Monday, December 19, 2011

Daging Klasik 'Stroganoff' Dihidang Bersama Pasta - Chef Zamzani


Bahan-bahan Pasta :

  • 400gm Tepung
  • 4 sudu besar Lobak Merah/'Squash'/Labu (dicincang)
  • 4 biji Telur
  • Secubit Garam
  • Minyak Neuvida



Bahan-bahan Daging Klasik 'Stroganoff' :

  • 1 biji Bawang Besar (dipotong dadu)
  • 450gm 'Top Sirlon Steak' atau 'Tenderloine' (dihiris nipis)
  • 200gm Cendawan Butang Segar
  • ½ biji Lada Benggala Merah (dihiris)


  • ½ biji Lada Benggala Hijau (dihiris)
  • 3 sudu besar Minyak Masak
  • 6 sudu besar Mentega
  • 1 sudu besar Tepung
  • 1 cawan 'Sour Cream'
  • 1 sudu besar 'Dijon Mustard'
  • 1 biji Lemon
  • ½ sudu kecil Parutan Lemon
  • ½ cawan Stok Daging
  • Garam dan Lada
  • Secubit Daun Parsley (dicincang)



Cara-cara Penyediaan Pasta :

  • Buatkan lubang di tengah-tengah tepung dan pecahkan telur di dalamnya. Tambahkan garam dan lobak merah/'squash'/labu dan gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga menjadi adunan doh. Tambahkan sedikit air jika diperlukan. Rehatkan doh selama 10 hingga 15 minit, iaitu sehingga ia lembut, empuk dan kenyal.
  • Kemudian, bahagikan doh kepada 4 bahagian.
  • Letakkan sedikit tepung pada mesin pemutar pasta dan roll doh tersebut sehingga ia menjadi kepingan doh yang nipis.
  • Potong doh tersebut kepada bentuk jalur dengan menggunakan mesin yang sama. Selepas itu, rebus doh tadi didalam periuk yang telah dipanaskan bersama air dan secubit garam selama 3 minit atau menjadi al-dente.
  • Selepas itu, toskan airnya dan cuci pasta tersebut dengan air sejuk dan lumurkan beberapa sudu minyak neuvida dapa keseluruhan doh supaya ia tidak melekat antara satu sama lain.
  • Sedia untuk dihidang.



Cara-cara Penyediaan Daging Klasik 'Stroganoff' :

  • Perapkan daging bersama garam, lada dan 1 sudu minyak. Kemudian, panggangkan daging tersebut sehingga ia menjadi keperangan dan ketepikan ia.
  • Dengan menggunakan kuali yang sama, cairkan mentega bersama lebihan minyak dan tumiskan bawang hingga menjadi keemasan.
  • Masukkan cendawan, lada benggala dan masakkan ia untuk beberapa minit dan ketepikan.
  • Dengan menggunakan kuali yang sama, tambahkan tepung dan kacaukan. Kemudian, masukkan stok daging dan biarkan ia mereneh sehingga sos tersebut pekat dan rasa tepung hilang.
  • Masukkan lemon, jus lemon dan 'dijon mustard', dan kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Kemudian, masukkan garam dan lada secukup rasa.
  • Selepas itu, masukkan semula daging, cendawan dan lada benggala kedalam sos, dan panaskan ia secara menyeluruh.
  • Tambahkan ½ cawan 'sour cream' dan kacau sehingga sebati dan tutup api.
  • Hidangkan bersama pasta bersama baki 'sour cream'. Hiaskan ia bersama daun parsley di atasnya.
  • Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment