Tuesday, December 20, 2011

Gnocchi, Salad Labu Panggang & Whitloff - Ezani


Bahan-bahan 'Gnocchi' :

  • ¼ biji Labu (dipotong dadu, direbus dan dijadikan puri)
  • ½ biji Telur (dipukul)
  • 125gm Mentega
  • 8 helai Daun Sege
  • 1 biji Jus Lemon
  • Garam
  • Tepung



Bahan-bahan Sos Mentega Perang :

  • 125gm Mentega
  • 8 helai Daun Sege
  • 1 biji Jus Lemon
  • Garam



Bahan-bahan Salad Labu :

  • 3 biji Labu (dipotong segi empat)
  • 2 sudu Jintan Manis
  • 4 ulas Bawang Putih (dipanggang dalam ketuhar 20 minit)
  • 4 biji Bawang Kecil (dimayang halus)
  • 2 sudu kecil Cuka
  • 2 sudu besar Jus Lemon
  • 1 biji ‘Witlof’ (dipotong dua)
  • Keju ‘Feta’
  • Minyak
  • Garam
  • Lada Hitam



Cara-cara Penyediaan 'Gnocchi' :

  • Gaulkan telur, garam dan tepung secukupnya sehingga boleh dibentuk menjadi doh yang tidak melekit.
  • Ambil sebahagian doh bentukkan menjadi jejari panjang berdiameter 1 inci dan potong kepada bentuk ‘gnocchi berukuran 1 inci panjang.
  • Didihkan air dan campurkan sedikit garam untuk memasak ‘gnocchi.
  • Apabila masak, toskan ia dan ketepikan untuk hidangan.



Cara-cara Penyediaan Sos Mentega Perang :

  • Cairkan mentega didalam kuali panas dan masak mentega sehingga keperangan.
  • Campurkan sedikit jus lemon dan tambah garam secukupnya.
  • Masukkan ‘gnocchi yang telah dimasak ke dalam sos mentega perang dan gaulkan.
  • Sedia untuk dihidangkan.



Cara-cara Penyediaan Salad Labu :

  • Gaulkan labu, jintan manis, bawang putih, bawang kecil, cuka dan jus lemon sehingga sebati.
  • Kemudian, bakar dalam ketuhar pada suhu 220C selama 20 minit.
  • Sementara itu, gaulkan ‘witlof’ dengan minyak, garam dan lada hitam.
  • Kemudian, panggangkan/bakarkan sehingga ‘caramalized’.
  • Keluarkan labu dari ketuhar dan campurkan bersama adunan ‘witlof’ dan taburkan keju ‘feta’ yang dipecahkan di atasnya.

No comments:

Post a Comment