- 1 biji Oren
- 1 ¼ cawan Gula
- 225gm Krim Keju (yang lembut)
- 1 cawan Labu (puri)
- 6 biji Telur
- 1 tin Susu Sejat
- ½ cawan Krim Putar
- ¼ cawan Estrak Oren
- 1 sudu teh Estrak Vanilla
- 1 sudu teh Serbuk Kayu Manis
- Secubit Serbuk Buah Keras
Cara-cara :
- Panaskan ketuhar (Microwave Convection Oven trigger) dengan suhu 150C. Pada masa yang sama, masukkan air ke dalam ‘saucepan’ dan panaskan sehingga mendidih.
- Sementara itu, dengan menggunakan pengupas buah, kupaskan kulit buah oren sebanyak 6 jalur dengan ukuran 3 inci setiap 1 jalur.
- Dengan menggunakan pisau, buangkan empulur putih dari kulit buah oren yang telah dijalurkan tadi.
- Dengan menggunakan ‘saucepan’, panaskan kulit oren yang telah dikupaskan tadi bersama ¾ cawan gula dan ¼ cawan air panas yang dididihkan dengan api yang sederhana. Tutupkan periuk dan biarkan selama 5 minit.
- Kemudian, buka penutup periuk dan masak selama 1-2 minit atau sehingga campuran gula tadi menjadi warna keperangan atau karamel.
- Masukkan karamel panas tadi ke dalam acuan logam (metal loaf pan). Dengan menggunakan garfu, keluarkan jalur kulit oren. Ketepikan acuan.
- Dengan menggunakan mangkuk yang besar , pukul krim keju dengan menggunakan pemutar dengan kelajuan sederhana bersama ½ cawan gula selama 2 minit.
- Dari masa ke semasa, guna spatula getah untuk membersihkan tepi mangkuk dari krim keju supaya kesemua krim keju dapat diputar secara keseluruhan.
- Selepas itu, masukkan labu dan telur satu per satu. Kurangkan kadar kelajuan dan campurkan susu sejat, krim, estrak oren, vanilla, serbuk kayu manis dan serbuk buah keras, bersama secubit garam. Putar sehingga kesemua bahan-bahan sebati.
- Campurkan campuran labu yang di putar tadi ke dalam karamel. Ratakan ia dengan menggunakan spatula getah. Letakkan acuan logam (metal loaf pan) ke dalam Loyang membakar (baking pan) dan letakkan di dalam ketuhar (microwave convection oven trigger). Dengan berhati-hati, tuangkan air panas ke dalam Loyang membakar (baking pan) sebanyak ¾ daripada acuan logam (metal loaf pan).
- Masakkan selama 1 jam 10–15 minit atau sehingga masak. Kemudian keluarkan acuan logam (metal loaf pan) dari Loyang membakar (baking pan) untuk sejukkan selama 1 jam. Tutup dan sejukkan krim karamel sekurang-kurangnya 8 jam atau semalaman.
- Untuk mengeluarkan dari acuan, lalukan spatula logam yang kecil atau pisau di sekeliling acuan. Telangkupkan acuan di atas pinggan yang digunakan untuk menghidang selama beberapa minit supaya sirap karamel keluar daripada acuan.
- Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment