Showing posts with label Sup. Show all posts
Showing posts with label Sup. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

Chicken Cream Soup


Bahan
1 paket puff pastry - ready  made
(Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan lembut pada suhu bilik)

Bahan Sup
200gm isi ayam di cincang
6 biji cendawan butang segar / dalam tin - di dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 labu bawang besar - di dadu
250ml air
150ml susu cair
1/2 kiub pati ayam 
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar minyak zaitun / mentega
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh lada putih / lada hitam

Sapuan
1 biji kuning telur
1/2 sudu besar susu sejat
parsley kering



 


Cara-cara :
1.  Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.  Masukkan tepung gandum, kacau hingga rata.  Masukkan air dan kiub pati ayam, kacau rata.
2.  Masukkan bahan-bahan yang lain dan masak hingga sup agak pekat.  Tuang ke dalam acuan remekin 3/4 penuh.  Ketepikan.
3.  Tabur tepung di atas papan canai, canai dan potong puff lebih besar dari saiz acuan.  Tutup acuan dengan pastry puff.  Simpan sebentar di dalam peti sejuk.
4.  Keluarkan dan sapu permukaannya dengan kuning telur dan tabur dengan parsley kering.
5.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 190C selama 20-25 minit.
6.  Enak di hidang panas.

*** kiub pati ayam biasanya masin, perasakan dengan sedikit garam sahaja.

Nasi Ayam Madu Ipoh Mali


Sebelum nak prepare Nasi Ayam kita kena prepare Sup Ayam dahulu. Nanti air sup akan kita gunakan untuk tanak nasi. Kalau setakat pakai kiub ayam ajer tak power laaa nanti nasi ayam kita. Biar yang Original baru Uummphh .... !!!

SUP AYAM
1/2 ekor ayam di potong dan dicuci bersih
air secukupnya
1/4 bawang besar atau 3 ulas bawang merah - di hiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inc halia - dititik
2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sup bunjut atau kalau tak de boleh guna rempah tumis 4 sekawan
2 sudu mentega
Sampingan ;- kentang, carrot, chicken ball

Cara penyediaan Sup Ayam :-
1- Panaskan mentega,
2- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
3- Masukkan halia dan air, biar hingga air didih.
4- Masukkan kiub ayam dan sup bunjut & sos tiram. Kacau rata
5- Kemudian masukkan ayam, kentang, carrot dan tambahkan garam secukup rasa.
6- Masak hingga ayam dan yang lain-lain empuk.
7- Bila dah masak, Keluarkan ayam dan ambil 2 1/2 cawan sup asingkan untuk menanak nasi.
8- Sup yg telah siap tadi bolehlah di taburkan daun sup daun bawang dan bawang goreng untuk di makan bersama nasi.

Ok ... dah siap sup ayam, kita prepare ayam nyer pula. Setelah ditoskan, perap ayam bersama bahan-bahan dibawah seketika. Nanti goreng dengan api sederhana dengan menggunakan minyak yang banyak. Ala-ala deep fried gitu ...

AYAM MADU
Ayam yg telah di rebus tadi.
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih

Cara penyediaan Ayam Madu :-
1- Gaulkan semua bahan dan lumurkan atau ratakan pada ayam tadi.
2- Perap sekejap. (sementara tunggu nasi dah siap masak baru goreng >> makan panas-panas sedapppp)
3- Kemudian goreng ayam ni dengan minyak yg banyak.

NASI AYAM IPOH MALI
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Cara penyediaan Nasi Ayam Ipoh Mali :-
1- Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
2- Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau.
3- Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
4- Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
5- Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
6- Tutup periuk nasi. Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.

SOS CILI MERAH
10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
sedikit air dari air rebusan ayam
sedikit sos cili dan sos tomato
garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan Cili Merah ;-
1- Masukkan semua bahan didalam blender
2- Kisar ala kadar, jangan halus sangat
3- Masak hingga mendidih dan pekat
4- Masukkan cili sos & tomato sos sedikit + garam dan gula secukup rasa
5- Kalau terbuat terlebih boleh simpan dalam peti ais buat cecah keropok atau cucur. Sedappp ....

SOS KICAP
2 ulas bawang putih - dihiris
kicap manis atau kicap masin secukupnya
sedikit sup ayam
garam atau gula. (jika kicap masin buh gula aje. kalau kicap manis boh garam sikit)
cili api di hiris - ikut kepedasan kalau suka pedas boh lah lebih2

Cara penyediaan Sos Kicap :-
1- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, pas tu masukkan kicap dan sedikit air sup masak hingga didih.
2- Pas tu masukkan cili dan garam atau gula.
3- Siap di nikmati bersama Nasi Ayam Madu tadi.

Bahan Hiasan
Daun salad
Tomato
Timun
Dah siap !! Selamat bersantapan .....

Tuesday, February 28, 2012

Sup Ba Mian


Bahan2nya
12 ekor Udang Segar. Buang hujung kepala & ekor nya.
1 keping 'Fillet' Ikan Tenggiri atau Ikan Merah. Di hiris tipis2 ditepikan
1 biji bawang besar sederhana, di hiris / dadu2 kecil
1 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1/2 inch halia - di hiris
150 gm kobis cina - dipotong kasar2
4 cawan stok ayam
Garam secukup rasa
1 sudu teh serbuk lada putih
1 kuib knorr ikan bilis (optional)
1 sudu besar bawang goreng - Khiasan
1 pucuk daun ketumbar - khiasan
1 sudu besar minyak unuk menumis

Sosnya.
Kicap cair dan cili api hiris

Cara2nya
Panaskan minyak di periok sederhana. Masukan bawang besar, bawang putih dan halia.Bila bawang mula lembut, masukan stok ayam dan 1 kuib knorr ikan bilis. Letakan garam secukup rasa. Biarkan ia mendidh. Letak hiris ikan, udang hidup. Biarkan selama 2 mins, angkat dan tepikan di mangkuk. Biarkan sup nya mendidih dan masuk daun kobis cina. Tutupkan api. Sajikan di mangkuk yang besar, letak udang dan hiris ikan, sup dan sayur kobis cina. Taburkan bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Makan dengan nasi putih dan cecahan cili api bersama kicap cair.


Tuesday, January 31, 2012

Bihun dan Sup Bebola Daging


Bahan2nya
1 paket Bee Hoon putih - di rendamkan supaya lembut
1 paket bebola daging
1 bawang besar Jepun - dipotong dadu
2 lobak merah - dipotong dadu
2 ubi kentang - dipotong dadu
2 tbspn - bawang merah goreng
1 sudu teh serbuk - jintan halus
1 sudu teh serbuk - ketumbar
1 sudu teh serbuk kunyit
3 cawan air
1 kub knorr - ikan billis
1 inch halia - dipotong tipis atau di titik saja
2 ulas bawang putih - dipotong hiris
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
Garan & gula secukup rasa
2 pucuk daun sup - dipotong kasar
1 pucuk daun bawang - diptong kasar
Minyak untuk menumis. (minyak Canola/Vegetable)

Sosnya
Sos Kicap manis
2 batang chili atau Chili api - dihiris atau dipotong dadu.
Perahan Jus Limau

Cara-nya
Panaskan minyak diperiok, masukan bahan2 yang disiapkan di atas, bawang besar,halia, bawang putih. Bila lembut masukan 3 cawan air stok atau 1 cub knorr dengan 3 cawan air. Masukan lobak merah & ubi Kentang yang dipotong dadu, masukan daging bebola an biarkan ia masak. Bebola daging akan timbul bila ia sudah masak. Masukan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Garam & gula secukup rasa. Rasa kuahnya mengikut cita rasa.

Bee Hoon puith harus dicelurkan kedalam air mendidih selama 1min. Tos dan sajikan dimangkok. Letakan beberap bebola daging dan sajikan kuah nya di sebuah mangkok lain. Taburkan bawang goreng kepada sup sebagai khiasan. Anda boleh membuat sos kicap manis dengan chili api dengan perahan jus limau sebagai cecahan daging. Hidangkan semasa panas

Monday, January 9, 2012

Sup Ayam Kelapa Muda Bersantan Dengan Daging Panggang Merah Ala Thai - Chef Zubir


Bahan-bahan Sup Ayam Kelapa Muda Bersantan :
  • Dada Ayam
  • 2 batang Serai (diketuk)
  • 1 inci Lengkuas (dihiris)
  • 1 inci Halia
  • 4 ulas Bawang Merah
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 5gm Herba Ketumbar
  • 2 helai Daun Limau Purut
  • 2gm Cili Padi
  • 100ml Air Kelapa Muda
  • 50ml Santan
  • 120gm Saderi
  • 40gm Cendawan ‘Straw’
  • 150ml Air Rebusan Ayam
  • 300gm Tepung
  • 1 sudu besar Pes Kari Hijau Thai
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada

Bahan-bahan Daging Panggang Merah Ala Thai :
  • 800gm Daging Batang Pinang
  • 2gm Daun Limau Purut
  • 2gm Daun Selasih Thai
  • 10gm Batang Ketumbar
  • 1 batang Serai
  • 30ml Santan
  • 30ml Susu Cair
  • 350gm Pes Kari Merah Thai
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada

Cara-cara Penyediaan Sup Ayam Kelapa Muda Bersantan :
  • Panaskan minyak dan tumiskan serai, lengkuas, halia, bawang merah dan putih, daun limau purut, herba ketumbar dan cili padi sehingga naik bau.
  • Selepas itu, masukkan pes kari hijau dan kacau sehingga sebati, diikuti air rebusan ayam dan kelapa muda. Biarkan masak sementara.
  • Kemudian, tuangkan santan dan masakkan di atas api yang sederhana bersama cendawan 'straw' dan saderi.
  • Gaul bahan-bahan sehingga rata, selepas itu masukkan dada ayam dan biarkan bersama sup sehingga ayam masak.
  • Apabila ayam sudah masak, alihkan ayam dan biarkan sejuk.
  • Sesudah itu, potong ayam kepada bentuk kiub dan sebahagian lagi diracik
  • Kemudian, masukkan kiub dada ayam tadi kedalam sup, manakala bagi ayam yang diracikkan tadi, gaulkan bersama tepung dan gorengkan sehingga ranggup.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Daging Panggang Merah Ala Thai :


  • Perapkan daging batang pinang dengab pes kari merah dan panggangkan sehingga menjadi setengah masak.

  • Kemudian, panaskan sebahagian pes kari merah dengan serai, daun limau purut, daun selasih thai dan ketumbar. Gaul sehingga rata dan masukkan pula susu cair dan sedikit santan.

  • Gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan masukkan daging batang pinang yang telah dipanggang tadi ke dalam sos pes kari merah dan biarkan masak untuk beberapa minit.

  • Sesudah itu, angkat dan hiris daging tersebut nipis-nipis.

  • Untuk hidangan, tuangkan sos tadi di atasnya.

  • Monday, January 2, 2012

    Ikan Tuna Masak Dua Cara - Chef Zubir


    Bahan-bahan Ikan Tuna Goreng :

    • 400gm Ikan Tuna
    • 150gm Ikan Kod (dikisar)
    • 200gm Daun Bayam
    • 200gm Cendawan Butang (dipotong dadu)
    • 1 biji Bawang Besar (dicincang)
    • 4 ulas Bawang Putih (dicincang)
    • 4 keping Rumpai Laut Kering
    • 500gm Serbuk Roti Jepun
    • 200gm Tepung
    • 2 biji Telur



    Bahan-bahan Salad :

    • 120gm Kentang
    • 80gm Terung
    • 5gm Daun Bawang (dihiris)
    • 1/2 sudu kecil Ebiko Merah
    • 1 sudu kecil Jus Lemon
    • 1 sudu besar ‘Mayonnaise’ Jepun
    • Secukup Rasa Garam
    • Secukup rasa Lada



    Bahan-bahan Sos 'Wasabi-mayo' :

    • 120gm ‘Mayonnaise’ Jepun
    • 5gm Serbuk ‘Wasabi’



    Bahan-bahan 'Vinaigrette' Jeruk Halia :

    • 1/2 biji Bawang Besar (dicincang)
    • 4 biji Tomato Ceri (dipotong kecil)
    • 4 batang Batang Daun Bawang
    • 40gm Jeruk Halia Jepun (dicincang)
    • 280ml Kicap Cair Jepun (Shoyu)
    • 100gm Gula
    • 1 sudu besar Jus Limau Nipis
    • 2gm Daun Bawang (dihiris)
    • Minyak



    Bahan-bahan Tataki :

    • 20gm Ikan Tuna
    • 5gm Daun Pasli (dicincang)
    • Secukup Rada Lada Hitam dan Lada Putih (biji)



    Bahan-bahan Sup Cendawan dan Mee 'Somen' :

    • 20gm Daun Bawang (dihiris)
    • 40gm Cendawan Enoki
    • 40gm Cendawan Shimeji
    • 40gm Cendawan Bunapi
    • 5gm ‘Dashi’
    • 2gm ‘Bonito Flakes’
    • 20gm Tofu Jepun (dipotong dadu)



    Cara-cara Penyediaan Ikan Tuna Goreng :

    • Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan cendawan.
    • Kemudian, letakkan rumpai laut kering dan sapukan campuran ikan kod dan bayam dan cendawan yang telah dikisar di atas rumpai laut kering.
    • Ratakan dengan menggunakan spatula dan letakkan ikan tuma di atasnya.
    • Selepas itu, balut sehingga menutupi keseluruhan ikan tuna.
    • Kemudian, sapukan dengan tepung, dan celupkan ke dalam telur serta serbuk roti dan gorengkan hingga menjadi kekuningan, tetapi ikan masih lagi separuh masak.



    Cara-cara Penyediaan Salad :

    • Sapukan terung yang telah dihiris dengan minyak dan bahan perasa. Kemudian, panggangkan sehingga msasak. Selepas itu, potongkan kebentuk dadu dan ketepikan.
    • Rebuskan kentang sehingga empuk, buangkan kulitnya dan potong kepada bentuk dadu.
    • Akhir sekali, campurkan kentang, terung,’ mayonnaise’ jepun, jus limau, daun bawang, ebiko merah dan bahan perasa.



    Cara-cara Penyediaan Sos 'Wasabi-mayo' :

    • Gaulkan ‘mayonnaise’ Jepun dengan serbuk wasabi dan bahan perasa.
    • Ketepikan untuk hidangan.



    Cara-cara Penyediaan 'Vinaigrette' Jeruk Halia :

    • Campurkan bawang besar, gula, kicap cair jepun dan batang daun bawang. Masakkan dengan api yang perlahan sehingga menjadi hampir pekat.
    • Kemudian, keluarkan batang bawang dan masukkan jeruk halia Jepun. Masakkan untuk beberapa minit dan sejukkan,
    • Masukkan minyak, jus limau nipis dan bawang besar, daun bawang serta tomato ceri. Gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati.



    Cara-cara Penyediaan Tataki :

    • Potong ikan tuna kepada bentuk yang dikehendaki dan gaulkan bersama lada dan daun pasli.
    • Panaskan kuali bersama sedikit minyak dan panggang ikan tuna sehingga menjadi suku masak.



    Cara-cara Penyediaan Sup Cendawan dan Mee 'Somen' :

    • Panaskan periuk bersama air, dan masukkan ‘dashi’ dan ‘bonito flakes’.
    • Masak dengan api yang sederhana dan masukkan cendawan enoki, cendawan shimeji, cendawan bunapi, rumpai laut dan tofu jepun.
    • Akhir sekali masukkan daun bawang ke dalam sup.

    Sunday, January 1, 2012

    Bento Sinaran Tuna - Brian


    Bahan-bahan Sup :

    • 3 sudu besar Pes Miso
    • 500ml Air
    • 3 keping Tamago (dihiris)
    • 4 keping Kulit Taucu Jepun (dihiris)
    • ½ keping Tofu Lembut (dipotong kiub)
    • ½ batang Lobak Putih (dipotong kiub)
    • 1 keping Rumpai Laut Kering (Nori) (dihiris)



    Bahan-bahan Mee Soba :

    • 80gm Mee Soba (direbus)
    • 2 batang Daun Bawang (dihiris)



    Bahan-bahan Tuna Sosuya :

    • Tuna
    • 1 sudu besar Pes Miso
    • 1 sudu kecil Gula
    • Secukup Rasa Garam
    • Secukup Rasa Lada Hitam



    Bahan-bahan Tuna 'Mayonnaise' & Wasabi :

    • 50gm Tuna (dihiris)
    • 'Mayonnaise' Jepun
    • Wasabi
    • Ebiko



    Cara-cara Penyediaan Sup :

    • Panaskan air di dalam periuk dan masukkan ke semua bahan.
    • Biarkannya masak dan tutupkan api.
    • Ketepikan untuk hidangan.



    Cara-cara Penyediaan Mee Soba :

    • Rebuskan Mee Soba sehingga lembut dan masukkan hirisan daun bawang.
    • Masukkan ke dalam peti sejuk.
    • Sesuai dihidangkan sejuk.



    Cara-cara Penyediaan Tuna Sosuya :

    • Perasakan ikan tuna bersama garam dan lada hitam.
    • Camourkan pes misdo dan gula untuk di jadikan sosuya.
    • Kemudian, panggangkan di atas pemanggang dan salutkan dengan sosuya dan biarkannya rehat.



    Cara-cara Penyediaan Tuna 'Mayonnaise' & Wasabi :

    • Lapiskan ikan tuna dengan 'mayonnaise' yang telah diperasakan dengan wasabi dan juga ebiko.

    Saturday, December 31, 2011

    Belut Lam Mee - Danial


    Bahan-bahan Belut :
    • 1 ekor Belut (dipotong 3cm)
    • 500ml Air
    • 6 inci Halia Muda (dipotong 2)
    • ‘Leek’ (dipotong kecil)
    • Tepung
    • Air Limau

    Bahan-bahan Sup Belut :
    • 4 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
    • 4 biji Bawang Merah Kecil (dihiris halus)
    • 3 inci Halia Muda
    • 100ml Air Rebusan Belut
    • 1 sudu kecil Serbuk 5 sekawan
    • 2 sudu besar Sos Tiram
    • 1 batang Lobak Merah Kecil (dipotong 2)
    • 1 batang Cili Merah (dihiris halus)
    • Secukup rasa Minyak Bijan
    • Secukup Rasa Lada Sulah
    • Secukup Rasa Garam

    Bahan-bahan Maggi :
    • 100gm Mee Maggi
    • 2 biji Bawang Putih (dipotong dadu)
    • 2 biji Bawang Merah Kecil (dipotong dadu)
    • 1 biji Tomato (dipotong dadu)
    • Secukup Rasa Garam

    Cara-cara Penyediaan Belut :
    • Didihkan air di dalam periuk dan masukkan batang ‘leek’, halia.
    • Sementara itu, potongkan belut sepanjang 3 cm dan basuh bersama tepung dan air limau sehingga hilang lender dan bau.
    • Lepas itu masukkan ia ke dalam periuk tadi dan rebus sehingga belut masak.
    • Selepas belut itu masak toskan belut itu dan simpan air rebusan itu untuk digunakan bagi penyediaan belut Lam Mee.

    Cara-cara Penyediaan Sup Belut :
    • Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang putih bersama halia dan bawang merah kecil.
    • Tumiskan sehingga naik bau kemudian masukkan air rebusan belut tadi diikuti dengan serbuk 5 sekawan dan sos tiram.
    • Kacau semua bahan-bahan itu kemudian masukkan sayur-sayuran seperti loabk merah dan cili merah.
    • Rebus ramuan-ramuan itu selama 5 minit kemudian masukkan belut.
    • Akhir sekali, masukkan 3 titik minyak bijan bersama garam dan lada sulah secukup rasa.

    Cara-cara Penyediaan Maggi :
    • Rebuskan mee maggi kemudian panaskan kuali dengan sedikit minyak.
    • Kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah kecil dan tomato.
    • Kemudian, tapiskan Mee Maggi kemudian masukkan ia kedalam bahan tumisan.
    • Kacau sehingga sebati kemudian masukkan garam secukup rasa.