Wednesday, December 7, 2011

Bebola Nasi Ayam - Amita


Bahan-bahan Ayam Kukus :
  • 1 bahagian Paha Ayam (dikeluarkan tulang)
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 1 sudu kecil Serbuk Lada Putih
  • 2 keping Hirisan Halia
  • 3 biji Bawang Putih (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar Minyak Bijan
  • Garam

Bahan-bahan Bebola Nasi :
  • 1 mangkuk Beras
  • 2 mangkuk Air
  • 3 biji Bawang merah kecil (dipotong dua)
  • 3 biji Bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 4 hirisan Halia
  • 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
  • 1 ikat Daun Pandan (kira-kira 7 helai daun)
  • Garam
  • 3 sudu besar Minyak Masak
  • Tulang (daripada ayam kukus)

Bahan-bahan Sos Cili :
  • 5 tangkai Cili Merah Hidup
  • 1 tangkai Cili Padi
  • 5 biji Jus daripada Limau Kasturi
  • Sedikit Garam dan Gula
  • Sedikit Air
  • ½ sudu kecil Maggi Cukup Rasa
  • Kulit daripada 1 biji Limau Kasturi.

Cara-cara Penyediaan Ayam Kukus :
  • Perapkan ayam dengan sos tiram, lada putih dan garam secukup rasa.
  • Susunkan ayam di atas hirisan halia dan bawang putih.
  • Kukuskan ayam selama 10-15 minit atau sehingga jus yang keluar daripada daging ayam sudah menjadi jernih dan tidak berdarah.
  • Akhir sekali, sapukan lapisan minyak bijan pada permukaan ayam yang dikukus.
  • Sedia untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Bebola Nasi :
  • Panaskan minyak masak dan tumis tulang ayam bersama halia, bawang merah, bawang putih sehingga naik bau wangi.
  • Masukkan beras, air, daun pandan, Maggi Cukup Rasa, garam dan daun pandan.
  • Masak sehingga air sudah mendidih dan tersejat. Kecilkan api dan tutup dengan penutup kira-kira 10 – 15 minit sehingga beras sudah masak menjadi nasi.
  • Keluarkan nasi dan bentukkan menjadi bebola bersaiz ping pong.

Cara-cara Penyediaan Sos Cili :
  • Kisarkan semua bahan-bahan di atas sehingga halus. Letakkan garam dan gula mengikut citarasa sendiri.

No comments:

Post a Comment