Tuesday, December 13, 2011

Udang Getak dan 3 Jenis Jus - Amita


Bahan-bahan Udang :
  • 3 ekor Udang Getak (dibelah 2 dan otak udang dikeluarkan)
  • 4 hirisan Halia
  • ½ sudu kecil Serbuk Lada Hitam
  • Garam
  • 1 sudu besar Minyak

Bahan-bahan Sos Coklat Putih :
  • 2 biji Bawang Merah Kecil (dipotong dadu kecil)
  • 1 sudu besar Biji Cpers (dipotong)
  • ½ cawan Krim
  • Otak Udang
  • 1 sudu besar Mentega
  • 1 sudu kecil Tepung Gandum
  • 1 tangkai kecil Dhill (dicincang)
  • Garam
  • Coklat Putih

Bahan-bahan Sos Coklat, Cili dan Bawang Putih :
  • 2 sudu besar Mentega
  • 2 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 1 sudu kecil Serbuk Cili
  • 1 sudu kecil Serbuk Koko

Bahan-bahan Salsa :
  • 5 biji Tomato Ceri (dipotong kecil)
  • 2 biji Bawang Merah Kecil (dipotong halus)
  • ½ biji Limau Nipis (diambil jusnya)
  • Garam

Cara-cara Penyediaan Udang :
  • Perapkan udang dengan halia, serbuk lada hitam dan garam.
  • Panaskan pan grill bersama sedikit minyak dan masukkan udang. Masak sehingga udang masak, kulit bertukar kepada warna merah.

Cara-cara Penyediaan Sos Coklat Putih :
  • Panaskan mentega dan goreng bawang merah kecil sehingga naik harum. Masak tepung selama 1 minit.
  • Masukkan krim dan coklat putih. Apabila sudah cair, masukkan biji capers, otak udang dan dhill.
  • Masak seketika dan letakkan garam secukup rasa.

Cara-cara Penyediaan Sos Coklat,Cili dan Bawang Putih :
  • Panaskan mentega dan masak bawang putih sehingga kekuningan.
  • Tutupkan api dan terus masukkan serbuk cili dan serbuk koko.

Cara-cara Penyediaan Salsa :
  • Campurkan semua bahan-bahan di atas dan masukkan ke dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment