Tuesday, December 13, 2011

Udang Getak Thermidor dengan Sos Bechamel - Felix


Bahan-bahan Sos Bechamel :
  • 2 cawan Susu
  • ½ biji Bawang Merah Besar
  • 2 biji Bunga Cengkih
  • 1 keping Daun Bay Leaf
  • 1 sudu besar Mentega
  • 1 sudu besar Tepung

Bahan-bahan Thermidor Ketak :
  • 2 ekor Udang ketak (dibuang bahagian kulit yang lembut supaya dagingnya terdedah)
  • 4 sudu Keju Parmesan (diparut)
  • Sos Béchamel
  • Garam dan Lada

Bahan-bahan Kentang Lenyek Parmesan :
  • 1 biji Kentang (dibuang kuib dan dipotong kuib besar)
  • 2 sudu besar Keju Parmesan
  • 3 sudu besar Krim
  • Mentega
  • Garam dan Lada
  • Sos Béchamel

Bahan-bahan Salad Fennel :
  • ½ biji Fennel (dihiris halus)
  • Jus Limau
  • Garam dan Lada
  • ½ cawan Minyak Zaitun

Cara-cara Penyediaan Sos Bechamel :
  • Renehkan bunga cengkih dan bay leaf dengan susu selama 10 minit. Tapiskan.
  • Dalam kuali kecil, campurkan mentega dan tepung dan panaskan sambil kacau hingga tepung sebati dengan mentega untuk membentuk roux.
  • Secara perlahan curahkan susu yang telah ditapis ke dalam roux, sambil mengacau sos ini. Kacau dan curahkan susu sehingga sos cukup cair.

Cara-cara Penyediaan Thermidor Ketak :
  • Taburkan keju parmesan, garam dan lada ke atas udang ketak hingga semua tempat terbuka.
  • Curahkan sos béchamel ke atas udang ketak.
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 250C selama 5 minit ataupun hingga keju cair dan mula bertukar warna jadi perang. Ketepikan.

Cara-cara Penyediaan Kentang Lenyek Parmesan :
  • Renehkan kentang hingga amat lembut.
  • Dalam mangkuk besi, masukkan keju parmesan, kentang, krim dan lenyekkan kesemua bahan.
  • Gubah rasa dan tekstur dengan mentega, sos béchamel , garam dan lada. Ketepikan.

Cara-cara Penyediaan Salad Fennel :
  • Kisarkan fennel, jus limau dan minyak zaitun dalam blender hingga sebati.
  • Gubah rasa dengan garam dan lada.

No comments:

Post a Comment