Showing posts with label Lain-lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-lain. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Sambal Goreng 2


bahan2nya :
6 keping tempe - hiris kecil2 - digoreng
3 keping tauhu - hiris kecil2 - digoreng
2 biji kentang - hiris nipis - digoreng
2 keping tauhu kering - digoreng (di ramas tapi jgn hancur sangat)
suhun/soon (rm1.00) - digoreng (di ramas)

2 biji lada merah - dihiris
2 biji bwg besar - dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
sedikit ikan bilis - ditumbuk kasar
2 cawan pati santan
kicap manis secukupnya
minyak masak & garam secukup rasa

cara2nya :
1. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 hiris dn ikan bilis sehingga naik baunya
2. masukkan pati santan,gaul rata
3. setelah santan mendidih masukkan semua bahan2 yg digoreng tadi,gaul2kan hingga rata
4. masukkan kicap secukupnya,gaul2kan lagi
5. masukkan garam secukup rasa,gaul rata,kemudian bolehlah padamkan api.
6. sedia untuk dihidangkan...;))

Friday, March 9, 2012

Begedil Rangup


Begedil

Bahan2
3 biji kentang
3 keping daging atau ayam buger atau boleh guna daging cincang
daun sup ~ di racik halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu rencah soto yang telah ditumis atau rencah Bihun sup  
garam secukup rasa

Caranya
Kentang dikupas kulitnya di hiris bulat nipis dan di goreng terendam.
Angkat kentang, toskan minyaknya dan lecek halus.
Satukan kentang yang telah di lecek bersama daging, bawang putih, bawang goreng, daun sup, garam secukup rasa dan sedikit perencah soto yang telah kita tumis (perencah soto ni ambil dari soto yang kita tumis untuk jadikan kuah soto).
Gaul rata hingga dapat bentuk berbola kecil.
Jika terlembik tambahkan sedikit tepung gandum.



Menyalut begedil

Bahan2
1 butir telur ayam ~ dikocok
sedikit lada hitam
serbuk roti ~ untuk menyalut – bleh guna cornflake
minyak ~ untuk mengoreng

Ambil adunan dan bentukkan bebola kecil.
Salutkan bebola daging tadi dengan bread crumbs atau serbuk roti.
Kemudian celupkan ke dalam telur.
Salut sekali lagi dengan serbuk roti .
Goreng dalam minyak yang sederhana panas secara terendam.
Angkat dan toskan.
Siap di hidangkan bersama soto nasi atau mi.
Enak juga di makan bersama sos cili.

Tuesday, November 29, 2011

Ubi Kayu Gnocchi Burro E Salvia - Chef Riz



    BAHAN-BAHAN:
  • 100g Ubi Kayu (dibakar dan diparut)
  • 1biji Telur Kuning
  • 1sudu besar Keju Parmesan
  • 3sudu besar Tepung Suji
  • 30ml Minyak Neuvida
  • 50g Mentega
  • 4ulas Bawang Putih
  • 10g Herba Sage
  • 10g Herba Pasli Itali
  • Tepung Gandum
  • Garam dan Lada Hitam
    BAHAN-BAHAN UBI KAYU ‘FRUTTI DI MARE’:
  • 100g Ubi Kayu (dikupas dan dipotong kepada cota tebal)
  • 2sudu besar Minyak Neuvida
  • 2ulas Bawang Merah (dihiris)
  • 2ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 1tangkai Cili Merah (dibuang biji dan potong panjang)
  • 4ekor Udang Harimau (dibersihkan)
  • 100g Sotong (dihiris kepada potongan bunga)
  • 4ketul Kupah Hijau (dicuci bersih)
  • 4ketul Kekapis (scallops)
  • 6biji Tomato Ceri
  • 150ml Sos Tomato Napolitana
  • 5g Daun Selasih
  • 300ml Air Rebusan Makanan Laut


    CARA-CARA PENYEDIAAN:
  • Renehkan ubi kayu ke dalam stok makanan laut. Masukkan garam secukup rasa dan renihkan selama 12 hingga 15 minit sampai ubi kayu lembut tetapi masih mengekalkan bentuk yang sama. Toskan dan letak ke tepi.
  • Panaskan minyak newvida di dalam kuali, perasakan kekapis dengan garam dan lada hitam secukup rasa, layurkan kekapis sehingga warna menjadi cokelat pada kedua-dua belah.
  • Ulang langkah yang sama untuk udang harimau. Tetapi hanya separuh masak kerana udang harimau dan kekapis akan dimasak didalam sos tomato. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan cili, tomato ceri, garam dan lada hitam secukup rasa.
  • Seterusnya, masukkan sos tomato dan tuangkan air rebusan makanan laut.
  • Renehkan udang harimau, kekapis, kepah hijau dan ubi kayu dengan api sederhana selama 3 minit.
  • Kuatkan api dan masukkan sotong ke dalam, gaul dengan rata dan taburkan daun selasih. Tutup api dan ketepikan.
  • Untuk Ubi Kayu “Gnocchi”, campurkan ubi kayu dengan telur kuning, keju parmesan, sedikit tepung gandum, garam dan lada hitam. Gaul adunan sehingga menjadi doh lembut.
  • Seterusnya taburkan tepung suji, gelek doh kepada bentuk silinder kecil dan potong kepada bentuk ‘dumplings’ kecil.
  • Kemudian debukan dengan tepung suji. Rebus dalam air berisi garam sehingga ‘dumplings’ kecil masak dan terapung-apung.
  • Angkatkan “Gnocchi” dengan senduk berlubang dan ‘toss’ dengan minyak neuvida dan biarkan ketepi.
  • Panaskan minyak newvida di dalam kuali. Goreng bawang putih, herba sage dan secupit garam dengan api yang sederhana.
  • Apabila bawang putih naik bau dan herba ‘sage’ mula garing, masukkan mentega dan kuatkan api. Masukkan ubi kayu “gnocchi” ke dalam bersama bawang putih dan mentega ‘sage’. Kemudian perasakan garam dan lada hitam secukup rasa. Mentega akan tukar ke warna perang dan berbau wangi.
  • Tutup api dan hidangkan diatas pinggan.
  • Semasa menghidang diatas pinggan, susun ubi kayu dengan cantik bersama hiasan makanan laut dengan daun selasih, daun pasli dan keju parmesan.

Friday, November 25, 2011

Crouton Durian Bersama Salad dan Serviche - Nik Michael



Bahan-bahan :
  • Mesclun
  • Kobis
  • Udang
  • Lemon
  • Durian
  • Tepung
  • Telur
  • Tomato ceri
  • Serbuk roti
  • Cendawan batang
  • Keju parmesan

Cara-cara Penyediaan Seviche :

Rendam udang dalam jus lemon selama 30 minit.

Cara-cara Penyediaan Salad Dressing :

Telur kuning, lemon, minyak, garam dan air zaitun.

Cara-cara Penyediaan Crouton Durian :
  • Gaulkan durian bersama keju parmesan.
  • Salutkan bebola adunan dengan tepung, telur dan kemudian serbuk roti.
  • Goreng hingga keperangan.

Cara-cara Penyediaan Salad :
  • Susunkan mesdun, kobis dan tomato ceri.
  • Campurkan sos untuk salad.

Wednesday, November 16, 2011

Burger Ayam Dengan Relish dan Gegulung Bawang - Ezani


Bahan-bahan 'Patty' Ayam :
  • Kulit Lemon (Lemon Zest) - 1 sudu kecil
  • Bawang Putih - ¼ ulas
  • Lada Merah - ¼ biji
  • Garam
  • Dada Ayam
  • Daun Pasli
Bahan-bahan 'Onion Ring's' :
  • Bawang kuning potong gelung
  • Telur
  • Tepung
  • Garam
  • Herba Campuran Kering
  • Minyak
Bahan-bahan Hiasan :
  • Bawang Kuning - 1biji
  • Lada Benggala - ½biji
  • Cili Merah - 2biji
  • Minyak
  • Jus lemon
  • Gula dan Garam
Cara-cara Penyediaan 'Patty' Ayam :
  • Kisar kesemua bahan di dalam Mesin Pengisar (Food Processor ).Kemudian bentukkan adunan tersebut menjadi bulat leper ( seperti daging burger).
  • Salutkan adunan yang telah dibentukkan itu dengan tepung dan gorengkan di dalam kuali.
  • Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 200°c selama 5 minit.
Cara-cara Penyediaan 'Onion Ring's' :

Celup bawang dengan telur kemudian celup dengan campuran tepung, goreng sehingga keemasan.

Cara-cara Penyediaan Hiasan :
  • Masak Bawang Kuning, Lada Bengala dan Cili Merah didalam kuali, diatas api yang perlahan sehingga lembut.
  • Tambahkan gula, garam dan jus lemon.

Burger Sayur - Chef Johari


Bahan-bahan :
  • Kacang Pis Hijau - 1 cawan
  • Kacang Kuda - 1 cawan
  • Kacang Dal Kuning (Yellow Lentil) - 1 cawan
  • Bawang Merah (dicincang) - 3 sudu besar
  • Daun Pasli Segar (dicincang) - 2 sudu besar
  • Daun Sup (dicincang) - 2 sudu besar
  • Daun Ketumbar Segar (dicincang) - 2 sudu besar
  • Lada ‘Cayenne’
  • Kentang ‘Idaho’ - 3 biji
  • Cendawan ‘Potobello’ - 6 biji
  • Tomato (dicincang) - 2 biji
  • Telur - 3 biji
  • Minyak Neuvida
  • Bawang Putih - 2 ulas
  • Bawang Besar - 1 biji
  • Cuka ‘Malt’ - 2 sudu besar
  • Cili (dicincang halus) - 3 biji
  • Jus Tomato - ½ cawan
  • Dadih Asli - 1 cawan
  • Timun (dipotong dadu) - 1 biji
  • Lemon - 1 biji
  • Timun Jepun Kuning - 1 biji
  • Timun Jepung Hijau - 1 biji
  • Madu - 3 sudu besar
  • ‘Mustard’ - 2 sudu kecil
  • Salad Campuran
  • Biji Jintan Putih (ditumbuk)
  • Biji Ketumbar
  • Garam dan Lada Sulah
  • Tepung Gandum
  • Tepung Beras
Cara-cara Penyediaan 'Vegy-Patty' :
  • Rebuskan ubi sekali dengan kulitnya sehingg empuk. Letakkan sedikit garam ke dalam.
  • Sejukkan ubi dan buangkan kulitnya. Bahagikan 3 ubi tersebut kepada 3 mangkuk berbeza.
  • Mangkuk pertama, letakkan kacang kuda. Letakkan garam dan lada hitam. Masukkan daun ketumbar dan 1 sudu bawang merah yang dipotong. Gaul sehingga rata dan pecahkan 1 telur ke dalam mangkuk.
  • Mangkuk kedua, letakkan Kacang Pis Hijau. Letakkan garam dan lada hitam. Masukkan daun sup dan 1 sudu bawang merah yang dipotong. Gaul sehingga rata dan pecahkan 1 telur ke dalam mangkuk.
  • Mangkuk ketiga, letakkan kacang dal. Letakkan garam dan lada hitam. Masukkan Daun Pasli dan 1 sudu bawang merah yang dipotong. Gaul sehingga rata dan pecahkan 1 telur ke dalam mangkuk.
  • Tips: Pastikan adunan pejal. Jika adunan lembik tambahkan ubi untuk pejalkan adunan
  • Bentukkan ketiga-tiga adunan sehingga menjadi bebola. Lenyek sehingga menjadi ‘Patty’. Tebal ½ inci dan diameter 2 inci.
  • Panaskan kuali dan tuangkan minyak sedikit.-(Pastikan api perlahan supaya patty masak)
  • Masukkan ‘Patties’ ke dalam kualidan masakkan patty selama 2 minit untuk setiap permukaan.
  • Angkatkan ‘Patties’ dan biarkan ketepi.
  • Terus masukkan cendawan Portobello ke dalam kuali dan gorengkan sekejap.
  • Angkat cendawan yang digoreng tadi dan masukkan ke dalam ketuhar selama 5 minit.
Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Sos pertama: Campurkan tomato, bawang besar, Cuka ‘Malt’, cili dan jus tomato ke dalam periuk. - (Pastikan api perlahan supaya sos masak)
  • Sos kedua: Masukkan Dadih Asli, timun yang dipotong dadu, garam, lada dan perahkan sedikit lemon ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati.
  • Sos ketiga:Campurkan ‘mustard’ dan madu ke dalam mangkuk. Tuangkan sedikit minyak neuvida ke dalam sos.
Cara-cara Penyediaan Salad :

Perahkan sedikit lemon ke dalam salad campuran. Tuangkan sedikit minyak neuvida dan garam. Gaul sehingga sekata.

Hidangan Sampingan :
  • Potongkan Timun Jepun kuning dan hijau secara memanjang (batonnet cut).
  • Salutkan Timun Jepun dengan tepung gandung dan tepung beras. Kemudin debu kan dengan tepung biasa.
  • Seterusnya goreng Timun Jepun sehingga ranggup.

Wantan Goreng - Kumpulan Biru


Bahan-bahan :
  • Dada Ayam (dikisar) - 300gm
  • Isi Udang (dikisar) -150gm
  • Daun Bawang Besar (dikisar) - 2 batang
  • Madu - 1 sudu besar
  • Garam - 1 sudu besar
  • Serbuk Lada Hitam - 1 sudu besar
  • Kulit Wantan - 1bungkus
  • Air - 1 mangkuk kecil
  • Minyak Sayur (untuk menggoreng wantan) - 2 mangkuk
Cara-cara :
  • Campurkan semua bahan-bahan diatas.
  • Balut 1 sudu besar campuran daging di dalam kulit wantan.
  • Letakkan air di sekeliling tepi kulit wantan supaya melekat.
  • Goreng di dalam minyak panas dengan api kecil sehingga kuning keemasan.
Kumpulan Biru: Deena(ketua kumpulan), Shahriah, Ary Malik, Terrence, Raymond, Zahin, Nik Michael, Mastura, Azlina, Amita, Kamaruzzaman

Monday, March 21, 2011

Sup Tulang Singapura


Bahan2nya:

3 kilo tulang(direbus smpai empuk)
Bahan kisar:3 btg serai
halia sebesar ibu jari
lengkuas sebesar ibu jari

4 labu bwg besar
5 ulas bwg putih
beberapa cili kering(ikut suka kepedasan yg diingini)
5 sudu tomato puree(ini utk warna dan rasaya)
Akak tak guna pewarna mcm yg dikedai tu.
beberapa biji kentang dipotong dadu( yg jual di kedai pun tak taruh kentang)
kobis yg dihiris


CARA2NYA:


Tumiskan bahan2 kisar hingga wangi dan garing.Masukkan tomato puree,kacau lagi.Kemudian masukkan rebusan tulang bersama dgn air rebusannya sekali.Masukkan jua kentang,garam dan gula.Akhir sekali masukkan kobis.Bila nak makan pecahkan telur supaya kuahnya agak pekat...barulah sedap dicicah dgn roti perancis.Yg di jual di kedai takde telur dan warnanya lebih merah sbb taruh pewarna.
Apa lagi cubalah kawan2...Selamat mencuba!!

Pancake


Bahan-bahan ( 10 biji-mini size ) :

• * 1 biji telur
• * 3 gula kastor
• * 1 sudu besar minyak jagung
• * 130ml susu segar

• * sedikit esen vanila
• * 150gm tepung gandum
• * 1.5 sudu kecil baking powder
 

Cara-cara:

1. Masukkan telur,gula, dan minyak jagung ke dalam mangkuk. Kacau dengan hand whisk sehingga sebati.
2. Masukkan susu segar dan esen vanila. Kacau lagi.
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati
4. Panaskan non-stick fry pan. Masukkan satu sudu besar utk dapatkan mini size atau satu senduk kecil untuk dapatkan size yang lebih besar ke atas fry pan. Bila nampak lubang-lubang, balikkan pancake tadi ke sebelah yg satu lagi. Biar sehingga masak.

Thursday, September 30, 2010

Bergedil Ayam


Bahan-bahan & Cara-cara :

- ayam bahagian dada dan 3 - 4 biji kentang(di goreng)
- lepas tu di tumbuk bersama garam + lada sulah+ daun soup + daun bawang dan bawang georeng .
- kemudian di kepal-kepal agak kuat sedikit supaya tidak berderai semasa digoreng nanti dan bentukkan bulat leper seperti pergedil.
- pukul telur dgn garfu dan celupkan pegedi dan digoreng hingga kekuningan.
- toskan dan siap di hidangakan bersama sos cili...

Monday, September 27, 2010

Sambal Goreng Jawa


Bahan-bahan :
Bawang kecil - 3 ulas
bawang besar - 1 labu (hiris nipis)
...bawang putih - 4 ulas
ikan bilis - 1 genggam
3-4 sudu cili giling / cili kering yg sudah dikisar (ikut suka)
5 tangkai cili kering(hiris nipis dan cuci bersih)
cili hijau - 4 biji (hiris nipis).
kicap manis
paru yang d...irebus/dihiris dadu dan goreng
kacang panjang dipotong
tempe dihiris dadu - goreng garing
suhun - rendam
tahu kering(fuucuk) - rendam/dihiris
karot/kentang - jika suka

* kuantiti bahan adalah anggaran je,..ikut kesesuaian.
Cara-cara :

- Tumbuk bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan ikan bilis. Kalau malas,boleh je blend.
- Tumbuk kasar je pun ok..
- Ok, tumis bahan tumbuk tadi, hingga naik bau.
- Masukkan cili kering yang dikisar.
- Tumis hingga agak garing.
- Masukkan pula cili kering hiris dan cili hijau hiris tadi.
- Kacau sebati.
- Masukkan paru yang telah direbus, hiris dan goreng tadi. Kacau sebati bagi meresap bumbu yang ditumis oke.
- Then masukan kicap manis.
- Gaul sebati, besar kan sket api tu.
- Tambah sedikit garam (secukup rasa).
- Garam jgn banyak tau! sebab kicap tuh dah lemak2 masin + manis. Gaul sebati
Masukkan tahu, kacang, tempe , dan kacau sebati. If ada kentang dan karot, pun masukan sekali.
- Kacau sebati baru masukkan pula suhun dan tahu kering.
- Kacau sebati semua bahan, kalau rasa kering sgt, susah nak sebati dgn bumbu tambah sedikit air dan kicap manis. Agak-agak lah.
- Dah sebati semua, angkat. Hidang.

Murtabak Daging


Bahan-bahan & Cara-cara :
kulitnya cuma pakai kulit popiah...
resepi untuk inti....(sama mcm inti karipap)
kentang dipotong dadu- lbh krg 3 biji
daging dicincang sesuka hati nak ltk byk mana
bawang merah (3ulas), bwg putih(1ulas), halia (sehiris)... di kisar
rempah kari
garam, gula, serbuk perisa
tumis bhn kisar, masukkan serbuk kari
masukkan daging cincang, kemudian masukkan kentang..
tambahkan air(untuk empukkan kentang)
masukkan semua perisa sesedap rasa..
kentang empuk, siap.....
kemudian......
pecahkan telur(2 biji), campurkan dgn inti tadi.. campurkan hirisan bawang besar(1 biji), kalau suka blh campur sekali daun sup..
kemudaian....lipat dalam kulit popiah dan goreng dengan sedikit minyak dan api yg perlahan....