Showing posts with label Pizza. Show all posts
Showing posts with label Pizza. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012


Master Pizza Dough

Bahan2:

  • 2 1/2 c tepung gandum
  • 7 g @ 2 sk yis
  • 1 sk garam
  • 1 c air suam
  • 2 sb minyak sayuran
  • 1 sk gula

Cara2:

  • Campurkan yis, air suam, gula dan sedikit tepung dalam bekas. Biarkan hingga berbuih.
  • Masukkan tepung dan gaul.
  • Masukkan garam, dan uli hingga licin dan tidak melekat pada tangan (tun guna mixer mata cangkuk).
  • Tutupkan bekas dgn kain lembab dan biarkan naik 2 kali ganda.
  • Keluarkan doh dan uli sebentar. Canai doh ikut ketebalan yg disukai dan letak atas loyang yg telah di sapu mentega.
  • Letak topping yg disukai. bakar 180 C, 20-30 min (ikut ketebalan).
ps: satu adunan dpt buat 1 pizza 14inch pizza pan, atau 2 12inch pizza pan (tun guna loyang bakar kuih je.. hihi)
Basic Pizza Topping/Filling

Bahan2:

  • 1 bj bawang besar- 1/2 dadu, 1/2 lg potong bulat2
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sb tomato puri
  • sedikit sos cili
  • 2 keping dada ayam- hiris
  • 4 bj sosej- nk lebihkn pun blh
  • 1/2 tin cendawan butang- hiris
  • 1 sb dried origano
  • capsicum - kali ni xde stok
  • garam
  • keju secukupnya- kali ni tun beli pizza mix cheese.

Cara2
  • tumis bawang dan bawang putih sampai wangi. masukkan dada ayam. masak sebentar.
  • masukkan sosej, button mushroom, tomato puri dan sos cili. masak sebentar.
  • masukkan origano dan garam. gaul sebati.
  • spread kan pizza filling atas pizza dough. taburkan capcisum dan bawang yg dipotong bulat2. tabukan keju dan blh la dibakar.

Tuesday, November 29, 2011

Pizza Delisha - Shahriah


Bahan-bahan :
  • Ubi Bit
  • 1/2 biji Buah Pic
  • 1 batang Sosej (belah 2 dan potong kepada 4 bahagian)
  • Roti Ciabatta
  • Roti Focaccia
  • 1 biji Bawang Kuning (dihiris)
  • 2 ulas Bawang Putih (didadu)
  • 2 biji Ubi Bit (dihiris)
  • Tomato (direbus dan dilenyek)
  • Garam
  • Lada Sulah
  • Keju Mozarella (diparut)
  • Daun Parsli (dihiris)
  • Lada Benggala (dipotong)

Cara-cara Penyediaan Pizza Delisha :
  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang kuning dan bawang putih.
  • Masukkan ubi bit dan kacau .
  • Sesuaikan rasa.
  • Angkat dan sapukan di atas roti yang telah direnjis dengan minyak.
  • Parutkan keju di atasnya dan bakar sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Sos Pic dan Beetroot Bersama Bawang Putih Panggang :
  • Buah pic dipotong dadu, tambahkan gula dan masak sehingga gula pekat.
  • Campurkan pes ubi bit dan buah pic dan kisarkan bersama bawang putih.
  • Hidangkan bersama Pizza Delisha.

Gula-gula Ciabatta dan Pizza Focaccia Sosej Cendawan - Kamaruzzaman


Bahan-bahan Gula-gula Ciabatta :
  • Roti Ciabatta (dipotong dadu besar)
  • Ubi Bit Merah (dikisar halus)
  • Gula
  • Lada Benggala (dipotong dadu kecil)
  • Buah Pic (dipotong dadu)

Bahan-bahan Pizza Focaccia Sosej Cendawan :
  • Roti Focaccia
  • Sosej Cheese (dipotong nipis)
  • Bawang Merah Kecil (dipotong dadu kecil)
  • Bawang Putih (dipotong dadu kecil)
  • Capsicum Merah (dipotong dadu kecil)
  • Capsicum Kuning (dipotong dadu kecil)
  • Cendawan Butang (diricik)
  • Sos Cili Maggi
  • Garam
  • Cheese Parmesan (diparut kasar)

Cara-cara Penyediaan Gula-gula Ciabatta :
  • Masukkan roti ciabatta yang telah dipotong dadu ke dalam ketuhar dan panaskam ia sehingga menjadi sedikit keras.
  • Panaskan air dan masukkan gula bersama ubi bit merah yang telah dikisar.
  • Gaul rata sehingga gula cair, masukkan roti ciabatta yang telah dibakar tadi.
  • Gaul lagi sehingga rata dan selepas itu boleh dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Pizza Focaccia Sosej Cendawan :
  • Tumiskan bawang merah kecil, bawang putih sehingga naik bau, masukkan sos cili, selepas itu masukkan capsicum merah dan kuning. Tumiskan sehingga masak. Kemudian sapukan tumiskan atas roti Focaccia.
  • Taburkan cheese parmesan pada sapuan tumis dengan rata, letakkan hirisan sosej mengikut cara sendiri dan susunkan hirisan cendawan dan taburkan capsicum merah dan kuning.
  • Selepas siap baker pizza, selama 10 min, boleh dihidangkan.