Showing posts with label Salad. Show all posts
Showing posts with label Salad. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Salad Nusantara Dengan Kekapis - Ezani


Bahan-bahan Dressing Karamel :
  • 3 sudu besar Gula Melaka
  • 1 cawan Air
  • 1 biji Jus Limau Nipis
  • 1 sudu besar Asam Jawa
  • Bahan-bahan Tumisan:
  • 3 ulas Bawang Putih (ditumbuk kasar)
  • 3 batang Serai (dititik)
  • 4 tangkai Ketumbar (batang dan akar)
  • 2 inci Halia (ditumbuk kasar)
  • 2 inci Lengkuas (ditumbuk kasar)
  • 1 biji Cili Padi (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar Udang Kering

Bahan-bahan Salad :
  • Timun*
  • Jambu Batu*
  • Tomato*
  • Bawang Putih*
  • *(dibuang biji dan dipotong mengikut citarasa sendiri)
  • Daun Ketumbar
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada Sulah

Cara-cara Penyediaan Dressing Karamel :

  • Tumisankan bahan-bahan tumisan dengan minyak secukupnya sehingga naik bau.
  • Tambahkan asam jawa, gula melaka dan air, didihkan sehingga pekat sedikit.
  • Tapiskan dressing dan biarkan sejuk.
  • Asingkan sedikit dressing (sepertiga) yang sudah ditapis tadi dan masak sehingga menjadi karamel yang pekat.
  • Karamel boleh digunakan untuk menghias pinggan hidangan.
  • Tambahkan jus limau kepada dressing yang tidak dipekatkan.
  • Sedia untuk ditos bersama salad.

Cara-cara Penyediaan Salad :

  • Perisakan kekapis dengan garam dan lada sulah
  • Toskan

Susunan Hidangan :
  • Masakkan kekapis lebih kurang 30-40 saat sebelah.
  • Hidangkan salad, letakkan kekapis dan titiskan sos karamel sekeliling pinggan.

Ikan Kod Kukus Dibalut Dengan Salad Mangga Muda - Chef Kadir


Bahan-bahan Ikan Kod Stim :
  • 180gm Ikan Kod
  • ½ sudu teh Garam
  • ½ sudu teh Serbuk Lada Putih
  • 2 sudu teh Jus Lemon
  • 2 sudu besar Minyak Neuvida
  • 2 keping Kulit Beras

Bahan-bahan Salad Mangga Muda :
  • 1 biji (size sederhana) Mangga Muda (dipotong ‘Julianne’)
  • 1 sudu makan Bawang Kecil (dihiris)
  • 1 sudu makan Bunga Kantan
  • 1 sudu makan Daun Pudina
  • 1 sudu makan Daun Ketumbar
  • 2 sudu besar Gula
  • 1 sudu makan Cuka
  • 1 sudu teh Garam
  • ½ sudu teh Serbuk Lada Putih

Bahan-bahan Sos Betik dan Limau Kasturi :
  • 1 cawan Betik (tidak lebih masak)
  • ½ cawan Jus Limau Kasturi
  • 1tandan Daun Ketumbar
  • 1 sudu teh Lada Hitam (tumbuk)
  • 2 sudu besar Minyak Neuvida
  • ½ sudu teh Garam
  • 1 susu makan Gula

Bahan-bahan Krim Kentang 'Brule' :
  • 1 cawan 'Whipping' Krim
  • ½ cawan Kentang Lenyek
  • 2 biji Kuning Telur
  • ½ sudu besar Serbuk Kayu Manis
  • 1 sudu makan Keju 'Parmesan'
  • 1 sudu teh Gula Perang
  • 1 susu teh Garam

Bahan-bahan Ceri Tomato 'Glaze' :
  • 1 cawan Ceri Tomato
  • ½ sudu teh Gula
  • 1 sudu teh Cuka
  • 1 sudu teh Mentega
  • 1 sudu teh Garam
  • 1 tandan Herba 'Chervil' Segar (untuk hiasan)


Cara-cara Penyediaan Ikan Kod Stim :
  • Perapkan ikan kod bersama garam, serbuk lada putih dan jus lemon. Biarkan diperap selama 5 hingga 10 minit.
  • Panaskan kuali bersama minyak neuvida dan panggang ikan kod tadi. Pastikan ikan kod dipanggang secara keseluruhan. Keluarkan dan ketepikan.
  • Selepas itu, dengan menggunakan mangkuk, campurkan mangga, bawang kecil, bunga kantan, daun pudina, daun ketumbar, gula dan cuka. Gaul bahan-bahan tersebut sehingga rata dan sebati. Tambahkan garam dan lada secukup rasa.
  • Kemudian, rendamkan kulit breas didalam air suam sehingga menjadi lembut. Selepas itu, letakkan di atas meja dan letakkan salad manga dibahagian tengah pembalut tadi.
  • Susunkan pula ikan kod diatas mangga muda dan balut dengan pembalut.
  • Akhir sekali, stimkan selama 8 hingga 10 minit.

Cara-cara Penyediaan Sos Betik dan Limau Kasturi :
  • Dengan menggunakan pengisar, kisarkan kesemua bahan-bahan sehingga halus.
  • Panaskan kuali dan masukkan bahan kisaran tadi dan masak sehingga mendidih sedikit (first boiling) dan terus padamkan api.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Krim Kentang 'Brule' :
  • Panaskan 'whipping' krim dengan suhu sederhana dan masukkan kuning telur dan kentang lenyek.
  • Kacau sehingga kesemua bahan-bahan menjadi lembut dan tambahkan serbuk kayu manis dan garam.
  • Masukkan krim ke dalam acuan (ramekin) dan masak dengan menggunakan ketuhar sambil menggunakan teknik 'water bath' selama 15-20 minit.
  • Keluarkan dan hiaskan bersama keju 'parmesan' dan gula perang. Bakar dengan menggunakan pembakar (torch) sehingga menjadi perang.

Cara-cara Penyediaan Ceri Tomato 'Glaze' :
  • Celurkan ceri tomato didalam air panas dan kupaskan kulit tomato.
  • Panaskan periuk (sauté pan) dan cairkan mentega. Tambahkan gula dan cuka, gaul sehingga menjadi keperangan atau karamel.
  • Akhir sekali, masukkan ceri tomato dan tumis selama 1 minit dan keluarkan untuk hidangan.

Friday, January 6, 2012

Ayam Bersalut Kelapa Bersama Nasi Serai - Wahidan


Bahan-bahan Ayam :

  • 300gm Peha Ayam
  • 2 biji Limau Nipis
  • Secukup Rasa Lada Hitam
  • Secukup Rasa Gula
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Jus Limau
  • Secukup Rasa Serbuk Kari
  • Bahan-bahan Kisar:
  • 1 labu Bawang Besar Kuning
  • 3 labu Bawang Merah Kecil
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 batang Serai
  • 3 inci Halia
  • 2 inci Lengkuas
  • 3 helai Daun Limau Purut
  • 1 tangkai Daun Ketumbar


  • 5 biji Cili Padi
  • 5 biji Cili Hijau
  • 1 inci Kunyit
  • 2 inci Belacan



Bahan-bahan Nasi :

  • 150gm Beras
  • 1 batang Serai
  • Secukup Rasa Garam



Bahan-bahan Salad Mangga :

  • Secukup Rasa Jus Limau
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada Hitam
  • Dipotong Dadu:
  • 1 biji Buah Mangga
  • 1 labu Bawang Merah Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 batang Timun
  • 2 biji Tomato
  • Dimayang:
  • 5 helai Daun Pudina
  • 3 helai Daun Limau
  • 1 tangkai Daun Ketumbar
  • 2 biji Limau nipis



Cara-cara Penyediaan Ayam :

  • Asingkan tulang dengan isi ayam terlebih dahulu dan bersihkannya. Kemudian keringkan paha ayam dan perapkan dengan garam dan lada hitam, masukkan ke dalam peti sejuk selam 30 minit.
  • Letakkan isi kelapa parut di atas dulang untuk dibakar dalam ketuhar selama 10 minit.
  • Panaskan minyak untuk menumis bahan kisar hingga naik minyak dan menerbitkan aroma. Untuk perasa masukkan gula, garam, jus limau dan lada hitam.
  • Panaskan minyak untuk mengoreng paha ayam. Sebelum mengoreng paha ayam, terlebih dahulu salutkan paha ayam dengan telur dan tepung jagung yang bersama garam, gula dan serbuk kari.
  • Apabila minyak dah cukup panas gorengkan paha ayam tadi selama 8 minit hingga nampak kuning keemasan. Angkat dan letak di atas kertas tisu.
  • Kemudian salutkan paha ayam tadi dengan kelapa sangai.



Cara-cara Penyediaan Nasi :

  • Didihkan air bersama serai sehingga menaikkan aroma serai tadi.
  • Kemudian masukkan beras dan garam. Biarkan selama 15 minit sehingga air hampir kering, kecilkan api sehingga nasi cukup masak.



Cara-cara Penyediaan Salad Mangga :

  • Gaulkan kesemua bahan-bahan untuk perasa masukkan garam, lada hitam dan jus limau.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, January 5, 2012

Ayam Dua Cara - Zamir


Bahan-bahan Dada Ayam Salai :
  • 2 isi Dada Ayam
  • 1 biji Sabut Kelapa Tua
  • ½ biji Isi Kelapa (diparut)
  • 1 cawan Beras
  • 1 sudu teh Jintan Putih
  • 1 sudu teh Jintan Manis
  • 1 sudu teh Lada Hitam
  • Bahan-bahan Kisar:
  • 2 batang Cili
  • 2 biji Bawang Kecil
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 2 biji Jus Limau Nipis
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu besar Daun Ketumbar
  • 3 sudu besar Minyak Neuvida

Bahan-bahan Peha Ayam Panggang Berinti :
  • 2 buah Peha Ayam (dibuang tulang tengahnya)
  • 3 biji Snow Peas (dihiris)
  • ½ biji Bawang Holland (didadu halus)
  • 1 biji Cili Merah (dibuang biji dan dicincang halus)
  • 4 cawan Cendawan Jepun (dicincang halus)
  • Minyak Neuvida
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada

Bahan-bahan Kentang Rebus :
  • 1 biji Kentang (dipotong panjang)
  • 1 biji Lobak Merah
  • 1 biji Bawang Holland
  • 1 batang Rosemary
  • 2 Kepak Ayam
  • 1 liter Air

Bahan-bahan Salad Pedas :
  • ¼ batang Timun (dihiris nipis)
  • ¼ batang Lobak Merah (dihiris nipis)
  • ¼ biji Lada Benggala (dihiris nipis)
  • 1 sudu besar Sos Ikan
  • Bahan-bahan untuk ditumbuk:
  • 2 biji Cili Merah
  • 50gm Kacang Tanah (dimasak)
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 biji Bawang Kecil
  • 1 biji Jus Limau Nipis

Cara-cara Penyediaan Dada Ayam Salai :
  • Rendam sabut kelapa dan beras selama 5 minit dan lepas itu gabungkan bersama bahan menyalai yang lain.
  • Kemudian, masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kuali yang dilapis dengan 'aluminium foil' dan panaskan selama 10 minit atau sehingga keluar asap dengan api yang kecil.
  • Sambil itu, kisarkan semua bahan kisaran dan perap dada ayam tadi.
  • Jika sudah keluar asap, masukkan dada ayam dalam kuali tersebut dan masak selama 15-20 minit.
  • Selepas itu, 'pan-fry' sekejap di bahagian kulitnya supaya sedikit garing.

Cara-cara Penyediaan Peha Ayam Panggang Berinti
  • Mula dengan tumis snow peas, bawang holland, cili dan cendawan jepun selama 3-minit dan tapis supaay tidak lembab.
  • Sumbatkan tumisan tadi ke dalam peha ayam dan cucuk dengan lidi letak sedikit garam dan lada.
  • Masak seketika di atas kuali sehingga kulit sedikit perang dan kemudian masukkan ke dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 180C.

Cara-cara Penyediaan Kentang Rebus :
  • Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk dan reneh selama 30-45 minit pada api yang paling kecil.
  • Setelah masak keluarkan kentang untuk dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Salad Pedas :
  • Tumbuk semua bahan tumbukkan kekuali kacang tanah sehingga halus. Setelah itu, masukkan kacang tanah dan tumbuk kasar.
  • Masukkan bahan-bahan tadi bersama sayuran yang dihiris nipis ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati

Monday, January 2, 2012

Nasi Serai & Udang Kantan - Wahidan


Bahan-bahan Udang Kantan :

  • 500gm Udang (dibersihkan)
  • 3 helai Daun Limau Purut (dihiris)
  • 2 biji Limau Nipis
  • 3 sudu besar Kicap Ikan Bilis
  • Secukup Rasa Gula
  • 3 tangkai Cili Padi (dipotong)
  • 1 tangkai Cili Merah (dipotong)
  • 1 tangkai Daun Selasih
  • Bahan-bahan Kisar:
  • 1 labu Bawang Besar Holland
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • ½ inci Lengkuas
  • 1 batang Serai
  • 1 kuntum Bunga Kantan



Bahan-bahan Salad :

  • Bahan-bahan dipotong dadu:
  • 1 labu Bawang Holland
  • 2 labu Bawang Merah
  • 2 ulas Bawang Putih
  • ½ biji Jambu Batu
  • ½ biji Mangga
  • 1 biji Cili Padi
  • 2 biji Cili Merah
  • 2 biji Tomato
  • 1 biji Buah Limau Nipis
  • 1 helai Daun Limau Purut
  • 3 biji Timun
  • Bahan-bahan lain:
  • 3 sudu besar Kicap Ikan Bilis
  • Secukup Rasa Gula



Bahan-bahan Nasi Serai :

  • 300gm Beras
  • 3 helai Daun pandan
  • 1 batang Serai



Cara-cara Penyediaan Udang Kantan :

  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisaran dan masak sehingga naik bau wangi.
  • Kemudian, masukkan udang,cili padi, cili merah, kicap ikan bilis.
  • Gaul sehingga rata dan masukkan pula, daun limau purut, daun selasih, gula dan jus limau untuk perasa.
  • Masak selama 3 minit dan ketepikan untuk hidangan.



Cara-cara Penyediaan Salad :

  • Campurkan bahan-bahan salad yang telah dipotong dadu kedalam mangkuk besar.
  • Perahkan jus limau dan masukkan kicap ikan bilis dan gula secukup rasa.
  • Gaul sehingga rata dan ketepikan untuk hidangan.



Cara-cara Penyediaan Nasi Serai :

  • Didihkan air bersama daun pandan dan serai.
  • Kemudian, masukkan beras ke dalam periuk bersama air rebusan daun pandan dan serai tadi mengkut sukatan yang dikehendaki.
  • Masak beras tadi sehingga menjadi nasi putih.

Hidangan Si Pandan Ayam - Imelda


Bahan-bahan Pandan Ayam :

  • 1 keping Dada Ayam (dihiris 1 inci)
  • ½ cawan Santan
  • 3 sudu makan Air
  • Bahan-bahan Kisar:
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 5 biji Bawang Merah
  • 1 inci Lengkuas
  • 1 inci Halia
  • 1 biji Cili Padi
  • 1 batang Serai
  • Semua bahan dikisar halus



Bahan-bahan Sos Cili Manis :

  • 3 biji Cili Merah
  • 1 biji Cili Padi
  • 30ml Air
  • 1 biji Jus Limau Nipis
  • 3 sudu Gula
  • 1 ulas Bawang Putih
  • Secukup Rasa Garam



Bahan-bahan Salad Mangga :

  • ½ biji Mangga (dimayang halus)
  • ½ biji Jambu Batu (dimayang halus)
  • 10 helai Daun Selasih (dihiris nipis)
  • Secukup Rasa Gula
  • Secukup Rasa Nampla



Cara-cara Penyediaan Pandan Ayam

  • Kisarkan bahan kisar sehingga lumat dan perisakan bersama garam dan gula.
  • Kemudian, perapkan ayam dengan bahan yang dikisar tadi selama 15 minit.
  • Sesudah diperap, ikatkan dengan daun pandan kemas-kemas.
  • Kemudian masukkan ke dalam ketuhar selama 10 minit.
  • Selepas 10 minit, keluarkan dari ketuhar dan goreng sehingga garing dengan minyak yang sedikit.
  • Goreng hingga masak dan alihkan ke tepi untuk hidangan.



Cara-cara Penyediaan Sos Cili Manis :

  • Kisarkan cili merah, cili padi dan bawang putih sehingga halus.
  • Kemudian panaskan di atas kuali dan biarkan masak.
  • Tambahkan air dan gula dan masak sehingga pekat dan tambahkan limau.
  • Ubah rasa mengikut kesesuian.



Cara-cara Penyediaan Salad Mangga :

  • Campurkan, mangga dan jambu batu dengan daun selasih.
  • Gaul sehingga sebati dan masukkan, nampla, gula.
  • Gaul bahan-bahan sehingga rata.