Monday, December 19, 2011

Manisan Si Labu Labi - Wahidan


Bahan-bahan :

  • 1 biji Labu
  • 150gm Gula
  • 1 kotak Susu
  • 2 tangkai Kayu Manis
  • 5 biji Buah Pelaga
  • 1 paket Mentega
  • 50gm Garam
  • 1 kotak Beri Biru
  • 1 kotak Beri Hitam
  • 1 kotak Strawberi



Cara-cara Penyediaan Si Labu Labi :

  • Potong buah labu kepada 2 bahagian kemudian ambil 1 bahagian dan buang kulit labu.
  • Potongkan ia menjadi dadu. Dan rebuskan ia sehingga empuk.
  • Toskan ia dan sejukkan. Apabila sudah sejuk kisarkan isi labu tadi supaya menjadi pes.
  • Panaskan kuali dan renehkan air sedikit untuk memasak isi labu. Masukkan kayu manis, buah pelaga untuk aroma.
  • Apabila air dah mendidih masukkan pes labu, gula dan garam diikuti dengan susu.
  • Kecilkan api dan gaul selama 10 minit ssehingga menjadi pekat.
  • Kemudian, tuangkan ke dalam mangkuk yang cantik kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam.
  • Apabila sudah sejuk, keluarkan ia dan hias dengan beri.
  • Ketepikan untuk hidangan.



Cara-cara Penyediaan Sos :

  • Potong strawberi kepada 2 bahagian dan kisarkan ia supaya menjadi pati.
  • Kemudian tapiskan supaya ianya lebih halus dan menarik.

No comments:

Post a Comment