Monday, December 19, 2011

Salad Labu Asia - Ary Malik


Bahan-bahan Pasta :

  • 110gm Tepung Gandum
  • Garam
  • 1 sudu besar Minyak Neuvida
  • 1 biji Telur



Bahan-bahan Sayuran dan Ayam :

  • 3 hirisan Ayam Bahagian Dada
  • 4 biji Tomato Ceri
  • Garam dan Lada Hitam
  • ¼ batang Fennel (dihiris)
  • Lada Benggala Hijau



Bahan-bahan Labu :

  • ¼ biji Labu
  • Garam
  • Air



Bahan-bahan Sos :

  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • ¼ sudu teh Jintan Putih (ditumbuk)
  • ¼ sudu teh Jintan Manis (ditumbuk)
  • 1 sudu besar Stok dan Air
  • 1 sudu besar Mentega
  • Garam dan Lada Hitam



Bahan-bahan Krim Masam :

  • ½ biji Jus Lemon
  • 1 cawan Krim
  • Garam
  • Herba Segar (dipotong halus)



Cara-cara Penyediaan Pasta :

  • Masukkan tepung gandum, sedikit garam, 1 sudu besar minyak neuvida dan 1 biji telur ke dalam processor sehingga ia terbentuk seperti bebola.
  • Keluarkan dan biar rehat seketika dalam lapisan plastik selama 10-15 minit. Potong mengikut citarasa sendiri setelah uli/menggunakan pasta-maker.
  • Masakkan dalam air yang telah panas mendidih selama 1-2 minit sahaja dan keluarkan.



Cara-cara Penyediaan Sayuran dan Ayam :

  • Taburkan garam dan lada hitam kisar di atas lada benggala hijau, fennel ayam dan tomato ceri (di atas kuali memanggang).
  • Biarkan sedikit layur dan keperangan (sayuran) san biar ayam masak letak tepi.



Cara-cara Penyediaan Labu :

  • Masakkan labu yang telah dihiris dalam air panas bersama sedikit garam.
  • Bila lembut dan empuk, keluarkan dan toskan.
  • Letak tepi.



Cara-cara Penyediaan Sos :

  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, kemudian masukkan bawang putih, jintan manis dan jintan putih hingga naik bau.
  • Masukkan stok dan air.
  • Kemudian tutup api, masuk mentega hingga cair dan tambahkan perisa garam dan lada hitam mengikut citarasa sendiri.



Cara-cara Penyediaan Krim Masam :

  • Perahkan ½ jus lemon ke dalam 1 cawan krim dan gaulkan hingga rata dan mula pekat.
  • Boleh ditambah perisa garam sedikit dan herba segar (untuk warna dan rasa).




Susunan Hidangan :

  • Gaulkan pasta, sayuran, ayam dan labu dan susunkan di atas pinggan.
  • Kemudian letakkn 2 sudu besar krim masam di atas labu tersebut.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment