Tuesday, December 20, 2011

Labu Udang Kari Sumbat - Danial


Bahan-bahan Labu :
1 biji labu


Bahan-bahan Udang Kari :

  • 6 ekor Udang Sederhana Besar
  • 11gm Serbuk Kari
  • 1 biji Bawang Kuning
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 2 biji Telur
  • Garam dan Lada Sulah
  • Mentega



Bahan-bahan Kulit Tepung :

  • 100gm Tepung
  • 1 biji Telur
  • 6 sudu besar Minyak
  • Garam



Cara-cara Penyediaan Labu :

  • Buangkan kulit labu kemudian potong kuib dari rebus hingga lembut.
  • Labu yang telah direbus tadi itu ditapiskan airnya dan lenyekkan labu itu.
  • Masukkan lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa.



Cara-cara Penyediaan Udang Kari :

  • Selepas itu, udang dibuang kulit dan potong kecil. Bawang kuning dan bawang putih dipotong dadu kecil
  • Tumiskan bawang kuning dan bawang putih yang dipotong dadu itu dengan sedikit minyak.
  • Kemudian masukkan udang dan sedikit serbuk kari. Kacau sehingga semua udang nampak agak kemerahan.
  • Selepas itu masukkan sedikit garam, lada sulah secukup rasa dan ketepikan.



Cara-cara Penyediaan Kulit Tepung :

  • Gaulkan tepung bersama telur, minyak dan sedikit garam.
  • Ulikan semua adunan tepung itu sehingga menjadi doh.
  • Kalau tidak cukup kental dan lembut tambahkan lagi sedikit minyak.
  • Biarkan doh buat seketika.



Cara-cara Penyediaan Labu Udang Kari Bersumbat :

  • Campurkan udang itu dengan labu itu dan gaul hingga sebati.
  • Doh yang direhatkan tadi, dibuatkan bebola dan canaikan sehingga nipis. Selepas itu masukkan inti labu dan udang kari itu.
  • Lekatkan keliling doh itu dan gorengkan.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment