Showing posts with label Masakan Sotong. Show all posts
Showing posts with label Masakan Sotong. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Rendang Sotong


BAHAH-BAHANNYA :
1 kg sotong saiz besar (guna sotong memang saiz besar 2 ekor = 1kg)
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
2 camca besar gula melaka
100 ml pati santan (blehguna santan kotak)
2 camca besar penuh rempah kari
2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 batang serai, hiris halus
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :
-Rebus sotong 30 minit dalam periuk tekanan, letak sedikit garam.
-Kemudian tos dan keluarkan sotong, potong kecil (cara merebus boleh lihat di sini..tapi untuk resipi ini rebus guna air dan garam sahaja.)
-Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
-Masuk rempah kari dan tumis hingga terbit minyak.
-Masuk pati santan, gula melaka, asam gelugor, kerisik dan daun limau purut. Kacau rata masak hingga pekat dengan api kecil.
-Masukkan sotong, gaul rata, tambah garam secukup rasa.
-Masak hingga kering sedikit.
-Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api.
-Hidangkan bersama nasi, ketupat atau pulut...

Tuesday, February 28, 2012

Sotong Masak Hitam Berempah Ala-ala Mamak


Bahan-bahan
500g Sotong sederhana size - tak potong punn sebab Nina punya mostly semua ada telur.. Hehehe...
2 biji bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawang putih - diketuk jerr
2 inch halia - dihiris halus
rempah 4 sekawan
minyak untuk menumis
garam dan gula
bawang potong semi bulat untuk hiasan
bahan tambahan lain Nina letak kentang dan carrot sebagai sampingan

bahan pes (dicampur dengan sedikit air)
2 sudu besar serbuk kari ikan/udang
2 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk perencah sup
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam

bahan sos
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap lemak manis
1/2 cawan air (untuk bagi kentang dan carrot empuk)

Cara-caranya
1- Sotong dibersihkan lalu ditos dan diketepikan
2- Panaskan kuali dan minyak untuk menumis. Minyak biar lebih sedikit sebab nanti nak tumis bahan pes.
3- Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga berbau wangi dan keemasan
4- Setelah itu, masukkan bahan pes. Kacau hingga garing dan pecah minyak.
5- Kemudian masukkan bahan sos bersama rempah 4 sekawan. Kacau rata hingga mendidih.
6- Masukkan kentang dan carrot. Masak hingga empuk.
7- Selepas empuk, masukkan sotong. Biar seketika tapi jangan terlalu lama. (nanti lebih masak sotong akan rasa keras dan tak sedap)
8- Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9- Masukkan bawang yang dipotong semi bulat untuk hiasan
10- Tutup api
11- Sedia dihidangkan.

Thursday, February 23, 2012

Sotong Celup Tepung Beras Berempah


BAHAN:
300g sotong dipotong bulat
2 ulas bawang merah dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 cams serbuk cili
1 cams serbuk kunyit
1 cams serbuk jintan manis
1 cawan tepung beras
Garam & serbuk perisa

CARA:
Satukan sotong dgn bawang kisar, serbuk cili, serbuk kunyit, jintan manis, sedikit garam & serbuk perisa. Gaul rata. Masukkan pula tepung beras & gaul sehingga tepung menyaluti sotong. Goreng dlm minyak panas hingga kekuningan. Sesuai dimakan dgn nasi atau dicicah dgn sos cili.

Sotong Goreng Kari


Sotong Goreng Kari
Bahan-bahan
300g sotong sederhana besar - potong bulat2
2 biji bawang besar - hiris halus
3 ulas bawang putih - diketuk
2 inch halia - hiris halus
2 batang serai - diketuk
beberapa cili padi - ikut citarasa (nk ltk buleh tak ltk pun buleh)
4 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk kari ikan
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
sayuran - cth letak sayur kacang buncis, bunga kobis, carrot, cendawan tiram
1 biji bawang besar - potong semi bulat - untuk hiasan




Cara-caranya


  • Sotong dibersihkan lalu ditoskan
  • Gaulkan sebati sotong bersama serbuk kari ikan, garam dan sedikit serbuk kunyit. Diperap sekitar 15minit.
  • Panaskan kuali, masukkan minyak secukupnya
  • Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga keperang-perangan
  • Masukkan sos tiram, kacau rata
  • Lalu masukkan sotong bersama kesemua sayuran. Kacau rata hingga masak.
  • Masukkan garam secukup rasa. Kalau tak letak pun boleh sebab dah ada garam kat sotong semasa perap tadi dan dah ada rasa kat sos tiram tadi juga.
  • Akhir sekali, masukkan bawang besar sebagai hiasan.
  • Sedia dihidangkan dan dimakan :))

Tuesday, January 31, 2012

Sotong Goreng Mentega


Bahan2nya
4 ekor sotong segar(Siz besar)- dibersih dan dipotong hiris2.(rings kechil)
2 cawan tepung jangung(Corn Starch)
1 sudu teh garam
2 sudu besar Gula pasir
1/2 sudu teh serbuk paprika
1/2 sudu teh kunyit
1 sudu besar mentega
Minyak untuk mengoreng

Cara2nya
Sotong hiris harus kering dan tak berair/basah. Letak 2 cawan tepung di mangkok yang besar, letakan serbuk paprika,serbuk kunyit, garam & gula. Gaulkan supaya sebati. Masukan sotong dalam mangkok dan gaulkan dengan tepung dan mentega. Panaskan minyak di kauli untuk mengoreng. Letakan sotong bertepung kedalam kauli. Goreng dalam 8-10hiris keping sotong dahulu, jangan tuangkan semua sotong sekali gus. Biarkan ia garing di kuali baru angkat

Kerabu Sotong + Mangga Muda


BAHAN-BAHAN
1 biji mangga (di sagat halus2)
5 ekor sotong saiz kecil (di potong & di rebus)
3 ulas bwg merah (di hiris)
3 helai daun limau purut (di hiris)
4 btg serai (di hiris)
3 sudu gula
air perahan limau nipis (di ambil dari 2 biji limau nipis)
garam secukup rasa
sedikit kacang tanah (di tumbuk)
1 sudu teh sos ikan

CARA-CARA
1. Gula + Garam + Air perahan limau nipis di kacau hingga gula hancur.

2. campur semua bahan dan rasa ikut citarasa masing2.

selamat mencuba

Saturday, January 28, 2012

Makaroni Seafood


bahan2 :
1) makaroni - direbus sehingga lembut
2) isi ketam+sotong
3) lada kisar
4) cili hijau (4@5btg) - tumbuk
5) sayur kobis+sawi
6) telur - 2biji
7) sos tiram
8) sos chili
9) garam
10) bawang putih - tumbuk
11) bawang besar - tumbuk

cara2 :
1) panas kn minyak,tumis kn lada kisar,cili hijau yg ditumbuk,isi ketam,sotong...stlh hmpir garing masuk kn telur,sedikit garam...
2) masukkan makaroni,sayur,sos cili,sos tiram
3) siap dihidang

Sotong Goreng Tepung



bahan2 :
1) sotong
2) telur
3) serbuk lada sulah
4) minyak masak
5) tepung beras
6) sedikit garam

cara2 nya :
1) bersihkan sotong & potong
2) telur+serbuk lada sulah+garam (kacau mcm nk buat telur dadar)
3) panaskn minyak dgn api sedang
4) sotong td dimasukkan kedalam bancuhan telur & gaul rata
5) tepung beras (bekas berasingan) kemudian ambik sotong yg tlh digaul sebati dgn telur,gaul dlm tepung & goreng sehingga nmpk kekuningan :)
6) siap utk dihidang

selamat mencuba :)

Sotong Bakar Bersambal


BAHAN-BAHAN :
cili kering 100 grm
4-6 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
*Di blandkan semuanya

air asam jawa
sedikit gula
sedikit garam

CARA-CARA :
- panaskan minyak,masukkan bahan bland
- masak sehingga naik minyak
- kemudian masukkan,air asam jawa,gula,garam sesedap rasa
- masakkan sambal sehingga pekat
- semasa membakar sotong boleh diletakan sambal
- semasa hendak di makan perahkan sedikit jus limau kasturi di atas sotong dan sambalnya..

Thursday, January 5, 2012

Peri-peri Sotong dan Sayuran Turn - Amita


Bahan-bahan Sotong dan Sayuran :
  • Di‘Turn’kan:
  • Zulkini Kuning
  • Zulkini Hijau
  • Lobak Merah
  • Kentang
  • Perapan Sotong:
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Mentega
  • 2 ekor Sotong (dikelar)
  • 1 biji Bawang Putih (dicincang)
  • 2 sudu besar Serbuk Cili
  • ¼ biji Jus Lemon

Bahan-bahan Sos :
  • 250ml Krim
  • 2 sudu besar Mentega
  • 1 sudu besar Tepung
  • 2 sudu besar Chives (dihiris)
  • Secukup Rasa Garam

Cara-cara Penyediaan Sotong dan Sayuran :
  • Celurkan semua sayuran sehingga masak. Kentang dan lobak merah perlu dicelur lebih lama.
  • Panaskan mentega dan goreng sayuran sehingga keemasan. Taburkan dan gaulkan sedikit garam.
  • Panaskan kuali grill dan letakkan sedikit minyak. Masak sotong sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Panaskan mentega dan goreng tepung seketika.
  • Masukkan krim dan kacau sehingga sebati.
  • Kemudian, masukkan chives dan garam.

Monday, January 2, 2012

Sotong Sumbat Dalam Renehan Santan Thai - Ezani


Bahan-bahan Sotong Sumbat :

  • 1 ekor Sotong Besar (dibersihkan, dibuang kulit luar, kepak dan kepala)
  • 4 ekor Udang Besar (dibuang kulit dan parut)
  • ½ ulas Bawang Putih
  • ½ batang Cili Merah
  • 1 biji Kulit Limau Nipis (diparut)
  • 2 sudu besar Sos Ikan (Nampla)
  • 1 sudu besar Gula Melaka (diparut halus)
  • 1 biji Jus limau Nipis



Bahan-bahan Renehan Santan Thai :

  • ½ cawan Santan Kotak
  • 1 cawan Air
  • 4cm Lengkuas (dihiris kasar)
  • 4cm Halia (dihiris kasar)
  • 3 batang Serai (dititk)
  • 8 helai Daun Llimau Purut
  • 4 sudu besar Sos Ikan
  • 2 sudu besar Gula Melaka
  • 2 biji Jus Limau Nipis
  • 1 tangkai Cili Padi Hijau



Cara-cara Penyediaan Sotong Sumbat :

  • Kisarkan udang, bawang putih, kulit limau nipis dan cili merah.
  • Tambahkan sos ikan, gula melaka dan jus limau.
  • Sumbatkan kisaran udang ke dalam sotong dan tutupkan hujung sotong dengan lidi.



Cara-cara Penyediaan Renehan Santan Thai :

  • Campurkan semua bahan renehan santan di dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.
  • Apabila sudah mendidih, perlahankan api dan biarkan mereneh selama 15 minit.
  • Selepas itu, masukkan sotong sumbat dan masak selama 15 minit.
  • Selepas 15 minit, keluarkan sotong dan potong kepada beberapa hirisan setebal 1cm.

Tomyum Seafood - Ary Malik


Bahan-bahan :

  • 1 bungkus kecil Perisa Tomyum Maggi
  • 1 Sudu Kecil Pes Tomyum Maggi
  • 5 ekor Udang (dibersihkan)
  • Sotong sederhana saiz (dibersihkan dan dipotong hirisan)
  • 1 biji Tomato (dipotong ‘wedges’)
  • 4 batang Jagung Muda (dihiris menyerong)
  • 2 helai Daun Limau Purut (dikoyakkan)
  • 7 helai Daun Selasih
  • 2 keping Asam Keping
  • ¼ cawan Santan
  • 2½ cawan Air
  • 1 sudu besar Nampla
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Gula
  • Bahan-bahan Tumisan:
  • 2 inci Lengkuas (ditumbuk kasar)


  • 2 batang Serai (dititik)
  • ½ inci Halia (ditumbuk kasar)
  • 3 batang Cili padi (tumbuk kasar)
  • Bahan-bahan Kisar:
  • 10 batang Cili Kering (dibuang biji dan dicelur dalam air panas)
  • ½ biji Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 sudu kecil Udang Kering/Belacan
  • *campur 1 cawan air



Cara-cara :

  • Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan tumisan. Gaulkan sehingga naik bau wangi.
  • Kemudian masukkan pula bahan kisar dan biarkan sehingga wangi dan masak.
  • Selepas itu, masukkan asam keping, perisa serbuk dan pes tomyum Maggi untuk seketika hingga sebati. Setelah itu, tambahkan air dan biar mereneh.
  • Masukkan pila daun limau purut dan daun selasih sehingga sebati ke dalam kuah. Apabila telah sebati, keluarkan semula serai, lengkuas, daun, limau purut dan selasih dari periuk.
  • Sesudak itu, masukkan sayuran, udang dan sotong berserta dengan santan dan biar masak.
  • Tambahkan perisa nampla dan perasakan dengan gula. Boleh ditambah sedikit garam secukup rasa.
  • Jikalau kuah menjadi terlalu pekat, tambahkan ½ atau 1 cawan air (mengikut citarasa) dan biarkan seketika

Wednesday, December 7, 2011

Udang Bakar Berempah & Sotong Bakar - Kumpulan Merah


Bahan-bahan Udang Bakar Berempah :
  • 3 biji Bawang Merah
  • 3 biji Bawang Besar
  • 8 ulas Bawang Putih
  • Serbuk Cili
  • Gula
  • Garam
  • Lada Hitam
  • Sos Tiram

Bahan-bahan Sotong Bakar :
  • Sos Cili
  • Sos Tomato
  • Lada Hitam
  • Garam
  • Gula

Cara-cara Penyediaan Udang Bakar Berempah :
  • Kupas semua bawang.
  • Kisarkan bawang merah, bawang besar dan bawang putih bersama serbuk cili, gula, garam dan lada hitam.
  • Keluarkan bahan kisar dan gaulkan bersama udang.
  • Kemudian masukkan sos tiram dan gaul sehingga sebati.
  • Akhir sekali bakar dan sedia untuk dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Sotong Bakar :
  • Campurkan sos cili, sos tomato, lada hitam di atas sotong.
  • Selepas itu, masukkan gula, garam secukup rasa.
  • Rehatkan selama 15 minit dan bakar.


Kumpulan Merah: Danial(Ketua), Amita, Deena, Wahidan, Shahriah, Zuraidah, Zamir

Udang dan Sotong Panggang Bersama Sos CIli Masam Manis - Kumpulan Biru


Bahan-bahan Udang dan Sotong Panggang :
  • Bawang Merah (dikisar kasar)
  • Bawang Putih (dikisar kasar)
  • Kulit Limau Nipis
  • Jus Limau Nipis
  • Garam
  • Gula
  • Minyak

Bahan-bahan Sos Cili Masam Manis :
  • Cili Merah (dikisar kasar)
  • Bawang Putih (dikisar kasar)

Cara-cara Penyediaan Udang dan Sotong Panggang :
  • Campurkan bawang merah, bawang putih, kulit limau nipis, jus limau nipis dan gaul sehingga sebati.
  • Ubah rasa dengan garam dan gula.
  • Masukkan udang dan sotong dan biarkan ia diperap bersama bahan-bahan tadi.
  • Selepas diperapkan, panggang udan dan sotong tersebut.
  • Sedia dihidangkan bersama sos cili masam manis

Cara-cara Penyediaan Sos Cili Masam Manis :

Campurkan air, cuka, garam dan gula untuk dididihkan dan direnehkan.

Kumpulan Biru: Imelda(Ketua), Ary Malik, Felix, Ezani, Azlina, Brian, Saiful

Monday, December 5, 2011

Gamat dan Sotong Goreng Ala Kong Po - Amita


Bahan-bahan :
  • 100gm Gamat (dipotong 1/2cm tebal)
  • 100gm Sotong (dibersihkan dan dikelarkan)
  • 1 biji Bawang Merah
  • 1 batang Lobak Merah (dihiris bulat)
  • 5 keping Cili Kering (dipotong)
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1/4 biji Cili Benggala Kuning (dipotong kecil)
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
  • 2 sudu besar Minyak Masak
  • 2cm Halia (dipotong halus)
  • ¼ cawan Gajus

Cara-cara :
  • Panaskan kuali bersama minyak dan masukkan halia. Tumis sehingga naik bau wangi dan keperangan, masukkan bawang putih.
  • Tumiskan bahan-bahan tersebut dan masukkan bawang merah dan cili kering. Gaul bahan tersebut dan masukkan gamat dan sotong.
  • Kemudian, masukkan sos tiram dan Maggi Cukup Rasa.
  • Apabila sotong sudah masak, masukkan cili benggala dan goreng sekejap.
  • Ketepikan untuk dihidangkan

Susunan Hidangan :
  • Susun Gamat dan Sotong Goreng Ala Kong Po di atas pinggan hidangan.
  • Taburkan gajus di atasnya.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Sunday, December 4, 2011

Seafood Boullibaise - Chef Zubir


Bahan-bahan Sup Boullibaise :
  • 8 ketul Udang Harimau - size 20/30 (dibuang kulit dan kepala)
  • 8 ketul Kepah Hitam (dicuci bersih)
  • 160gm Ketam Bunga (dipotong kecil dan dicuci bersih)
  • 120gm Udang Kara (dipotong medallion)
  • 120gm Ikan Merah Filet
  • 120gm Sotong Putih
  • 100gm Lala Manila
  • 300gm Buah Tomato Plum (dicincang kasar)
  • 80gm Lobak Merah (dihiris nipis)
  • 80gm Daun Saderi (dihiris)
  • 80gm Leek (dihiris)
  • 80gm ‘Fennel’ (dihiris)
  • 60gm Bawang Besar(dipotong dadu)
  • 40gm Bawang Putih (dimayang)
  • 1 ikat Campuran Herba Thyme, Daun Bay, Daun Pasli ('Bouquet Garni')
  • 1gm Bunga Saffron
  • 500ml Air Rebusan Ikan
  • 30gm Daun Parsley (dicincang kasar)
  • Lada Hitam
  • Garam

Bahan-bahan Rouille :
  • 150gm Roti sandwich (dipotong dadu)
  • 170gm Lada Benggala Merah(di bakar, dibuang kulit dan dipotong)
  • 2 ulas Bawah Putih (dibuang kulit)
  • 1 biji Cili Merah (dibuang biji)
  • 30ml Minyak Neuvida
  • Lada Hitam
  • Garam

Cara-cara Penyediaan Sup Boullibaise :
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar, daun seleri, bawang perai, lobak merah dan ‘fennel’ hingga wangi.
  • Masukkan tomato cincang dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan bunga saffron. Kemudian masukkan ketam, udang kara, lala, kepah dan sotong. Kacau seketika.
  • Kemudian masukkan ‘bouquet garni’ dan air rebusan ikan.
  • Didihkan diatas api beberapa minit.
  • Kemudian masukkan udang dan ikan dan biarkan di atas pai hingga masak.
  • Masukkan bahan perasa.

Cara-cara Penyediaan Rouille :
  • Rendam roti dalam air beberapa minit hingga kembang.
  • Masukkan lada benggala, roti, bawang putih, cili merah dan minyak neuvida ke dalam pengisar dan kisar sehingga adunan menjadi halus.
  • Masukkan bahan perasa.

Sotong Sumbat Maggi 2 Minit Perencah Kari Bersama Sambal Tumis Petai - Chef Muluk


Bahan-bahan :
  • 1 bungkus Maggi 2 Minit Perencah Kari (direbus selama 3 minit, tos, gaul bersama perencah dan ketepikan)
  • 3 ekor (300gm)Sotong (saiz sederhana, dibersihkan)
  • 50gm Bawang Merah (ditumbuk halus)
  • 2 camca besar Minyak Jagung

Bahan-bahan A :
  • 100gm Lobak Merah
  • 100gm Timun
  • 100gm Sengkuang
  • * semua bahan dihiris halus 8 cm panjang

Bahan-bahan B :
  • 1 bungkus Tumisan Sambal Tumis Maggi
  • 50gm Petai
  • 1 camca besar Jus Asam Jawa Pekat
  • 1 camca teh Gula
  • 250ml Air

Cara-cara :
  • Susun dan sumbat Bahan-bahan A dan maggi 2 minit perencah kari ke dalam sotong yang telah dibersihkan, goreng seketika di atas kuali hingga sotong masak, ketepikan.
  • Untuk membuat sambal tumis, panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan, masukkan Bahan-bahan B dan masak hingga kuah menjadi pekat.
  • Untuk hidangan, potong setiap ekor sotong kepada tiga bahagian, susun atas pinggan.
  • Tuangkan kuah ke atas atau di sekeliling hirisan sotong.
  • Hidangkan panas.

Tuesday, November 29, 2011

Kerabu Suhun & Udang Panggang Tok Ki - Deena


Bahan-bahan :
  • Udang
  • Sotong
  • Suhun
  • Limau Nipis
  • Bawang Merah (dimayang halus)
  • Cili Padi (dihiris halus)
  • Kacang Panjang (dipotong halus)
  • Asam Jawa (ambil airnya sahaja)
  • Belacan (dibakar)
  • Garam dan Gula

Cara-cara :
  • Rebus suhun sehingga masak.
  • Angkat dan ketepikan bila sudah masak dan toskan di dalam air sejuk.
  • Ambil jus limau nipis dan gaulkan dengan bawang merah, cili padi dan belacan.
  • Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  • Rebuskan sotong.
  • Gaulkan kesemua bahan iaitu sotong, suhun dan kacang panjang dengan air asam limau nipis yang sudah dibuat tadi.
  • Kemudian ketepikan.
  • Perapkan udang dengan garam, lada sulah dengan sedikit belacan.
  • Panggangkan udang yang sudah diperap.
  • Campurkan air asam jawa dengan belacan, bawang merah, air limau nipis, cili padi dan garam dan gula.
  • Kacau hingga sebati.
  • Hiaskan kesemua hidangan.

Sambal Belacan dan Air Asam Pengkalan Baru - Nik Michael


Bahan-bahan :
  • Belacan
  • Sotong
  • Serbuk Kunyit
  • Cili Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Padi
  • Bawang Merah Kecil
  • Limau

Cara-cara Penyediaan Sambal Belacan :
  • Pastikan belacan dibakar terlebih dahulu.
  • Tumbuk belacan, cili merah, bawang putih, bawang merah kecil.
  • Perahkan limau secukup rasa dan imbangi rasa dengan sedikit garam

Cara-cara Penyediaan Air Asam :
  • Hiriskan cili padi, cili merah, bawang putih, bawang merah kecil.
  • Gaulkan sekali dengan belacan bakar dan perahan limau.
  • Tambahkan sedikit gula.

Cara-cara Penyediaan Sotong Goreng :
  • Ramaskan sotong dengan kunyit dan gula.
  • Goreng hingga masak.

Sotong Goreng, Sayur dengan Ceram Beetroot - Saiful


Bahan-bahan :
  • Sotong
  • Ceram Lada Bengala Merah/Hijau (dipotong memanjang)
  • Keju Parmesan
  • Tepung
  • Beetroot (dimasak/ ambil air)
  • Roti Pekasa (potong)
  • Bawang Kuning (potong dadu)
  • Garam (secukup rasa)

Cara-cara :
  • potong sotong bulat, perap didalam ceram, lada bengala yang dipotong dadu.
  • Tumis lada yang telah dipotong dengan bawang kuning dan tambah garam secukup rasa.
  • Kemudian ambil sotong yang diperap tadi dengan salut dengan tepung.
  • Goreng sotong tadi sehingga keemasan.
  • Ambil ceram tumis, tambah sedikit dengan keju parmesan.
  • Setelah semua bahan masak .
  • Hidangkan dan susun mengikut kreativit anda.