Tuesday, December 20, 2011

Kupang Sri Santubong - Imelda


Bahan-bahan :

  • 20 ekor Kupang Hijau
  • 1 labu Bawang Putih (dicincang)
  • 1 batang Serai (dititik)
  • 3 sudu besar Sos Tiram
  • 500ml Air
  • Minyak (untuk menumis)
  • Garam
  • 20 biji Lada Hitam Sarawak (ditumbuk kasar)
  • 2 biji Limau Kasturi (dibelah dua)



Cara-cara :

  • Kupang direndam dengan limau kasturi dan sedikit air. Gaul sehingga sebati untuk menghilangkan bau hanyir.
  • Panaskan minyak hingga panas dan tumis bawang putih dan serai hingga kuning.
  • Kemudian masukkan kupang dan sos tiram yang sudah dicairkan. Gaul hingga sebati.
  • Masukkan lada hitam dan tambahkan air dan tutup kuali sehingga kupang betul-betul masak. Tambahkan perasa secukup rasa.
  • Sedia untuk dihidangkan dengan ulam.

No comments:

Post a Comment