Tuesday, December 20, 2011

Pasta Masak Lemak Kupang Mama - Deena


Bahan-bahan :

  • ½ peket Pasta Fettuccini
  • 5 biji Bawang Merah
  • ½ inci Kunyit
  • 2 biji Lada Hijau
  • ¼ cawan Santan
  • 10 keping Kupang
  • Garam dan Gula
  • Timun (dihiris halus)
  • Lada merah( dihiris halus)



Cara-cara :

  • Kisar bawang merah bersama kunyit dan lada hijau sehingga halus.

  • Tumis bahan kisar sehingga harum.

  • Masukkan kupang, biarkan kupang masak sehingga kulit kupang terbuka.

  • Angkat kupang dan ketepikan dahulu.

  • Masukkan santan ke dalam tumisan dan masukan juga perasa.

  • Rebus pasta sehingga lembut.

  • Dalam kuali leper, masukkan sedikit minyak dan masukkan pasta yang telah direbus dengan kuah masak lemak tadi.

  • Masukkan kupang tadi dan gaul semuanya sehingga sebati.

  • Hidangkan di atas pinggan dan hiaskan dengan timun dan lada merah.


  • No comments:

    Post a Comment