Showing posts with label Muffin CupCakes Pai. Show all posts
Showing posts with label Muffin CupCakes Pai. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Muffin Choc Chip


bahan A:

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula perang lembut atau gula castor
2 sudu teh baking powder
1/2 cawan choc chip

(satukan bahan di atas)

bahan B:

1/2 cawan minyak jagung
2/3 cawan susu cair
2 biji telur- di pukul
1 sudu teh esen vanila

(satukan bahan di atas)

cara:

Masukkan bahan B sedikit2 kedalam bahan A sambul digaul sebati
isikan ke dalam paper cup (3/4 cup)
(nk senang, isikan ke dalam plastik dan paipkan)
tabur sedikit choc chip dan kepingan badam kalau suka (leh ganti dgn badam cincang)

bakar selama 15-20 mnt atau sehingga masak

(aku guna api atas dan bawah dgn suhu 150 darjah- ikut oven memasing ye...)

*minyak jagung leh diganti dgn butter cair (sukatan yg sama), tp aku just letak minyak sbb dh ada penggunaan susu, takut terrlebih berlemak lak)

Thursday, February 23, 2012

Pai Tuna


Bhn kulit pai:
500g tpg gdm
3sdb marjerin
1sdb shortening
2sdb gula
sedikit garam
1bj kuning tlr
(sume bhn diats digaul menjd doh lps 2 ltk dlm plastik n simpan dlm peti dulu selama 15minit)

Bhn inti:
5bj kentang (disagat )
1tin tuna
1labu bwg besar -dicincang
3ulas bwg pth-dicincang
sebiji tlr
1sdb tpg gdm+sedikit air (nk wt pekatkn bhn inti)
lada sulah
1/2cwn susu segar
perasa,gula,garam...
minyak msk@marjerin
Cara2nya:
1.ambil doh td dicanai n di ltkkn ke dlm bekas pai pas2 cucukkn dasarnye gan garpu .....msk oven yg telah dipanaskn pd suhu 150 darjah msk smpi sedikit keperangan je jgn smpi msk doh pai yek....
2.dh msk doh pai kuarkn dulu.....biarkn
3.sediakn kuali panaskn minyak@marjerin td....tumis dulu bwg pth n bwg besar td hinnga naik bau....mskkn kentang yg dh disagat td kacau mskkn sedikit air biarkn kentang sedikit empuk sikit....
4.mskkn tuna,lada sulah,susu nperasaknnye kacau rata....mskkn tlr yg dikacau sedikit td ke dlmnye kacau lg......akhir skali mskkn bancuhan tpg td kacau rata agak2 pekat blh dittp api....
5.mskkn ke dlm kulit pai td ratakn pas2 hias ikut selera anda.....bakar blk dlm oven hingga pai nmpk keperangan blhlh diangkat hidangkn..

Monday, December 19, 2011

Pai Labu Bersama Sos Rasberi - Shahriah


Bahan-bahan Sri Kaya Labu :

  • ½ biji Labu (dipotong kecil dan direbus)
  • ½ cawan Krim
  • ½ cawan Gula Perang
  • 2 biji Kuning Telur
  • Garam
  • Secukup rasa Serbuk Pala
  • Esen vanilla



Bahan-bahan Kulit Pai :

  • 2 mangkuk kecil Tepung Gandum
  • ½ sudu teh Serbuk Penaik
  • 125gm Mentega
  • Garam
  • Telur
  • Susu Segar



Bahan-bahan Sos Rasberi :

  • Gula
  • Rasberi
  • Lemon



Cara-cara Penyediaan Sri Kaya Labu :

  • Lenyekkan labu yang telah direbus dan campurkan krim, gula perang, telur kuning, serbuk pala, vanilla dan kacau di atas api sehingga pekat.
  • Setelah itu, tapis dan sejukkan terlebih dahulu.



Cara-cara Penyediaan Kulit Pai :

  • Ayak tepung bersama serbuk penaik.
  • Lubangkan di bahagian tengah dan campurkan ke semua bahan.
  • Gaul sehingga menjadi sebuku doh dan rehatkan sebentar.
  • Canaikan doh sehingga leper dan bakar ke dalam ketuhar selama 10-15 minit atau sehingga kulit pai masak dan keperangan.
  • Setelah itu, letakkan sri kaya labu ke atas kulit pai.
  • Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.



Cara-cara Penyediaan Sos Rasberi :

  • Panaskan gula dan rasberi dan biarkan gula hancur dan tapiskan.
  • Perahkan sedikit lemon sebelum dihidangkan.

Friday, December 16, 2011

Peanut Butter & Chocolate Pie


Bahan Untuk Kulit Pie / Pie Crust / Shell apa2 jela nama dia..

  • 220g tepung gandum cap Sauh Kapal Titanic
  • 50g cornflakes di parut halus
  • 120g butter cap halal Jakim
  • susu lembu segar dari ladang ( kuantiti bgntung pada tahap kelembutan doh )
  • Sedikit esen vanila

    * Pukul butter dan gula sampai kembang dan sebati 
    * Masukkan tepung , jadikan ia seperti bread crumbs
    * Masukkan susu , dan sedikit esen vanilla
    * Kalau doh tu lembik , taruk tepung sikit..dan kalau doh tu keras macam batu , masukkan sedikit susu
    * Pastu simpan dalam peti besi yang sejuk , selama 15 minit.
    * Keluar kan dan tepek atas pie mould anda. Saiz 9" / 10" pun dapat gak rasa nya.

Untuk filling / isian pie
* 5 biji telur ayam saiz A yang original made in Malaysia dan dicuci terlebih dahulu.
* 1/2 cawan madu lebah ( bukan madu isteri suami korang hookay )
* 1 cawan peanut butter cap Nutella ( aku guna yang ada chocolate )
* 1/2 cawan susu cair
* sedikit esen vanilla

Mengikut resepi yang asal , ada masukkan gula , tapi oleh kerana aku seorang yang menjaga kesihatan walaupun kuat makan fastfood dan suka tidur selepas makan ,  aku tak masukkan gula sebab madu dan peanut butter tu dah memang manis. Nanti aku kene potong kaki , sapa nak kawen dengan aku? haha..

* Pukul semua bahan sehingga ia kembang dan sebati.
* Masukkan kedalam pie crust yang belum di bakor tadi. 
* Aku tapis guna penapis air cap Diamond ,  sebab bahan tadi berbuih selepas dipukul . Sekadar tidak mahu pie ku berlubang macam kawah bulan.
* Kemudian , sila lah seksa pie anda didalam oven made in Taiwan dengan suhu mencecah 180c selama 20minit atau pie itu kekuningan dan mengeras.
* Keluarkan dari oven. 
* Biar kan ia kesejukan di dalam peti sejuk , tabur sedikit kacang yang di blend kasar

Friday, December 2, 2011

Cupcake Blueberry Vanilla dan Compote Strawberry & Raspberry - Ary Malik


Bahan-bahan Cupcake Blurberry Vanilla :
  • 120gm Mentega
  • ¾ Gula
  • 1 ½ sudu teh Esen Vanila
  • 2 biji Putih Telur
  • 2 biji Kuning Telur
  • 1 ½ cawan Tepung Gandum (diayak)
  • Pewarna Merah
  • “Blueberry”

Bahan-bahan Compote Strawberry dan Raspberry :
  • 1 ½ cawan Air
  • ¾ cawan Gula
  • ½ biji Jus Lemon
  • ½ sudu teh Vanilla
  • “Strawberry” (dipotong kasar)
  • “Raspberry” (dipotong kasar)

Cara-cara Penyediaan Cupcake Blueberry Vanilla :
  • Pukul telur putih sehingga kembang dan biarkannya sebentar.
  • Dengan menggunakan mangkuk yang lain, pukul mentega bersama gula sehingga sebati. Masukkan kuning telur, esen vanila dan tepung ke dalamnya.
  • Selepas itu, masukkan pula “blueberry” dan putih telur yang telah diputar sehingga kembang tadi secara perlahan-perlahan.
  • Akhir sekali, bakarkannya dengan suhu 180 darjah celcius, selama 10 – 12 minit atau sehingga masak dan keperangan di atasnya.

Cara-cara Penyediaan Compote Strawberry dan Raspberry :
  • Panaskan periuk bersama air, dan renehkan buah “strawberry” dan “raspberry”.
  • Selepas itu, masukkan gula dan biarkan ia sehingga pekat dan masukkan perahan jus lemon.
  • Akhir sekali, masukkan vanila dan sejukkan ia.

Susunan Hidangan :

Susun “cupcakes” diatas pinggan dan hidangkan bersama compote “strawberry” dan “raspberry”.

Thursday, December 1, 2011

Steak & Pie - Zamir


Bahan-bahan Steak :
  • 1 sudu besar Serbuk Paprika
  • 1 sudu Daun Thyme
  • Lada Hitam
  • Ribeye Steak
  • Cili Kering

Bahan-bahan Pie :
  • 4 biji Cendawan Butang
  • 1 sudu besar Mentega
  • 2 sudu besar Gula
  • 1 sudu Daun Thyme
  • 4 buah Pear
  • Cili Kering
  • Garam
  • Pastri Puff
  • Minyak Neuvida

Bahan-bahan Acar Timun dan Tomato :
  • 3biji Tomato (dipotong dadu)
  • ¼ batang Timun (dipotong dadu)
  • Garam
  • Cuka
  • Jeruk Jalapeno
  • Gula

Bahan-bahan Sos Krim :
  • 1/4 biji Lemon
  • 50ml Krim
  • Mentega
  • Bawang Putih
  • Jeruk Jalapeno

Cara-cara Penyediaan Steak :
  • Perapkan steak yang telah disapukan minyak Neuvida bersama serbuk paprika, kepingan cili kering, lada hitam dan daun thyme selama 2 minit.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan masak ia selama 3 minit pada kedua-dua bahagian steak.
  • Kemudian, masak selama 5 minit di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius.

Cara-cara Penyediaan Pie :
  • Masakkan cendawan selama 3 minit didalam kuali bersama minyak neuvida, gula, mentega, serbuk cili-kering dan daun thyme.
  • Kemudian, masukkan buah pear dan masak selama 2 minit dan tambahkan garam secukup rasa.
  • Keluarkan dari kuali dan rehatkan selama 2 minit.
  • Selepas itu, letakkan pastri puff di atasnya dan bakar dalam ketuhar selama 10 minit pada suhu 190 darjah celcius.

Cara-cara Penyediaan Acar Timun dan Tomato :
  • Panaskan kuali dan masukkan cuka dan gula. Masak sehingga gula cair dan keperangan.
  • Perapkan tomato dan timun bersama selama 3 minit. Masukkan juga sedikit jalapeno jeruk yang dicincang.
  • Kemudian masukkan cuka dan gula yang telah menjadi perang tadi ke dalam sayuran dan perap selama 30 minit.

Cara-cara Penyediaan Sos Krim :
  • Dengan menggunakan kuali yang digunakan untuk masak steak tadi, panaskan mentega dan masukkan bawang putih, jalapeno jeruk, lemon dan krim.
  • Setelah masak, kisar bahan-bahan tadi dan tapis kan sos nya.

Pai Stik & Cendawan Bersama Salad Buah-buahan - Amita


Bahan-bahan Pai Stik dan Cendawan :
  • 250g 'Ribeye' (dihiris lawan urat)
  • 6 butang Cendawan (dihiris)
  • ½ biji Bawang Merah (dipotong kecil)
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 sudu teh Rosemary
  • 1 sudu teh Serbuk Lada Hitam
  • 20 gm Mentega
  • 2 sudu besar Tepung Gandum
  • ¼ cawan Krim
  • Secukup rasa Garam
  • 1 keping Pastri Puff (bulatan besar dan kecil)
  • 3 sudu besar Keju Parmesan
  • 1 sudu besar Minyak Masak
  • Telur (dipukul)

Bahan-bahan Salad Buah-buahan :
  • ½ biji Buah Gedang (dibuang isi)
  • ½ biji Pir (dihiris nipis)
  • ½ biji Jus Limau
  • Garam
  • Gula
  • 1/2 sudu teh Serbuk Lada Hitam
  • 3 sudu besar Minyak Neuvida

Cara-cara Penyediaan Pai Stik dan Cendawan :
  • Perapkan 'ribeye' dengan sedikit garam, lada hitam dan salut dengan sedikit tepung gandum dan ketepikan.
  • Panaskan kuali bersama mentega dan minyak masak, masukkan bawang merah dan masak sehingga lembut dengan api kecil.
  • Kemudian masukkan rosemerry, cendawan dan bawang putih. Apabila sudah naik harum, masukkan kepingan 'ribeye' dan masak dengan api besar sehingga permukaan kepingan 'ribeye' menjadi sedikit perang.
  • Masukkan krim, keju parmesan, lada hitam dan garam secukup rasa. Masakkan seketika.
  • Panaskan ketuhar dengan suhu 200 darjah celcius.
  • Sapukan selapis mentega pada acuan pai. Letakkan kepingan pastri puff yang lebih besar di dalam acuan.
  • Masukkan 'ribeye' dan cendawan yang dimasak tadi ke dalam acuan. Sapukan telur di tepi pastri dan tutup dengan pastri yang lebih kecil. Cucuk beberapa lubang di permukaan supaya wap akan keluar semasa pai dimasak.
  • Sapukan telur di permukaan pai. Masuk ke dalam ketuhar dan masak selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Salad Buah-buahan :
  • Campurkan jus limau, gula, garam, serbuk lada hitam dan sapu minyak neuvida sehingga sekata.
  • Gaulkan buah-buahan dengan bahan-bahan tadi.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, November 16, 2011

Kek Cawan Coklat (Chocolate Cupcakes D.I.Y) - Kumpulan Merah


Bahan-bahan :
  • 1 ¾ cawan - tepung gandum
  • 2 sudu kecil - baking powder
  • 2 cawan - gula perang
  • 1 sudu kecil - garam
  • ¾ cawan - serbuk koko
  • 2 biji - telur
  • ¾ cawan - minyak masak
  • 1 cawan - susu cair
  • 1 cawan - air panas
Cara-cara :
  • Gaul Tepung Gandum, Tepung Penaik, Gula Perang, Garam, Serbuk Koko, Telur, Minyak Masak dan Susu Cair.
  • Kemudian masukkan air panas.
  • Tuangkan dalam cawan cupcakes dan bakar 20 minit dengan darjah 170 darjah celcius.
Hidangan :
  • Krim Coklat (Panaskan krim dan masukkan coklat dan gaul sehingga sebati)
  • Krim ‘Whipping’
  • Buah-buahan campuran
  • Kacang Walnut
  • ‘Sprinkles’ Warna
**Kumpulan Merah terdiri daripada Brian(Ketua), Imelda, Wahidan, Zuraidah, Ezani, Azilah, Danial, Zamir, Felix, dan Saiful.

Tuesday, November 15, 2011

Kek Cawan Coklat - Kumpulan Biru


Bahan-bahan :
  • Mentega - 170gm
  • Tepung Gandum - 230gm
  • Tepung Penaik - 1 sudu kecil
  • Telur - 3 biji
  • Serbuk Koko - 80gm
  • Dadih asli (Yogurt) - 100gm
  • Susu Cair - 100ml
  • Gula Kastor - 180gm
  • Esen vanilla - 1sudu kecil
  • Hiasan A:Keju Krim, Madu, Krim
  • Hiasan B:Coklat Warna, Kismis,Coklat Butang
Cara-cara :
  • Pukul gula dan Mentega hingga kembang.
  • Masukkan telur satu demi satu dan juga esen vanilla.
  • Masukkan tepung serbuk koko dan juga serbuk penaik sedikit demi sedikit hingga habis.
  • Masukkan dadih asli , susu cair sedikit demi sedikit hingga habis.
  • Dibakar pada suhu 180°c selama 15 minit.
Kumpulan Biru: Deena(ketua kumpulan), Shahriah, Ary Malik, Terrence, Raymond, Zahin, Nik Michael, Mastura, Azlina, Amita, Kamaruzzaman

Saturday, June 18, 2011

Coklat Cip Mufin Berbadam



Bahan-bahan :
2 cwn tepung
1/2 cwn gula castor
2 camca baking powder
1/2 camca garam
1 sudu besar gula perang
1/2 cwn coklat cip
2 sudu besar serbuk koko
1 biji telur
1 cwn susu segar
1/3 cwn minyak jagung
1-2 camca esen vanilla

Cara :-
1. panaskan oven 180c
2. Ayak tepung & baking powder dalam bekas . campurkan gula castor, gula perang, garam, serbuk koko & coklat cip.
3. Dalam bkas lain pukul telur. masukkan susu, minyak & vanilla. kacau sebati.
4. msukkan bahan kering tadi (step 2) dalam bancuhan tlur. kaup balik kan agar sebati.
5. masukkan adunan dalam cup mufin & hiaskan sedikit coklat cip atasnya.
6. bakar selama 20 min atau sehingga masak ..

Monday, March 21, 2011

Chocolate chips muffin


Bahan A

1 cawan butter [cairkan]
2 cawan susu segar
2 biji telur [pukul sedikit]
1 s/k esen vanilla

Bahan B

3 cawan tepung gandum ]
1/2 cawan serbuk koko ] ayak 2 kali
2 s/k baking powder ]
1/2 s/k soda bikarbonate ]
2 cawan gula perang

coklat chips secukupnya
kertas muffin

Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 180'C selama 10 - 15 minit.
2. Alaskan kertas muffin dalam mangkuk muffin atau loyang muffin.
3. Masukkan Bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Masukkan pula Bahan A dalam mangkuk Bahan B dan kacau rata gunakan whisker atau senduk kayu.
5. Masukkan dalam kertas muffin sehingga 3/4 mangkuk kertas.
6. Taburkan coklat chips diatas adunan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.

Thursday, September 30, 2010

Carrot Muffin


Bahan-bahan :

250 ml susu segar
125g butter
180g gula halus
3 biji telur
250g tepung gandum
1 sd teh soda bikarbonat
2 sd teh baking powder
100g carrot yg telah di parut
(untuk 12 muffins)

Cara-cara :

- pukul butter dan gula hingga kembang.letakan telur dan pukul lagi.
- letakan tepung,soda,baking powder dan susu.
- akhir sekali masukan parutan carrot.
- letakan adunan kedalam papercup dan bakar pada 200'C selama 25 minit..
- muffin ini sesuai di mkn oleh anak2 yg x suka mkn sayur.

Monday, September 27, 2010

Muffin Cokelat Chip


Bahan-Bahan

½ cawan mentega
½ cawan minyak jagung
1 ¼ cawan gula perang
3 biji telur
2 ½ cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu makan serbuk koko
200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
Sedikit coklat chip untuk hiasan.

Cara-cara:

1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180-190’C selama 15 minit.
2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
6. Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.Siap untuk di bakar.
7. Bakar selama 20 minit.

Tips:

1. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
2. Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
3. Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
4. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
5. Untuk mendapat muffin yang sedap, gantikan tepung gandum dengan Tepung Ros (ayak terlebih dahulu) yang boleh didapati dikedai2 bakeri. Harga tepung ros ini mahal sedikit tetapi untuk hidangan sendiri sangat berbaloi.
6. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
7. Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji
(saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

Saturday, September 18, 2010

Vanilla Cupcakes


bahan2 :

150g Butter
150g castor sugar
175g tepung naik sendiri ( klu xda gna tepung biasa & tambah 1 sd teh baking powder)
3 telur
1 sd teh esen vanilla

caranya :

1. Panaskan oven 350oF (180oC).
2. pukul butter dan gula hingga kembang.
3. kemudian masukn telur dan esen vanilla.
4. akhir sekali masukn tepung dan pukul selama 2 minit hingga kembang.
5. selepas itu masukan adunan ke dlm paper cup dan bakar 18-20 minit.
6. setelah siap,biarkan sejuk sebelum letak icing d atasnya.

Chocolate Chip Muffin


Bahan-bahan :

110 g butter
210 g gula perang
3 biji telur
1 s/t esen vanilla
375 tepung gandum
2 s/t baking powder
2 s/b serbuk koko
300 ml fresh milk
100 g coklat chip digaulkan dgn 1 s/b tepung [untuk mengelakkan coklat tenggelam]

Cara-cara :

1. Panaskan oven 180′C .
2. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla.
4. Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko,
5. Masukan tepung dan susu berselang seli.
6. Masukkan coklat chip dan gaulkan rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan kertas dan letakkan dalam tin/loyang muffin.
8. Bakar selama 20 minit.
9. BIla dah masak sejukkan dan simpan.

Blueberry Muffin


bahan2:

* 170 g mentega
* 160 g gula kastor
* 4 biji telur gred A
* 350 g tepung gandum
* 20 g baking powder
* 1 camca teh esen vanilla
* Blueberry filling secukupnya
* Muffin cup secukupnya (kurang lebih 24 biji)
* 160 ml susu segar (susu cair pun boleh...)

Cara-cara :

1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanilla, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
2. Gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
3. Sudukan adunan ke dalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberry filling dan tambah adunan muffin diatasnya. Anggaran 3/4 penuh. Tabur dgn sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bergantung pada keadaan oven masing-masing.
5. Keluarkan dan sejukkan. Nak makan masa hangat-hangat tu pun boleh juga.....

Chocolate Cup Cakes


Basic Chocolate Cup Cake Recipe

Ingredients
5 oz (150g) Butter - softened
5 oz (150g) superfine (castor) sugar
6 oz (175g) self-raising flour
3 eggs
2 tbls cocoa powder
1 tsp vanilla extract

Method
1. Pre-heat the oven to 350oF (180oC).
2. Line a 12 cup cake pan, with cup cake papers.
3. Crack the eggs into a cup and beat lightly with a fork.
4. Place all the ingredients in a large bowl.
5. Beat with an electric mixer for 2 minutes, until light and creamy.
6. Divide the mixture evenly between the cake cases.
7. Bake for 18-20 minutes until risen and firm to touch.
8. Allow to cool for a few minutes and then transfer to a wire rack.
9. Allow to cool fully before icing.

Friday, September 17, 2010

Muffin Pisang Cokelat


Bahan A [Ayakkan]

2 cawan tepung gandum
2 s/b cawan serbuk koko
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder
Sedikit garam


Bahan B

1 cawan pisang emas/berangan lecek
1 cawan minyak
11/2 cawan gula perang
2 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]

Cara²:

1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang, atau dalam bekas muffin
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.