Wednesday, December 7, 2011

Nasi Kerabu Dengan Ayam Perchik Red Warrior - Deena


Bahan-bahan Nasi Kerabu :
  • 2 keping Ikan Tenggiri
  • Garam
  • Beras
  • Kelapa Parut (disangai)
  • Asam Keping
  • Gula Melaka
  • Serai (dihiris halus)
  • Bawang Merah (dipotong kecil)
  • Kacang Panjang*
  • Timun*
  • Bunga Kantan*
  • Daun Kesum*
  • * dihiris dengan ukuran yang sama

Bahan-bahan Ayam Perchik :
  • Peha Ayam (direbus 3/4 masak)
  • Santan
  • Bawang Merah (dikisar halus)
  • Bawang Putih (dikisar halus)
  • Halia (dikisar halus)
  • Cili Kering (dikisar halus)
  • Gula Melaka
  • Garam dan Lada Hitam

Cara-cara Penyediaa Nasi Kerabu :
  • Tanak nasi terlebih dahulu.
  • Panaskan periuk dan rebuskan ikan tenggiri dengan asam keping dan gula Melaka sehingga ikan masak.
  • Apabila ikan sudah masak, ceraikan isi ikan daripada tulang.
  • Kemudian, ambil lesung dan tumbuk kelapa parut yang telah disangai bersama isi ikan, serai, bawang merah, gula Melaka dan garam. Tumbuk sehingga menjadi seperti sambal tetapi tidak terlalu berair.
  • Gaulkan nasi bersama bahan tadi diikuti dengan kacang panjang, timun, bunga kantan dan daun kesum.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Ayam Perchik :
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga harum dan betul-betul masak.
  • Masukkan santan dan gula Melaka, garam, lada hitam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  • Gaul ayam tadi dengan kuah santan percik dan bakar diatas kuali pemanggang sehingga masak.
  • Hidangkan bersama nasi kerabu.

Susunan Hidangan :
  • Letakkan nasi diatas pinggan hidangan dan susun ayam percik ditepinya.
  • Sedia untuk hidangan.

No comments:

Post a Comment