Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Puding Cendol


Bahan-bahannya:
30 gram strip agar-agar
800 ml air - untuk memasak agar-agar
200 ml air - untuk memasak gula pasir dan gula merah
500 gram cendol – boleh dibeli di pasar raya
150 gram gula pasir
150 gram gula merah
300 ml santan pekat
300 ml susu cair
2 biji kuning telur saiz sederhana
1 helai daun pandan disimpul
Sedikit garam

Cara-caranya:
1. Masukkan agar-agar dan 800ml air di dalam periuk. Masak sehingga agar-agar larut.
2. Dalam periuk yang lain masukkan gula pasir, gula merah, daun pandan, dan 200 ml air. Masak sehingga gula larut, kemudian tapiskan.
3. Satukan santan pekat, susu cair, kuning telur dan sedikit garam di dalam blender. Blend sehingga campuran sebati.
4. Setelah agar-agar larut, masukkan larutan gula tadi (2) dan kacau rata. Kemudian baru dimasukkan campuran (3) yang telah diblend tadi dan kacau sehingga mendidih.
5. Akhir sekali masukkan cendol, kacau sedikit dan biarkan ia mendidih sekali lagi. Tutup api dan angkat. *Tuangkan ke dalam acuan yang bersesuaian.
6. Ketepikan seketika di luar sehingga suam. Kemudian baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.



Tips:
*Disyorkan menggunakan acuan seperti bekas tupperware supaya puding mudah dikeluarkan daripada acuan apabila telah sejuk.

Saturday, March 10, 2012

Puding Roti Keju


bahan2:

8 keping roti
1 tin susu cair
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar mentega
3-4 keping keju- cincang
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar choc chip

utk sos:

200 gm coklat masakan- potong kecil2
1/4 cawan susu cair
1 sudu mentega

cara:

koyak2 roti kecil2
masukkan dlm bekas
masukkan 3/4 tin susu dalam roti
biar mengembang 1/2 jam

campurkan mentega, dan gula dan baki susu cair 1/4 tin...
blend sampai sebati
masukkan ke dalam adunan roti td
campur tepung jagung + coklat chip + keju
gaul rata

alas loyang ngan kertas minyak
masukkan adunan
bakar selama 30-40 minit
30 mnt pertama api bwh
10 mnt lg api atas bwh

utk sos coklat:

campur semua bahan
didihkan secara double boiled sampai coklat larut

-tunggu sejuk sblm potong! baru dpt potongan yg cantik dan x sememeh-

Thursday, February 23, 2012

Puding Cendol


Bahan-Bahan
Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir- letak 1 cawan gula
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam

Bagi Lapisan Atas
500ml air- saya letak 600ml
200gm gula merah- letak 150gm
300ml santan pekat- letak santan kotak 200ml + 100ml air
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam

Cara-cara
1. Bagi Lapisan Bawah
2. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
3. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
4. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
5. Bagi Lapisan Atas
6. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
7. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
8. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.


Tuesday, February 21, 2012

Puding Karamel Tanpa Telur


Bahan-bahan
ini utk gula hangusnya :-
1 cawan gula
sedikit air


Pudingnya plak :-
4 cawan air
1 packet  serbuk agar-agar (7gm)  / 4 sudu kfc (rata) serbuk agar-agar
1 cawan gula **** jika suka manis boleh tambahkan sikit lagi
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara


  • Masak gula dengan api yang perlahan. Kacau sentiasa.Setelah gula cair dan keperangan masukkan sedikit air. Selepas masukkan air, kacau segera supaya gula tak berketul. Tuang dalam loyang. Ketepikan .... ***** (HATI-HATI semasa masukkan sedikit air selepas gula keperangan kerana wap panas akan terpercik)
  • Didihkan 4 cawan air bersama serbuk agar-agar , gula dan esen vanilla. Masak hingga benar-benar mendidih.
  • Dalam mangkuk yang lain, tuang susu cair dan tepung kastard. Kacau hingga larut. (Nina guna jug, lagi mudah)
  • Setelah air mendidih, kecilkan api. Masukkan susu cair + tepung kastard yang telah dikacau sebati.
  • Kacau hingga likat dan pekat dalam 5-7 minit.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang . (di atas gula hangus tadi)
  • Sejukkan dalam peti ais
  • Sedia dihidangkan. ....... ngap ngap ngapppp !!! sedappppp

Tuesday, February 14, 2012

Puding Roti Marble


Bahan-bahan:
*4 keping roti
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170 ml susu cair
* 8 gm serbuk agar-agar
* 1/2 cawan gula
* 2 sudu besar butter (cairkan)
* 31/2 cawan air
* 2 sudu besar serbuk koko
  atau choklat emulco

Cara membuatnya :
Didihkan 3 cawan air, agar dab gula dalam periuk.
Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air, 1/2 cawan.
Masukkan ke dalam periuk agar-agar yang sudah didih.

Masukkan butter dan kacau rata sampai mendidih.
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu warna koko. Kacau cepat-cepat.
Tuang ke dalam loyang berselang-seli. 2 sudu warna asal kemudian 2 warna adunan koko. Marblekannya hingga habis.

Roti Coklat Puding Panas


Bahan :
600ml susu cair choklat ( susu segar )
200gm choklat masak hitam
150gm roti tawar, dikisar halus
50gm gula pasir
1/2 sudu teh garam

Bahan topping :
1 sudu makan aising tepung untuk taburan

Cara membuatnya :
1. Panaskan susu. Matikan api.
    Masukkan potongan choklat. Kacau sehingga larut.
2. Campuran bahan kisar roti tawar, gula pasir dan garam.
    Kacau rata.
3. Tuang campuran susu sedikit demi sedikit sambil dikacau
    rata.
4. Tuang ke dalam mangkuk tahan panaskecil yang telah
    disapu marjerin.
5. Bakar selama 25 minit dengan suhu ketuhar 180 Celcius
    sehingga masak.
6. Hidangkan panas dengan taburan gula aising.

Tuesday, January 31, 2012

Peach Trifle Pudding


Bahan bahannya

1 batang swiss roll mocha ( atau apa apa perisa pun boleh )
1 tin buah peach
Serbuk agar agar ( sy guna brand swallow warna hijau )

Bahan utk kastard

1 tin susu cair
1 mangkuk kecil ( size tafufa ) air
1 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastard

Caranya

Kek dipotong dan disusun kedalam bekas
Basahkan kek dengan sedikit air buah
Campurkan 4 sudu tepung kastard kedalam air
Masak susu cair dan gula.
Biarkan ianya reneh sebentar
Masukkan kastard tadi dan masak hingga pekat
Matikan api dan tuang diatas kek
Biarkan ia sejuk sebentar
Kemudian susun buah peach yg telah dipotong
diatas kastard tadi
Masak agar agar mengikut arahan yg tertera dipacket tersebut
Apabila masak tuang keatas kek tersebut
Biarkan ia sejuk sebentar kemudian masukkan ke dalam peti ice
Enak dimakan sejuk

** Jika anda tidak suka buah peach, anda boleh tukar ke buah lain
Saya guna agar agar jenama swallow kerana ianya cepat mengeras

Puding Pisang


Bahan2
6 biji pisang
gula 5 sudu besar (agak2 manis)
tepung kastard 3 sudu besar
2 cawan santan
1 cawan air
garam 1 sudu kecil (secukup rasa)

cara2
masak gula dgn air sampai gula cair
masukan pisang kacau lebih kurang 5minit masukan garam
tepung & santan kacau sebati & tapiskan kedalam periuk pisang
kacau hingga pekat dgn api perlahan......bila dah pekat boleh masukan dlm loyang....sejukan dlm peti sejuk...sedap dimakan semasa sejuk

Puding Roti dengan Sos Berkrim Lemak Manis


Bahan2nya
1 bantal roti - disiat2 kechil
1 paket santan kotak - 250ml - 300ml
8 sudu gula pasir
1 sudu teh Essence of Vanilla
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk buah pala (Nutmeg)
4 biji telur
2 sudu besar mentega (salted)
3 sudu besar buah Kismis &
8 keping buah apricot kering - dihiris
1 sudu besar icing sugar - (Unuk ditaburkan diatas roti)

Cara2nya
Letakan roti yang sudah dikoyak kechil kedalam basin, rendamkan dengan santan, gaulkan bersama gula pasir. Kemudian tuangkan telur yang sudah dipukul, bersama gula, serbuk buah pala, kayu manis sedikit & mentega, kismis, apricot yang dihiris2 & Essence of Vanilla. Gaulkan semua didalam basin. Kemudian angkat dan letakan di dalam mangkuk kukusan casorul. Ambil satu lagi dulang pembakar letakan air. Acuan Roti diletakan di atas dulang tersebut. Kemudian panaskan oven kesuhu 180C. Letakan dulang tadi didalam.Set kan masa selama 20mins atau bila roti berwarna keemasan di atas. Letakan icing sugar diatas puding roti, kemudian disajikan bersama sos krim lemak manis.

Bahan untuk Sos-nya
1 Tin susu Cair Carnation
3 sudu besar gula
1 1/2 mentega
2 sudu besar tepung gandum

Cara2nya.
Cairkan mentega di periok kecil, tuangkan susu cair dan masukan gula. Gaulkan supaya sebati. Letak 2 sudu besar tepung biasa kedalam sos kacaukan sehingga ia pekat sedikit.

Puding Roti Karamel


Bhn2
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara2
Cara membuat gula hangus ,
masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas).
Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.



Panaskan pengukus.
Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla.
Blend sekejap agar sebati.
Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.
Sy kukus lebih kurang 30 mins
 

Saturday, January 28, 2012

Mango Panna Cotta


Ingredient:
7 grm gelatin (1 packet) + 3 tbsp of water
2 ½ cups full cream milk
1/4 cup sugar
1 tsp vanilla
1 ripe mango – cut into small cubes or puree

1. Mix the gelatin and water together and set it aside to bloom.
2. Put the milk and sugar in a saucepan, cook over low medium heat until bubbles form around the edges of the saucepan.
3. Remove from heat and add in the vanilla and stir in the gelatin. Stir until the gelatin dissolved.
4. Pour the mixture into six ramekins or cups. At this stage you can add in some cut mango and refrigerate until set or you can serve it with some mango puree.

*resepi x dapat byk sgt.dpt 4 cawan jer,so sesapa yg nk buat dalam kuantiti banyak boleh gandakan ok.

Puding Gula Hangus


bhn2 :
-6 biji telur
-1 tin susu cair
-1/2 cawan gula
-2 sudu tepung kastard
- 1 tin air masak (sukatan tin susu)
-sdikit esen vanila

cara2 :
- satukan susu cair dengan telur-kacau perlahan
-masukkn gula-kacau hingga gula hancur
-masukkn tepung kastard + air + sdikit esen vanila
-u gula hangus, cairkan 1/2 cwn gula d dlm loyang (kalu suke mnis lebihkn gula)
-bila gula dh cair, msukkn bhn2 y tlh siap d sediakn di dlm loyang tersebut
-kukus selama 20-40 min

Friday, December 16, 2011

Puding Koktel


bahan2:
1 cwn tepung kastard
5 cwn air
3 sudu gula
*campur semua bhn dan kacau selalu atas api perlahan hingga pekat n berkilat...sampai didih blup2 gitu...heheh

1 tin susu cair
1/2 tin air
2 sudu besar gula
*campur semua bhn atas api perlahan...kacau selau sampai didih...

buah2an dln tin...

cara:
tuang kastard dlm acuan...dh beku kuarkan n tuang susu...pastu campo fruit koktel n airnye sekai...air buah tu agak2 manis la ye kuahnye tu...simpan dlm esbok nk mkn kuarkan...kena plak taim panas2...pehhh sejuk je tekak...

Tuesday, December 13, 2011

Trio Dimensi Dessert - Chef Nazeri Ismail


Bahan-bahan Parfait Lemon :
  • 500gm Susu
  • 500gm 'Whipping' Krim
  • 240gm Kuning Telur
  • 70gm Sirap Glukosa
  • 280gm Gula
  • 2 biji Lemon (parutan dan jus)

Bahan-bahan Krim Mangga 'Seville' :
  • 4 biji Telur
  • 240gm Gula
  • 200gm Puri Mangga
  • 350gm Mentega
  • 20gm Serbuk Kastard
  • 60ml Susu Segar
  • 150ml Krim Segar

Bahan-bahan Lemon Dacquoise :
  • 135gm Telur
  • 80gm Serbuk Badam
  • 80gm Gula Aising
  • 60gm Tepung Kek
  • 20gm Lemon (diparut)
  • 30gm Perasa Lemon
  • 110gm Putih Telur
  • 30gm Gula
  • 30gm Mentega Cair

Bahan-bahan Raspberry Mousse :
  • 300gm Raspberry Puri
  • 20gm Gelatin
  • 100gm Gula Aising
  • 500gm Susu
  • 6 biji Kuning Telur
  • 30gm Gelatin (direndam didalam air ais)
  • 150gm Gula
  • 500gm 'Whipping' Krim
  • 120gm Raspberry Segar

Bahan-bahan Italian Bombalini :
  • 25gm Yis Serbuk
  • 50-70ml Air Sejuk
  • 500gm Tepung
  • 4 biji Telur
  • 60gm Gula
  • 7gm Garam
  • 120-150gm Mentega
  • 200gm Serbuk Roti

Bahan-bahan Coklat 'Brownie' :
  • 250gm Mentega Cair
  • 140gm Coklat Hitam (cair)
  • 200gm Kuning Telur
  • 300gm Gula Kaster
  • 120gm Tepung Kek
  • 100gm ‘Walnut’ (dikisar)

Bahan-bahan Snap Halia :
  • 337.5gm Mentega
  • 600gm Gula Perang
  • 300gm Tepung
  • 15gm Serbuk Halia
  • 15gm Serbuk Kulit Kayu Manis
  • 400gm Glukosa (dicairkan)

Bahan-bahan Coklat 'Ganache' :
  • 500gm 'Whipping' Krim
  • 600gm Coklat ‘Couverture’

Cara-cara Penyediaan Parfait Lemon :
  • Panaskan susu, glukosa dan lemon. Pastikan suhunya berada ditahap suam sahaja.
  • Kemudian, pukul gula dan kuning telur sehingga kembang dan masukkan ia ke dalam campuran susu suam.
  • Biarkan adunan tersebut sejuk dan kemudian, campurkan 'whipping' krim. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  • Simpan ia didalam peti sejuk selama 30 minit ianya siap untuk di hidang.
  • Untuk hidangan, ‘scop’ kan parfait lemon dengan menggunakan sudu mengikut kretiviti.

Cara-cara Penyediaan Krim Mangga 'Seville' :
  • Panaskan puri mangga dengan api yang perlahan.
  • Dalam bekas yang berasingan campurkan susu segar, gula, serbuk kastard dan telur. Pastikan campuran susu tersebut dicmpur dengan sempurna.
  • Apabila puri manga panas, masukkan bahan-bahan tersebut dan dikacau bersama puri mangga.
  • Pindahkan campuran tadi ke dalam bekas yang berasingan dan dimasak dengan mengunakan proses ‘stem bath’ dan dikacau sehingga pekat.
  • Selepas itu, masukkan pula mentega lembut dan gaul bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  • Apabila selesai proses tadi, masukkan campuran krim kedalam bekas atau acuan yang disediakan. Bentukkan ia menjadikan bentuk yang diingini.

Cara-cara Penyediaan Lemon Dacquoise :
  • Campurkan telur, serbuk badam dan gula aising. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukan tepung kek, lemon yang telah diparut, perasa lemon dan mentega cair.
  • Selepas itu, pukul telur putih dan gula sehingga kembang dan campurkan kedalam bahan kek tadi dan dikacau dengan perlahan.
  • Tuangkan bahan-bahan tersebut diatas dulang ‘pembakar kedalam’, dan bakarkan ia didalam oven dengan suhu 160C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Raspberry Mousse :
  • Panaskan susu dan gelatin, dan biarkan sehingga panas untuk beberapa minit.
  • Selepas itu, pukul kuning telur dan gula sehingga kembang (sabayon) dan campurkan kedalam susu dan gelatin yang telah disuamkan tadi. Biarkan adunan tersebut sejuk.
  • Masak raspberry puri bersama gula aising dan gelatin sehingga sebati yang disejukan, kemudian campur kedalam campuran susu.
  • Akhir sekali tambahkan ‘whipping’ krim dan kemudian gunakan teknik 'folding' secara perlahan-lahan. Bentukkan ia mengikut citarasa yang diingini.

Cara-cara Penyediaan Italian Bombalini :
  • Masukkan tepung di dalam mangkuk besar. Kemudian, campurkan yis serbuk dengan air sejuk dan kacau hinggga sebati dan masukan kedalam bahan-bahan bersama adunan tepung.
  • Selepas itu, masukkan telur, satu per satu, dan gaul bahan-bahan tersebut dengan campuran gula dan garam.
  • Adun adunan sehingga menjadi doh ,dan bahagikan atau potong doh tersebut seberat 10 gm. Kemudian, biarkan ia selama 25minit dengan ditutup dengan mengunakan lapisan plastik supaya doh tadi kembang. Ia juga bertujuan untuk mengelak dari lapisan doh kering dipermukaan.
  • Selepas itu, panaskan kuali bersama minyak masak untuk mengoreng doh yang telah kembang tadi dengan disaluti serbuk biskut dan telur.
  • Kemudian, debukan bersama gula halus dan sedia untuk dihidang.

Cara-cara Penyediaan Coklat 'Brownie' :
  • Putarkan kuning telur dan gula sehingga kembang.
  • Dengan menggunakan bekas yang berlainan, cairkan mentega dan coklat dan kacau bahan-bahan tersebut hingga sebati.
  • Masukan tepung ke dalam adunan kuning telur secara ‘folding’ perlahan -lahan dan kemudian, tambahkan juga coklat cair dan mentega,dengan mengunakan teknik yang sama secara perlahan-lahan dengan mengunakan tangan sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan kacang 'walnut' ke dalam bahan-bahan tersebut dan masukkan ia ke dalam bekas acuan.
  • Bakarkan ia bersama suhu 180?c selama 35minit.
  • Selepas siap, biarkan ia sejuk dan potong ia kebentuk yang diingini dan sedia untuk dihidang.

Cara-cara Penyediaan Snap Halia :
  • Campurkan semua bahan-bahan tersebut di dalam pengadun doh.
  • Selepas bahan-bahan tersebut telah diadunkan dengan sebati, keluarkan ia dari mangkuk.
  • Kemudian, rehatkan di dalam peti sejuk selama 20minit. Bakar doh pada suhu 180C selama 15minit.
  • Potong kepada bentuk yang diingini.

Cara-cara Penyediaan Coklat 'Ganache' :
  • Panaskan krim di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan tuangkan ke dalam bekas coklat ‘converture’, dan dikacau perlahan-lahan sehingga campuran itu sekata.
  • Biarkan ianya sejuk dan boleh dibentuk pada bentuk yang diingini.

Tuesday, December 6, 2011

Puding Roti Karamel Lapis Coklat


Bahan-bahan :

3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur - dipukul perlahan dan ditapis
2 cawan air suam
1 atau 3/4 cawan susu pekat manis (saya gunakan 1/4 susu pekat manis + 3/4 susu cair, untuk rasa kurang manis)
sedikit esen vanilla
1 sdt tepung jagung
* sedikit penambahan bahan:
1 sdt coklat emulco
1 sdt cappucino emulco (terpulang nak letak atau tidak)
1 sdt pewarna kuning

Cara-cara :

- Masak gula hangus seperti biasa, dan tuangkan dalam loyang. Ketepikan.
- Panaskan kukusan.
- Sementara itu, kisarkan roti bersama air suam dan susu.
- Selepas itu, masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla.
- Masukkan tepung jagung, dan kacau sehingga sebati.
- Bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, campurkan sedikit pewarna kuning, dan bahagian kedua dicampurkan dengan coklat emulco dan cappucino emulco.
- Masukkan adunan bahagian pertama dalam loyang gula hangus tadi, dan kukus selama 15 minit.
- Selepas itu, buka penutup kukusan, dan tuang dengan perlahan adunan coklat pula. Sila tuang dengan penuh kasih sayang. Tambahkan masa kukusan 15 minit lagi atau sehingga ia masak.

Caramel Lapis Coklat


Bahan-bahan :

6 sudu gula dihanguskan dan bila dah hangus masukkan 10 sudu besar air......


Bahan-bahan A :

5 biji telur
1 tin susu cair,
1/2 sudu kecil vanilla
3 sudu gula

Bahan-bahan B :

6 biji telur
1 tin susu cair
1/2 sudu vanilla
4 sudu gula
3 sudu besar serbuk coklat(elok dicairkan dulu dgn 3 susu besar air panas)

Cara-cara :

Bila dah kembang tuang ke gula hangus tadi berselang seli dgn adunan coklat...
TP PASTIKAN ADUNAN PUTIH TU DAH MASAK BARULAH DITUANG ADUNAN COKLAT YA...SELAMAT MENCUBA..

Friday, December 2, 2011

Creme Brulee - Kumpulan Biru


Bahan-bahan :
  • 1liter Krim Putar
  • 10 biji Telur Kuning
  • 1 sudu besar Esen Vanila

Cara-cara :
  • Masakkan krim putar bersama esen vanilla sehingga mendidih dan ketepikan.
  • Menggunakan teknik ‘Whisk’, pukul telur kuning dan gula sehingga sebati.
  • Semasa masih memukul (whisk) telur, tuangkan sedikit demi sedikit krim yang dimasak tadi.
  • Masukkan adunan kedalam bekas acuan dan masukkan kedalam ketuhar dan masak pada suhu 150°c selama 30 minit.
  • Setelah masak, biarkan ia sejuk pada suhu bilik, selama 10 minit.
  • Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 2 jam.
  • Setelah itu, keluarkan dan taburkan gula dengan rata di atasnya dan gunakan penunu bagas (blowtorch) untuk membakarnya menjadi gula hangus.
  • Sedia untuk dihidangkan.



Kumpulan Biru: Amita (Ketua Kumpulan), Shahriah, Imelda, Brian, Wahidan, Danial, Felix, Azlina.

Karamel Krim - Kumpulan Merah


Bahan-bahan Karamel :
  • 350gm Gula
  • 4 sudu besar Air

Bahan-bahan Krim :
  • 600ml Susu Segar
  • 1.5liter Krim
  • 16 biji Telur
  • 160gm Gula Kastor
  • Esen Vanila

Cara-cara Penyediaan Karamel :
  • Masukkan gula dan air ke dalam kuali dan biarkan sehingga cair dan warna keperangan.
  • Kemudian masukkan karamel tersebut ke dalam bekas acuan.

Cara-cara Penyediaan Krim :
  • Panaskan susu segar dengan krim dan telur. Masak seketika.
  • Kemudian masukkan adunan tersebut kedalam bekas acuan yang telah diletak karamel tadi.
  • Masukkan air ke dalam periuk/kuali biarkan mendidih.
  • Kemudian masukkan bekas acuan yang mengandungi krim dan karamel tadi kedalam kuali/periuk yang berisi air tadi.
  • Biarkan krim karamel masak selama 35 minit dalam suhu 180°c.
  • Apabila sudah karamel krim sudah masak, keluarkan dari bekas acuan dan hidangkan di atas pinggan.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Kumpulan Merah: Zahin(Ketua Kumpulan), Zamir, Zuraidah, Saiful, Kamaruzzaman, Ezani, Deena, Ary Malik

Puding Roti Cinta - Shahriah


Bahan-bahan Puding Roti Cinta :
    Bahan-bahan A (dipukul sehingga gula hancur):
  • Telur
  • Susu
  • Gula
  • Garam
  • Vanila
  • Bahan-bahan B:
  • Roti Perancis
  • Susu
  • Bahan-bahan Lain:
  • Strawberi
  • Pisang
  • Mentega (dipotong dadu)

Bahan-bahan 'Raspberry Compote' :
  • “Raspberry” Segar
  • Gula
  • Lemon

Bahan-bahan Sos Coklat :
  • Telur Kuning
  • Serbuk Koko
  • Susu Segar/Krim
  • Gula

Cara-cara Penyediaan Puding Roti Cinta :
  • Rendamkan roti perancis di dalam susu sehingga ia kembang.
  • Setelah itu, campurkan bahan A bersama strawberi dan pisang dan gaul sehingga sebati.
  • Sapukan acuan loyang bersama sedikit minyak dan kemudian, masukkan adunan tadi dan taburkan mentega diatas adunan.
  • Akhir sekali, bakar adunan tadi dengan suhu 150 darjah Celsius selama 25-30 minit atau sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan 'Raspberry Compote' :
  • Panaskan kuali dan masukkan “raspberry” dan gula dan masakkan ia sehingga gula larut dan “raspberry” lembut.
  • Perahkan sedikit jus lemon dan sesuaikan rasa mengikut citarasa.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Sos Coklat :
  • Dengan menggunakan kaedah “double boiling”, campurkan serbuk koko bersama sedikit susu sehingga ia menjadi pes.
  • Kacau telur kuning dan campurkan bersama adunan koko tadi.
  • Pada masa yang sama, gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga pekat.

Susunan Hidangan :
  • Susun pudding roti di atas pinggan hidangan.
  • Hidangkan bersama “raspberry compote” dan coklat sos.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Ceriang Manis - Imelda


Bahan-bahan Puding Nasi :
  • Beras
  • Susu
  • Krim
  • Parutan Lemon
  • Gula
  • Garam

Bahan-bahan Beri Kompote (Berry Compote) :
  • Berries
  • Gula
  • Lemon

Bahan-bahn 'Fruits Bruchetta' :
  • Pisang
  • Raspberi
  • Blueberi
  • “French Toast”
  • Mentega
  • Krim Cheese

Cara-cara Penyediaan Puding Nasi :
  • Beras direndam dengan air, dan rebus dengan susu dan masukkan sedikit parutan lemon, gula dan masak sehingga didih.
  • Masukkan krim bila pudding hendak mula mendidih.
  • Pastikan rasanya sebati dengan memasukkan sedikit garam secukup rasa.

Cara-cara Penyediaan Beri Kompote (Berry Compote) :
  • Renehkan beri bersama lemon sehingga masak.
  • Ketepikan untuk dihidang.

Cara-cara Penyediaan 'Fruits Bruchetta' :
  • Bakar “French Toast” dengan mentega sehingga kuning.
  • Panaskan kuali dan masukkan mentega dan pisang. Masak sehingga keperangan dan menjadi karamel.
  • Selepas itu, susun beri dan pisang bersama keju.

Susunan Hidangan :
  • Hidangkan pudding nasi bersama beri “compote” dan buah “bruchetta”.
  • Sedia untuk dihidangkan.