Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Bingka Labu


bahan2nya:
350gm labu yg telah di rebus
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
200ml santan + 11/2 cawan air
2 cawan gula (saya taruk 11/2 cwn gula,itu pn dh manis..boleh kurangkan lg)
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar minyak masak
sedikit bijan ( utk tabur di atas adunan sebelum di bakar)

cara2nya:
semua bahan2 di atas di campurkan dan di kisar hingga sebati
KECUALI minyak.
sebelum adunan di bakar,2 sudu besar minyak masak di panaskan
dalam loyang,supaya adunan tidak melekat di loyang.
kemudian masukkan adunan dlm loyang yg masih panas td dan bakar dengan suhu 165darjah selama 1 jam 10 minit
atau sehingga masak mengikut suhu oven masing2.
(saya bakar guna api bawah sahaja tp dlm 10 minit terakhir saya guna api atas bawah,
supaya btl2 masak).

Saturday, March 10, 2012

Donut Ball


bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Cara-cara :
Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

Friday, March 9, 2012

Cucur Carca Marba


Bahan-bahan
(sukatan agak-agak jer yea ... kalau pekat tambah air kalau cair tambah tepung lak... janji tak pekat sangat dan tak cair sangat kira OK lah tuuu ....)
2 cawan Tepung Gandum
1 1/2 cawan Air atau secukupnya
1 biji Carrot - diparut
1 biji Kentang - potong dadu
2 biji Bawang besar - dipotong dadu (Nina suka letak banyak bawang)
1/2 cawan taugeh
1/2 cawan sayur kacang pajang yang telah dihiris-hiris dalam 1cm
mix vege pun Nina letak sikit
Daun Kuchai - dipotong 2 inch
1/2 camca teh baking powder
Garam

Cara-caranya
1- Kesemua bahan kecuali air dicampur dalam mangkuk besar. Gaul rata.
2- Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu cair.
3- Masukkan garam, gaul rata lagi.
4- Rehatkan dalam 10 minit.
5- Panaskan minyak dalam kuali. Basahkan jari jemari dengan air sikit . (supaya mudah adunan tu jatuh dalam kuali nanti dan tak lekit kat jari. Untuk kasi cucur kita cantik bulat pun iyer juga. Kalau pakai sudu tak berapa cantik - tak bulat lagi comel. Hehe ....)
6- Kemudian jemputkan adunan dan jatuhkan dalam kuali yang berisi minyak tadi.
7- Goreng sehingga garing.
8- Angkat dan toskan atas paper towel.
9- Sedia dihidangkan bersama cili sos kegemaran...

Cucur Cendawan Mayonis


Bahan-bahannya:
1/2 kg. tepung gandum diayak
100 gram udang geragau - direndam dan dibasuh bersih.
100 gram cendawan tiram - dipotong memanjang
2 sudu besar mayonis
1 biji telur
2 biji bawang besar - dicincang halus
1 biji cili hijau - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 tangkai daun sup dan daun bawang dihiris
1 sudu besar serbuk kunyit
Gula dan garam secukup rasa
Air suam secukupnya untuk membancuh adunan
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak:
  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk.
  2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil gaul sebati dan dapat dijemput.  Ketepikan lebih kurang 1/2 jam supaya tepung kembang sedikit.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.  Jemput adunan ke dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan.
  4. Hidangkan.

Putu Mayam


Bhn2:-
1 1/2 cwn tpg beras
Secubit grm
3/4 cwn air pns
Sedikit pandan paste
Gula perang
Kelapa parut campurkan dn sedikit grm

Cara2:-
Pnskan kukusan. Gaulkan tpg beras bersama grm, campurkan air pns dgn sedikit pandan paste, tuang sedikit2 sambil digaul dgn sudu. Sudukan ke dlm acuan putu mayam. Tekan ke dlm pengukus, dgn membuat spt lingkaran membulat, buat dlm beberapa lingkaran, kukus 2-3 minit. Angkat & boleh dimkn bersama gula perang & kelapa parut yg dikukus sekejap campurkan sedikit grm. Slmt mencuba.


Cucur Bom Manis


Bahan-bahan:
  • 1 sdt yis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sdb gula
  • 3 sdb susu pekat manis
  • secubit garam
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  • Campurkan yis, gula, susu & sedikit air..larutkan..Ana biar sampai pekat berbuih.
  • Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
  • Perap aduna dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng
  • Panaskan minyak masak.
  • Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan & goreng hingga keperangan.

Tuesday, February 28, 2012

Cucur Crabstick


Bahan2
3 cwn tepung gandum
6 btg crabsctik – dipotong dadu
3 tangkai daun ketumbar – dihiris kecil2
1 biji cili merah – dihiris kecil2
1 biji bawang besar*
10 gm udang kering*
10 gm ikan bilis* - *dikisar
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Caranya
Satukan semua bahan2 di atas kecuali air.
Gaul rata dan tuang air dan adun hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat atau cair. Biar sekejap.
Panaskan minyak untuk goreng terendam.
Sudukan 1 camca besar adunan tadi dan biar hingga masak.
Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda/sambal tumis.

Thursday, February 23, 2012

Kuih Bakar Jagung


Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan (boleh guna santan kotak)
1 cawan susu sejat
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 tin jagung manis ala krim
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar mentega
sedikit bijan jika suka

Cara-cara :
1. "Blend" semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan.
2. Masukkan jagung dan "blend" sebentar.
3. Tuangkan dalam loyang ukuran 8 x 8 inci seeloknya dan taburkan bijan jika suka.
4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam (boleh tambah masa bakar 10 minit lagi untuk lebih garing di atasnya).

Tuesday, February 14, 2012

Puteri Ayu


Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudukecil ovellete
1 sudukecil perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putih + dgn sikit tepung gandum dan garam
( ros tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayak bersama tepung gandum)

** utk kelapa tun guna:
1/2 c kelapa kering campur dgn 2 sb santan + 6 sb air
1/2 sb tepung ubi
1 sk garam

Cara-cara

1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg.
2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.

Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.- ros@jintanmanis.com
-langkah yang paling penting masa pukul telur tu, ros pukul dulu telur hingga berbuih, baru ros masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru ros masukkan ovellete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihtan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yan lain.

*Petua bagi puteri ayu senang dikeluarkan dari acuan- ros@jintanmanis.com*

1. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.
2. Pilih acuan yang tinggi sedikit dan permukaan dalam acuan puteri ayu berkilat, supaya senang dikeluarkan nanti. ( ros ade dua jenis acuan puteri ayu yang dalam nye tak berkilat dan yang berkilat, ternyata acuan yang dalamnye berkilat lebih senang digunakan).
3. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.

Donat Pisang


Bahan-bahan
  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sb susu tepung
  • 5 gm ragi instant
  • 2 biji pisang - lebih kurang 120g
  • 50 gm gula pasir
  • 40 gm mentega *saya guna marjerin
  • ½ sdt garam
  • 2 btr kuning telur
  • sedikit essence vanilla

Cara-cara
  • Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan pisang ,tuang telur dan , uli hingga rata dan setengah kalis.
  • Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.
  • Bagi adonan  masing-masing 50 gm, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
  • Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
  • Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.

Tuesday, January 31, 2012

Roti Jala


Bahan2
4 cwn tepung gandum
3 1/2 cwn santan cair
1 bj telur
2 sudu besar myk jagung
1 sudu teh garam
1/2 cwn susu cair

caranya
1 kan semua bahan di atas smpi sebati
setelah siap d bancuh masih ada ketulan tepung
blh lah di kisar mgunakan blender
bahagi kan kepada 2 bahagin jikalau n mmbuat 2 kale
kemudian msukan ke dlm botol acuan dn blh lah d kirai kan..
saya guna kuali non stick so x pyh pki myk..
setelah siap kirainya blh lah d hdgkan dgn kari ayam or daging.

Bingka Ubi Kayu


Bahan-Bahan:

* 4 cawan ubi kayu yang telah diparut
* 2 cawan santan
* 2 biji telur
* 1 cawan gula pasir
* 4 sudu makan minyak jagung untuk campur dlm adunan
* secubit garam
* sedikit pewarna kuning
* 2 sudu makan minyak jagung untuk dileserkan pada loyang
* Loyang berlubang ditengah

Cara membuat:
* Panaskan oven 150 darjah Celcius selama 10 minit
* Campurkan semua bahan hingga sebati.
* Tuangkan kedalam loyang yang telah dileserkan dengan minyak jagung tadi.
* Bakar adunan ini selama 1 jam atau hingga masak pada suhu 150 darjah Celcius.
*Sejukan baru dipotong.

Saturday, January 28, 2012

Cucur Kelapa



BAHAN-BAHAN :
TEPUNG
KELAPA MUDA
SEDIKIT GARAM
SEDIKIT GULA
AIR

CARA-CARA :
GAUL SEMUA BAHAN.
KEMUDIAN GORENG.
BULEH JUGA DIBUAT LEMPENG..
NYUM NYUM..

Tuesday, December 20, 2011

Otak-otak Udang - Kumpulan Merah


Bahan-bahan :
  • 5 biji Bawang Besar
  • 10 ulas Bawang Putih
  • 1 ½ inci Halia
  • 1 inci Lengkuas
  • 20 tangkai Cili Kering
  • 1 cawan Santan Pekat/Susu Cair
  • 2 sudu Maggi Cukup Rasa
  • 5 sudu besar Air Asam Jawa
  • 2 sudu besar Serbuk Kunyit
  • 10 helai Daun Kunyit
  • 1 kg Isi Udang (dicuci bersih)
  • 4 keping Isi Ikan
  • Aluminium Foil (untuk membungkus)

Cara-cara :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan dan sesuaikan rasa.
  • Susun daun kunyit di atas aluminium foil.
  • Letakkan bahan kisar, kemudian letakkan udang dan letak bagi bahan kisar.
  • Bungkus bersama aluminium foil dan bakar dengan suhu 200C selama 10-15 minit.



Kumpulan Merah: Zamir (Ketua), Ary Malik, Brian, Ezani, Shahriah

Mochi Sakura - Kumpulan Biru


Bahan-bahan :
  • 1kg Tepung Pulut
  • 250ml Air
  • 2 Cawan Kacang
  • 1 Cawan Gula

Cara-cara :
  • Tepung pulut diayak dan digaul dengan air hingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras.
  • Kacang di goreng garing dan dibiarkan sejuk seketika.
  • Kemudian kisar halus gula dan kacang. Gaul sekali. Letakkan di dalam mangkuk besar. Ketepikan.
  • Adunan tadi dibentukkan bulat-bulat sebesar syiling 20 sen dan kemudian rebus di dalam air mendidih sehingga ia masak.
  • ***Tips bebola mocha akan timbul bila ia masak.
  • Tapis bebola mochi dan kemudian gelekkan dengan campuran kacang dan gula tadi. Pastikan rata dan sedia untuk dihidang.


Kumpulan Biru: Amita (Ketua), Felix, Imelda, Danial, Wahidan

Karipap Lidah Lembu Ala Mamak - Danial


Bahan-bahan Inti Lidah Lembu :

  • Lidah lembu (dipotong dadu)
  • 1 biji Bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 ulas Bawang putih (dihiris halus)
  • 6 helai Daun Kari
  • 1 batang Kayu Manis
  • 1 sudu teh Serbuk Jintan Putih
  • 3 sudu besar Serbuk Kari
  • 1 cawan Air (mengikut kesesuaian)
  • Garam, Gula dan Lada



Bahan-bahan Doh Karipap :

  • 100gm Tepung
  • 1 biji Telur
  • Secukup rasa Garam
  • 6 sudu Minyak Neuvida



Cara-cara Penyediaan Inti Lidah Lembu :

  • Tumiskan bawang besar, bawang putih, kayu manis dan daun kari sehingga naik bau wangi.
  • Apabila sudah naik bau wangi, masukkan 1 serbuk jintan putih.
  • Selepas itu, kacaukan 3 sudu serbuk kari daging dengan sedikit air sehingga menjadi seperti pes.
  • Masukkan pes tersebut ke dalam bahan tumisan tadi dan kacau sehingga sebati.
  • Apabila sudah pecah minyak, masukkan lidah lembu.
  • Gaul bahan-bahan tersebut sehingga menjadi pekat dan perasakan bersama garam, gula dan lada sulah.
  • Ketepikan sementara.



Cara-cara Penyediaan Doh Karipap :

  • Gaulkan tepung, telur dan garam sehingga sebati, dan uli adunan tersebut selama 5 minit sambil mencampurkan minyak neuvida ke dalamnya.
  • Kemudian, rehatkan doh tersebut dan bahagikan kepada 3 bahagian dan bulatkan doh itu.
  • Selepas itu ambil satu doh itu dan lenyekkan sehingga nipis dan susun inti kari lidah ke tengahnya dan lipatkan kulit karipap itu dan bentukkan menjadi segi empat tepat.
  • Akhir sekali sapukan kuning telur ke atasnya dan gorengkan selama 3 minit atau sehingga masak.

Thursday, December 15, 2011

Kuih Vadei


Bahan-bahan Untuk Wadeh300g kacang dhal
1/2 labu bawang besar
1 cmb jintan putih
1 tangkai daun kari
1 tangkai lada merah (saya guna cili hijau)
1/2 cmt garam
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam

Cara-cara Membuat Wadeh
  1. Kacang dhal direndam dengan air yang banyak untuk semalaman.
  2. Tuskan kacang dhal dan biarkan ia kering sebentar.
  3. Kisar kacang dhal menggunakan pengisar bijirin sehingga hancur tetapi asingkan 3/4 tanpa dikisar atau dikisar kasar.
  4. Bawang besar didadu kasar, lada merah dihiris nipis dan daun kari dileraikan dari tangkainya.
  5. Jintan direndam dalam air sebentar dan dituskan. Kisar kasar menggunakan pengisar bijirin.
  6. Campurkan semua bahan sehingga sebati. Anda akan mendapat adunan wadeh yang lembik tetapi masih boleh dibentuk.
  7. Gunakan sekeping plastik untuk memudahkan proses membentuk. Basahkan tangan dan plastik dengan air bersih.
  8. Ambil sedikit adunan bulatkan dan leperkan diatas plastik setebal 1 cm.
  9. Gorengkan dalam minyak yang panas sehingga garing keemasan.

Wednesday, December 14, 2011

Kuih Cara Berlauk


Bahan-bahan :
3 sb rempah kari
2 ulas bawang putih
5 biji bawang kecil 1 inci halia dan garam secukup rasa
100 gm udang kering
Bahan hiasannya:-
Daun sup dan bawang
lada merah secukupnya
Daun sup dan bawang di racik halus,lada merah dipotong serong nipis-nipis
Bahan Adunanya:-
500 gm tepung gandum
1/2 tin susu cair Ideal
2 tin air masak sejuk
1 biji telur gred A
1 sk perwarna kuning
Garam secukup rasa


Cara-cara :


Blender bawang putih,merah,halia dan rempah kari hingga halus dan blender udang kering sekadar hancur aje berasingan.
Panaskan kuali masukan minyak sesenduk dan tumis bahan blender hingga naik bau air kacau selalu bila hampir kering letakan garam dan kacau hingga kering,ketepikan
Masukan dlm blender susu cair,telur.garam,tepung,perwarna kuning dan tambahkan 1 tin air masak sejuk blender hingga halus kalau pekat tambah air sikit-sikit dulu adunan tidak terlalu pekat dan cair sedang saja.
Panaskan acuan kuih cara diatas dapur dengan api kecil bila dah panas sapukan minyak dalam acuan dan tuangkan adunan tepung ditengah dan letakan sepotong lada merah dan taburkan daun bawang dan sup tutup acuan dan biarkan dalam masa 3-4 minit atau pun cukup masak.Angkat dan sedia di makan. Kalau nak bwt yg brinti pon boleh,tambahkn daging cincang atu pe jer ssuke hati.

Donat Labu


Bahan2:
1 kg tepung gandum
1 1/2 peket yis segera =16 gm
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu garam
300 gm labu yg telah direbus
3 biji telur
1/2 cwn gula
1 cwn majrin
gula kastor utk ditabur pada donat

cara2 membuatnya:
1. Gaul rata tepung, susu dan yis.
2. Blend telur dan gula hingga hancur. masukkan labu. kisar lg. jika kental masukkan sesudu air suam atau lebih. masukkan garam dan majerin. blend sebati.
3. Campurkan bhn2 blend tadi ke dlm tepung dan diuli hingga doh menjadi kenyal dan licin. tambah air jika perlu.
4. Biarkan doh mengembang dlm 1 jam.
5. Terap guna acuan donat. goreng guna api perlahan. bila suam2 tabur gula kastor.

Selamat mencuba...

Tuesday, December 6, 2011

Cekmek Molek


Bahan: (12-13 biji)

  • 2 cawan ubi keledek (yg telah direbus dan dilecek) 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • gula 
  • minyak untuk menggoreng 

Cara-cara
  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng. Buatlah bentuk seperti di dalam gambar ini.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

Tips :
  1. Setelah letak gula di dalam kuih, pastikan jangan terlalu golek2kan kat tapak tangan sebab gula di dalam tu akan jadi cepat cair dan kuih akan pecah apabila di goreng.
  2. Apabila menggoreng, pastikan guna api yang sederhana sehingga agak2 kuih 3/4 masak, kemudian, kuatkan sedikit api untuk menjadikan kulit luar kuih cekmek molek garing.