Wednesday, December 14, 2011

Stik Daging - Kumpulan Merah


Bahan-bahan Stik Daging :
  • Daging Batang Pinang
  • Herba Rosemary (dicincang halus)
  • Garam dan Lada Hitam

Bahan-bahan Kentang Rosti dan Kentang Lenyek :
  • Ubi Kentang
  • Krim
  • Mentega
  • Garam
  • Lada Hitam
  • Lada Sulah

Bahan-bahan Tomato Bakar :
  • Tomato Ceri
  • Thyme
  • Gula Perang
  • Bawang Putih (dicincang halus)
  • Garam dan Lada Hitam

Bahan-bahan Asparagus Goreng :
  • Asparagus
  • Bawang Putih (dicincang)
  • Garam dan Lada Sulah

Cara-cara Penyediaan Stik Daging :
  • Potong daging dan ikat sekeliling daging dengan 'butcher string' sehingga ketat dan kemas dan daging kelihatan bentuk bulat.
  • Perapkan daging dengan rosemary, garam dan lada hitam.
  • Letakkan daging di atas kuali grill sehingga nampak kesan grill.
  • Kemudian habiskan memasak daging di dalam oven dalam suhu 180C mengikut ‘doness’ yang diingini.

Cara-cara Penyediaan Kentang Rosti dan Kentang Lenyek :
  • Untuk kentang lenyek, rebus kentang sehingga masak. Kemudian lecekkan kentang sehingga halus. Masukkan krim dan mentega. Msukkan garam dan lada sulah. Gaul sehingga sebati. Ketepikan.
  • Untuk kentang rosti, julience atau hiris kentang nipis-nipis. Pastikan kentang betul-betul kering. Masukkan mentega dan garam. Kemudian goreng di atas kuali.

Cara-cara Penyediaan Tomato Bakar :
  • Gaulkan ceri tomato dengan kesemua bahan.
  • Letakkan diatas dulang pembakar. ‘Drizzle’kan sedikit minyak kemudian bakar di dalam oven selama 15 minit, suhu 180C.

Cara-cara Penyediaan Asparagus Goreng :
  • Celur asparagus selama 1 minit
  • Goreng asparagus dengan bawang putih, garam dan lada sulah sehingga masak. Sedia dihidangkan

Kumpulan Merah: Shahriah (Ketua), Wahidan, Amita, Azlina, Deena, Danial

No comments:

Post a Comment