Tuesday, December 13, 2011

Kek Savouri Kenangan Pertama - Deena


Bahan-bahan Kek Savouri :
  • 2 biji Telur
  • 40gm Gula
  • 63gm Tepung gandum (diayak)
  • 25gm Mentega (dicairkan)
  • Udang Ketak (dicincang halus)
  • Coklat Putih
  • Krim Masam
  • Limau Nipis (ambil jusnya)

Bahan-bahan Udang Ketak Thermidor :
  • Udang Ketak (di potong kasar, kulit luar disimpan)
  • Krim
  • Bawang Putih (dicincang halus)
  • Serbuk Paprika
  • Bawang Besar (didadu kecil)
  • Garam dan Lada Hitam
  • Keju Mozaella (diparut)

Cara-cara Penyediaan Kek Savouri :
  • Pukul telur dengan gula secara 'bain marie 'sehingga kembang dan aduan menjadi 2 kali ganda.
  • Selepas adunan kembang, masukan tepung sedikit demi sedikit dari ‘fold in’ tepung secara perlahan dan akhir sekali masukkan mentega cair.
  • Letak di atas tray pembakar dan bakar di dalam oven selama 15 minit pada suhu 180C.
  • Cairkan coklat putih secara 'bain marie'.
  • Salutkan udang dengan garam dan lada putih. Goreng sehingga udang masak.
  • Gaulkan udang yang telah dimasak dengan coklat putih cair. Ketepikan.
  • Putar krim bersama perahan limau nipis sehingga gebu.
  • Potong kek genoise bulat kecil sebanyak 2 keping.
  • Susunkan kek genoise secara bertingkat diselang-selikan dengan udang yang telah digaul dengan coklat putih dan letakkan krim limau /masam di tingkat kek paling atas.

Cara-cara Penyediaan Udang Ketak Thermidor :
  • Gaulkan isi udang ketak dengan krim, bawang putih, serbuk paprika, bawang besar, garam dan lada hitam.
  • Isikan kesemua isi udang ketak tadi di dalam kulit luar udang ketak dan bakar di dalam oven selama 10 minit pada suhu 180C.
  • Selepas udang sudah masak, taburkan keju mozarella di atas udang dan bakar sekali lagi sehingga keperangan.

No comments:

Post a Comment