Tuesday, December 20, 2011

Dengan Penuh Kasih Sayang Dari Belgium - Brian


Bahan-bahan Hidangan A :

  • 1-2 biji Bawang (dicincang)
  • ½ batang Daun Saderi (dicincang)
  • 1 batang Lobak (dicincang)
  • ½ batang Fennel (dicincang)
  • 1 liter Stok Ikan
  • 200ml Krim
  • Daun Persley
  • Kupang Hijau
  • Krim



Bahan-bahan Hidangan B :

  • 1 biji Ubi Kentang (dipotong)
  • 1 biji Keledek (dipotong)
  • Jejari Kentang



Bahan-bahan Hidangan C :

  • 2 biji Telur
  • Minyak Neuvida
  • Cuka
  • Daun Selasih



Cara-cara Penyediaan Hidangan A :

  • Tumiskan bawang sehingga keperangan. Kemudian, masukkan daun saderi, lobak dan fennel dan tumis sehingga sayur layu.
  • Masukkan kupang dan salutkan dengan campuran sayur.
  • Campurkan stok ikan dan tutupkan periuk untuk biarkan kupang dikukus dalam rebusannya.
  • Setelah kupang masak campurkan krim dan parsley serta garam dan lada secukupnya



Cara-cara Penyediaan Hidangan B :

  • Rebuskan ubi kentang dan keledek sehingga empuk.
  • Kemudian gorengkan dalam minyak secukupnya sehingga garing.
  • Taburkan garam secukup rasa.



Cara-cara Penyediaan Hidangan C :

  • Kisarkan bahan-bahan sehingga mendapat mayonis yang diingini.
  • Ubah rasa mengikut citarasa.

No comments:

Post a Comment