Tuesday, December 13, 2011

Quesadilla Ayam & Nachos Daging - Chef Riz


Bahan-bahan Quesadilla Ayam :
  • 3 keping Roti Tortilla
  • 200gm Isi Dada ayam (dihiris)
  • ½ sudu kecil Paprika
  • ½ sudu kecil Oregano
  • 2 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 4 biji Limau Nipis (diambil jus)
  • ¼ cawan Minyak Neuvida
  • 2 labu Bawang Merah Besar (dihiris)
  • 100gm Lada Benggala (merah, hijau, kuning)
  • 2 biji Tomato (dicelur, dibuang kulit, didadu)
  • 2 biji Avocado (dibuang biji, didadu)
  • ½ cawan Keju Jack (diparut)
  • 100gm Daun Salad Iceberg (dihiris)
  • ½ cawan Krim Masakan
  • 1 tangkai Daun Ketumbar
  • 1 tangkai Daun Bawang
  • Garam

Bahan-bahan Nachos Daging :
  • 2 keping Roti Tortilla (dipotong kepada segitiga kecil)
  • 200gm Daging Lembu Kisar
  • 1 labu Bawang Besar Merah (didadu)
  • 4 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 3 sudu besar Minyak Neuvida
  • 20gm Lada Bengala (didadu)
  • 1 sudu kecil Jintan Putih
  • 2 sudu kecil Serbuk Cili
  • ½ sudu kecil Paprika
  • ½ sudu kecil Oregano
  • 2 sudu kecil Pes Tomato
  • 1 cawan Stok Daging
  • 400gm Tomato Plum (dalam tin, dihancurkan)
  • 50gm Cili Jalapeno (dihiris)
  • 50gm Buah Zaitun Hitam (dihiris)
  • 200g m Kacang Merah (dalam tin)
  • ¼ cawan Keju Jack (parut)
  • 1 tangkai Daun Ketumbar

Cara-cara Penyediaan Quesadilla Ayam :
  • Perap isi ayam bersama bawang putih, paprika, oregano, kulit limau nipis, dan minyak neuvida. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.
  • Selepas itu, panaskan grill-pan dan grill ayam di atas api yang kuat hingga masak. Alihkan ke tepi.
  • Tumis lada benggala dan bawang hiris dengan api yang kuat, perasakan dengan garam dan lada hitam, akhir sekali masukan hirisan daun ketumbar.
  • Untuk penyediaan salsa tomato, campurkan tomato, bawang, daun ketumbar, jus limau dan minyak neuvida. Perasakan dengan garam.
  • Untuk penyediaan guacamole, perahkan jus limau ke atas isi avocado, lecek bersama sedikit garam, kemudian masukan bawang dan daun bawang.
  • Untuk penyediaan quesadilla, aturkan ayam bersama lada benggala tumis diatas roti tortilla, taburkan dengan keju jack, ulangkan lapisan dan tutupkan dengan roti tortilla dan tabur lagi dengan keju. Kemudian, bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160C. Selama 25 minit.

Cara-cara Penyediaan Nachos Daging :
  • Tumiskan daging cincang di dalam periuk hingga keperangan dan kemudian, masukan bawang besar merah dan putih. Tumis hingga wangi.
  • Masukan pula serbuk cili,jintan putih dan oregano. Goreng seketika bahan-bahan tersebut sebelum memasukan lada benggala dan pes tomato.
  • Tuangkan pula air stok daging, tomato plum hancur, dan perasakan dengan garam. Renihkan selama 30 minit Akhir sekali masukan kacang merah dan daun ketumbar.
  • Kemudian, goreng roti tortilla hingga rangup dan kuning keemasan. Bubuhkan 'beef chili' tadi ke atas roti, susunkan buah zaitun dan cili jalapeno, taburkan keju jack dan bakar seketika hingga keju cair.

No comments:

Post a Comment