Wednesday, December 7, 2011

Laksam Terengganu - Zamir


Bahan-bahan Kuah Laksam :
  • 4 keping Ikan Tangkal (dikisar)
  • 250 ml Santan (dikisar)
  • 4 biji Bawang Kecil (dikisar)
  • 4 hiris Halia (dikisar)
  • 1 sudu besar Lada Hitam (dikisar)
  • 100ml Air Rebusan Ikan Tangkal (dikisar)
  • 1 biji Jus limau Nipis (dikisar)
  • 1 sudu kecil Gula
  • Garam
  • Maggi Cukup Rasa

Bahan-bahan Mee :
  • Mee Laksam
  • 250g Tepung Beras
  • 100ml Air (tambah atau kurangkan jika perlu)

Bahan-bahan Sambal Cili :
  • 2 biji Cili Merah
  • 1 biji Jus Limau
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan Hiasan :
  • Bunga Kantan
  • Daun Kesum
  • Timun
  • Bawang Kuning
  • * semua bahan untuk hiasan dimayang halus

Cara-cara Penyediaan Kuah Laksam :
  • Didihkan air didalam peeriuk dan rebuskan ikan tongkol selama 2 minit sehingga masak.
  • Kemudian, kisarkan semua bahan kisaran iaitu ikan tongkol yang dimasak dan diasingkan daripada tulangnya, santan, bawang kecil, halia, lada hitam, stok ikan tongkol dan jus limau nipis.
  • Panaskan kuali dan masak bahan kisaran tadi selama 15 minit.
  • Tambahkan air jika perlu dan perasakan ia bersama garam, Maggi Cukup Rasa dan gula.

Cara-cara Penyediaan Mee :
  • Campurkan mee laksam, tepung beras dan air supaya menjadi seperti campuran adunan penkek.
  • Kemudian, masak adunan tadi di atas kuali dengan membuat lapisan yang nipis.
  • Setelah masak, gulung mi tadi dan potongkan ia kepada ukuran satu inci.

Caraa-cara Penyediaan Sambal Cili :
  • Tumbuk kesemua bahan dengan lesung batu sehingga hancur.

Susunan Hidangan :
  • Susun mee laksam kedalam mangkuk hidangan dan tuangkan kuah di atasnya.
  • Hidangkan ia bersama ulam yang dimayang halus seperti bunga kantan, daun kesum, timun dan bawang kuning.
  • Tuangkan sambal didalam mangkuk hiasan kecil atau didalam mangkuk laksam mengikut citarasa.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment