Showing posts with label Pulut. Show all posts
Showing posts with label Pulut. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

WAJIK


BAHAN-BAHAN :
1KG BERAS PULUT
1KG SANTAN PEKAT
1KG GULA MELAKA - DIPOTONG KECIL2 (CEPAT CAIRNYA NANTI)
1/2 BIJI KEPALA MUDA - DIPARUT
GULA MERAH - SECUKUP RASA MANIS (KALO TAK MANIS, WAJIK AKAN CEPAT BCENDAWAN)

CARA-CARA :
1- TANAK BERAS PULUT HINGGA MASAK DAN SEJUKKAN
2- MASAKKAN SANTAN SEHINGGA NAIK MINYAK
3- MASUKKAN GULA MELAKA. KACAU HINGGA SEBATI
4- KECILKAN API DAPUR SEKETIKA
5- MASUKKAN PULUT SEDIKIT-SEDIKIT DAN GAUL SEBATI
6- KEMUDIAN MASUKKAN KELAPA MUDA DAN JUGA GULA MERAH
7- BESARKAN SEMULA API DAPUR
8- KACAU HINGGA SEBATI DAN PEKAT
9- KEMUDIAN BULEH LA PADAMKAN API
10- SIAP SEDIA UNTUK DIMASUKKAN KE DALAM BEKAS

*SEDAP DIMAKAN JUGA SEMASA CAIR

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, December 20, 2011

Lidah Kenangan Pertama - Deena


Bahan-bahan Lidah Masak Merah :

  • Lidah (sudah direbus lembut)
  • 2 sudu besar Sos Cili
  • 3 sudu besar Sos Tomato
  • 4 ulas Bawang Merah (dimayang)
  • ½ inci Halia (dihiris halus)
  • 1 biji Cili merah (dihiris halus)
  • 1 biji Bawang besar (dimayang)
  • 1 sudu besar Serbuk Kari
  • 2 ulas Bawang Putih



Bahan-bahan Pulut Santan :

  • Beras Pulut
  • Santan
  • Air
  • Garam



Cara-cara Penyediaan Lidah Masak Merah :

  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau wangi.
  • Masukkan halia dan sos cili diikuti sos tomato dan gaul sehingga sos garing.
  • Selepas itu, masukkan ½ cawan air dan lidah dan biarkan mereneh.
  • Akhir seklai, masukkan bawang besar, cili merah dan juga serbuk kari. Gaul sehingga sebati dan biarkannya masak sehingga bawang besar menjadi lembut.
  • Ketepikan untuk hidangan.



Cara-cara Penyediaan Pulut Santan :

  • Tanak beras pulut dengan air.
  • Bila pulut sudah masak, gaulkan dengan santan dan garam.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Monday, December 19, 2011

Risotto Labu - Felix


Bahan-bahan :

  • ¼ batang Daun Saderi
  • ¼ batang Lobak Merah
  • ½ biji Bawang Merah
  • 1 sudu Serbuk Stok Ayam
  • 2 cawan Air
  • 4 sudu besar Labu (dipotong dadu kecil)
  • 4 sudu besar Puri Labu
  • 2 biji Bawang Merah (dipotong dadu paling halus)
  • 1 ulas Bawang Putih (dipotong dadu paling halus)
  • ¼ cawan Dada ayam (dipotong dadu kecil)
  • 1 biji Bunga Lawang
  • 1 tangkai Daun Thyme
  • ½ cawan Beras Pulut Putih
  • 1 sudu besar Krim Masak
  • 2 sudu besar Keju Parmesan



Cara-cara :

  • Untuk air stok risotto, campurkan daun saderi, lobak merah, bawang merah, serbuk stok ayam dan air. Renehkan selama 25 minit.
  • Dalam kuali kering, tanpa menggunakan minyak, ‘toast’ beras pulut selama 5 minit sambil mengacau tanpa membiarkannya menjadi hangus dan keluarkan ke dalam mangkuk.
  • Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bawang merah, bawang putih dan bunga lawang dengan api yang perlahan hingga harum dan lembut.
  • Masukkan dadu labu dan tumis hingga lembut. Tambahkan beras tadi, puree labu dan thyme.
  • Masukkan stok sedikit demi sedikit ke dalam kuali ini, pastikan stok disejat oleh beras pulut sebelum menambahkan lagi stok. Ulang proses ini sehingga nasi masak. Kalau rasa nasi sudah cukup masin, jangan tambah lagi stok tapi tetap guna air biasa.
  • *Nasi tidak boleh terlalu lembut, kalau tidak ia akan mula melekit kerana beras yang digunakan ini beras pulut.
  • Masukkan keju parmesan dan gaul hingga rata.
  • Gubah rasa dengan garam, gula dan lada hitam dan hidangkan dengan krim yang dituang di tengah pinggan yang mengandungi risotto labu.
  • Sedia dihidangkan.

Friday, November 11, 2011

Pulut Bertahta Kelapa dan Udang - Azizah & Zuraidah


Bahan-bahan :
  • Pulut - 1 cawan
  • Santan - 1 satu cawan
  • Air - ½ cawan
  • Kelapa Parut - 1 cawan
  • Bawang Besar - ¼ biji
  • Lada benggala merah - 1 biji
  • Jintan manis - 1 sudu besar
  • Paprika Serbuk - 1 sudu besar
  • Garam - 1 sudu besar
  • Serbuk lada putih - 2 sudu makan
  • Udang Harimau - 3 ekor
  • Minyak (untuk menumis)
  • Daun pisang
Cara-cara :
  • Tanak pulut dengan santan sehingga masak.
  • Apabila sejuk, pulut hendaklah dibungkus dengan daun pisang (seperti lepat) dan masak diatas grill pan.
  • Bawang, jintan manis dan paprika dikisar dan tumis dengan minyak.
  • Masukkan kelapa, udang harimau dan air dan digoreng sampai kering.
  • Cincang jintan manis (kasar sedikit) dan masuk dalam kelapa.
  • Tambahkam lada putih, garam dan sedikit gula.
  • Akhir sekali masukkan lada benggala merah yang dicincang dadu.
  • Bila pulut masak, potong ikut kesukaan masing-masing (dalam 1 inci) dan digolek dengan kelapa.
  • Hiaskan pulut ini dengan kelapa dan udang diatasnya.
  • Lapik bawah pulut dengan daun pisang.

Pulut Mangga Sitrus - Wee Giap & Jesse


Bahan-bahan :
  • Nasi Pulut - 1 cawan
  • Santan - 1 cawan
  • Pucuk pandan - 2 keping
  • Halia - 2 keping, 1 inci, 1 sudu macedoinne
  • Buah pelaga - 4 biji
  • Lemon - 1 biji
  • Mangga kuning - 2 biji
  • Gula - Cukup rasa
  • Garam - Cukup rasa
Cara-cara :
  • Masak Nasi pulut dengan pucuk pandan dan halia keping.
  • Campurkan puri mangga dengan 1 sudu jus limau dan 1 sudu halia macedoinne.
  • Panaskan santan dengan sedikit garam dan gula dan tambahkan empat biji buah pelaga yang telah ditekan.

Pulut 3 Serangkai ( Sos Santan Bermangga dan Karamel Nenas ) - Azizah & Zuraidah


Bahan-bahan Pulut 3 Serangkai :
  • Beras perang
  • Beras pulut
  • Beras piasa
  • Santan
  • Ais dan pandan
Bahan-bahan Karamel Nenas :
  • Nenas
  • Mentega
  • Gula perang
Bahan-bahan Sos Santan Bermangga :
  • Santan
  • Mangga (dada kecil)
  • Daun pandan
  • Garam
Cara-cara Membuat Pulut 3 Serangkai :
  • Campurkan 3 jenis beras.
  • Campurkan santan.
  • Kisar daun pandan dan tapis.
  • Masak / Tanak kesemua bahan.
Cara-cara Membuat Karamel Nenas :
  • Panaskan kuali bersama mentega.
  • Gaulkan nenas bersama gula perang.
  • Panggang nenas sehingga keperangan.
Cara-cara Membuat Sos Santan Bermangga :

Campurkan santan pekat, daun pandan, garam dan mangga dan reneh sebentar.

Pulut Bernanas dan Kayu Manis Di Atas Meringue - Amita & Siti Aishah


Bahan-bahan Untuk Meringue :
  • Telur Putih - 3 biji
  • Gula Pasir - ¾
  • Jus Lemon - ¼
Bahan-bahan Untuk Pulut :
  • Beras Pulut (dibasah) - 4 sudu
  • Santan
  • Air
  • Nenas (dipotong)
  • Kayu Manis
  • Gula Pasir - 2 sudu
Cara-cara Membuat Meringue :
  • Pukul telur putih bersama gula pasir dan jus lemon sehingga kembang dan gebu (meringue).
  • Letakkan meringue di atas pinggan tahan ketuhar dalam bentuk bulatan dan berlekuk ditengah dan masukkan didalam ketuhar pada kepanasan 170’ untuk 20 minit.
Cara-cara Membuat Pulut :
  • Masakkan pulut bersama santan dan air sehingga hampir masak.
  • Masukkan potongan nenas, kayu manis dan gula pasir, gaul dan hancurkan nenas bersama pulut. Didihkan sehingga masak, padam api dan ketepikan.
Cara-cara Memasak :
  • Keluarkan meringue yang sudah siap dibakar dan sejukkan sementara.
  • Tuangkan pulut bernenas yang sudah dimasak (keluarkan kayu manis) ditengah-tengah meringue dan bakar semula pada suhu yang sama untuk 5 minit.
  • Keluarkan dari ketuhar dan hiaskan bersama hirisan nenas di atas pulut.

Krim Caca Berhalia Bersama Pulut Mangga - Zamir & Zareer


Bahan-bahan :
  • Caca berwarna-warni
  • Santan pekat
  • Air
  • Hirisan halia
  • Gula
  • Garam
  • Daun pandan
  • Beras pulut
Cara-cara Membuat Pulut :

Tanak beras pulut diatas dapur selama 40 minit. Letak sedikit garam dan daun pandan.

Cara-cara Membuat Sos :
  • Sambil itu, masak santan pekat dengan sedikit air.
  • Masukkan terus caca ke dalam santan tersebut bersama hirisan Chiffone Halia (potongan berbentuk batang mancis) dan ikatan daun pandan.
  • Masukkan gula secukup rasa.
  • Apabila santan sudah pekat dan caca sudah empuk atau lembut, tutupkan api dan kacau sehingga sejuk.
Cara-cara Hidangan :
  • Potong mangga mengikut kesukaan.
  • Pulut yang sudah masak dibentukkan mengikut kesukaan, letakkan disebelah potongan mangga tadi.
  • Kemudian curahkan krim bersama caca tadi diatas pulut dan mangga tadi.
  • Gunakan ikatan daun pandan yang dimasak bersama krim caca tadi sebagai hiasan.

Crepes Gulung Berinti Pulut Bersantan Dan Mangga - Nik Michael & Kamaruzzaman


Bahan-bahan :
  • Tepung Gandum
  • Pulut
  • Santan
  • 1 biji mangga
  • 2 biji telur Ayam
  • Garam
  • Gula
Cara-cara Memasak Pulut :
Tanak pulut dengan santan sehingga masak, masukkan sedikit garam.

Cara-cara Memasak Crepes Gulung :
  • Telur dipukul kemudian dimasukkan tepung dan sedikit garam, seterusnya dibuat crepes gulung.
  • Sementara itu, mangga dipotong dadu.
  • Masukkan pulut, mangga dipotong dadu ke atas crepes, taburkan gula dan dituang sedikit santan. Gulungkan crepes yang telah di isi inti tadi.