Monday, December 19, 2011

Risotto Labu - Felix


Bahan-bahan :

  • ¼ batang Daun Saderi
  • ¼ batang Lobak Merah
  • ½ biji Bawang Merah
  • 1 sudu Serbuk Stok Ayam
  • 2 cawan Air
  • 4 sudu besar Labu (dipotong dadu kecil)
  • 4 sudu besar Puri Labu
  • 2 biji Bawang Merah (dipotong dadu paling halus)
  • 1 ulas Bawang Putih (dipotong dadu paling halus)
  • ¼ cawan Dada ayam (dipotong dadu kecil)
  • 1 biji Bunga Lawang
  • 1 tangkai Daun Thyme
  • ½ cawan Beras Pulut Putih
  • 1 sudu besar Krim Masak
  • 2 sudu besar Keju Parmesan



Cara-cara :

  • Untuk air stok risotto, campurkan daun saderi, lobak merah, bawang merah, serbuk stok ayam dan air. Renehkan selama 25 minit.
  • Dalam kuali kering, tanpa menggunakan minyak, ‘toast’ beras pulut selama 5 minit sambil mengacau tanpa membiarkannya menjadi hangus dan keluarkan ke dalam mangkuk.
  • Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bawang merah, bawang putih dan bunga lawang dengan api yang perlahan hingga harum dan lembut.
  • Masukkan dadu labu dan tumis hingga lembut. Tambahkan beras tadi, puree labu dan thyme.
  • Masukkan stok sedikit demi sedikit ke dalam kuali ini, pastikan stok disejat oleh beras pulut sebelum menambahkan lagi stok. Ulang proses ini sehingga nasi masak. Kalau rasa nasi sudah cukup masin, jangan tambah lagi stok tapi tetap guna air biasa.
  • *Nasi tidak boleh terlalu lembut, kalau tidak ia akan mula melekit kerana beras yang digunakan ini beras pulut.
  • Masukkan keju parmesan dan gaul hingga rata.
  • Gubah rasa dengan garam, gula dan lada hitam dan hidangkan dengan krim yang dituang di tengah pinggan yang mengandungi risotto labu.
  • Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment