tadi bentuk mengikut mangkuk tadi.
  • Ambil isi itik yang diperap tadi buat lubang, ambil sedikit daun rosemary di dalam isi itik dan masak sampai masak.
  • Ambil bawang besar, bawang putih dan cendawan tumis sampai masak.
  • Kemudian letakkan kentang tadi ke letak dalam pinggan, isi itik di tepi dan tuang ceram tadi.

Itik Di Rimba Hutan - Terrence


Bahan-bahan :
  • Daging itik
  • Bawang putih
  • Bawang kuning
  • Celery
  • Chives
  • Apple plum sauce
  • Speghatti
  • Daun salad (hijau)
  • Daun salad (ungu)
  • Kacang pea
  • Fresh herbs
Cara-cara :
  • Potong itik bahagian dada sahaja dan bersihkan. Alihkan tulang dada, ambil isi sahaja.
  • Keringkan dengan dry napkins dan gaul dengan garam.
  • Panaskan kuali (pan) dan tumis bawang kuning, bawang putih, celery hingga naik minyak dan masukkan lemak itik (kulit) hingga keluar wangi minyak. Ketepikan untuk dimasakkan dengan speghatti.
  • Rebus speghatti.
  • Dengan pan yang panas, baker atas pan 3 min untuk setiap belah itik dan masukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 150 darjah celcius selama 10 minit.
  • Cuci daun salad dan susun atas piring, susun kacang pea di tepi, tuangkan sos bawang putih di atas daun salad.
  • Panaskan kuali, tuangkan minyak itik yang telah ditumis dan gaulkan speghatti dan minyak itik hingga panas.
  • Susun atas piring dan itik sedia di potong dan dihidangkan ke atas speghatti.
  • Masak sauce apple plum dan masukkan ½ sudu gula dan biar sampai mendidih dan pekat. Hidang terus atas itik yang telah dipotong tadi.

Itik Kicap Ala Moden - Shariah


Bahan-bahan :
  • Daging itik
  • Jintan manis
  • Lada hitam
  • Kayu manis
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kicap manis
  • Sos tomato
  • Celery
  • Tomato
  • Lobak
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk paprika
  • Kentang
Cara-cara :
  • Perapkan itik bersama lada sulah, garam dan paprika.
  • Potong dadu lobak dan celery.
  • Kisarkan halia dan bawang putih bersama lada hitam dan jintan manis yang telah disangan.
  • Panaskan sedikit minyak dan gorengkan itik.
  • Tumiskan lobak dan celery serta kayu manis lalu masukkan bahan kisar.
  • Masukkan itik dan renjiskan dengan kicap dan sos tomato.
  • Reneh dan sesuaikan rasa angkat dan hidangkan.

Itik Sumbat Bersoskan Kekapis - Wahidan


Bahan-bahan :
  • Daging itik
  • Cendawan
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sos kekapis
  • Garam
  • Gula
  • Lobak merah
  • Ubi kentang
  • Ubi keledek
  • Minyak
Cara-cara :
  • Potong daging itik ke bahagian dada.
  • Cendawan, bawang besar dan bawang putih dihiris.
  • Panaskan minyak kemudian tumiskan cendawan, bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan selama 5 minit.
  • Sumbat bahan yang ditumis tadi pada daging itik kemudian panggang di atas kuali selama 8 minit dan masukkan ke dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 180 darjah celcius.
  • Parut ubi kentang dan ubi keledek dan rendam dalam air sejuk selama 3 minit.
  • Panaskan air dalam periuk kemudian celur kedua-dua ubi tadi hingga masak dan toskan.
  • Potong daging itik tadi hidangkan di atas pinggan bersama ubi dan lobak merah.
Cara-cara Menyediakan Sos :

Tumis bawang besar, bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan kemudian masukkan sos kekapis dan tepung kanji sehingga pekat sedikit.