- Lidah lembu (dipotong dadu)
- 1 biji Bawang besar (dipotong dadu)
- 3 ulas Bawang putih (dihiris halus)
- 6 helai Daun Kari
- 1 batang Kayu Manis
- 1 sudu teh Serbuk Jintan Putih
- 3 sudu besar Serbuk Kari
- 1 cawan Air (mengikut kesesuaian)
- Garam, Gula dan Lada
Bahan-bahan Doh Karipap :
- 100gm Tepung
- 1 biji Telur
- Secukup rasa Garam
- 6 sudu Minyak Neuvida
Cara-cara Penyediaan Inti Lidah Lembu :
- Tumiskan bawang besar, bawang putih, kayu manis dan daun kari sehingga naik bau wangi.
- Apabila sudah naik bau wangi, masukkan 1 serbuk jintan putih.
- Selepas itu, kacaukan 3 sudu serbuk kari daging dengan sedikit air sehingga menjadi seperti pes.
- Masukkan pes tersebut ke dalam bahan tumisan tadi dan kacau sehingga sebati.
- Apabila sudah pecah minyak, masukkan lidah lembu.
- Gaul bahan-bahan tersebut sehingga menjadi pekat dan perasakan bersama garam, gula dan lada sulah.
- Ketepikan sementara.
Cara-cara Penyediaan Doh Karipap :
- Gaulkan tepung, telur dan garam sehingga sebati, dan uli adunan tersebut selama 5 minit sambil mencampurkan minyak neuvida ke dalamnya.
- Kemudian, rehatkan doh tersebut dan bahagikan kepada 3 bahagian dan bulatkan doh itu.
- Selepas itu ambil satu doh itu dan lenyekkan sehingga nipis dan susun inti kari lidah ke tengahnya dan lipatkan kulit karipap itu dan bentukkan menjadi segi empat tepat.
- Akhir sekali sapukan kuning telur ke atasnya dan gorengkan selama 3 minit atau sehingga masak.
No comments:
Post a Comment