Tuesday, December 20, 2011

Salad Soo Hoon Thai - Kumpulan Biru


Bahan-bahan :
  • 1 genggam Soo Hoon
  • Jus Limau Kasturi
  • Sos Ikan
  • 2 batang Cili Padi (dihiris halus)
  • 1 batang Cili Merah (dihiris halus)
  • 1 batang Timun (dimayang)
  • 2 tangkai Daun Ketumbar (dihiris)
  • 3 sudu besar Bawang Goreng
  • 1 sudu besar Udang Kering (digoreng garing)
  • 1 biji Tomato (dimayang)

Cara-cara :
  • Untuk buat sos, gaulkan jus limau, sos ikan, cili padi, cili merah dan tambah gula secukup rasa.
  • Dalam mangkuk yang besar, campurkan kesemua bahan yang lain dan gaul hingga rata.
  • Masukkan sos dan gaul sekali lagi.
  • Hiaskan dengan lebih bawang goreng, daun ketumbar, udang kering dan sedikit cili merah.

Kumpulan Biru: Amita (Ketua), Felix, Imelda, Danial, Wahidan

No comments:

Post a Comment