Wednesday, December 14, 2011

Floating Island - Kumpulan Merah


Bahan-bahan Sos Coklat :
  • 200gm Coklat Masakan
  • 200gm Krim

Bahan-bahan Floating Island :
  • 2 biji Telur Putih
  • 1 sudu besar Gula

Bahan-bahan Krim Strawberi :
  • 250gm Strawberi Segar
  • 250ml Krim
  • 3 sudu besar Madu
  • ¼ biji Jus Lemon
  • 5 ketul kecil Ketulan Air Batu

Cara-cara Penyediaan Sos Coklat :
  • Cairkan Coklat dalam steam bath
  • Masukkan krim dan sejukkan

Cara-cara Penyediaan Floating Island :
  • Pukul telur putih sehingga sedikit kembang dan masukkan gula.
  • Pukul sehingga kembang.
  • Panaskan air dalam kuali.
  • Bentukkan putih telur ke bentuk cornwell.
  • Masukkan dalam kuali dan masak selama 3 minit di setiap bahagian.

Cara-cara Penyediaan Krim Strawberi :
  • Buangkan daun pada strawberi dan potong separuh.
  • Campurkan semua bahan-bahan di atasdengan strawberi dan kisar menjadi halus.
  • Tuangkan krim strawberi di dalam mangkuk leper dan letakkan ‘floating island’ di tengah-tengah.



Kumpulan Merah: Shahriah (Ketua), Wahidan, Amita, Azlina, Deena, Danial

No comments:

Post a Comment