Tuesday, December 13, 2011

Nasi Kari, Ayam Tairu Kau Mawarku Bersama Cutney Tomato - Shahriah


Bahan-bahan Ayam Tairu :
  • Santan (campur jadikan tairu)
  • Limau Nipis (campur jadikan tairu)
  • Dada Ayam
  • Halia (ditumbuk lumat)
  • Bawang Putih (ditumbuk lumat)
  • Serbuk Cili Kering
  • Lada Hitam dan Lada Sulah
  • Garam dan Gula
  • Air Mawar

Bahan-bahan Nasi Kari :
  • Beras
  • Bawang Kuning
  • Halia (dihiris)
  • Bawang Putih (dihiris)
  • Air Mawar
  • Kayu Manis (ditumis)
  • Bunga Lawang (ditumis)
  • Biji Pelaga (ditumis)
  • Air
  • Minyak
  • Garam
  • Serbuk Kari

Bahan-bahan Cutney Tomato :
  • Halia (dipotong dadu)
  • Bawang Kuning (dipotong dadu)
  • Bawang Putih (dipotong dadu)
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Zucchini (dipotong dadu)
  • Gula
  • Jus Limau Nipis
  • Cili Kecil (dipotong kecil)


Cara-cara Penyediaan Ayam Tairu :
  • Campurkan kesemua bahan dan perap.
  • Panaskan kuali dan panggang ayam kekeringan.
  • Masukkan ayam di dalam oven panggang sehingga masak dan keperangan.
  • Angkat dan hidangkan.

Cara-cara Penyediaan Nasi Kari :
  • Tumiskan bahan hiris dan rempah tumis.
  • Masukkan air dan didihkan.
  • Masukkan beras dan masukkan air mawar.
  • Tanak sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Cutney Tomato :
  • Tumiskan bahan yang dipotong dadu.
  • Masukkan tomato dan zucchini.
  • Perahkan limau nipis.
  • Gula dan sedikit garam.
  • Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment