Wednesday, December 7, 2011

Asam Pedas Tenggiri - Shahriah


Bahan-bahan :
  • Bawang Merah (dikisar)
  • Bawang Putih (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Kunyit (dikisar)
  • Cili Kering (dikisar)
  • Bawang Merah (dihiris)
  • Bawang Putih (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Ikan Tenggiri
  • Daun Kesum
  • Bunga Kantan
  • Air Asam Jawa
  • Air
  • Gula
  • Garam
  • Kiub Ikan Bilis
  • Minyak

Cara-cara :
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris sehingga naik bau.
  • Kemudian, masukkan bahan kisar dan perlahankan api. Biarkan bahan mereneh.
  • Selepas itu, masukkan air asam jawa dan air.
  • Biarkan ia mendidih dan masukkan bunga kantan dan daun kesum.
  • Perasakan ia bersama garam dan gula.
  • Masukkan pula ikan dan masak sehingga ikan masak.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Susunan Hidangan :
  • Tuangkan asam pedas tenggiri kedalam mangkuk hidangan.
  • Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment