Showing posts with label Kerabu. Show all posts
Showing posts with label Kerabu. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Kerabu Telur Asin


bahan2
4 biji telur asin - direbus
2 biji tomato - potong ikut suka
6 kcg botol - dibersihkan & di potong nipis
1 biji bwg besar hiris
6 ke 8 biji cili api ditumbuk dgn sedikit belacan -klu nk pedas boleh tambah lagi & jika x suka belacan boleh tukarkan kpd udang kering
1 btg serai dihiris
1 biji limau nipis - perah ambil jusnya
gula secukup rasa

cara2
didalam 1 mangkuk campurkan semua bahan kecuali telur asin
seratakan & cukupkan rasanya
telur asin dibelah 2  & klurkan dr kulitnya..belah 4 atau 6
campurkan telur asin ke dalam mangkuk yg berisi bahan2 lain tadi.
siap utk dihidang.

Tuesday, January 31, 2012

Kerabu Sotong + Mangga Muda


BAHAN-BAHAN
1 biji mangga (di sagat halus2)
5 ekor sotong saiz kecil (di potong & di rebus)
3 ulas bwg merah (di hiris)
3 helai daun limau purut (di hiris)
4 btg serai (di hiris)
3 sudu gula
air perahan limau nipis (di ambil dari 2 biji limau nipis)
garam secukup rasa
sedikit kacang tanah (di tumbuk)
1 sudu teh sos ikan

CARA-CARA
1. Gula + Garam + Air perahan limau nipis di kacau hingga gula hancur.

2. campur semua bahan dan rasa ikut citarasa masing2.

selamat mencuba

Monday, January 2, 2012

Sate Dua Jenis - Zamir


Bahan-bahan Sate Ayam :

  • 3 batang Serai (untuk batang sate)
  • Bahan-bahan Kisar:
  • 1½ bahagian Dada Ayam
  • 1 tangkai Cili Merah
  • 2 tangkai Cili Padi
  • 1 sudu besar Sos Ikan
  • 1 biji Bawang Merah
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 batang Serai
  • 1 sudu kecil Gula
  • 1 sudu kecil Lada Hitam



Bahan-bahan Sate Udang :

  • 6 ekor Udang Besar
  • 7 helai Daun Selasih Thai
  • 6 helai Daun Pudina
  • 1 sudu kecil Sos Ikan


  • 2 tangkai Cili Padi
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 sudu kecil Lada Hitam
  • 3 batang Serai (untuk batang sate)



Bahan-bahan Sos Cicah :

  • 4 sudu besar Sos Ikan
  • 100ml Air
  • 1 tangkai Cili Merah (dihiris)
  • 1 tangkai Cili Padi (dihiris)
  • 3 sudu besar Gula



Bahan-bahan Kerabu Jambu Batu :

  • ¼ biji Jambu Batu (dipotong julienne)
  • ½ batang Timun (dipotong julienne)
  • ½ biji Tomato (dipotong julienne)
  • 1 biji Bawang Merah (dihiris nipis)
  • 2 sudu besar Sos Ikan
  • 2 biji Limau Nipis (jusnya)
  • 1 sudu besar Gula
  • 5 helai Daun Selasih (dimayang)
  • 6 helai Daun Pudina (dimayang)
  • 1 ½ helai Daun Limau Purut (dimayang)
  • 1 sudu besar Kacang Tanah (dipanaskan dan dihancurkan kasar)



Cara-cara Penyediaan Sate Ayam dan Udang :

  • Kisar bahan kisaran untuk sate ayam dan sate udang sehingga lumat.
  • Setelah itu, kepalkan isi ayam dan isi udang tadi pada batang serai.
  • Kemudian, masak sate ayam tadi selama 10-15 minit di atas ‘grill-pan’, manakala untuk sate udang, masak selama 7-10 minit.



Cara-cara Penyediaan Sos Cicah :

  • Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk dan masak selama 15-20 minit.
  • Ketepikan untuk hidangan.



Cara-cara Penyediaan Kerabu Jambu Batu :

  • Masukkan ke semua bahan ke dalam mangkuk kecuali kacang tanah dan gaul bahan-bahan sehingga sebati.
  • Akhir sekali, taburkan kacang tanah tadi di atas kerabu.

Tuesday, December 6, 2011

Kerabu Mangga


5 bj buah mangga muda
sedikit kapur makan
3 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 - 5 bj cili padi hijau dan merah ~ dihiris halus
2 - 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan

Sagat halus mangga yg dah dibuang kulit dan rendam dalam sedikit air kapur utk merangupkannya.
Bilas bersih dan toskan.
Masukkan kedalam sebuah mangkuk dan masukkan kesemua bahan2 lain.
Gaul hingga sebati dan biarkan sebentar supaya semua bahan2 mesra.
Boleh lah dihidangkan

Monday, December 5, 2011

Kerabu Gamat Dengan Soo Hoon - Saiful


Bahan-bahan :
  • Gamat
  • Garam
  • Gula
  • Lada Hitam
  • Bunga Kantan (dipotong halus)
  • Serai (dipotong halus)
  • Timun (dipotong halus)
  • Jus Limau Kasturi
  • Soo Hoon (direbus)
  • Cili Padi

Cara-cara :
  • Cuci gamat sehingga bersih dan rebuskan. Keluarkan dan potong halus gamat tersebut.
  • Kemudn, masukkan gamat ke dalam mangkuk bersama bunga kantan, serai, timun, soo hon, cili padi dan perahan limau kasturi.
  • Gaulkan semua bahan sehingga rata dan sed untuk dihidangkan.

Susunan Hidangan :
  • Susun gamat di atas pinggan hidangan bersama timun dan soo hoon.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Timun Laut Bermadu Tiga - Deena


Bahan-bahan Timun Laut Goreng :
  • Timun Laut (dipotong panjang dan halus)
  • Cili Merah (ditumbuk halus)
  • Bawang Besar (ditumbuk halus)
  • Telur
  • Kacang Edamame
  • Bawang Putih (diketuk)
  • Gula
  • Garam
  • Lada Putih

Bahan-bahan Kerabu Timun Laut :
  • Timun Laut (dipotong panjang dan halus)
  • Air Asam Jawa
  • Cili Padi (dipotong halus)
  • Bawang Besar (dimayang)
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Jus Limau Nipis
  • Gula dan Garam

Bahan-bahan Timun Laut Gula Melaka :
  • Timun Laut (dipotong dadu)
  • Gula Melaka
  • Santan

Cara-cara Penyediaan Timun Laut Goreng :
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bawang putih dan cili merah bersama bawang besar sehingga naik bau wangi.
  • Kemudian masukkan timun laut dan telur. Gaul bahan-bahan sehingga rata.
  • Akhir sekali, masukkan kacang edamame dan perasakan bersama gula, garam dan lada putih.
  • Gorengkan sebentar dan ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Kerabu Timun Laut :
  • Gampurkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar dan perasakan bersama garam dan gula.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Timun Laut Gula Melaka :
  • Panaskan kuali dan cairkan gula melaka. Selepas itu, tambahkan santan dan gaul sehingga sebati.
  • Kemudian, masukkan timun laut ke dalam mangkuk dan dan masukkan sos gula melaka bersantan tadi.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Susunan Hidangan :
  • Susun timun laut goreng di atas pinggan hidangan bersama Kerabu Timun Laut dan Timun Laut Gula Melaka.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Kerabu Gamat Bersama Shi Zhuan Sos - Danial


Bahan-bahan Kerabu Gamat :
  • Serbuk Maggi Cukup Rasa
  • 1 sudu besar Minyak Bijan
  • 1 biji Limau Nipis
  • Rasa Garam
  • Lada Sulah
  • Gamat
  • Soo Hoon (direbus lembut)
  • Kacang Panjang (dipotong dan direbus)
  • Tomato (dihiris nipis)
  • Serai (dihiris nipis)
  • Bunga Kantan (dihiris nipis)
  • Bawang Merah (dihiris)
  • Bawang Putih (dicincang)

Bahan-bahan Shi Zhuan Sos :
  • 3 biji Cili Padi
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 1 tangkai Daun Bawang
  • Gula
  • Garam
  • Lada Sulah
  • Halia
  • Minyak

Cara-cara Penyediaan Kerabu Gamat :
  • Cuci gamat sehingga bersih dan taburkan serbuk Maggi Cukup Rasa dan rebuskan selama 2 minit.
  • Selepas itu, potong gamat tersebut sepanjang 5cm dan masukkan ke dalam mangkuk besar bersama tomato, serai, bunga kantan, bawang merah, bawang putih, soo hoon dan kacang panjang.
  • Tambahkan limau ke dalam mangkuk dan minyak bijan. Gaul bahan-bahan tersebut sehingga rata. Perasakan bersama garam dan lada sulah.
  • Selepas siap, ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyedian Shi Zhuan Sos :
  • Kisarkan cili padi bersama bawang putih, daun bawang dan halia sehingga lumat.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga naik bau wangi.
  • Selepas itu, masukkan gula, garam dan lada sulah sebagai penambah rasa.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Susunan Hidangan :
  • Susun kerabu gamat di atas pinggan hidangan dan hidangkan bersama Shi Zhun Sos.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Friday, December 2, 2011

Kekapis Pan Seared Salsa Mangga, Cili, Ketumbar & Salad - Kumpulan Biru


Bahan-bahan Kekapis 'Pan Seared' :
  • Kekapis
  • Garam Laut Halus

Bahan-bahan Salsa Mangga :
  • Mangga Muda dan Mangga Matang (dipotong dadu)
  • Cuka
  • Gula
  • Garam
  • Lada Hitam
  • Bawang Besar Kuning (dipotong dadu)

Bahan-bahan Salsa Ketumbar Bersama Buah Belimbing :
  • 1 pucuk Daun Ketumbar (dicincang halus)
  • 1 biji Bawang Merah Besar (dipotong dadu halus)
  • ½ biji Belimbing (dipotong dadu halus)
  • Lada Hitam (dihancurkan)
  • Gula dan Garam
  • Jus Lemon

Bahan-bahan Salsa Cili :
  • 2 biji Cili Hidup (dipotong dadu halus)
  • 6 biji Bawang Putih (dilenyekkan)
  • 2 biji Bawang Merah Besar (dipotong dadu halus)
  • Gula dan Garam
  • Jus Lemon

Bahan-bahan Salad Aragula Dengan Jus Lemon (Lemon Dressing) :
  • Lemon (jus dan kulit Lemon)
  • Minyak Neuvida
  • Salad Aragula
  • Garam dan Gula

Cara-cara Penyediaan Kekapis 'Pan Seared' :
  • Taburkan garam ke atas kedua-belah kekapis.
  • Panggangkan kekapis dengan pantas diatas kuali rata yang telah dipanaskan (Pan Seared Method).
  • Setelah masak (jangan terlebih masak), ketepikan.

Cara-cara Penyedian Salsa Mangga :
  • Perapkan mangga bersama cuka, gula, garam dan lada hitam.
  • Campurkan mangga yang telah diperapkan tadi dengan bawang besar kuning.
  • Toskan dan ubah rasa ikut cipta rasa.

Cara-cara Penyediaan Salsa Ketumbar Bersama Buah Belimbing :
  • Campurkan daun ketumbar, bawang dan buah belimbing dalam satu mangkuk dan gaulkan.
  • Kemudian masukkan jus lemon bersama campuran daun ketumbar tadi dan gaul sehingga sebati.
  • Ubah rasa dengan menggunakan Lada hitam, gula dan garam secukup rasa.

Cara-cara Penyediaan Salsa Cili :
  • Campurkan kesemua bahan dan ubah rasa dengan garam, gula dan jus limau.
  • Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Salad Aragula Dengan Jus Lemon :
  • Untuk ‘Lemon Dressing’, perahkan jus lemon dan campurkan dengan kulitnya.
  • Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan ia diperap.
  • Kemudian, masukkan jus lemon bersama kulit lemon tadi bersama minyak neuvida kedalam mesin pengisar. Ubah rasa dengan garam dan gula.
  • Hidangkan dengan Salad Aragula Segar yang telah disejukkan



Kumpulan Biru: Amita (Ketua Kumpulan), Shahriah, Imelda, Brian, Wahidan, Danial, Felix, Azlina.

Ayam Panggang Tanjung Biu - Chef Zam Zam


Bahan-bahan Ayam Perapan :
  • 160gm Dada Ayam (dikisar)
  • 80gm Isi Udang (dikisar halus)
  • 100gm Bawang Merah (dikisar)
  • 50gm Serai (dikisar)
  • 30gm Halia (dikisar)
  • 50gm Asam Boi Merah (dikisar)
  • 1 biji Cili Merah (dicincang halus)
  • 1 biji Cili Hijau (dicincang halus)
  • 30gm Daun Ketumbar (dicincang halus)

Bahan-bahan Sos Asam Pedas :
  • 50gm Bawang Merah (dikisar)
  • 30gm Bawang Putih (dikisar)
  • 30gm Serai (dikisar)
  • 30gm Asam Boi (dihiris)
  • 1 batang Cili Merah (dihiris)
  • ½ batang Bunga Kantan (dihiris)
  • 1 sudu besar Asam Jawa (dihiris)
  • 1 pucuk Daun Kesum
  • ½ cawan Santan
  • ½ cawan Air

Bahan-bahan Sayur Goreng Tepung :
  • 60gm Tepung Jagung
  • 2 biji Telur
  • 60gm Serbuk Kari
  • 2 batang Bendi
  • Garam
  • Lada Sulah
  • 30gm Ketumbar

Bahan-bahan Kerabu Mayang :
  • ½ biji Timun
  • ½ biji Lobak Merah
  • 1 biji Cili Merah
  • 1 ikat Pucuk Pegaga
  • 1 biji Bawang Merah(bawang kecil)
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 ikat Pucuk Cekur
  • 30 gm Kelapa Parut
  • 1 sudu teh Serbuk Kunyit
  • 1 biji Ubi Kentang (hiris)

Cara-cara Penyediaan Bahan Sumbat / Inti :
  • Rendam asam boi selama 5 minit shingga lembut dan kembang.
  • Kisar bawang merah, serai, halai, asam boi shingga halus.
  • Di dalam mangkuk kaca, gaulkan bahan kisar, bahan cincang dan isi udang sehingga sebati.
  • Ubah rasa dengan garam dan gula seperti yang dikehendaki.

Cara-cara Penyediaan Dada Ayam :
  • Pastikan kulit masih melekat pada sisi dada.
  • Menggunakan pisau kecil (paring knife), buat lubang (poket) bermula dari bahagian tulang.
  • Sumbat bahan inti sehingga padat.
  • Tutup poket ayam sehingga rapat menggunakan lidi buluh. Ratakan dengan garam, gula, serbuk lada dan sedikit minyak.
  • Sapukan sedikit minyak pada kuali panggang berjalur (grill pan) yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan mulakan memanggang pada bahagian kulit sehingga berjalur dan naik bau.
  • Terbalikkan ayam dan ulangi proses yang sama pada bahagian isi pula.
  • Susun dada ayam diatas dulang keluli panggang(baking tray) dengan bahagian kulit menghadap ke atas. Panggang dalam ketuhar pada suhu 170c selama 10 minit/ sehingga tahap masak yang dikehendaki.

Cara-cara Penyediaan Sos Asam Pedas :
  • Panaskan minyak dan kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, serai dan daun kesum hingga naik bau (sedikit berpeluh).
  • Masukkan hirisan cili merah, bunga kantan dan asam boi.
  • Tambahkan air asam dan didihkan.
  • Sejat sos pada keadaan reneh sehingga likat. Ubah rasa dengan garam dan gula.

Cara-cara Penyediaan Sayur Goreng Tepung :
  • Hiris Bendi melintang (jejari). Ubah rasa dengan garam, lada sulah dan ketumbar.
  • Celup ke dalam bancuhan telur, tepung jagung, serbuk kari. Goreng sehingga ranggup.

Cara-cara Penyediaan Kerabu Mayang :
  • Rendam bahan-bahan mayang didalam air ais selama 10 min sehingga ranggup. Renjiskan dan keringkan. Tutup dengan tisu basah untuk mengekalkan keranggupan dan kesegaran.
  • Gaulkan dengan kelapa parut, cili merah dan pucuk cekur.
  • Hiris nipis kentang yang telah dikupas kulit.
  • Rendam 3 minit di dalam air ais, keringkan sebelum menggoreng.
  • Goreng hingga ranggup. Taburkan sedikit garam secukup rasa.

Tuesday, November 29, 2011

Kerabu Suhun & Udang Panggang Tok Ki - Deena


Bahan-bahan :
  • Udang
  • Sotong
  • Suhun
  • Limau Nipis
  • Bawang Merah (dimayang halus)
  • Cili Padi (dihiris halus)
  • Kacang Panjang (dipotong halus)
  • Asam Jawa (ambil airnya sahaja)
  • Belacan (dibakar)
  • Garam dan Gula

Cara-cara :
  • Rebus suhun sehingga masak.
  • Angkat dan ketepikan bila sudah masak dan toskan di dalam air sejuk.
  • Ambil jus limau nipis dan gaulkan dengan bawang merah, cili padi dan belacan.
  • Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  • Rebuskan sotong.
  • Gaulkan kesemua bahan iaitu sotong, suhun dan kacang panjang dengan air asam limau nipis yang sudah dibuat tadi.
  • Kemudian ketepikan.
  • Perapkan udang dengan garam, lada sulah dengan sedikit belacan.
  • Panggangkan udang yang sudah diperap.
  • Campurkan air asam jawa dengan belacan, bawang merah, air limau nipis, cili padi dan garam dan gula.
  • Kacau hingga sebati.
  • Hiaskan kesemua hidangan.

Kerabu Udang & Buah Kundur - Felix


Bahan-bahan Udang Panggang :
  • Udang (dikopek kulit)
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang halus)

Bahan-bahan Kerabu :
  • 1/4 biji Buah Kundur (dihiris halus dan memanjang)
  • 1/2 Lobak Merah (dipotong julienne)
  • 1/2 biji Bawang Merah (dihiris halus-halus)

Bahan-bahan Sambal Belacan :
  • 1 biji Bawang Merah (potong kasar)
  • 6 batang Cili Merah Hidup (potong kasar)
  • 1 ulas Bawang Putih (potong kasar)
  • 1 sudu teh Belacan (yang sudah dibakar)
  • 1 biji Limau Nipis (diambil jusnya)

Cara-cara Penyediaan Udang Panggang :
  • Tumis bawang putih hingga harum.
  • Masukkan udang dan panggang selama 45 saat satu belah.
  • Keluarkan dari pan dan biarkan.

Cara-cara Penyedian Kerabu :
  • Panggang buah kundur atas pan hingga warm bertukar jadi perang.
  • Potong buah kundur ke potongan julienne dan toskan dengan bahan yang lain.

Cara-cara Penyediaan Sambal Belacan :
  • Kisar semua bahan ke dalam pengisar.
  • Masuk garam dan gula secukup rasa.