Tuesday, December 13, 2011

Udang Getak Bersama Sambal Kerisik Masam - Zuraidah


Bahan-bahan :
  • 3 ekor Udang Getak (dibelah dua)
  • 1 Bawang Besar
  • 10 tangkai Cili Kering (dipotong dan direbus)
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 2cm Halia
  • ½ biji Tomato Merah
  • 3 sudu Kerisik
  • 1 kotak kecil Santan
  • Cili Merah (untuk hiasan)
  • Daun Chives (untuk hiasan)
  • Minyak (untuk menumis)
  • Garam
  • 1 biji Limau Nipis

Cara-cara :
  • Kisar, cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan tomato.
  • Tumis bahan kisar di dalam periuk sehingga naik bau.
  • Masukkan kerisik dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan udang getak, daun cincang chives dan santan.
  • Akhir sekali masukkan limau nipis dan garam.

No comments:

Post a Comment