Monday, December 19, 2011

Labu Sri Cenderawasih - Imelda


Bahan-bahan Nasi Bunga Kantan :

  • 1 cawan Beras
  • 1 batang Bunga Kantan (dihiris halus)
  • Garam



Bahan-bahan Labu Udang Tumis :

  • ½ biji Labu (dipotong dadu)
  • 12 ekor Udang (dibersihkan)
  • 6 ulas Bawang Putih
  • 5 ulas Bawang Merah
  • 3 biji Cili Merah (dibuang biji)
  • ½ ikan Bilis
  • Garam dan Lada
  • Air
  • Minyak



Bahan-bahan Cecair Labu Karamel :

  • ½ biji Labu (dipotong dadu)
  • ½ cawan Tepung Gandum
  • 1 cawan Gula Perang
  • Garam
  • Minyak



Cara-cara Penyediaan Nasi Bunga Kantan :

  • Rebuskan beras sehingga masak.
  • Setelah masak gaulkan dengan bunga kantan dan garam hingga sebati.



Cara-cara Penyediaan Labu Udang Tumis :

  • Kisarkan bawang putih, bawang merah, cili merah dan ikan bilis sehingga halus dan tumiskan ia dengan minyak panas sehingga garing.
  • Kemudian masukkan udang dan masak sehingga separuh masak.
  • Selepas itu, masukkan labu dan tambahkan sedikit air supaya labu cepat masak.
  • Perasakan bersama garam dan lada secukup rasa dan masak hingga labu empuk.
  • Ketepikan untuk hidangan.



Cara-cara Penyediaan Cecair Labu Karamel :

  • 1. Rebuskan labu sehingga empuk dan toskan ia.

  • 2. Lenyekan labu yang sudah empuk itu sehingga hancur dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.

  • 3. Masukkan sedikit garam dan gaul hingga rata.

  • 4. Panaskan minyak dan goreng adunan tadi sehingga masak.

  • 5. Dengan menggunakan kuali yang lain, panaskan gula perang sehingga cair dan masukkan adunan yang sudah masak tadi. Salutkan hingga rata.


  • No comments:

    Post a Comment