Showing posts with label Pancake. Show all posts
Showing posts with label Pancake. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Lempeng Strawberi Bersoskan Beri Biru - Wahidan


Bahan-bahan Lempeng Strawberi :
  • Tepung Serbaguna
  • Tepung Jagung
  • Telur
  • Gula Kastor
  • Susu
  • Strawberi (dipotong dadu)

Bahan-bahan Sos Beri Biru :
  • Beri Biru
  • Gula Kastor
  • Serbuk Kayu Manis
  • Buah Pelaga
  • Bunga Lawang

Cara-cara Penyediaan Lempeng Strawberi :
  • Pukul telur sehingga kembang dan kemudian, masukkan gula sikit demi sedikit. Selepas itu, masukkan pula tepung serbaguna dan tepung jagung.
  • Akhir sekali masukkan susu dan adunkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  • Selepas adunan tadi diadun sebati, masukkan buah strawberi ke dalamnya dan gaulkan sehingga rata.
  • Panaskan kuali dan masak lempeng tadi. Saiz lempeng mengikut citarasa.
  • Angkat dan ketepikan.

Cara-cara Penyediaan Sos Beri Biru :
  • Kisarkan buah beri biru dan masukkan ia kedalam periuk bersama air, gula dan rempah tiga sekawan. Gaul bahan-bahan tersebut sehingga masak.
  • Kemudian toskan ia, dan masak semula bahan-bahan tadi sehingga pekat dan menjadi sos.

Susunan Hidangan :
  • Sapukan lempeng strawberi bersama sos tadi menjadi 3 lapisan. Susunkan ia di atas pinggan hidangan.
  • Hiaskan bersama buah beri segar di atas lempeng dan sos beri biru.

Thursday, December 1, 2011

Set Hidangan - Azlina


Bahan-bahan Stik :
  • Daging Stik Ribeye
  • Garam
  • Lada
  • Mentega

Bahan-bahan Salad Pear :
  • ½ biji Buah Pear (didadukan)
  • Daun Salad
  • Tomato (dipotong 'baton')
  • Jus Lemon
  • Jeruk Jalapeno (dicincang)
  • Minyak
  • Gula
  • Garam

Bahan-bahan Pankek Berketul Kentang :
  • ½biji Kentang (dipotong dadu besar)
  • 2 sudu besar Bawang Besar (dicincang)
  • 1 biji Telur Kuning
  • 3 sudu besar Tepung
  • 6 biji Cendawan (dihiris)
  • 2 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 3 sudu besar Krim Masakan
  • 1 biji Bawang Besar (dihiris)

Bahan-bahan Tarte Tatin Pear :
  • 1 biji Pear (dihiris)
  • 2 sudu besar Gula
  • 6 biji Cengkih
  • 1 keping Pastri Puff

Cara-cara Penyediaan Stik :
  • Perapkan daging dengan garam dan lada selama 15 minit.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan masakkan daging selama 4 minit disebelah dan 4 minit di sebelah.
  • Keluarkan daging dan masukkan mentega dan kacaukan untuk dijadikan sos.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Salad Pear :
  • Campurkan salad, tomato dan pear di dalam mangkuk.
  • Masukkan gula, garam, jus lemon, jeruk jalapeno dan sedikit minyak. Gaul kesemua bahan-bahan sehingga sebati.
  • Akhir sekali, toskan ia dan ketepikan untuk dihidang.

Cara-cara Penyediaan Pankek Berketul Kentang :
  • Rebus kentang sehingga separuh lembut/empuk dan hancurkan sedikit.
  • Tambah telur kuning, tepung dan 1 sudu besar bawang besar dan gaulkan sehingga rata.
  • Bentukkan ketulan kecil dan dan gorengkan sehingga masak.
  • Tumiskan bawang besar sehingga karamelisasi dan ketepikan.
  • Tumiskan pula bawang putih, bawang besar dan cendawan bersama mentega dan masukkan krim dan garam serta gula secukup rasa untuk dijadikan sos.
  • Tuangkan sos ke atas penkek dan di atas bawang besar yang telah menjadi caramel tadi.

Cara-cara Penyediaan Tarte Tatin Pear :
  • Masakkan pear dengan gula dan cengkih sehingga menjadi perang atau karamel dalam 'non-stick pan' dengan handle besi.
  • Kemudian, tutupkan pear dengan pastri puff dan masukkan ke dalam ketuhar untuk 10-15 minit dengan suhu 180-200 darjah celcius.

Friday, November 25, 2011

Jem Karamel Durian dan Lempeng Santan Vanila - Shahriah


Bahan-bahan Jem Karamel Durian :
  • Durian - ambil isinya
  • Gula paris
  • Santan
  • Garam

Bahan-bahan Lempeng Santan Vanila :
  • Tepung gandum
  • Santan
  • Air
  • Vanila
  • Garam

Cara-cara Penyediaan Jem Karamel Durian :
  • Kisar Durian dan santan sehingga sebati.
  • Panaskan kuali dan masukkan gula paris sehingga teksturnya bertukar menjadi karamel.
  • Setelah menjadi karamel, masukkan durian yang dikisar.
  • Kacau sebati sehingga pekat, angkat dan ketepikan.

Cara-cara Penyediaan Lempeng Santan Vanila :
  • Campurkan kesemua bahan sehingga membentuk tekstur yang pekat.
  • Panaskan kuali dan tuangkan adunan.
  • Goreng sehingga kekuningan.
  • Angkat dan hidangkan bersama jem karamel durian.

Crepe Durian - Azlina


Bahan-bahan Crepe Lempeng Nipis :
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar susu
  • 5 sudu besar tepung

Bahan-bahan Kastard Durian :
  • 120ml susu
  • 30ml santan
  • 50ml krim putar
  • 2 biji telur
  • 2 ulas durian - ambil isinya sahaja
  • 2 sudu besar gula
  • Roti keping

Bahan-bahan Krim Putar Durian :
  • 1 cawan krim putar
  • 3 sudu besar gula
  • 1 ulas durian - ambil isinya sahaja

Bahan-bahan Sos Coklat :
  • 3 sudu besar tepung coklat
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar kastard durian
  • 2 susu besar air

Cara-cara Penyediaan Crepe Lempeng Nipis :
  • Pukulkan bahan-bahan di atas sehingga sebati.
  • Gunakan senduk dan cedukkan ke kuali sambil dipusingkan kuali agar setiap bahagian kuali ditutup dengan lapisan nipis.
  • Masukkan selama 4-5 minit pada api perlahan sehingga keemasan.
  • Terbalikkan masakan selama 1 minit.

Cara-cara Penyediaan Kastard Durian :
  • Kacau gula dan telur sehingga menjadi sedikit pucat warnanya.
  • Masukkan susu dan letakkan di atas pot yang mengandungi air mendidih.
  • Sentiasa kacau agar telur tidak menjadi kental.
  • Apabila masak, masukkan isi durian dan kacau lagi.
  • Ketepikan dan biar sejuk.

Cara-cara Penyediaan Krim Putar Durian :
  • Putarkan krim dan gula sehingga sebati dan kembang.
  • Masukkan isi durian dan teruskan memutar.
  • Berhenti apabila krim sudah cukup dipukul (stiff peaks).

Cara-cara Penyediaan Sos Coklat :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan panaskan di atas dapur.
  • Masak sehingga kesemuanya masak.

Cara-cara Susunan :
  • Letakkan selapis krim durian di tengah lempeng nipis.
  • Kemudian letakkan isi durian di atas krim durian.
  • Seterusnya letakkan roti yang direndam dalam kastard durian.
  • Ulang langkah di atas sekali lagi dan balutkan.

Hiasan :
  • Karamel bersama almond yang dipecahkan (serpihan).
  • Sedikit isi.
  • Sos Coklat di sekeliling pinggan.

Tuesday, November 15, 2011

Tempek Kelapa Utara Dengan Gulai Ikan - Chef Zubir


Bahan-bahan Tempek Kelapa :
  • Kelapa Parut - 250gm
  • Tepung Gandum - 500gm
  • Gula - 50gm
  • Garam
  • Air - 500gm
Bahan-bahan Gulai Ikan :
  • Ikan Merah (berbentuk kepingan) - 1kg
  • Halia (dihiris) - 2inci
  • Bawang Merah (dihiris) - 3 ulas
  • Bawang Besar(dihiris) - ½ biji
  • Halba Campur - 1 sudu
  • Daun Kari - 1 tangkai
  • Asam Jawa - 200gm
  • Rempah Kari Ikan - 100gm
  • Serbuk Kunyit - 50gm
  • Serbuk cili - 30gm
  • Santan - 150ml
  • Buah Tomato (dicincang kasar) - 1 biji
  • Cili Merah (dibelah dua) 1 biji
  • Bawang Putih - 3 ulas
Cara-cara Penyediaan Tempek Kelapa :
  • Campurkan tepung gandum, kelapa parut, gula, garam dan air dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tuangkan adunan.
  • Masak di atas api serdahana sehingga masak kekuningan
Cara-cara Penyediaan Gulai Ikan :
  • Panaskan minyak di dalam kuali masukkan bawang merah, halia, bawnag besar, daun kari, halba campur dan tomato. Tumis hingga naik bau dan masukan bahan kisar.
  • Masak di atas api serdahana beberapa ketika.
  • Masukkan rempah kari ikan, serbuk kunyit dan serbuk cili. Kacau perlahan-perlahan beberapa minit hingga naik minyak dan masukkan air.
  • Biarkan masak di atas api perlahan, kemudian masukkan santan, air asam jawa dan sayuran dan seterusnya ikan.
  • Masukan bahan perasa dan biar di atas api sehingga ikan masak.

Monday, November 14, 2011

Lempeng Pisang dan Cucur Udang Ayahanda - Shahriah


Bahan-bahan Cucur Udang Ayahanda :
  • Tepung Gandum
  • Telur
  • Leek
  • Rempah Kari
  • Bawang Kuning
  • Udang
  • Cili Kering
  • Secukup rasa Maggi
Bahan-bahan Sos Cili Bawang Putih :
  • Cili Kering
  • Bawang Putih
  • Gula
Bahan-bahan Lempeng Pisang Ayahanda :
  • Tepung
  • Telur
  • Pisang
  • Gula Perang
  • Garam
Cara-cara Memasak Cucur Udang Ayahanda :

  • Dadu bawang, potong leek, udang, cili kering.
  • Campurkan udang, telur dan kesemuanya ke dalam tepung dan jadikan bater yang pekat.
  • Panaskan minyak dan goreng.
Cara-cara Memasak Lempeng Pisang Ayahanda :

  • Lenyekkan pisang bersama gula.
  • Masukkan tepung dan telur.
  • Bancuh jadikan adunan yang pekat.
  • Rentis sedikit minyak dalam kuali leper dan goreng sehingga keperangan.

Daddy's Crepe - Nik Michael


Bahan-bahan Crepe :
  • 1 telur
  • Cream
  • Air
  • Gula
  • Tepung
  • Minyak
Bahan-bahan Sos Epal :
  • Mentega
  • Jus Epal
  • Gula
  • Potongan Epal
Bahan-bahan Krim Putar :
  • Krim
  • Gula
Cara-cara Memasak Crepe :
  • Gabungkan semua bahan-bahan crepe kecuali tepung dan minyak.
  • Kacau sehingga gula telah larut.
  • Masukkan tepung dengan menggunakan tapis sehingga campuran sedikit pekat sahaja. Kacau sehingga tiada ketulan tepung.
  • Larutkan sedikit minyak supaya campuran tidak melekat pada kuali leper.
  • Tuangkan campuran hanya supaya crepe akan menjadi nipis sahaja. Masak dengan api yang kecil. Terbalikkan apabila warna keperangan.
Cara-cara Memasak Sos Epal :
  • Cairkan mentega dalam kuali leper. Larutkan gula secukupnya.
  • Tambahkan jus epal dan biarkan merenih sehingga kepekatan yang dikehendaki.
  • Potongan epal dimasukkan ketika sos sedang merenih.
Cara-cara Memasak Krim Putar :
Putarkan krim dan gula sehingga pekat dan tebal.

Cara-cara Menghias :
  • Lipatkan crepe dan salutkan sos epal.
  • Susunkan potongan epal dan potongan strawberry serta anggur. Oleskan krim putar ke pinggan.

Lempeng Sarapan Ibu - Kamaruzzaman

Bahan-bahan Lempeng Masin & Sambal Kentang :
  • 1 mangkuk kecilTepung gandum
  • 1 biji Ubi kentang (dipotong dadu)
  • 25 tangkai Cili kering (dikisar halus)
  • 2 bijiBawang besar (dikisar halus)
  • 3 ulas Bawang besar (dikisar halus)
  • Garam secukup rasa
  • Gula
  • Air
Cara-cara Memasak Lempeng Masin :
  • 1 mangkuk tepung dicampur air diaduan sehingga sebati dan ditabuh garam secukup rasa.
  • Seterusnya adunan tadi dimasak dijadikan lempeng.
Cara-cara Memasak Sambal Kentang :
  • Tumiskan bahan dikisar sehingga masak dan naik bau.
  • masukkan kentang (potongan dadu)
  • kemudian masukkan garam secukup rasa dan gula sedikit.
  • Tunggu sehingga kentang lembut dan masak.
  • hidanglah bersama lempeng masin.

Lempeng Keledek Bersama Kuah Gulai - Azizah


Bahan-bahan :
  • Serbuk Perencah Kari
  • Ubi Keledek - 1 biji
  • Santan - 1 cawan
  • Jintan manis - 1 sudu kecil
  • Bawang Holland - 1 ulas
  • Bawang putih - 3 ulas
  • Tepung - 1 cawan
  • Air - 1 liter
  • Ayam - bahagian Dada
  • Gula - 2 sudu kecil
Cara-cara Memasak Gulai :
  • Hiriskan bawang, tumis diatas kuali.
  • Masukkan perencah kari dan air, biar sampai kering.
  • Masukkan santan cair. Masukkan ayam dan ubi.
  • Biar mendidih dan masukkan ke dalam mangkuk.
Cara-cara Memasak Lempeng :
  • Masukkan tepung, air, garam dan gula. Kacau.
  • Parutkan labu ke dalam adunan.
  • Panaskan kuali leper.
  • Kemudian, tuangkan adunan sehingga berbentuk bulat.
  • Angkat dan hidang.

Friday, November 11, 2011

Kek Lempeng (Pancake) Zucchini Dengan Salad Fennel Udang - Shahriah & Ezani


Bahan-bahan Kek Lempeng Zucchini :
  • Zucchini hijau (disagat)
  • Zucchini kuning (disagat)
  • Tepung gandum
  • Telur -satu biji
  • Telur putih - satu
  • Mentega cair
  • Susu
  • Garam
  • Lada hitam
Bahan-bahan Salad Fennel :
  • Fennel (dipotong “wedges”)
  • Minyak Zaitun
  • Gula
  • Lemon
  • Garam
Bahan-bahan Udang :
  • Udang
  • Lemon Jus
  • Minyak
Cara-cara Membuat Kek Lempeng Zucchini :
  • Campurkan tepung, telur, mentega cair dan susu sehingga jadi adunan kek lempeng.
  • Pukul telur putih berasingan.
  • Campurkan zucchini ke dalam adunan kek lempeng dan tambahkan garam, lada hitam sehingga cukup rasa.
  • Balikkan telur putih perlahan-lahan.
  • Panaskan kuali leper dan sapukan mentega.
  • Tuangkan adunan kek lempeng sebanyak satu sudu besar
Cara-cara Membuat Salad Fennel :
  • Masak fennel perlahan-lahan.
  • Tambahkan gula dan biarkan agak cair dan perang sehingga menjadi karamel.
  • Tambahkan air dan masak sehingga fennel agak lembut.
  • Perahkan jus lemon dan tambah garam sedikit.
Cara-cara Memasak Udang :
  • Rebus air dan garam sehingga mendidih.
  • Masukkan udang dan rebus selama seminit setengah dengan periuk tertutup.
  • Keluarkan dan biar sejuk sedikit sebelum mengopek dan membuang isi perut udang.
  • Toskan udang dengan jus lemon dan minyak.
Cara-cara Menghias :
  • Untuk hidangkan, susun kek lempeng dan aturkan udang dan fennel.
  • Titiskan karamel disekiling pinggan dan hias dengan daun fennel.

Kek Lempeng Bersama Sos Karamel Nanas & Coulis Nenas - Azizah & Zuraidah


Bahan-bahan Kek Lempeng :
  • Tepung Gandum - 1 cawan
  • Gula - 2 sudu besar
  • Garam - secubit
  • Santan
  • Mentega - 1 sudu besar
  • Telur – 1 biji
Bahan-bahan Sos :
  • Nenas - dipotong dadu
  • Gula Perang - 2 sudu besar
  • Mentega
Bahan-bahan Isi :
  • Nenas
  • Gula pasir
  • Lemon
Cara-cara Membuat Kek Lempeng :

Campurkan bahan Kek Lempeng dan pukul sehingga mendapatkan adunan yang diinginkan

Cara-cara Membuat Inti :
  • Letakkan nenas dalam pan dan campurkan dengan mentega dan gula perang.
  • Biarkan sampai gula perang sebati dengan nenas.
Cara-cara Membuat Sos :
  • Masak nenas dan gula pasir di atas pan.
  • Biar sampai gula cair dan sebati dengan nenas.
  • Angkat dan kisar nenas, kemudian tapis kisaran tadi dan perangkan sedikit lemon.

Lempeng Berinti Bersama Sos Mangga Bersantan - Amita & Siti Aishah


Bahan-bahan Untuk Lempeng :
  • Tepung gandum
  • Telur
  • Garam
  • Lada putih
  • Air
Bahan-bahan Untuk Inti :
  • Lobak merah
  • Lada benggala hijau
  • Lada benggala merah
  • Lada benggala kuning
  • Cendawan putih
  • Bawang
  • Garam
  • Lada hitam
  • Serbuk cili
  • Udang
Bahan-bahan Untuk Sos :
  • Minyak
  • Mentega
  • Jus Lemon
  • Santan
  • Mangga
  • Gula
  • Kayu manis
  • Garam
  • Serbuk lada
Cara-cara Membuat Lempeng :

Bahan lempeng dicampurkan semua kemudian dikisar.

Cara-cara Membuat Inti :
  • Bawang dicincang, sayur-sayuran dipotong halus.
  • Udang dipotong dadu.
  • Masukkan bawang sehingga baunya naik.
  • Kemudian masukkan udang.
  • Masukkan sayur-sayuran tadi, garam dan serbuk cili dan lada hitam.
  • Masak sehingga layu.
Cara-cara Memasak Sos :
  • Masukkan kesemua bahan untuk sos.
  • Masak sehingga didih.
  • Kemudian Kisar.

Lempeng Berkrim Kelapa Mangga Dengan Badam Karamel - Hui Ting & Imelda


Bahan-bahan :
  • 3 sudu Tepung gandum
  • 2 sudu Air
  • 1 sudu Pati santan
  • 1 sudu Mentega
Cara-cara Memasak :

Campurkan semua bahan dan masukkan sedikit mentega dan masak hingga keperangan.

KRIM KELAPA

Bahan-bahan :
  • 480ml Susu
  • 3 Telur Kuning
  • 3 sudu Gula
  • 1 ½ suduTepung
  • 2 suduPati santan
Cara-cara :
  • Panaskan susu, dalam mangkuk yang lain, campurkan telur kuning, gula dan tepung.
  • Masukkan sedikit susu panas dalam campuran telur, masukkan balik campuran telur ke dalam periuk dan masak hingga pekat.
  • Letakkan periuk dalam air sejuk untuk hentikan proses memasak.
  • Biarkan krim menyejuk hingga 55’C dan masukkan santan.
  • Simpankan dalam peti sejuk sehingga diperlukan.
KARAMEL

Bahan-bahan :
  • 20g Kacang Badam
  • 3 sudu Gula
Cara-cara :
  • Bakar kacang badam sehingga beraroma. Potong ketulan kecil (kasar).
  • Panaskan gula hingga perang atau rasanya sedikit pahit, masukkan kacang badam dan biakan sejukkan atas kertas minyak.