Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

Kek Gula Hangus - Cara Bakar



Bahan:-
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 4 biji telor
  • 2 camca besar mentega
Cara Membuat:-
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7″x7″ dan perap adunan selama 3 – 4 jam.
4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 – 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*saya bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj).

Monday, January 9, 2012

Kek Ubi Bit Berempah - Ezani


Bahan-bahan Kek Ubi Bit :
  • 1 sudu kecil Garam Halus
  • 4 biji Telur
  • 1 1/3 cawan Gula
  • 1 ½ cawan Minyak Masak
  • 2 ¾ cawan Ubi Bit (dibuang kulit dan diparut)
  • 1 cawan Nenas (dikisar kasar)
  • 1 cawan Kismis Hitam
  • Bahan-bahan Kering:
  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 2 sudu kecil Baking Powder
  • 1 ½ sudu kecil Soda Bicarbonate
  • 2 sudu kecil Serbuk Kayu Manis
  • ½ sudu kecil 5 Spice Powder
  • ½ sudu kecil Serbuk Buah Pala

Bahan-bahan Crumble Kacang Campuran :
  • 150gm Tepung Gandum
  • 150gm Mentega sejuk (dari peti sejuk, dikiubkan)
  • 100gm Gula Castor
  • 1 cawan Walnut (dibakar dalam oven sehingga perang muda dan garing)
  • 1 cawan Biji Bunga Matahari (dibakar dalam oven sehingga perang muda dan garing)

Bahan-bahan Sos Kastard :
  • 500ml Krim
  • 2 batang Kulit Kayu Manis
  • 1 biji Kulit Lemon
  • 5 biji Telur Kuning
  • ¾ cawan Gula Castor
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla

Cara-cara Penyediaan Kek Ubi Bit :
  • Panaskan oven 165C. Sapukan minyak/mentega di dalam tin membakar kek dan alas bawahnya dengan kertas minyak.
  • Pukul telur, gula dan minyak masak sehingga sebati.
  • Ayakkan campuran bahan-bahan kering ke dalam campuran telur.
  • Masukkan semula tepung ke dalam adunan sehingga sebati.
  • Masukkan ubi bit, nanas dan kismis hitam, gaulkan sehingga sebati.
  • Bakar di dalam oven selama 40-50 minit.

Cara-cara Penyediaan Crumble Kacang Campuran :

  • Kisar kasar kacang walnut dalam food processor.
  • Kisar bersama tepung, gula dan mentega sehingga menjadi crumble.
  • Gaulkan biji bunga matahari.
  • Taburkan crumble di atas dulang membakar dalam lapisan yang nipis.
  • Bakar di dalam ketuhar 160C selama 15-20 minit sehingga garing.
  • Untuk menghidang, pecah-pecahkan crumble menjadi serbuk kasar

Cara-cara Penyediaan Sos Kastard :
  • Panaskan krim bersama kulit kayu manis dan kulit lemon, tetapi jangan sampai mendidih.
  • Pukul telur dan gula, dan tuangkan krim panas ke dalam adunan telur.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Masakkan campuran adunan kastard dalam mangkuk di atas periuk air mereneh.
  • Teruskan mengacau sehingga kastard pekat.
  • Tambahkan esen vanilla.
  • Tapis kastard dan sedia untuk dihidang.

Thursday, January 5, 2012

Kek Coklat Kelapa dan Anggur - Ezani


Bahan-bahan Kek Coklat :
  • 100gm Coklat Hitam
  • 100gm Mentega
  • 2 biji Telur Kuning
  • ¼ cawan Gula Kaster
  • ½ cawan Tepung Gandum
  • 2 biji Telur Putih
  • ½ cawan Kelapa Segar (diparut dan dibakar)
  • 8 biji Anggur (dibelah separuh)

Bahan-bahan Sabayon Vanilla :
  • 2 biji Telur Kuning
  • 2 sudu besar Gula Kaster
  • 2 titik Esen Vanilla

Cara-cara Penyediaan Kek Coklat :
  • Cairkan coklat dan mentega.
  • Pukul telur kuning bersama gula sehingga kembang, gaulkan campuran coklat ke dalam telur kuning.
  • Ayakkan tepung ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati.
  • Pukul telur putih sehingga kembang dan masukkan telur putih yang telah kembang ke dalam adunan telur dan tepung tadi.
  • Sediakan acuan kek dengan menyapu mentega di dalam acuan. Lapikkan bahagian bawah dengan kertas minyak, letakkan beberapa potongan anggur di dalam acuan.
  • Tuangkan adunan kek ke dalam acuan dan bakar kek dalam ketuhar 160C selama 15 minit.

Cara-cara Penyediaan Sabayon Vanilla :
  • Pukul telur kuning dan gula sehingga separuh kembang di dalam mangkuk.
  • Masak telur kuning sambil tumis memukul di atas air mereneh (double boiler). Pukul sehingga telur kembang dan pekat.
  • Masukkan vanilla dan kacau sehingga sebati.

Kek Keju Terbalik - Amita


Bahan-bahan Kek Keju :
  • 250gm Krim Cheese
  • 4 sudu besar Sour Cream
  • 1 biji Kulit Lemon
  • ½ biji Jus Lemon
  • ½ cawan Gula Kastor
  • 2 biji Telur Putih (dipukul)

Bahan-bahan Sos :
  • 6 biji Strawberi (dihiris)
  • ½ cawan Gula
  • ½ cawan Air
  • 4 biji Bunga Cengkih

Cara-cara Penyediaan Kek Keju :
  • Campurkan krim cheese dengan sour krim, kulit lemon dan jus lemon.
  • Pukul telur putih sehingga kembang.
  • Campurkan 1/3 telur putih ke dalam keju campuran dan gaul sekata.
  • Kemudian campurkan 2/3 telur putih supaya sekata.
  • Masukkan dalam acuan bulat dan masukkan ke dalam peti sejuk sehingga 'set'.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Panaskan gula, air, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga campuran sudah sekata.
  • Masukkan strawberi dan tutupkan api.

Friday, December 30, 2011

Kek Labu Berkeju Bersama Krim Karamel - Chef Johari


Bahan-bahan :

  • 1 biji Oren
  • 1 ¼ cawan Gula
  • 225gm Krim Keju (yang lembut)
  • 1 cawan Labu (puri)
  • 6 biji Telur
  • 1 tin Susu Sejat
  • ½ cawan Krim Putar
  • ¼ cawan Estrak Oren
  • 1 sudu teh Estrak Vanilla
  • 1 sudu teh Serbuk Kayu Manis
  • Secubit Serbuk Buah Keras



Cara-cara :

  • Panaskan ketuhar (Microwave Convection Oven trigger) dengan suhu 150C. Pada masa yang sama, masukkan air ke dalam ‘saucepan’ dan panaskan sehingga mendidih.
  • Sementara itu, dengan menggunakan pengupas buah, kupaskan kulit buah oren sebanyak 6 jalur dengan ukuran 3 inci setiap 1 jalur.
  • Dengan menggunakan pisau, buangkan empulur putih dari kulit buah oren yang telah dijalurkan tadi.
  • Dengan menggunakan ‘saucepan’, panaskan kulit oren yang telah dikupaskan tadi bersama ¾ cawan gula dan ¼ cawan air panas yang dididihkan dengan api yang sederhana. Tutupkan periuk dan biarkan selama 5 minit.
  • Kemudian, buka penutup periuk dan masak selama 1-2 minit atau sehingga campuran gula tadi menjadi warna keperangan atau karamel.
  • Masukkan karamel panas tadi ke dalam acuan logam (metal loaf pan). Dengan menggunakan garfu, keluarkan jalur kulit oren. Ketepikan acuan.
  • Dengan menggunakan mangkuk yang besar , pukul krim keju dengan menggunakan pemutar dengan kelajuan sederhana bersama ½ cawan gula selama 2 minit.
  • Dari masa ke semasa, guna spatula getah untuk membersihkan tepi mangkuk dari krim keju supaya kesemua krim keju dapat diputar secara keseluruhan.
  • Selepas itu, masukkan labu dan telur satu per satu. Kurangkan kadar kelajuan dan campurkan susu sejat, krim, estrak oren, vanilla, serbuk kayu manis dan serbuk buah keras, bersama secubit garam. Putar sehingga kesemua bahan-bahan sebati.
  • Campurkan campuran labu yang di putar tadi ke dalam karamel. Ratakan ia dengan menggunakan spatula getah. Letakkan acuan logam (metal loaf pan) ke dalam Loyang membakar (baking pan) dan letakkan di dalam ketuhar (microwave convection oven trigger). Dengan berhati-hati, tuangkan air panas ke dalam Loyang membakar (baking pan) sebanyak ¾ daripada acuan logam (metal loaf pan).
  • Masakkan selama 1 jam 10–15 minit atau sehingga masak. Kemudian keluarkan acuan logam (metal loaf pan) dari Loyang membakar (baking pan) untuk sejukkan selama 1 jam. Tutup dan sejukkan krim karamel sekurang-kurangnya 8 jam atau semalaman.
  • Untuk mengeluarkan dari acuan, lalukan spatula logam yang kecil atau pisau di sekeliling acuan. Telangkupkan acuan di atas pinggan yang digunakan untuk menghidang selama beberapa minit supaya sirap karamel keluar daripada acuan.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, December 14, 2011

Kek Coklat Kukus


Bahan utama:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn gula pasir
1 cwn marjerin(dicairkan)/minyak masak
1/2 cwn susu pekat manis

Kesemua bahan di atas di campurkan dan masak hingga sebati dan setelah itu tutup api dan biarkan sehingga suam.

Bahan campuran tepung:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Di ayak bersama.

Bahan telur:
3 biji telur (A)
1 sudu teh ovallete
1 sudu teh esen vanila

Caranya:
Pukul telur bersama ovallete sehingga benar-benar kembang.Setelah itu,masukkan adunan koko yang telah suam tadi ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati.Akhir sekali,masukkan pula campurantepung sedikit demi sedikit sehingga habis.Pukul adunan sehingga sebati.Panaskan periuk kukus.Sementara itu sapukan loyang dengan sedikit minyak sebelum menuang adunan ke dalamnya.Setelah itu barulah di tuangkan ke dalam loyang.Setelah kukusan sudah panas,bolehlah di masukkan adunan kek ke dalam periuk kukus dan kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana.Setelah kek masak,keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan.Apabila sudah sejuk,keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk topping.

Bahan Topping:
3/4 cwn serbuk koko
3 sudu makan susu pekat manis(akak letak lebih)
1/2 sudu makan shortening
3/4 cwn air panas

Masak dan kacau hingga koko sebati dan nampak agak likat dengan menggunakan api yang sangat kecil.

Cheese Cake



bahan2
500gm cream cheese
1tin susu pekat
3biji telur

cara2:
pukul telur sampai kembang,
masuk kan susu...pukul lg
last masukkan cream cheese pukul lg..

bakar cara steam bath...alas dulang dulu..
dah masak sejukkan n masukkan dlm peti sejuk...

Kek Durian (kukus)


Bahan A diblend halus:-
1 cwn isi durian
1 cwn susu segar
1 cwn minyak masak

Bahan B diayak :-
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C yang dipukul gebu :-
3biji telur
1 cawan gula kastor

CARA-CARA MEMBUATNYA :-
Bahan C dipukul hingga gebu dan kembang
kemudian masukkan Bahan A dan B kacau rata (Guna spatula ajer )
Kemudian tuangkan kedalam loyang .
Dan kukus selama 45Minit atau hingga masak.

Kek Carrot


Bahan-bahan :
200 g carrot diparut (lebih kurang 2 btg carrot)
250 g tepung gandum
200 g gula perang (yg jenis lembut dan halus)
200 g minyak jagung
70 g walnut- bakar dan cincang- utk sesapa yg suka, aku x boh pun
70 g kismis hitam, dicincang- just kerat 2 cam tu la..
4 biji telur gred A
150 g nenas dlm tin- x kisah jenis keping atau kiub- pastu cincang2 sehalus yg boleh
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
secubit serbuk kulit kayu manis- kalau suka- aku x boh

Cara-cara :
ayak tepung, baking powder dan soda- ketepikan
pukul gula + telur- sampai kembang
masukkan minyak jagung & pukul lagi hingga sebati.
perlahankan mixer & masukkan bahan kering tadi.-(tepung)
kaup masuk lobak merah, nenas,  & kismis. (dan walnut kalau letak)
bakar  pada suhu 180c selama 50-60  minit atau hingga masak - aku bakar sejam
sejukkan atas redai kek sebelum dihias ikut citarasa.

Bahan-bahan Cream Cheese :
250 g cream cheese
100 g mentega
100 gm gula aising

Cara-cara :
pukul semua bahan hinga kembang
pastu leh la hias..(aku letak pewarna skit nk bg cantik, dh jd mcm butter cream lak kan..huhu)


nota kaki: -

-adunan boleh dibahagi 2..bakar 2 kali...pastu sapu cream cheese pd salah satu kek, double deker kan.. baru hias keseluruhan kek...kalau nk wat teknik belah tgh ok gak tp x cantik la sbb ada walnut n nenas..
aku x berani nk wat double deker, takut x cukup cheese...(dan ternyata mmg cukup2 je)

-adunan cream cheese boleh ditambah pewarna ikut hiasan yg kita nak...

- kek ni jenis lembab

Tuesday, December 13, 2011

Trio Dimensi Dessert - Chef Nazeri Ismail


Bahan-bahan Parfait Lemon :
  • 500gm Susu
  • 500gm 'Whipping' Krim
  • 240gm Kuning Telur
  • 70gm Sirap Glukosa
  • 280gm Gula
  • 2 biji Lemon (parutan dan jus)

Bahan-bahan Krim Mangga 'Seville' :
  • 4 biji Telur
  • 240gm Gula
  • 200gm Puri Mangga
  • 350gm Mentega
  • 20gm Serbuk Kastard
  • 60ml Susu Segar
  • 150ml Krim Segar

Bahan-bahan Lemon Dacquoise :
  • 135gm Telur
  • 80gm Serbuk Badam
  • 80gm Gula Aising
  • 60gm Tepung Kek
  • 20gm Lemon (diparut)
  • 30gm Perasa Lemon
  • 110gm Putih Telur
  • 30gm Gula
  • 30gm Mentega Cair

Bahan-bahan Raspberry Mousse :
  • 300gm Raspberry Puri
  • 20gm Gelatin
  • 100gm Gula Aising
  • 500gm Susu
  • 6 biji Kuning Telur
  • 30gm Gelatin (direndam didalam air ais)
  • 150gm Gula
  • 500gm 'Whipping' Krim
  • 120gm Raspberry Segar

Bahan-bahan Italian Bombalini :
  • 25gm Yis Serbuk
  • 50-70ml Air Sejuk
  • 500gm Tepung
  • 4 biji Telur
  • 60gm Gula
  • 7gm Garam
  • 120-150gm Mentega
  • 200gm Serbuk Roti

Bahan-bahan Coklat 'Brownie' :
  • 250gm Mentega Cair
  • 140gm Coklat Hitam (cair)
  • 200gm Kuning Telur
  • 300gm Gula Kaster
  • 120gm Tepung Kek
  • 100gm ‘Walnut’ (dikisar)

Bahan-bahan Snap Halia :
  • 337.5gm Mentega
  • 600gm Gula Perang
  • 300gm Tepung
  • 15gm Serbuk Halia
  • 15gm Serbuk Kulit Kayu Manis
  • 400gm Glukosa (dicairkan)

Bahan-bahan Coklat 'Ganache' :
  • 500gm 'Whipping' Krim
  • 600gm Coklat ‘Couverture’

Cara-cara Penyediaan Parfait Lemon :
  • Panaskan susu, glukosa dan lemon. Pastikan suhunya berada ditahap suam sahaja.
  • Kemudian, pukul gula dan kuning telur sehingga kembang dan masukkan ia ke dalam campuran susu suam.
  • Biarkan adunan tersebut sejuk dan kemudian, campurkan 'whipping' krim. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  • Simpan ia didalam peti sejuk selama 30 minit ianya siap untuk di hidang.
  • Untuk hidangan, ‘scop’ kan parfait lemon dengan menggunakan sudu mengikut kretiviti.

Cara-cara Penyediaan Krim Mangga 'Seville' :
  • Panaskan puri mangga dengan api yang perlahan.
  • Dalam bekas yang berasingan campurkan susu segar, gula, serbuk kastard dan telur. Pastikan campuran susu tersebut dicmpur dengan sempurna.
  • Apabila puri manga panas, masukkan bahan-bahan tersebut dan dikacau bersama puri mangga.
  • Pindahkan campuran tadi ke dalam bekas yang berasingan dan dimasak dengan mengunakan proses ‘stem bath’ dan dikacau sehingga pekat.
  • Selepas itu, masukkan pula mentega lembut dan gaul bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  • Apabila selesai proses tadi, masukkan campuran krim kedalam bekas atau acuan yang disediakan. Bentukkan ia menjadikan bentuk yang diingini.

Cara-cara Penyediaan Lemon Dacquoise :
  • Campurkan telur, serbuk badam dan gula aising. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukan tepung kek, lemon yang telah diparut, perasa lemon dan mentega cair.
  • Selepas itu, pukul telur putih dan gula sehingga kembang dan campurkan kedalam bahan kek tadi dan dikacau dengan perlahan.
  • Tuangkan bahan-bahan tersebut diatas dulang ‘pembakar kedalam’, dan bakarkan ia didalam oven dengan suhu 160C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Raspberry Mousse :
  • Panaskan susu dan gelatin, dan biarkan sehingga panas untuk beberapa minit.
  • Selepas itu, pukul kuning telur dan gula sehingga kembang (sabayon) dan campurkan kedalam susu dan gelatin yang telah disuamkan tadi. Biarkan adunan tersebut sejuk.
  • Masak raspberry puri bersama gula aising dan gelatin sehingga sebati yang disejukan, kemudian campur kedalam campuran susu.
  • Akhir sekali tambahkan ‘whipping’ krim dan kemudian gunakan teknik 'folding' secara perlahan-lahan. Bentukkan ia mengikut citarasa yang diingini.

Cara-cara Penyediaan Italian Bombalini :
  • Masukkan tepung di dalam mangkuk besar. Kemudian, campurkan yis serbuk dengan air sejuk dan kacau hinggga sebati dan masukan kedalam bahan-bahan bersama adunan tepung.
  • Selepas itu, masukkan telur, satu per satu, dan gaul bahan-bahan tersebut dengan campuran gula dan garam.
  • Adun adunan sehingga menjadi doh ,dan bahagikan atau potong doh tersebut seberat 10 gm. Kemudian, biarkan ia selama 25minit dengan ditutup dengan mengunakan lapisan plastik supaya doh tadi kembang. Ia juga bertujuan untuk mengelak dari lapisan doh kering dipermukaan.
  • Selepas itu, panaskan kuali bersama minyak masak untuk mengoreng doh yang telah kembang tadi dengan disaluti serbuk biskut dan telur.
  • Kemudian, debukan bersama gula halus dan sedia untuk dihidang.

Cara-cara Penyediaan Coklat 'Brownie' :
  • Putarkan kuning telur dan gula sehingga kembang.
  • Dengan menggunakan bekas yang berlainan, cairkan mentega dan coklat dan kacau bahan-bahan tersebut hingga sebati.
  • Masukan tepung ke dalam adunan kuning telur secara ‘folding’ perlahan -lahan dan kemudian, tambahkan juga coklat cair dan mentega,dengan mengunakan teknik yang sama secara perlahan-lahan dengan mengunakan tangan sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan kacang 'walnut' ke dalam bahan-bahan tersebut dan masukkan ia ke dalam bekas acuan.
  • Bakarkan ia bersama suhu 180?c selama 35minit.
  • Selepas siap, biarkan ia sejuk dan potong ia kebentuk yang diingini dan sedia untuk dihidang.

Cara-cara Penyediaan Snap Halia :
  • Campurkan semua bahan-bahan tersebut di dalam pengadun doh.
  • Selepas bahan-bahan tersebut telah diadunkan dengan sebati, keluarkan ia dari mangkuk.
  • Kemudian, rehatkan di dalam peti sejuk selama 20minit. Bakar doh pada suhu 180C selama 15minit.
  • Potong kepada bentuk yang diingini.

Cara-cara Penyediaan Coklat 'Ganache' :
  • Panaskan krim di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan tuangkan ke dalam bekas coklat ‘converture’, dan dikacau perlahan-lahan sehingga campuran itu sekata.
  • Biarkan ianya sejuk dan boleh dibentuk pada bentuk yang diingini.

Kek Savouri Kenangan Pertama - Deena


Bahan-bahan Kek Savouri :
  • 2 biji Telur
  • 40gm Gula
  • 63gm Tepung gandum (diayak)
  • 25gm Mentega (dicairkan)
  • Udang Ketak (dicincang halus)
  • Coklat Putih
  • Krim Masam
  • Limau Nipis (ambil jusnya)

Bahan-bahan Udang Ketak Thermidor :
  • Udang Ketak (di potong kasar, kulit luar disimpan)
  • Krim
  • Bawang Putih (dicincang halus)
  • Serbuk Paprika
  • Bawang Besar (didadu kecil)
  • Garam dan Lada Hitam
  • Keju Mozaella (diparut)

Cara-cara Penyediaan Kek Savouri :
  • Pukul telur dengan gula secara 'bain marie 'sehingga kembang dan aduan menjadi 2 kali ganda.
  • Selepas adunan kembang, masukan tepung sedikit demi sedikit dari ‘fold in’ tepung secara perlahan dan akhir sekali masukkan mentega cair.
  • Letak di atas tray pembakar dan bakar di dalam oven selama 15 minit pada suhu 180C.
  • Cairkan coklat putih secara 'bain marie'.
  • Salutkan udang dengan garam dan lada putih. Goreng sehingga udang masak.
  • Gaulkan udang yang telah dimasak dengan coklat putih cair. Ketepikan.
  • Putar krim bersama perahan limau nipis sehingga gebu.
  • Potong kek genoise bulat kecil sebanyak 2 keping.
  • Susunkan kek genoise secara bertingkat diselang-selikan dengan udang yang telah digaul dengan coklat putih dan letakkan krim limau /masam di tingkat kek paling atas.

Cara-cara Penyediaan Udang Ketak Thermidor :
  • Gaulkan isi udang ketak dengan krim, bawang putih, serbuk paprika, bawang besar, garam dan lada hitam.
  • Isikan kesemua isi udang ketak tadi di dalam kulit luar udang ketak dan bakar di dalam oven selama 10 minit pada suhu 180C.
  • Selepas udang sudah masak, taburkan keju mozarella di atas udang dan bakar sekali lagi sehingga keperangan.

Tuesday, December 6, 2011

Mars Bar Cheese Cake


250g plain chocolate biscuit/oreo
150g butter, di cair
2 tbsp brown sugar
...20g butter
300ml cream
50g milk chocolate, cincang2
3 tsp gelatin
1/4 cup (60ml) air, direneh
2 x 250g cream cheese
1/2 (110g) castor sugar
3 x 60g Mars bars, di potong sedang2, jgn kecil sgt

Kisar oreo halus. Masukkan mentage cair. Letak dlm acuan dan tekan padat. Acuan size 21cm(8 inch). Cover dan masukkan dlm petiice 30minit.

[Butterscotch sauce] Masak brown sugar, butter dan 2 tbsp cream, api kecil, kacau hingga gula hancur.

[Chocolate sauce] Masak milk chocolate dan 2 tbsp cream, api kecil, kacau hingga coklat cair.

Campur gelatin dgn air panas yg direneh(bkn mendidih). Kacau hingga gelatin tidak kelihatan, biarkan 5minit.

Pukul cream cheese dan gula castor hingga lembut.
Pukul cream selebihnya hingga kembang(soft peak).
Masukkan gelatin td ke dalam adunan cream cheese, gaul sedikit. Masukkan coklat mars, gaul sedikit. Masukkan cream, gaul lembut.

Masuk setgh adunan cream cheese ke dalam acuan, ltk setgh butterscotch sauce dan chocolate sauce di atas cream cheese. Lorekkan dgn lidi. Masukkan adunan cream cheese selebihnya dan ltk sos butterscotch dan coklat sauce selebihnya di atas. Lorekkan. Tutup kek dan simpan dlm petiice 3jam atau lebih.

Kek Coklat Kukus


Bahan-bahannya :


200g tepung superfine @ tepung gandum
100gram serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur ( size c )
200g gula pasir
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 cawan air panas
Coklat rice ( untuk hiasan )


Cara-cara membuatnya :


1) Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder.


2) Ambil bekas lain, pukul telur, susu pekat dan gula hingga kembang ( guna mixer ).


3) Setelah bahan-bahan dipukul kembang. masukkan bahan-bahan diayak dan kacau sebati ( guna mixer juga).


4) kemudian masukkan minyak, kacau sebati ( kacau guna senduk je ).


5) Last sekali masukkan air panas dan kacau rata ( kacau guna senduk juga ).


6) Ambil loyang 8 x 8, sapukan marjerin disekelilingnya, tuangkan adunan tadi dan tutup dengan aluminium foil, dan kukus selama 1 jam @ hingga masak..




Bahan-bahan untuk topping :


4 sudu planta
4 sudu susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
8 sudu besar susu cair


Cara-cara memasak topping :


1) Masukkan semua bahan dalam periuk kecil, letas atas air didih @ teknik double boiler seketika. 


2)Bila semua bahan dah cair, periuk ada adunan topping, letakkan atas api perlahan, kacau sebati. Kacau lebih kurang 7 minit.


3) Kemudian gunakan semula teknik double boiler,. Bila topping dah betul-betul masak, sapukan pada kek dan taburkan coklat rice,..






*Nota kaki :


- Saya guna tepung gandum je wat kek ni dan kalo xsuka padat, kurangkan  sikit tepungnya.


- Pastikan guna loyang tinggi cikit coz nanti kek ni naik tinggi.


- kek ni tadi saya kukus dengan api perlahan selama 1 jam 40 minit.


- Saya masukkan adunan kek, setelah air betul-betul mendidih.


- Mula-mula ms nak didihkan air, sy guna api besar. Bila air dah mendidih dan adunan kek dah dimasukkan, baru kecilkan api,..


- Kalo tak de aluminium foil, gunakan 3 lapis kertas, sapukan minyak diatasnya, dan ikat dengan kain di sekeliling loyang,..


- Ikut je sebiji-sebiji resepi ni, tak perlu kurangkan apa-apa, dia secukup rasa.


- Cawan tu, guna cawan bertangkai yang biasa orang wat air panas.


- Adunan topping tu saya letak atas api seketika supaya topping betul-betul masak.




Selamat mencuba,.. Tata titi tutuuu,.....



Cheese Cake Durian


Ingredients..
Biscuit base..
250 gm digestive biscuits - crushed and finely chopped
40 gm melted butter

Method..
1. Mix them together and press into an 8" springform tin.
2. Bake at 200C for 5 minutes and chill it once cool.

Cream cheese filling..
350 gm cream cheese
40 gm caster sugar
450 gm durian flesh
350 whipping cream
1 tbsp gelatin
3 tbsp water

Method..
1. Measure water into a bowl and sprinkle in the gelatin (without stirring with a spoon). Set aside to allow the gelatin grains to swell (10 mins) before setting the bowl over a pot of simmering hot water. Stir with a spoon and once the gelatin melts, remove the bowl from the pot and set aside to cool to room temperature.
2. In a mixer, whip the whipping cream until thicken but not over whipped.
3. In a mixer (no need to wash after whipping cream) , cream the cheese and sugar on high speed till smooth, beat in the gelatine mixture.
4. Stir in durian flesh until well combine.
5. Fold in the whipped cream until well combine.
6. Pour the mixture into the biscuit base and chill or freeze in the fridge for mininum 4 hours or overnight.




Kek Belang Mini


Bahan-bahan:

200 g coklat putih
3 biji telur
1/2 cawan air
1 cawan minyak
1/2 cawan gula halus (atau gula kasar yang dikisar terlebih dahulu)
1/2 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum*
1/2 sudu teh serbuk penaik*
1/2 sudu teh soda bikarbonat* (*diayak bersama)

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dengan api yang sederhana.

2. Cairkan coklat putih dalam periuk kecil menggunakan kaedah double boiler. Setelah cair, ketepikan.

3. Satukan telur, air, minyak & gula. Pukul hingga kembang. Masukkan susu pekat & coklat putih yang telah dicairkan. Pukul & sebatikan.

4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati. Untuk membuat belang, bolehlah dibahagikan dengan perisa/pewarna

5. Tuang ke dalam acuan (lengserkan dengan marjerin)/cawan kertas (3/4 daripada acuan/cawan kertas tersebut) secara berselang-seli. Masukkan dalam pengukus. Kukus hingga masak (lebih kurang 20-30 minit).

6. Selepas masak, biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan.



Nota:

1. Saya membahagikan adunan ini kepada dua bahagian. 1 bahagian saya letakkan serbuk koko sebanyak 3 sudu teh.

2. Ada juga adunan yang saya letakkan coklat cip.

3. Hiasan terpulang mengikut citarasa sendiri.

4. Sekiranya anda tiada pemutar, anda boleh menggunakan pengisar. Kaup balik sahaja tepung ke dalam adunan yang cair itu.

5. Tutup penutup pengukus dengan kain bagi mengelakkan wap air terjatuh ke atas kek.

6. Air di dalam adunan ini boleh digantikan dengan susu segar.

Tiramisu Durian


Bahan bahannya

150ml heavy whip cream ( nak lebih pun boleh )
200ml cream cheese ( nak lebih pun boleh )
300g isi durian ( lebih jika mahu )
2 pkt biskut lady's finger ( terpulang pada size bekas anda )
3 sudu besar gula
2 sudu besar nescafe
2 sudu besar milo
1 1/2 cawan air suam ( utk bancuh nescafe & milo )
Serbuk cocoa utk hiasan


Cara caranya

Pukul whip cream & cream cheese sebentar
Masukkan isi durian, gula dan pukul lagi ( tak payah kembang )
Ketepikan

Satukan milo & nescafe dlm air
Kacau rata
Celup biskut ( jgn terlalu lembik ) susun dibekas pilihan anda
Buat selapis biskut, selapis cheese dan seterusnya sehingga habis
Bungkus dgn plastic wrap dan simpan dalam peti ice utk 2-3 jam
Potong dan hias dengan serbuk cocoa
Enak dimakan sejuk sejuk

** Bahan bahan adalah anggaran, boleh tambah jika anda ingin buat dlm quantity yg banyak
Jika air utk celup biskut tidak mencukupi sila buat lagi campuaran nescafe & milo

Kek Coklat Buah-buahan


Bahan-bahan :

200 gm buah2an cmpur (digaul terlebih dahulu dgn tepung gandum)
2 sudu bsr jus oren
250 gm butter
100gm gula perang
50gm gula halus
4 bj telur
Tepung naik sendiri 300gm
1 cwn serbuk koko

Cara-cara :

Pukul butter+ gula hingga kembang..masukkan telur satu persatu
+ jus lemon...kacau sebati.lps2 masukkan buah2an cmpur yg telah digaul tepung dr 300gm td...+ tepung ..teruskan kacau perlahan2..
Lps2 masukkan adunan dlm bekas yg telah dialas n disapukan minyak supaya senang dikeluarkan nnti..Bakar sehingga masak..Rose masak 1jam...suhu api ikut oven masing2 ye....

Friday, December 2, 2011

Kek Span Bersama Krim Keju Beri - Zuraidah


Bahan-bahan Kek Span :
  • 3 biji Telur Ayam
  • 30 gm Tepung Gandum (diayak beberapa kali)
  • 30 gm Gula Kastor
  • 1 sudu teh Essen Vanilla
  • 3 sudu besar Mentega ( dicairkan)

Bahan-bahan Krim Keju Beri :
  • 250gm Krim Keju
  • Strawberi
  • Raspberi
  • Beri Hitam
  • Beri Biru
  • Goose Beri

Cara-cara Penyediaan Kek Span :
  • Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  • Masukkan tepung sikit demi sedikit.
  • Kemudian, masukkan esen vanila dan tuangkan mentega cair. Kacau bahan-bahan sehingga sebati.
  • Selepas itu, tuangkan ia ke dalam loyang kek.
  • Panaskan ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar ia selama 20 minit atau sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Krim Keju Beri :
  • Masak strawberi, raspberi, beri hitam dan beri biru bersama gula sehingga hampir hancur.
  • Kemudian, pukul krim keju sehingga kembang dan masukkan strawberi, raspberi, beri hitam dan beri biru ke dalamnya. Gaul sehingga rata.

Susunan Hidangan :

Hiaskan kek span bersama krim keju beri dan hiaskan ia bersama strawberi, “goose” beri, beri hitam dan beri biru.

Kek Beri Salju - Deena


Bahan-bahan Genoise :
  • Telur
  • Gula
  • Tepung Gandum (diayak)
  • Mentega (dicairkan)

Bahan-bahan Lemon dan Krim Cheese :
  • Jus Lemon
  • Telur Kuning
  • Gula
  • Krim Cheese

Bahan-bahan Berries Compote (Beri Kompote) :
  • Strawberi
  • Blueberi
  • Raspberi
  • Gula
  • Air

Bahan-bahan Italian Meringue :
  • Telur Putih
  • Gula
  • Air

Cara-cara Penyediaan Genoise :
  • Pukul telur bersama gula di atas “double boiler” sehingga adunan menjadi 2 kali ganda.
  • Angkat bekas adunan daripada double boiler, dan “fold in” tepung diselang-selikan dengan mentega cair.
  • Letakkan adunan di atas loyang dan bakar selama 12 minit dalam 180’C.

Cara-cara Penyediaan Lemon dan Krim Cheese :
  • Pukul jus lemon dengan kuning telur dan gula.
  • Masak di atas api sampai pekat.
  • Gaulkan lemon dan dengan krim cheese.

Cara-cara Penyediaan Berries Compote (Beri Kompote) :
  • Potong semua beri dalam bentuk dadu.
  • Masak beri di atas api dengan air dan gula sampai beri separuh masak/lembik.

Cara-cara Penyediaan Italian Meringue :
  • Putarkan telur putih sampai “soft peak”.
  • Masak gula dan air sampai menjadi pekat.
  • Putarkan telur putih dan tambah sirap gula sedikit demi sedikit sehingga menjadi berkilat dan “stiff peak”.

Kek Coklat Bersama Beri dan Krim - Amita


Bahan-bahan Kek Coklat :
  • 3 biji Telur (asingkan telur putih dan telur kuning)
  • 50gm Tepung Gandum
  • 10gm Serbuk Koko
  • 80gm Gula Kastor

Bahan-bahan Krim :
  • 200ml Krim (mesti sejuk)
  • 2 sudu besar Gula Ising

Bahan-bahan Sos 'ButterScotch' :
  • 50gm Gula Kastor
  • Sedikit Air
  • 100ml Krim

Bahan-bahan Untuk Hiasan :
  • (dipotong mengikut cita rasa sendiri)
  • Strawberi
  • Blueberi
  • Rasberi
  • Beri Hitam
  • Gooseberi

Cara-cara Penyediaan Kek Coklat :
  • Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko sebanyak dua kali dan ketepikan.
  • Kemudian, pukul telur putih sehingga kembang dan kental dan masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga ia larut.
  • Selepas itu, masukkan kesemua telur kuning dan pada masa yang sama ayak tepung sedikit demi sedikit kedalam bahan-bahan tadi dan pukul kesemua bahan sehingga sebati.
  • Tuangkannya ke dalam acuan dan bakar dengan menggunakan ketuhar selama 15 minit atau sehingga masak.
  • Keluarkan dan potong kek mengikut citarasa dan ketepikan.

Cara-cara Penyediaan Krim :
  • Pukul krim sehingga kembang dan kental.
  • Masukkan gula dan pukul sehingga sebati.
  • Ketepikan untuk dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Sos 'Butterscotch' :
  • Masak gula bersama air diatas kuali sehingga menjadi karamel.
  • Selepas itu, campurkan krim dan masak sehingga karamel smenjadi sedikit cair dan gaul kesemua bahan sehingga sebati.

Susunan Hidangan :
  • Susun kek coklat di atas pinggan dan sapukan krim di atasnya.
  • Hidangkan bersama campuran beri dan sos.
  • Sedia untuk dihidang.