Tuesday, December 20, 2011

Salad Lidah Lembu - Felix


Bahan-bahan Carpaccio Lidah Lembu :

  • 150gm Lidah lembu (direbus)
  • Secukup rasa Garam
  • Serbuk Kari



Bahan-bahan Hollandaise Berempah :

  • 3 biji Buah Pelaga
  • 1 biji Bunga Lawang
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 3 biji Bunga Cengkih
  • ½ cawan Cuka
  • 2 biji Telur Kuning
  • 1 cawan Mentega (cair)



Bahan-bahan Kentang dan Ubi Goreng :

  • 1 biji Kentang (dihiris nipis)
  • 1 biji Ubi keledek (dipotong nipis)
  • Minyak



Cara-cara Penyediaan Carpaccio Lidah Lembu :

  • Perasakan lidah lembu dengan garam dan salutkan dengan serbuk kari.
  • Panaskan kuali, dan panggangkan lidah lembu dengan api yang panas menjadikan serbuk kari keperangan dan mengeluarkan bau yangs sedap.
  • Ketepikan untuk hidangan.



Cara-cara Penyediaan Hollandaise Berempah :

  • Renehkan cuka dengan buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih selama 5 minit. Ketepikan untuk sementara supaya rempah sebati dengan cuka.
  • Kemudian, masakkan cuka tersebut bersama kuning telur dan mentega untuk membuat sos hollandaise.



Cara-cara Penyediaan Kentang dan Ubi Goreng :

  • Panaskan kuali bersama minyak dan gorengkan kentang dan ubi sehingga ranggup.



Susunan Hidangan :

  • Hiriskan lidah lembu dan susunkan di atas pinggan hidangan.
  • Tuangkan sos Hollandaise di atas carpaccio.
  • Kemudian, susun kentang dan ubi goreng di atas carpaccio.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment