Wednesday, December 7, 2011

Salad Ceaser & Salad Jagung - Kumpulan Merah


Bahan-bahan Salad Ceaser :
  • 5 biji Kuning Telur
  • ¾ kiub Stok Ikan Bilis
  • 1 ½ biji Lemon (jus sahaja)
  • 7 ulas Bawang Putih (ditumbuk hancur)
  • 3 sudu Dijon Mustard
  • 1.5 liter Minyak Zaitun
  • Garam dan Lada
  • Daun Salad Campur

Bahan-bahan Salad Jagung :
  • 3 biji Bawang Holland (dihiris tebal)
  • 2 biji Lada Benggala
  • 15 batang Asparagus
  • 7 biji Jagung
  • 3 biji Limau Nipis (jus sahaja)
  • 1 sudu besar Rempah Cajun
  • 1 sudu kecil Gula
  • 3 sudu besar Minyak Zaitun
  • Garam dan Lada

Cara-cara Penyediaan Salad Ceaser :
  • Pukul kuning telur bersama bawang putih dan jus lemon sehingga sebati.
  • Masukkan dijon mustard dan stok ikan bilis dan pukul sehingga sebati.
  • Pukul bahan campuran tadi bersama minyak zaitun yang dituang perlahan-lahan sehingga campuran menjadi pekat dan sebati.
  • Gaulkan daun salad bersama bahan-bahan tadi dan hidang bersama daging salai dan kepingan roti kering (crouton) jika mahu.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Salad Jagung :
  • Masak jagung di atas pit barbeque sehingga masak dan pisahkan isinya dari batangnya.
  • Bakar asparagus, lada benggala dan bawang holland juga sehingga masak dan potong semua secara dadu.
  • Gaulkan segala sayuran bersama, rempah cajun, garam, lada, gula, jus limau nipis dan minyak zaitun sehingga sebati.

Kumpulan Merah: Danial(Ketua), Amita, Deena, Wahidan, Shahriah, Zuraidah, Zamir

No comments:

Post a Comment