Showing posts with label Masakan Puyuh. Show all posts
Showing posts with label Masakan Puyuh. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Lobak Puyuh, Dumpling Puyuh Bersama Sos Manis Masam Buah Delima - Chef Johari


Bahan-bahan Lobak Puyuh :
  • 100gm Burung Puyuh (hiris ke bentuk jalur atau kisarkan)
  • ½ biji Lobak (kisarkan atau potong kepada bentuk kecil)
  • 1 kuntum Bunga Turnip (saiz sederhana – hiris atau kisar halus)
  • 4 biji Bawang (hiris atau kisar halus)
  • 2 sudu besar 5 serbuk rempah (Pok Aun Thong)
  • ½ sudu kecil Lada Sulah
  • 8 sudu besar Tepung Jagung/Tepung Hup Leong
  • 1 biji Telur
  • Garam
  • 2 keping Kulit Tauhu besar (untuk balut Lobak - buat sebanyak 35 ketul)

Bahan-bahan 'Dumpling' Puyuh :
  • 3 biji Cendawan Kering Cina
  • 100gm Daging Puyuh Cincang (Ground Quail)
  • 100gm Daging Ayam Cincang bersama lemak
  • 2 sudu besar Pucuk Buluh (dalam tin/segar – dicincang halus)
  • 2 sudu besar Air Buah Berangan (Buah Berangan dicincang halus)
  • 2 biji Daun Bawang (dicincang halus)
  • 2 sudu teh Halia (dicincang)
  • 1 sudu teh Minyak Bijan
  • 1 ½ sudu teh Cuka Beras
  • 1 sudu teh Sos Soya
  • 1 sudu teh Gula Pasir
  • 20 keping Kulit Wantan
  • 4 cawan Minyak Sayuran (untuk menggoreng)

Bahan-bahan Sos Manis Masam Buah Delima :
  • 1 cawan Buah Delima (isi)
  • 5 biji Cili Thai (dicincang halus)
  • 500ml Sirap ‘Maple’
  • 3 sudu besar Cuka ‘Cider’
  • 4 sudu besar Sos Soya (light soya sauce)
  • 2 sudu teh Halia (dicincang)
  • 1 sudu kecil Lengkuas (dicincang)
  • 3 ulas Bawang Putih (ditumbuk sekali)
  • ¼ sudu teh Lada Sulah
  • ¼ sudu teh Serbuk Paprika

Cara-cara Penyediaan Lobak Puyuh :
  • Campurkan kesemua bahan, kecuali kulit tauhu. Gaul sehingga sebati.
  • Potong Kulit Tauhu kepada ukuran 8x6 inci. Ambil lebih kurang 4 sudu besar dari adunan lobak tadi, dan letakkan di atas kulit tauhu dan gulungkan kulit tauhu tersebut (seperti bentuk gulungan).
  • Ambil tepung jagung yang dicampur sedikit air panas dan gaulkan. Sapu tepung jagung tersebut pada hujung kulit tauhu yang digulung tadi supaya kulit tauhu melekat dan gulungan tauhu tidak akan terbuka apabila menggoreng nanti.
  • Kemudian masukkan ia ke dalam Pengukus dan kukus selama 8 hingga 10 minit.
  • Selepas dikukus, keluarkan dan goreng gulungan lobak tersebut di dalam minyak panas sehingga warna keperangan.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan 'Dumpling' Puyuh :
  • Masukkan cendawan kering cina ke dalam air panas selama 20 hingga 30 minit. Biarkan sehingga cendawan tersebut menjadi lembut. Keluarkan tangkai cendawan dan cincang dengan halus.
  • Campurkan cendawan yang dicincang tadi bersama daging puyuh cincang, daging ayam cincang bersama lemak, pucuk buluh, air buah berangan, daun bawang, halia cincang, minyak bijan, cuka beras, sos soya dan gula pasir di dalam mangkuk sederhana. Gaul sehingga sebati.
  • Bukakan kulit wantan. Dengan menggunakan sudu kecil, ambil adunan tadi dan letakkan di atas di tengah-tengah kulit wantan.
  • Basahkan hujung kulit wantan tersebut dengan air (boleh juga menggunakan telur). Dengan berhati–hati, lipat/bungkus wantan ke atas isi/adunan tadi.
  • Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan antara 160°c and 170°c. Gorengkan 'Dumpling' sehingga menjadi keperangan (2 hingga 3 minit).
  • Hidangkan 'Dumpling' dengan sos masam manis buah delima, sos soya atau sos cili.

Cara-cara Penyediaan Sos Masam Manis Buah Delima :
  • Campurkan cili, sirap ‘maple’, cuka, sos soya, halia, bawang putih, lada sulah dan serbuk paprika.
  • Reneh kan bahan-bahan tersebut di dalam ‘saucepan’/periuk dan kacau selalu di atas api yang perlahan sehingga sos menjadi pekat (lebih kurang 30 minit).
  • Apabila sos telah sejuk, masukkan buah delima and kacau sehingga sebati. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga diperlukan.

Wednesday, December 7, 2011

Puyuh Bakar - Kumpulan Merah


Bahan-bahan :
  • Burung Puyuh
  • Bawang Merah (dikisar)
  • Bawang Putih (dikisar)
  • Susu Segar
  • Limau Nipis
  • Serbuk Cili Kering
  • Gula dan Garam
  • Maggi Cukup Rasa

Cara-cara :
  • Campurkan burung puyuh bersama kesemua bahan sehingga sebati.
  • Perap selama ½ - 1 jam.
  • Panggang sehingga keperangan.

Kumpulan Merah: Danial(Ketua), Amita, Deena, Wahidan, Shahriah, Zuraidah, Zamir

Tuesday, December 6, 2011

Rusuk Kambing Ala 'Noisette' Bersumbat - Chef Sabri Soid


Bahan-bahan Fig Gremolata :
  • 5gm ‘Fig’ Kering
  • 1 ulas Bawang Putih (dihiris)
  • ½ biji Kulit Lemon (diparut)
  • ½gm ‘English Parsley’ (dihiris)

Bahan-bahan Rusuk Kambing Ala 'Noisette' :
  • 1 bahagian Kambing Noisette (Rusuk biri-biri - Potongan ‘Noisette’)
  • Fig Gremolata
  • Herba Rosemary
  • Garam dan Lada

Bahan-bahan Keju Blue Roesti :
  • 10gm Ubi Idaho (rebus sehingga ½ masak dan diparut)
  • 5gm Keju Blue
  • 1 daun Herba Thyme Segar
  • ½gm ‘English Parsley’ (dihiris)
  • Garam
  • Lada Hitam

Bahan-bahan Kaki Puyuh Ballottine :
  • 1ekor Burung Puyuh
  • 100gm Benih Bunga Matahari
  • Garam
  • Lada Hitam

Bahan-bahan Fennel Strudel Epal :
  • 10gm Epal Hijau (grany smith – dipotong dadu)
  • 10gm ‘Fennel Bulb’ Segar (dipotong dadu)
  • 1gm Roti Putih (dipotong dadu)
  • 1 daun Herba Thyme Segar
  • 1 daun Herba Sage Segar
  • ½gm Herba Oregano Segar
  • 3 sudu besar Sos Demi Glazed
  • 3 sudu besar Minyak Zaitun
  • 3gm Bawang Besar (dihiris)
  • 2gm Bawang Putih (dihiris)
  • 5gm Daging Lembu Salai Bakon (dihiris)
  • 10 keping Pastri Fillo
  • 2 sudu besar Mentega Lembut
  • Garam
  • Lada Hitam

Bahan-bahan Capers Dressing :
  • 10gm Tomato Segar (dipotong dadu)
  • 5gm Bawang (dipotong dadu halus)
  • 2 sudu besar Jus Lemon
  • 1 daun Herba Dill Segar
  • 1 daun Daun Bay Kering
  • 3 sudu besar Minyak Zaitun
  • Gula
  • 1 sudu teh Cuka
  • Caper
  • Jeruk Bawang



Cara-cara Penyediaan Fig Gremolata :
  • Campurkan semua bahan-bahan dan gaul.

Cara-cara Penyediaan Rusuk Kambing Ala 'Noisette' :
  • Untuk kambing noissete – buangkan tulang 'chine' atau tulang belakang, ‘gristle’ dan lemak.
  • Masukkan fig gremolata di antara daging dan lemak. Kemudian gulung dan ikatkan dengan ‘butcher string’.
  • Perasakan dengan rosemary, garam dan lada.
  • Goreng sehingga kekuningan dan dibakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit.

Cara-cara Penyediaan Keju Blue Roesti :
  • Campurkan kesemua bahan dan bentukkan kepada bentuk bulat.
  • Kemudian goreng dengan minyak zaitun sehingga warna keemasan.

Cara-cara Penyediaan Kaki Puyuh Ballottine :
  • Buangkan tulang dan gulung dengan benih bunga matahari dan salutkan dengan kertas aluminium.
  • Panggang kedua-dua belah kaki burung puyuh sehingga warna keperangan, kemudian bakar di dalam oven pada suhu 180°C selama 5 minit.

Cara-cara Penyediaan Fennel Strudel Epal :
  • Tumis daging lembu salai bacon , bawang besar, bawang putih dan campuran herba segar.
  • Masukkan epal hijau, fennel segar, roti, sos demi glaze dan kemudian, tambahkan garam dan lada secukup rasa. Pastikan epal dimasak sehingga empuk.
  • Kemudian, sapukan mentega ke dalam pastri fillo, masukkan inti strudel epal dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 5 minit.
  • Keluarkan dari ketuhar dan sedia dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Capers Dressing :
  • Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang sehingga naik bau.
  • Masukkan capers, jeruk bawang, jus lemon.
  • Kemudian tambahkan cuka, garam dan lada secukup rasa.
  • Padamkan api dan masukkan tomato yang telah dipotong dadu beserta herba dill segar dan daun bay kering.

Monday, December 5, 2011

Puyuh Panggang dan Sup Burung Puyuh - Zuraidah


Bahan-bahan Puyuh Panggang :
  • 1 ekor Daging Burung Puyuh
  • 1 biji Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 batang Saderi
  • 1 inci Halia
  • 3 keping Kulit Wantan
  • Garam dan Lada Hitam
  • Daun Rosemary
  • Daun Thyme Kering

Bahan-bahan Sos :
  • 1 biji Tomato (bersaiz besar)
  • 1 biji Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1/2 biji Buah Delima
  • Garam

Bahan-bahan Sup :
  • 2 ekor Daging Burung Puyuh
  • 2 tangkai Cili Merah
  • 2 keping Fucuk
  • 1 biji Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Lengkuas
  • 2 batang Saderi
  • Garam
  • Gula

Cara-cara Penyediaan Puyuh Panggang :
  • Ratakan lada hitam dan garam pada burung puyuh dan perapkan untuk sementara waktu.
  • Potong bawang merah, bawang putih, halia, batang saderi, daun rosemary dan herba thyme lalu digaul bersama burung puyuh dan disumbat ke dalam perut burung puyuh.
  • Kemudian, bungkuskan menggunakan pembalut aluminium dan bakar di dalam ketuhar selama 30 minit dengan suhu 180c.
  • Akhir sekali, goreng kulit wantan dengan minyak sehingga garing.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Kisar tomato, bawang merah, bawang putih dan isi buah delima hingga lumat.
  • Panaskan kuali dan masak sos ini sehingga masak dan perasakan bersama garam.

Cara-cara Penyediaan Sup :
  • Tumis bawang putih, cili merah, bawang merah sehingga naik bau wangi lalu masukkan air.
  • Bila sup mendidih masukkan daging burung puyuh dan batang saderi.
  • Biarkan masak sehingga sup menjadi menggelegak dan akhir sekali masukkan fucuk.
  • Perasakan bersama garam dan gula.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Susunan Hidangan :
  • Susunkan puyuh panggang di atas pinggan hidangan bersama sos.
  • Tuangkan sup puyuh ke dalam mangkuk hidangan.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Bila Utara Bersua Dengan Selatan - Brian


Bahan-bahan Utara :
  • Lobak Merah (dipotong kuib)
  • Kentang (dipotong kuib)
  • Daun Leek
  • Daun Fennel
  • Minyak Neuvida
  • Fucuk
  • Burung Puyuh
  • Lada Hitam
  • Daun Thyme
  • Garam

Bahan-bahan Selatan :
  • Tomato (dalam tin)
  • Bawang Putih
  • Fennel
  • Minyak Neuvida
  • Oregano Kering
  • Burung Puyuh
  • Keju Cheddar
  • Lada Hitam
  • Garam

Bahan-bahan Sos :
  • Jus Buah Delima
  • Gula
  • Garam
  • Lengkuas (dihiris halus)

Cara-cara Penyediaan Utara :
  • Tumiskan lobak, kentang, daun leek dan fennel sehingga lembut dan biarkan sejuk.
  • Kemudian, perapkan burung puyuh dengan minyak, lada hitam, garam dan daun thyme.
  • Selepas itu, sumbatkan campuran sayuran yang ditumis tadi ke dalam burung puyuh dan bakarkan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 180c selama 15 minit setelah dilayurkan (pan-seared) di ats kuali leper yang panas.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Selatan :
  • Tumiskan fennel bersama bawang putih sehingga keemasan.
  • Selepas itu, masukkan tomato, oregano, lada dan garam dan biarkannya mereneh.
  • Kemudian, masukkan burung puyuh dan biarkannya mendidih.
  • Keluarkan burung puyuh dan pekatkan sosnya dengan keju dan mentega.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Dengan menggunakan kuali, masukkan jus buah delima dan lengkuas.
  • Biarkan menyegat sehingga kuah menjadi setengah daripada kuantiti asal.
  • Perasakan garam dan gula secukup rasa dan pekatkan bersama mentega.

Untuk Wantan:Gorengkan wantan dengan minyak yang panas.

Susunan Hidangan :
  • Susunkan Utara Bersua Dengan Selatan di atas pinggan hidangan bersama Sos dan Wantan Goreng.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Puyuh Pinoy - Zamir


Bahan-bahan Adobo Puyuh :
  • Peha Puyuh
  • 1 sudu besar Karamel pekat
  • 4 sudu besar Cuka
  • 250ml Air
  • 4 ulas Bawang Putih (ditumbuk sekali)
  • 1 tangkai Cili (dipotong separuh)
  • 1 batang Serai (dipotong separuh)
  • 1 sudu kecil Lada Hitam
  • Garam

Bahan-bahan Sos Delima :
  • 1 biji Buah Delima
  • 1 sudu besar Karamel Pekat
  • 1 sudu besar Gula
  • Garam
  • 200ml Air

Bahan-bahan Wantan Puyuh :
  • 4 dada Burung Puyuh
  • 1 sudu besar Fucuk (dihiris)
  • 2 helai Kulit Wantan
  • Sos Delima

Bahan-bahan Puyuh Goreng :
  • 4 kepak Burung Puyuh
  • 2 batang Cili Dikisar
  • 3 ulas Bawang Putih (dikisar)
  • 1 ibu jari Lengkuas (dikisar)
  • 1 biji Bawang Besar (dikisar)
  • 2 sudu besar Minyak (untuk mengoreng)
  • Garam


Cara-cara Penyediaan Adobo Puyuh :
  • Didih air bersama karamel pekat, cuka, bawang putih, lada hitam dan serai.
  • Masukkan peha ayam dan cili dan masak selama 3 minit.
  • Masukkan periuk ke dalam ketuhar pada suhu 100c selama 15 minit.
  • Perasakan bersama garam secukup rasa.

Cara-cara Penyediaan Sos Delima :
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak selama 25 minit atau sehingga sos tinggal separuh atau suku jumlah sebenar.
  • Ketepikan untuk hidangan wantan puyuh.

Cara-cara Penyediaan Wantan Puyuh :
  • Dengan menggunakan kuali, masak dada puyuh selama 2 minit dan kemudian hiriskan.
  • Selepas itu, gaulkan dada puyuh bersama fucuk dan sos delima.
  • Letakkan isinya di atas satu kulit wantan dan tutup atasnya.
  • Rebus wantan selama 2 minit.
  • Tuangkan sedikit sos delima di atas wantan setelah masak.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Puyuh Goreng :
  • Kisarkan bawang besar, cili, bawang putih dan lengkuas sehingga halus.
  • Perapkan kepak bersama bahan kisar dan cuka selama 20 minit.
  • Akhir sekali, dengan menggunakan kuali yang telah dipanaskan dengan minyak, goreng kepak selama 1 hingga 1 setengah minit.

Susunan Hidangan :
  • Susunkan Adobo Puyuh di atas pinggan hidangan bersama Wantan Puyuh, Sos delima serta Puyuh Goreng.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Sup Burung Puyuh dan Wantan Puyuh Goreng - Kamaruzzaman


Bahan-bahan Sup Burung Puyuh :
  • 1 ekor Burung Puyuh (dipotong 4)
  • ½ ibu jari Lengkuas dititik
  • 1 biji Kentang
  • Garam dan Gula
  • Lada Hitam
  • Lada Sulah
  • Cili Merah
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Buah Pelaga
  • Daun Salari
  • Fucuk
  • Lobak Merah

Bahan-bahan Wantan Puyuh Goreng :
  • Burung Puyuh (diambil isi sahaja dan dipotong kecil)
  • Kulit Wantan
  • Bawang Besar (dipotong dadu kecil)
  • Bawang Putih (dipotong dadu kecil)
  • Lobak Merah (dipotong dadu kecil)
  • Cili Merah
  • Lada Hitam
  • Lada Sulah
  • Garam

Cara-cara Penyediaan Sup Burung Puyuh :
  • Panaskan kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelage dan lengkuas sehingga naik bau wangi.
  • Setelah itu, masukkan kentang kemudian masukkan daging burung puyuh. Gaul bahan sehingga rata dan perasakan bersama lada sulah dan lada hitam.
  • Kemudian masukkan lobak merah dan gaul rata.
  • Setelah itu, masukkan air danbiarkan mendidihkan.
  • Akhir sekali, masukkan saderi dan fucuk. Perasakan dengan garam dan gula.
  • Apabila bahan-bahan sudah sebati dan masak, ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Wantan Puyuh Goreng :
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik wangi.
  • Kemudian, masukkan isi burung puyuh dan perasakan dengan garam, lada sulah dan lada hitam.
  • Setelah masak, ketepikan untuk sementara.
  • Sediakan kulit wantan dan letakkan isi puyuh yang telah dimasak di atas kulit wantan.
  • Kemudian, basahkan keliling kulit wantan dengan air dan lipatkan menjadi dua. Pastikan bila dilipat tiada ruang udara.
  • Setelah siap, panaskan kuali bersama minyak, dan goreng wantan sehingga masak dan keperangan.
  • Sedia untuk hidangan.

Susunan Hidangan :
  • Tuangkan Sup Burung Puyuh ke dalam mangkuk hidangan dan hidangkan juga bersama Wantan Puyuh Goreng.
  • Sedia untuk dihidang.

Puyuh Panggang Bermadu, Wantan Udang, Sos Pudina - Saiful


Bahan-bahan Puyuh Panggang Bermadu :
  • 1 ekor Burung Puyuh (dicuci bersih)
  • 4 sudu besar Madu
  • 1 sudu besar Serbuk kari
  • 2 ulas Bawang Putih (dipotong dadu)
  • 1 batang Daun Rosemary
  • Garam
  • Lada Hitam

Bahan-bahan Wantan Berinti Udang :
  • 6 keping Kulit Wantan
  • 3 ekor Udang (diambil isi dan dicincang halus
  • ½ biji Bawang Kuning (dipotong dadu)
  • ½ biji Bawang Merah (dipotong dadu)
  • 2 Sudu Besar ‘Whipping’ Krim
  • Garam
  • Lada Hitam

Bahan-bahan Fucuk Berinti Puyuh :
  • 1 keping Fucuk (masak sehingga lembut)
  • 1 ekor Burung puyuh (diambil isi dan dicincang halus)
  • 1 ulas Bawang Putih (potong dadu)
  • Garam
  • 1 batang Daun Rosemary

Cara-cara Penyediaan Puyuh Panggang Bermadu :
  • Campurkan madu, serbuk kari, bawang putih, dauh rosmery, garam dan lada hitam. Gaul sehingga sebati dan perapkan burung puyuh bersama bahan-bahan tadi selama 10 minit.
  • Kemudian, panggang burung puyuh tersebut didalam ketuhar dengan 180c atau sehingga masak.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Wantan Berinti Udang :
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan udang, bawang kuning, bawang merah, ‘whipping’ krim dan perasakan bersama garam dan lada hitam.
  • Selepas itu, ambil kulit wantan dan letak isi udang yang telah ditumis ke dalamnya dan masakkan .
  • Sedia untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Fucuk Berinti Puyuh :
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan isi burung puyuh sehingga masak.
  • Kemudian, ambil kulit fucuk dan letak isi burung puyuh yang telah ditumis tadi dan gulung .
  • Sedia untuk hidangan.

Susunan Hidangan :
  • Susun Panggang Bermadu di atas pinggan hidangan bersama Wantan Berinti Udang dan Fucuk Berinti Puyuh.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Sup Wantan Puyuh & Sos Delima - Shahriah


Bahan-bahan Wantan :
  • Burung Puyuh (ambil bahagian dada dan dicincang halus)
  • Tauhu Kering rendam dan potong seperti kepingan mee)
  • Bawang Putih (dipotong dadu)
  • Bawang Merah (dipotong dadu)
  • Saderi (dicincang halus)
  • Gula dan Garam
  • Lada Sulah

Bahan-bahan Sos Delima :
  • Bawang Merah
  • Jus Buah Delima (perah dan ambil jusnya sahaja)
  • Perahan Limau Nipis
  • Cili Padi (dicincang)
  • Gula dan Garam

Bahan-bahan Sup Puyuh :
  • Bahagian Paha Puyuh
  • Bahagian Tulang Puyuh
  • Bawang Merah (dipotong dadu)
  • Bawang Putih (dipotong dadu)
  • Halia (hiris)
  • Lengkuas (dihiris)
  • Air
  • Kiub Ikan Bilis Maggi
  • Lobak
  • Saderi
  • Fucuk (dihiris seperti mee)
  • Bunga Lawang
  • Biji Pelaga
  • Garam dan Lada Sulah

Cara-cara Penyediaan Wantan :
  • Gaulkan campuran bawang putih, bawang merah, Lada Sulah dan garam sehingga rata.
  • Ambil kulit wantan dan isikan campuran tadi ditengahnya.
  • Kemudian, lipatkan kepada dua dan sapukan dengan sedikit air.
  • Didihkan air dan rebuskan wantan tadi selama 8-10 minit.
  • Angkat dan hidangkan bersama sos delima.

Cara-cara Penyediaan Sos Delima :
  • Campurkan bawang merah, jus buah delima, jus limau nipis, cili padi dan perasakan bersama gula dan garam.
  • Gaulkan sehingga rata, dan ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Sup Puyuh :
  • Rebuskan air bersama tulang puyuh, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, garam dan lada sulah.
  • Biarkan mereneh sementara dan masukkan lobak dan saderi.
  • Setelah mendidih masukkan pula peha puyuh dan biarkan direbuskan sebentar.
  • Setelah masak, perasakan bersama garam dan lada serta Kiub Ikan Bilis Maggi.
  • Akhir sekali masukkan fucuk dan masak sehingga kering.
  • Ketepikan untuk hidangan.


Susunan Hidangan :
  • Susun wantan di atas pinggan hidangan bersama sos delima yang dituang ke dalam mangkuk.
  • Dengan menggunakan pinggan yang lain, tuangkan sup sup puyuh ke dalamnya.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Puyuh Romantis - Wahidan


Bahan-bahan Puyuh Panggang :
  • Burung Puyuh
  • Garam
  • Lada Hitam

Bahan-bahan Sos :
  • Lengkuas
  • Buah Delima
  • Maggi Cukup Rasa
  • Sos BBQ

Bahan-bahan Fucuk Gulung :
  • Fucuk
  • Lobak Merah
  • Saderi
  • Timun

Cara-cara Penyediaan Puyuh Panggang :
  • Ikat burung puyuh dengan kemas. Kemudian perapkan bersama garam dan lada hitam.
  • Apabila bahan perapan tersebut telah menyerap ke dalam puyuh, panaskan kuali bersama minyak dan goreng burung puyuh sehingga garing selama 8 minit.
  • Selepas itu, masukkan ke dalam ketuhar selama 25 minit 180c.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan sos BBQ bersama hirisan lengkuas dan isi buah delima.
  • Masukkan air dan gaulkan sehingga sebati dan perasakan bersama Maggi Cukup Rasa.

Cara-cara Penyediaan Fucuk Gulung :
  • Rendam fucuk di dalam mangkuk yang berisi air panas sehingga kembang dan ketepikan.
  • Rebus lobak merah bersama batang saderi dan timun sehingga masak. Tos dan ketepikan.
  • Gulung lobak merah, saderi dan timun dengan fucuk yang lembut tadi.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Susunan Hidangan :
  • Susunkan Puyuh Panggang di atas pinggan hidangan dan hidangkan bersama nasi dan Fucuk Gulung.
  • Tuangkan Sos ke dalam mangkuk kecil dan sedia untuk dihidang.

Puyuh Berdua - Deena


Bahan-bahan Puyuh Panggang :
  • 1 ekor Burung Puyuh
  • 1 biji Jus Buah Delima
  • Kentang (potong dadu)
  • Lobak (potong dadu)
  • Bawang Besar (potong dadu)
  • Lengkuas (dihiris nipis)
  • Herba Rosemary (dicincang kasar)
  • Bawang Putih (dicincang halus)
  • Telur (direbus)
  • Gula
  • Garam
  • Lada Hitam

Bahan-bahan Puyuh Bersalut Fucuk Goreng :
  • 1 ekor Isi burung Puyuh (dicincang halus)
  • 1 batang Lobak (cincang halus)
  • 1 biji Bawang Besar (cincang halus)
  • Garam
  • Lada Hitam
  • Santan
  • Fucuk
  • Kulit Wantan

Bahan-bahan Sos :
  • 1 biji Jus Buah Delima
  • Gula
  • Lengkuas (hiris nipis)
  • Cili Padi (diketuk)

Cara-cara Penyediaan Puyuh Panggang :
  • Perapkan burung puyuh selama 15 minit dengan jus delima, bawang putih, lengkuas, rosemary, dan perasakan dengan gula, garam dan lada hitam.
  • Kemudian, gaulkan kentang, lobak dan bawang besar dengan lebihan perapan jus delima dan letakkan di atas dulang pembakar.
  • Selepas itu, sumbatkan telur rebus di dalam burung puyuh, kemudian susunkan di atas himpunan lobak, kentang dan bawang.
  • Renjiskan minyak neuvida di atas burung puyuh dan bakar di dalam ketuhar selama 25 minit dengan suhu 180c.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Puyuh Bersalut Fucuk Goreng :
  • Gaulkan daging puyuh yang telah dicincang dengan lobak, bawang besar, santan dan perasakn bersama garam dan lada hitam.
  • Pada masa yang sama, celurkan fucuk di dalam air panas.
  • Kemudian, balutkan adunan daging cincang dengan fucuk dan juga dalam kulit wantan.
  • Goreng di dalam minyak panas sehingga warna keemasan.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Renehkan jus delima dengan gula, cili padi dan lengkuas sehingga menjadi sos yang pekat.
  • Hidangkan di atas pinggan.

Susunan Hidangan :
  • Susunkan puyung panggang dan puyuh bersalut fucuk goreng di atas pinggan hidangan.
  • Tuangkan sos di atas pinggan atau di dalam mangkuk (mengikut citarasa).
  • Sedia untuk hidangan.

Puyuh Delima & Ravioli Puyuh - Ezani


Bahan-bahan Puyuh Delima :
  • 1 ekor Burung Puyuh
  • 1 biji Jus Buah Delima
  • Garam

Bahan-bahan Ravioli Puyuh :
  • Isi daging puyuh (dicincang)
  • Leek (dihiris halus dan ditumis hingga lembut)
  • Sengkuang (di potong dadu kecil)
  • Fucuk (direndam dengan air panas hingga lembut dan dihiris nipis)
  • Kulit Wantan

Bahan-bahan Sos :
  • Tulang Burung Puyuh
  • Bawang Kuning
  • Bawang Putih
  • Lobak Merah
  • Jus Delima
  • Lengkuas

Cara-cara Penyediaan Puyuh Delima :
  • Perap puyuh dengan jus delima dan perasakan dengan garam.
  • Masakkan di atas kuali sehingga keperangan dan masukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 180c sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Ravioli Puyuh :
  • Campur dan gaulkan kesemua bahan-bahan (ravioli).
  • Kemudian isikan dalam kulit wantan dan masakkan didalam air yang mendidih selama 4 minit.
  • Toskan dan ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Gorengkan tulang burung puyuh bersama lengkuas dan jus delima sehingga keperangan.
  • Dengan menggunakan kuali yang lain, masakkan bawang dan lobak dan goreng hingga keperangan. Masukkan ke dalam sos dan reneh perlahan.
  • Tambahkan air jika terlalu kering dan akhir sekali, tapiskan sos apabila menjadi pekat sedikit.

Susunan Hidangan :
  • Susunkan puyuh delima dan ravioli puyuh di atas pinggan hidangan bersama sos.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Puyuh Tiga Cara - Felix


Bahan-bahan Burung Puyuh :
  • 1 ekor Burung Puyuh (dibuang sayap dan dibersihkan)
  • 4 biji Lengkuas (dikisar dan diambil jusnya)
  • 1 sudu teh Garam
  • 1 sudu besar Gula
  • 1liter Stok Burung Puyuh

Bahan-bahan Sui Kow Burung Puyuh :
  • ½ ekor Burung Puyuh (dibuang tulang dan dicincang halus)
  • ½ batang Lobak Merah (dipotong dadu)
  • ¼ biji Bawang Merah Besar (dipotong dadu halus)
  • 1 batang Daun Thyme (dicincang)
  • 2 keping Kulit Wantan
  • Garam dan Lada

Bahan-bahan Lok Bak Burung Puyuh :
  • ½ ekor Burung Puyuh (dibuang tulang dan dicincang halus)
  • ½ batang Lobak Merah (dipotong dadu)
  • ¼ biji Burung Merah Besar (dipotong dadu halus)
  • 1 batang Daun ‘Thyme’ (dicincang)
  • 1 keping Kulit Fucuk (Direndam dalam air panas)
  • Garam
  • Lada

Bahan-bahan Sos dan Salad :
  • ½ biji Fennel (dihiris halia halus)
  • ½ biji Jus Buah Delima
  • ½ biji Buah Delima
  • Cuka
  • Garam
  • Gula

Cara-cara Penyediaan Burung Puyuh :
  • Renehkan burung puyuh didalam stok burung puyuh selama 10 minit dengan menggunakan api sederhana.
  • Kemudian,salutkan burung puyuh dengan jus lengkuas yang telah dicampurkan dengan garam dan gula.
  • Selepas itu, goreng burung puyuh dengan sedikit minyak di atas kuali yang panas. (Pastikan burung puyuh itu ada ‘ scratch-mark’ yang cantik)
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Sui Kow Burung Puyuh :
  • Gaulkan kesemua bahan kecuali kulit wantan dalam mangkuk ‘stainless steel ‘besar (sui kow).
  • Ambil 1 sudu besar campuran sui kow dan balutkan dengan kulit wantan dalam bentuk ‘sui kow’. Lekatkan kulit sui kow dengan sedikit air dan picitkan untuk lekatkan kulitnya.
  • Rebus ‘sui kow’ dalam stok burung puyuh, selama 5 minit dengan api sederhana.
  • Toskan dan ketepikan.

Cara-cara Penyediaan Lok Bak Burung Puyuh :
  • Campur semua bahan kecuali kulit fucuk.
  • Kemudian, letakkan bahan gaulan tadi di atas fucuk dan gulungkan ketat-ketat.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan goreng hingga kedua-dua belah gulungan menjadi ranggup.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Sos dan Salad :
  • Campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga rata.
  • Biarkan sementara untuk hidangan.

Susunan Hidangan :
  • Susun burung puyuh, sui kow dan Loh Bak di atas pinggan hidangan.
  • Kemudian, renjiskan sedikit minyak atas burung puyuh.
  • Selepas itu, taburkan biji delima dan hirisan fennel di atas atas ketiga-tiga elemen.
  • Tuangkan sikit sos ke atas pinggan dan sedia untuk dihidangkan.

Puyuh Si Hitam 3 Rasa Diingini Salsa Panea Delima - Imelda


Bahan-bahan Puyuh :
  • 2 ekor Burung Puyuh (dicuci bersih)
  • 1 inchi Halia (dikisar)
  • 1 inchi Lengkuas (dikisar)
  • 3 ulas Bawang Merah (dikisar)
  • 5 ulas Bawang Putih (dikisar)
  • 5 biji Cili Kering(dikisar)
  • 3 sudu Kicap Pekat
  • 1 batang Kayu Manis
  • Lada
  • Gula
  • Garam
  • Fucuk
  • Wantan

Bahan-bahan Salsa :
  • ½ biji Delima (diceraikan isinya)
  • ½ biji Timun (dimayang)
  • 1 biji Jus Limau Nipis
  • 2 sudu teh Minyak
  • Daun Ketumbar (dipotong halus)

Cara-cara Penyediaan Puyuh :
  • Kisar halia, lengkuas, bawang merah, kayu manis, bawang putih dan cili hingga lumat.
  • Panaskan kuali dan tumiskan bahan kisar dengan minyak hingga garing.
  • Kemudian, masukkan kicap pekat dan reneh hingga mendidih.
  • Selepas itu, masukkan puyuh dan masak hingga masak.
  • Kacaukan sehingga pekat.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Salsa :
  • Campurkan minyak dan air limau dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan timun, isi buah delima dan daun ketumbar dan gaul sehingga rata.
  • Perasakan dengan garam dan lada dan biarkan selama 30 minit sebelun hidangan.

Cara-cara Penyediaan Wantan :
  • Bentukkan wantan menjadi seperti bentuk mangkuk.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan goreng kan wantan sehingga keperangan.

Cara-cara Penyediaan Sarang Fucuk :
  • Celurkan fucuk didalam air panas dan rebuskan sehingga lembut.
  • Susukan fucuk tersebut dan hiris nipis.
  • Perasakan bersama garam dan sedikit minyak.

Susunan Hidangan :
  • Susunkan puyuh di atas pinggan hidangan.
  • Hidangkan bersama salsa delima, wantan dan sarang fucuk.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Sunday, December 4, 2011

Puyoh Bersama Fucuk Sumbat Grill - Danial


Bahan-bahan Puyuh :
  • 2 ekor Burung Puyuh
  • Garam
  • Serbuk Paprika
  • Lada Hitam
  • Daun Rosemary (dicincang halus)

Bahan-bahan Fucuk Sumbat Grill :
  • Watan
  • Fucuk
  • Lengkuas
  • Lada Putih
  • Lobak Merah(dipotong dadu)
  • Ubi Kentang (dipotong dadu)
  • Bawang Kuning (dipotong dadu)
  • Cendawan Butang
  • Daun Salari
  • Garam
  • Serbuk Paprika
  • Lada Hitam

Bahan-bahan Sos :
  • Buah Delima
  • Bawang putih (dicincang)
  • Bawang kuning (dicincang)
  • Garam
  • Lada Hitam

Cara-cara Penyediaan Puyuh :
  • Perapkan ayam dengan sedikit garam, serbuk paprika, lada hitam dan daun rosemary.
  • Selepas itu, gorengkan sementara di atas kuali sehingga keperangan.
  • Akhir sekali, masukkan ke dalam ketuhar selama 15 minit.

Cara-cara Penyediaan Fucuk Sumbat Grill :
  • Rebuskan fucuk sehingga lembut.
  • Pada masa yang sana, panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan bawang kuning bersama lobak merah dan ubi kentang.
  • Kemudian perasakan dengan sedikit garam, lada hitam dan sedikit paprika.
  • Selepas itu, bentangkan fucuk yang telah direbus di atas lapik pemotong, dan isi bahan yang ditumis ke dalamnya.
  • Kemudian gulung dan balutkan fucuk dan panggangkan di atas kuali pemanggang selama 5 minit dan keperangan.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan isi buah delima ke dalamnya.
  • Kemudian masukkan bawang dan bawang putih. Perasakan bersama garam dan lada hitam.
  • Tumiskan selama 5 minit dan siap dihidangkan.

Susunan Hidangan :
  • Susunkan puyuh di atas pinggan hidangan bersama fucuk sumbat ‘grill’ dan sos.
  • Sedia untuk hidangan.

Puyuh Tiga Gaya - Azlina


Bahan-bahan Puyuh Panggang :
  • 1 ekor Burung Puyuh
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 1 batang Herba ‘thyme’
  • 1 sudu besar Isi Buah Delima
  • Garam
  • Lada Hitam
  • Minyak

Bahan-bahan 'Tortellini' Puyuh :
  • 2 keping Dada Puyuh (dicincang halus)
  • 2 ekor Udang Galah (dicincang halus)
  • 1 sudu besar Lobak (dicincang halus)
  • 1 sudu besar Sengkuang (dicincang halus)
  • 1 sudu besar Bawang Besar (dicincang halus)
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • 2 keping Wantan
  • ½ biji Tomato (didadu)
  • ¼ cawan Krim

Bahan-bahan Peha Puyuh Goreng :
  • 2 bahagian Peha Burung Puyuh
  • ½ ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 1/4 biji Bawang Besar (dicincang)
  • 1 keping Fucuk
  • Garam
  • Lada hitam

Cara-cara Penyediaan Puyuh Panggang :
  • Solok puyuh dengan bawang putih, thyme dan biji delima.
  • Perapkan bahagian luar dengan garam, lada dan minyak.
  • Panaskan pan dan masakkan puyuh selama 3 minit di setiap bahagian.
  • Masukkan puyuh ke dalam ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan 'Tortellini' Puyuh :
  • Campurkan bahan yang telah dicincang iaitu puyuh, udang galah, lobak, sengkuang, bawang besar dan bawang putih dan gaul sehingga rata.
  • Perasakan bersama garam dan lada.
  • Kemudian, isikan ke dalam wantan dan bentukkan menjadi tortellini.
  • Selepas itu, rebuskan didalam air yang panas selama 5-8 minit atau sehingga masak dan toskan.
  • Dengan menggunakan kuali, panaskan minyak, dan masukkan sedikit bawang putih, bawang besar dan tomato.
  • Tumiskan kan sehingga naik bau dan tuang krim. Gaul sehingga masak.
  • Akhir sekali, tuangkan ke atas torterllini.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Peha Puyuh Goreng :
  • Perapkan peha puyuh bersama bawang putih, bawang besar, garam dan lada.
  • Potong fucuk dengan cara menggulungkannya dan potong 1.5 cm panjang.
  • Lilitkan pada peha puyuh dan goreng sehingga keemasan.
  • Ketepiakan untuk hidangan.

Susunan Hidangan :
  • Susun Puyung Panggang di atas pinggan hidangan bersama ‘Tortellini Puyuh’ dan Peha Puyuh Goreng.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Puyuh Santan Berseri - Ary Malik


Bahan-bahan Burung Puyuh dan Kuah :
  • 1 ekor Burung Puyuh (dibelah dua)
  • 1/2 inchi Lengkuas (dihiris)
  • 2 cawan Air
  • 1 1/4 cawan Santan
  • 1/2 biji Bawang Besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 batang Serai
  • Garam
  • Lada
  • Maggi Cukup Rasa
  • Gula

Bahan-bahan Salsa Delima dan Tomato :
  • 1/2 biji Tomato (dipotong dadu)
  • 1/2 biji Lada Benggala Hijau (dipotong dadu)
  • 1/2 biji Isi Buah Delima
  • 1/2 biji Jus Lemon
  • 1/2 biji Bawang Besar (dihiris)
  • 1 ulas Bawang Putih
  • Garam
  • Lada

Bahan-bahan Wantan Bersolok Udang :
  • Garam
  • Lada
  • Udang (dicincang)
  • Bawang Putih
  • Kulit Wantan
  • Air sup

Bahan-bahan Sup Fucuk :
  • 4 cawan Air
  • Garam
  • Lada Sulah
  • Maggi Cukup Rasa
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih
  • Kepala Udang
  • Fucuk

Cara-cara Penyediaan Burung Puyuh dan Kuah :
  • Perapkan burung puyuh yang dibelah dua bersama garam dan Lada Sulah. Ketepikan untuk sementara.
  • Kemudian, panggangkan kedua belah burung puyuh sehingga keperangan.
  • Kemudian, masukkan lengkuas, serai, bawang besar),dan bawang putih. Masak sehingga naik bau wangi dan masukkan 2 cawan air.
  • Reneh sehingga sukatan air tinggal setengah, kemudian masukkan 1¼ cawan santan. Perisakan bersama garam, gula, Maggi Cukup Rasa dan lada sulah.

Cara-cara Penyediaan Salsa Delima dan Tomato :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan didalam mangkuk dan gaulkan bersama jus lemon sehingga sebati.
  • Perasakan bersama garam dan lada.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Wantan Bersolok Udang :
  • Tumiskan udang bersama bawang putih. Tambahkan garam dan lada sulah sebagai penambah rasa dan ketepikan.
  • Selepas itu, masukkan isi udang tadi ke dalam kulit wantan.
  • Masakkan di dalam air yang telah dimasak sebagai sup.

Cara-cara Penyediaan Sup Fucuk :
  • Tumiskan bawang dan bawang putih sehingga naik bau wangi.
  • Selepas itu, masukkan 4 cawan air dan biarkan mendidih.
  • Masukkan pula kepala udang sebagai perisa dan biarkan selama 10 minit dan keluarkan.
  • Masukkan fucuk, garam, Lada Sulah Maggi Cukup Rasa.
  • Biarkan sebati dan tutup api.

Susunan Hidangan :
  • Hidangkan Burung Puyuh dan kuah di atas mangkuk kecil dan hidangan bersama Salsa Delima dan Tomato.
  • Dengan menggunakan pinggan hiasan yang lain, masukkan Sup Fucuk di dalam mangkuk hidangan dan hidangkan bersama Wantan Bersolok Udang.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Puyuh Tiga Citarasa - Amita


Bahan-bahan Puyuh Tiga Citarasa :
  • 2 ekor Burung Puyuh
  • 2 biji Bawang Merah
  • 1 Batang Lobak Merah
  • 2 Batang Daun Saderi
  • 100g Soo Hoon (dicelur)
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 1 biji Telur (dipukul)
  • 1 keping Fucuk
  • 2 keping Kulit Wanton
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam

Bahan-bahan Sos :
  • 5 batang Cili Kering
  • 2cm Lengkuas
  • 8 biji Bawang Merah Kecil
  • 3 biji Bawang Putih
  • 20g Ikan Bilis
  • ½ cawan Buah Delima
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam
  • ½ cawan Air
  • 3 biji Buah Keras

Cara-cara Penyediaan Puyuh Tiga Citarasa :
  • Perap 1 ekor burung puyuh dengan garam dan serbuk lada hitam. Asingkan daging pada bahagian dada dan bahagian kaki daripada satu lagi burung puyuh. Perap juga ia dengan garam dan serbuk lada hitam.
  • Kemudian, potong 1 biji bawang merah, 1 ½ batang daun saderi, ½ batang lobak merah kepada bentuk dadu besar.
  • Selepas itu, masukkan semua bahan-bahan yang dipotong bersama tulang burung puyuh ke dalam periuk yang telah dipanaskan bersama 3 cawan air untuk membuat stok.
  • Potong 1 biji bawang merah kepada dadu kecil, goreng sehingga lembut didalam kuali yang telah dipanaskan bersama minyak.Perisakan bersama sedikit garam.
  • Kemudian, sumbatkan bawang goreng tadi ke dalam burung puyuh yang tidak dipotong dan masakkan dengan menggunakan ketuhar bersuhu 200c, selama 5 – 20 minit atau sehingga burung puyuh sudah masak (jus daripada burung puyuh sepatutnya jernih).
  • Sementara itu, balutkan 2 bahagian dada daging burung puyuh dengan kulit wantan, letakkan telur di keliling kulit wantan supaya melekit. Goreng wanton sehingga kuning keemasan dengan api sederhana.
  • Selepas itu, gorengkan kulit fucuk dengan minyak sehingga kuning keemasan.
  • Cincangkan bawang putih, julien ½ lobak merah dan ½ daun saderi. Goreng semua bahan-bahan tersebut sehingga naik harum.
  • Masukkan telur dan kemudian soo hoon. Goreng semua bahan-bahan sehingga sebati dan akhir sekali masukkan stok sebanyak 3 sudu besar dan sedikit garam.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Kisarkan semua bahan-bahan kecuali buah delima sehingga halus.
  • Goreng dengan minyak sehingga semua bahan-bahan masak dan pecah minyak.
  • Masukkan air dan didih selama 10-15 minit.
  • Masukkan buah delima dan garam secukup rasa.

 Susunan Hidangan :
  • Susunkan puyuh tiga citarasa di dalam pinggan hidangan bersama sos.
  • Sedia untuk hidangan.