Wednesday, December 7, 2011

Mee Kolok - Zuraidah


Bahan-bahan Mee Kolok :
  • Mee Sanggul (dicelur)
  • Potong Ayam (potongan kecil)
  • Bawang Merah (dipotong dadu)
  • Bawang Putih (dipotong dadu)
  • 2cm Halia (dimayang)
  • Lada Hitam (ditumbuk kasar)
  • Minyak
  • Garam
  • Air

Bahan-bahan Sambal Kicap Pedas :
  • Kicap
  • Cili Padi

Bahan-bahan Hiasan :
  • Daun Ketumbar (dihiris)
  • Cili Merah (dihiris)
  • Sayur Sawi (dihiris)

Cara-cara Penyediaan Mee Kolok :
  • Panaskan minyak dan goreng bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
  • Kemudian, masukkan ayam dan kacau sehingga rata diikuti kicap dan air.
  • Masak sehingga ayam betul-betul masak.

Cara-cara Penyediaan Sambal Kicap Pedas :
  • Potong cili padi dan campurkan ia bersama kicap.

Susunan Hidangan :
  • Letakkan mee sanggul di dalam mangkuk dan tuang kuah sup di atas mee.
  • Hias dengan daun ketumbar dan cili merah.
  • Boleh juga letakkan sedikit sayur sawi dan juga boleh juga memotong cili padi bersama kicap.
  • Mee sanggul juga boleh digantikan dengan mee wantan.
  • Sedia untuk dihidangakan.

No comments:

Post a Comment